Assalamualaikum...
Isnin lepas,masa aku baca Sinar Harian Online,terbaca berita pemergian Allahyarhamah Fauziah,yg terlantar sejak hampir dua tahun lepas selepas diserang asma.
Bagi kebanyakkan warga internet,tentu ramai yg mengenali pasangan Abil-Fauziah di mana suaminya ada tulis satu blog yg di dedikasikan buat isteri kesayangan beliau nih...link blog beliau :-
http://abil4fauziah.blogspot.com/
Abil: 'Gee pergi dengan tenang'
2 April 2013
SHAH ALAM – Pesakit saraf otak, Fauziah Muhamad, 39 atau Gee, yang kisahnya pernah dibawa Sinar Harian Online tahun lalu, menghembuskan nafas terakhir pagi tadi di rumahnya, Taman Seri Putih, Seremban.
Berita itu disahkan sendiri suaminya, Abil Fikri Ahmad, 44.
"Dia (Gee) meninggal jam 9.50 pagi tadi. Saat menghembuskan nafas yang terakhir, saya di sisinya.
"Dia pergi dengan tenang. Wajahnya tenang," kata Abil kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi sebentar tadi.
Menurut Abil, jenazah akan dikebumikan jam 4 petang ini.
Sebelum ini, kisah mereka mendapat perhatian umum setelah Abil sanggup berhenti kerja demi menjaga isterinya yang terlantar sejak tahun lalu.
Gee diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011.
Orang ramai yang ingin menziarah boleh terus ke rumah Abil yang terletak di No 36, Taman Seri Putih, Seremban atau di Makam Tuan Haji Syed.

Kredit gambar dan berita : Sinar Harian Online
Memang sedih dan sebuah kisah cinta yg sangat mengharukan.Kisah pengorbanan seorang suami yg sanggup meninggalkan kerjaya demi nak menjaga isteri kesayangannya.Bukan senang nak cari lelaki yg macam nih.Bukan takat tu ajer,beliau jugak tabah dengan segala tohmahan org yg sesenang hati menuduh beliau sengaja buat blog untuk cari publisiti dan ambil kesempatan atas keadaan isterinya.
Kalau sesiapa pernah baca blog beliau,tak ada ayat yg merayu simpati org ramai.Ianya lebih kepada diari dgn harapan arwah sempat membacanya.Walau tulisannya dgn nada berseloroh,tapi hati tetap tersentuh.
Adoihai..aku harap pihak yg menuduh tuh sedar dan insaf lah.Kenapa nak mengata dia begitu? Cuba bayangkan kita yg duduk kat tempat mereka berdua? Sanggupkah kita?
Kalau betul pun boleh buat duit,berapa sen sangat? Bukan sampai jadi jutawan pun.Kalau jadi jutawan sekalipun,aku rasa okay lagi sebab dana tu digunakan untuk merawat isterinya.Dan,dia bukan ambik duit tuh pastu bawak lari,tinggalkan isteri kat kampung atau nursing home.Dia jaga sampai si isteri meninggal dunia.
Eh,emo plak aku...
Tapi apapun,semoga segala pengorbanan En Abil diberkatiNya.Al-Fatihah buat Allahyarhamah Fauziah.Semoga rohnya di cucuri rahmat Allah dan semoga mereka berdua dipertemukan di alam sana kelak.Aku yakin,arwah mesti seorang isteri yg hebat di waktu sihatnya,sebab itulah dia mendapat En Abil sebagai suami.
Amin....
Link berita berkaitan tentang pasangan ini:-
ABIL-FAUZIAH 1
ABIL-FAUZIAH 2
ABIL - FAUZIAH 3
Al fatihah...moga tergolong dlam golongan ahli syurga
ReplyDeleteAmin...
Delete