Assalamualaikum...
Boleh plak tertinggal momen penting utk baby baru ni.Aku ingat nak update kerap-kerap pasal Al-Fatih.Sebab,bila baca balik blog ni,boleh mengimbau balik momen-momen dia membesar.Aku boleh tgk perkembangan dia.Yg anak-anak lain tu,aku cuma boleh keep track melalui gambar-gambar diorg ajer.Huhuhuhuhu...
Seronok lihat diorg ni membesar,dari saat keluar dari perut,masa bayi sampailah sekolah.Rasa mcm masa tu cepat sangat berlalu.Aku rasa tak puas lagi nak peluk belai gomol sesuka ati cam masa diorg baby.Skang diorg dah bucuk masyam!!! Hahahahhahaha.Pandai melawan lak tu time aku nak cium.Malu lettewwww....
Actually,pada hari ke-7 kelahiran Muhammad Al-Fatih,kami terus buat akikah utk dia.Tapi,kami tak buat kenduri cam abang n kakak dia.Kami just bagi nama,cukur rambut,timbang dan sedekah,pastu akikah kami arrangekan dgn company EzyQ.Chewah ayat,arrangekan.Aku tak reti nak susun ayat...emmmm,maknanya,kami bayar jer kat company tu,diorg akan buat akikah tu kat Kemboja.Ha,gitu lah ayat sebenar.Caranya,isi borang online,bank in kan duit,pastu diorg akan call confirmkan transaction,akikah akan dibuat pada hari ke-7 baby lahir,kalo tak sempat,akan dibuat pada hari ke 14,21 dan seterusnya .Tak sempat tu maksudnya bkn sebab diorg yg tangguhkan,tapi kalau kita lewat isi borang tu.Misalnya kita isi borang hari ke-8,maka akikah akan dibuat pada hari ke-14,21 dan gitulah seterusnya.Pastu,diorg akan hantar resit dan sijil sekali.
Apa-apa ajelah...Alhamdulillah settle dah semua....
Nama daddy diblurkan atas alasan low |
Daddy tgh mencukur rambut Al-Fatih |
Rilek si kecik ni dia tidur sepanjang-panjang org kerjakan rambut dia |
Tadaaa...saya dah botak!! |
Pastu,esoknya,laki aku bawak Hakim pergi gunting rambut.Balik-balik jer,dua org ni pun botak sekali.Lantak koranglah,asalkan bahagia.Siap request lagi,suruh ambik gambar ngan baby.Elok sangatlah tu...THREE STOOGES.
Tengok ajelah tiga beranak ni.... |
Posing cenggini utk menunjukkan kebotakan mereka |
Sekian sahaja cerita utk hari ini...hehehehehehee
No comments:
Post a Comment