Tuesday, 5 February 2013

TERIMA KASIH BUAT STAFF PETRONAS R&R SEREMBAN

Assalamualaikum..
Weekend lepas,kami sekeluarga ke PD sebab aku ada reunion dengan geng geng masa matrikulasi USM dulu.Seronok sangat sebab lama dah tak jumpa.Walaupun sentiasa update citer kat FB dan Whatapps,tak sama dengan berjumpa 4 mata....( darab 4,hehehehhee)
Tapi,itu next entry aku citer...
Ni nak citer tentang kejujuran dan kuasa / rezeki Allah...Alhamdulillah...
Selepas check out hotel hari Ahad tu,kami balik Rembau dulu.Petang tu lepas Asar,kami bertolak balik ke Shah Alam.On the way tu,singgah kat RnR Seremban.Pergi kat Petronas R & R untuk isi minyak dan top up Touch N Go.Kebetulan kat situ ada Dunkin Donuts so aku pesan kat laki aku suh beli air coklat panas.Hujan hujan ni sedap woo pekena air coklat panas.
Balik cam biasa lah...aku kemas-kemas barang.Laki aku plak gi masjid Maghrib tu.Kebetulan parents aku datang.Tengah lepak borak borak,ada org call laki aku.Memula malas nak gi jenguk tapi dah berdering dua kali,aku pun bangun lah termengah mengah nak angkat.Tak sempat...almaklumlah,mak buyung kalau nak bangun mestilah kurang cergas sket,hehehehe.Dah jadi misscalled.Aku check,tgk no dari Negeri Sembilan,tapi takde plak laki aku letak nama.Ntah sapa ni?
Baru jer nak duduk balik,telepon bunyi lagi.Kali ni dari kwn laki aku plak.Masa aku angkat,kebetulan laki aku baru balik.Terus pass fon kat dia.Pastu aku nampak dia masuk bilik sambil bercakap cakap .."Haah,takde..." katanya.
Pastu lama aku dengar dia duk sembang kat dalam bilik.Aku bolayan jer lah,sambung borak ngan parents aku.Sekali laki aku keluar bilik dan bagitahu aku,wallet dia tertinggal kat Petronas R&R Seremban tuh.
Terkejut beruk gaklah aku..weh..wallet tertinggal? Bila sedarnya? Aku tanya...
Alkisahnya,misscalled tu rupa-rupanya dari staff Petronas tu lah.Bila aku tak sempat angkat,staff tu call kawan laki aku.( Kebetulan laki aku ada simpan kad nama dia dan kad nama kawan2 dia ).Jadi,kawan laki aku lah call balik nak inform.
Alhamdulillah..rezeki Allah...
Jadinya,hari Isnin ( semalam),lepas kerja,laki aku pergilah balik ke Petronas tu untuk ambik balik wallet dia.Laki aku cakap,budak yg jumpa wallet tu takde,yg serahkan balik tu supervisor dia.Maybe dia kerja shift lain kut.Tapi,laki aku pun tak sure samada yg jumpa tuh staff Petronas atau Dunkin Donuts tu...apa daaa.Maybe laki aku ni asyik duk pikirkan wallet dia ke apa sampai lupa nak tanya,Wallahualam.
Tapi,apa-apapun,aku doakan semoga rezeki staff tu bertambah berlipat kali ganda dengan kejujuran dia tu.Dan,terima kasihlah banyak banyak...tak terucap kata nak puji apa...dalam wallet tu apa pun tak terusik kecuali dia bukak untuk cari contact no.He or she will remain as anonymous to us,tapi Allah tahu siapa dia dan semoga Allah membalas kejujuran dia...
Dan,syukur Alhamdulillah dengan rezeki Allah ni..Amin...tak terucap syukur kami kepadaMu...

4 comments:

  1. Nasib baik orang yang jumpa wallet tu jujur kan......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan.Syukur dijumpai org sejujur dia,murahlah rezekinya

      Delete
  2. jujur org tu ye..susah nk jupe org camtu..mcm yg tuhan ckp dia pulang balik tuhan akan bagi balik 10 kali ganda nilai tu kt org tu..sama cam sedekah kan..bagi satu tuhan akan bagi rezeki balik 10 kali ganda...

    P.S / Owner blog tolong buang word verification senang sikit nk komen kan hehehe..peace no war

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh yeke ada word verification?alemak,tak perasan plak kat setting tu,dh lama x sentuh apa apa kat situ.Sory,ntt sy tukar setting.

      Delete