Wednesday, 13 February 2013

AWANA KIJAL,KEMAMAN TERENGGANU

Kali ni nak up entry citer basi lagi...almaklumlah,aku kan CEO,haruslah busy ngan keje2 "opis" ye dak? Pencapaian harus diutamakan...kut tak nanti hujung tahun tak dapat "bonus"...kehkehekehekeheh...

Masa cuti sekolah hari tu beberapa bulan lepas,agenda biasa lah aku.Mestilah balik kampung halaman tercinta kat Terengganu.

Sebelum balik,aku ikut lakiku pergi Temerloh dulu,seminggu.Pastu balik Terengganu seminggu.Sebelum balik ke Shah Alam,singgah bercuti kat Awana Kijal semalaman ( ni plan menjimatkan tenaga tapi membazirkan duit dan masa,hehehehe.).Lepas tu penginapan di rumah sendiri selama 4 hari 3 malam sebelum ke Melaka pulak ( Next entry) Juga atas urusan kerja...tapi pandai tak aku plan semua tuh? CEO katakan...hihihihihi.Tak lawak pun.

Masa kat Temerloh,aku dah up entry tapi tanpa gambar lah.Masa tu takde mood nak bergambar.Kat kampung pun dah banyak kali post gambar,so takyahlah.Jadi moh cerita percutian kat Awana Kijal plak.

Sebenarnya,dari Temerloh hari Khamis,laki aku terus balik ke Shah Alam sebab dia kerja.Aku plak mintak tolong adik aku kat Kemaman tu ambikkan aku kat Temerloh sebab kebetulan dia nak balik Marang pun keesokkan harinya.So,laki aku just datang ambik jer lepas seminggu.Hari Jumaat dia cuti tapi Isnin kerja.Jadi,kesian kat beliau yg nak terus terusan drive 8 jam,aku suggest singgah Kemaman dulu hari Sabtu
 ( separuh jalanlah kiranya),the next day,hari Ahad baru balik Shah Alam.Alang-alang,ajak parents aku sekali bercuti.

Makanya,aku tempahlah dua bilik kat Awana Kijal ( kat Kemaman Terengganu) hari Sabtu...ingat nak ajak adik aku yg stay Kemaman tu join sekali,tapi dia kerja.Lepas meeting barulah dia datang tapi tak bermalam pun.

Layan gambar jerlah dulu...












Kat atas tu gambar biliknya.Boleh tahanlah...yang ni aku amik bilik Deluxe Room ( paling murah ).Masa tu ada online promo,harga dalam RM270++ ( not including tax) which is aku rasa reasonable sebab peak season kan.Maybe jugak sebab cuti sekolah dah hujung2 tapi biasanya weekend agak mahal jugak rate kat sini.Awana Kijal ni selain dari hotel,ada jugak apartment ( dalam kawasan yg sama) untuk mana-mana yg nak datang dengan family ramai-ramai.

Kalau ada yg tempah secara online,sila bawak salinan hard copy detail tempahan.Selama ni aku booked hotel online,takde yg mintak salinan hard copy,so aku buat vodoh ajerlah datang check in lenggang kangkung.Sekali frontdesk mintak benda alah tu as a proof of payment,terpaksalah aku gi business centre utk print.Seb baik semua tu aku simpan dlm laptop.Tapi,penyambut tetamu nya sangat peramah dan helpful,siap hidang air pandan serai.Muntah terbelelek aku kat kaunter..kehkehekeheh.Pelik sgt rasanya walaupun airnya berbau wangi dan segar.


View dari tingkap bilik.Mengadap pool dan pantai



Hari nak hujan
Kat Awana ni,yang best kat sini ialah kolam renangnya yang besar Siap kolam renang budak mcm kat taman tema,ada gelongsor bagai.Budak-budak mesti suka.Selain tu,ia ada sediakan banyak aktiviti utk pengunjung.Kiranya tak boringlah datang sini.Ada jer benda boleh buat.

Selain tu,untuk org tetua ni...boleh menenangkan pikiran buat aktiviti kat tepi pantai belakang kolam renang ni.Area pantainya sangat cantik,pemandangannya memang menarik.Masa aku datang dulu-dulu,sempat gak naik basikal kat belakang tu,tapi kali ni tak sempat.Aku recommend nih,kalau datang sini,jgn lepaskan peluang ambik angin ker,sun bathing ker kat tepi pantai tuh.Aku nak gi sun bath jadahnya ari tu kan pasal hujan,tak pasal kena panah petir pulak,hahahahhaa.


Lobby


Adik ipar aku dan anak-anak sedarakuuuu


Order kek free coffee okey..kek sedap,karipap tu biasa biasa ajer.Mak aku buat lagi sodap!

Petang tu,seperti yg di plan,adik lelaki aku datang dengan familynya.Kitorg lepak kat cafe kat lobby tu jer pasal hari hujan.Ingat nak bawak anak-anaknya mandi kolam sekali tapi tak sempat.Seb baik,sebelum tu,lepas check in,kitorg sempat berendam seround kat pool sebab masa tu mendung jer.Elok naik jer,mencurah curah hujan.Ingatnya nak ke pantai,kena cancel.Parents aku tak join masa ni sebab diorg nak rehat dan tido.

 Awana ni lobbynya besar bagak...jalan-jalan kat area lobby pun boleh penat...so malas nak snap gambar.Tapi lobbynya cantiklah.

Lepas tu,kitorg terjah bilik parents aku.Biarkan cucu cucu kacau atuk dan umi,hahahahaha.Disebabkan diorg takleh mandi kolam,mandi ajerlah kat tub dlm bilik ayaq jer nak yerrrr...

Esoknya,cam biasalah,lepas breakfast,laki aku bawak anak-anak mandi kolam jap sementara aku berkemas.Lepas check out,kami sekeluarga balik ke Shah Alam,parents aku menghala balik ke Marang.Huhuhuhu,sedeyyynya nak tinggalkan parents dan kampung halaman....huhuhuhuhuhu.

Untuk info lanjut pasal Awana Kijal ni boleh visit website link kat bawah.Awana ni under Genting Resort World lah.Sesapa ada Resort World Card boleh tempah pakai kad tu,tambah point.

Sekian....

RESORT WORLD GENTING

8 comments:

  1. hoho.. kelas dh ase anak ganu cuti di tanahair seniri..
    aku x pernah lg tido hotel awana kijal ni, apartment dia biasa dh. opis asben aku sewa setahun aritu psl de projek oil n gas area situ..

    pool die super duper besar kan..
    puas atila berkubang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk org pandai berenang,puas hati la li.Aku ni hok mcm ikan duyung tersadai tepi pool jer,hahahahahha.Aku ni nama jer duk Trg,kat Trg pun dok abih explore lg.Pulau Perhentian ngan Redang pun dok sapa lg,huhuhuhu,sedey

      Delete
  2. Salam kenal..serius..saya tak pernah ke t'ganu..cantik..harus pergi..follow me back ya,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal..thanks sudi jengah sini.Dan Trg mmg cantik...hehehehe.
      Done follow..

      Delete
  3. Oklah harga dia...kira murah dah untuk waktu2 peak season tu....best kan jalan2.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan jalan mmg best.Balik rumah,semangat fresh sket,kan?

      Delete
  4. salam kak, nak tanya deposit awana mintak berapa ye?? saya dah lupa went last 3 years ago.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nisa,
      masa book yg ni kene bayar full terus.Maybe sbb book online or ada option lain yg tak perasan plak.

      Delete