Wednesday, 17 April 2013

JANGAN TINGGALKAN ANAK-ANAK SENDIRIAN DALAM KERETA YG TIDAK BERKUNCI...ALERT!!!

Assalamualaikum...
 
Terbaca berita pagi tadi perihal seorang kanak-kanak 6 tahun yg ditinggalkan dalam kereta berseorangan dilarikan oleh seorang pencuri kereta sebelum ditinggalkan di tepi jalan.Masa tu ibunya sedang withdraw duit kat ATM.Kereta tak berkunci...yelah,enjin kenalah hidup,nak pasang aircond,kang panas lak budak tuh.( budak tu tgh main Ipad masa tu)
 
Sesak nafas aku baca.Nasib baik budak tu selamat.Nasib baik ada org yg prihatin jumpa budak tu.Nasib baik polis bertindak pantas dan segala nasib baik lah.Baca kes-kes mcm ni kengkadang buat aku keliru,marah pun ada juga.Tapi,marah berapi pun tak guna,benda dah jadi.Nanti dikata org,kita ni sedap sangat bercakap,nanti terkena diri sendiri,baru padan muka.Ye tak yer...benda-benda mcm ni memang takleh dijangka jugak.
 
Tapi....
 
Ah,nak meluah jugak apa yg terbuku di hati.Sejujurnya aku kata,kalau ini kes pertama yg terjadi,kita mungkin boleh terima dan ambil iktibar.Tapi,seingat aku,sudah berbelas-belas,malah mungkin berpuluh-puluh kes.Kenapa? Kenapa nak tunggu jadi kat diri sendiri baru nak beringat?
 
Kalau si ibu tinggalkan anak dalam kereta yg tidak berkunci sebab dia tgh nak tutup atau bukak pintu pagar rumah,aku takde lah nak hairan sgt.Yelah,penjenayah ni licik,dalam split second pun dia boleh bertindak.Lagipun,nak tutup pagar makan masa tak sampai seminit pun aku rasa.
 
Tapi,meninggalkan anak dalam kereta yg enjinnya dihidupkan samada bersendirian mahupun beramai-ramai lebih dari 5 minit,itu sebenarnya membuka peluang kepada jenayah untuk berlaku.
 
Kes-kes mcm ni sudah banyak dilaporkan dalam akhbar,dalam berita...bukan satu kes,dua kes...dah berpuluh puluh kali.Itu hari,kes mak nya pergi beli barang kat kedai.
 
Aku tak mahu lah menyalahkan orang sgt,benda tak jadi kat kita senanglah cakap.Hati mak bapak yg gundah gulana tu dah cukup sebagai pengajaran buat mereka.
 
Sama-sama kita ambil pengajaran.Alert sentiasa dengan keselamatan anak-anak.Penjenayah skrang ada di mana-mana.Kalau tak kerana penjenayah pun,buatnya budak tu keluar sendiri dari kereta,pergi cari kita ke apa pastu sesat,haru jugak.Takpun,ada kes tinggalkan anak dalam kereta,berkunci tapi matikan enjin sampai mati kepanasan.Beringat yer mak bapak....
 
Memang kita tak dapat nak halang kalau dah itu takdirnya,tapi bukankah kita digalakkan berikhtiar utk mengelakkannya? Pastu,baru tawakkal..
 
Jangan sesekali meninggalkan anak-anak bersendirian di dalam kereta yg tidak berkunci jika kita ada urusan yg memakan masa lebih dari seminit.Takat tutup / buka pagar tu okay lagi kut,cuma sebelum keluar tgk ada tak org yg mencurigakan di sekitar.
 
Nak pergi ATM ker,beli barang kat kedai ke,nak gi toilet ker...make sure bawak anak-anak sekali.Leceh memang leceh,tapi apa sgt lah leceh selama beberapa minit compare dgn penyesalan seumur hidup.Takat ni,aku bersyukur lagi sebab dalam kebanyakkan kes,kanak-kanak ini berjaya ditemui semula.
 
Kalau aku gi isi minyak sorang ngan anak-anak,aku prefer pakai credit card yg swipe kat pam sebab tak perlu tinggalkan kereta.Aku bukak tingkap belah tangki supaya anak-anak aku tak panas dan aku pun senang monitor.Sebabnya,aku akan matikan enjin dan kunci pintu ( sbb tank aku sebelah penumpang,jadi agak bahaya kalau aku tinggalkan pintu pemandu tak berkunci).Aku isi pun tak byk,cukup sekadar boleh jalan.Kalau nak full tank,nanti aku suh laki aku pergi...strategi serampang dua mata,di samping faktor keselamatan,menjimatkan duit aku juga,hehehehehe.
 
Kalau tak dpt byr kat pam,berangkutlah aku anak beranak ke kaunter.Tak peduli aku org belakang nak marah ke apa,yg penting anak aku kat depan mata.
 
Samada gi ATM sekejap pun,aku memang bawak diorg turun sekali.Leceh memang leceh,tapi,sabar ajerlah.Dah takde sapa nak jaga kat rumah,so,kalau aku tak dapat nak elakkan buat urusan kat luar,bertahan sahajalah ngan kelecehan tu.Takde masalah kut bagi aku sebab itu anak-anak aku.Harta yg paling bernilai kat dalam dunia.Ko nak amik kereta ker,harta bende,lantaklah,janji jgn sentuh anak-anak aku.
 
Aku bukan berlagak pandai nak ajar-ajar org.Aku tak condemn yer...jgn ada yg terasa pulak.Ini terpulanglah pada setiap individu.Tapi,bila kita tahu ada kes-kes mcm ni,ambiklah iktibar.Jgn pandang remeh hanya semata kita yakin benda tu tak mungkin terjadi kat kita.BERINGAT...tu jer keywordnya.
 
Arghhh...suka bebel panjang-panjang...

No comments:

Post a Comment