Friday, 21 September 2012

PROTES BANTAHAN FILEM "INNOCENCE OF MUSLIMS"

Hari ni ada perhimpunan aman bagi membantah filem yang menghina Rasulullah SAW " Innocence of Muslims".Ramai jugaklah umat Islam menyertai perhimpunan itu,Wallahualam.Dan setakat ni,Alhamdulillah,takde dengar sebarang insiden yg tidak diingini berlaku sepanjang perhimpunan,tidak seperti di Libya dan sebahagian negara lain yg mengorbankan nyawa.
Benda-benda sensitif macam ni,kita kena hati hati dalam mengupas isunya dan menangani impaknya.Ya,aku sebenarnya walaupun marah,sedih dan kecewa,tapi tak pula mampu untuk ke hadapan untuk menyuarakan bantahan dan baguslah ada di antara kita sanggup bangkit mewakili umat Islam untuk mempertahankan Rasulullah SAW yg kita cintai.
Namun, demo demo seperti ini juga ada batasannya.Aku rasa takde masalah kita nak berdemo,at least biar musuh-musuh Islam ini sedar kita tak mudah diperkotak katikkan.Sesenang hati maruah agama kita diinjak injak dengan hina.Tapi,biadap dilawan dengan keganasan adalah sesuatu yg tak kena sama sekali.Syukur kita belum sampai ke tahap itu.Adakah keganasan dan pembunuhan adalah jawapan kepada perbuatan biadap org2 kafir terhadap Islam? Aku tak rasa itu yg dianjurkan dalam agama dan tidak pernah di ajar sama sekali oleh Rasulullah SAW.Benar,umat islam zaman itu pernah terlibat dalam peperangan menentang kaum kafir musyrik tapi bukan kerana umat islam gemar menggunakan kekerasan untuk menyebarkan agama tapi kerana kaum kafir itu yang memulakan perang terhadap umat Islam.Dan,itu melibatkan nyawa dan harta benda.
Selepas berdemo,di manakah kita pula? Apa tindakan kita selanjutnya? Cukupkah perbuatan ganas kita sebagai amaran pada puak kafir ( tak applicable kat Malaysia)
Kita kata kita sayang Rasulullah SAW,tapi cukupkah sekadar berdemo dalam menyatakan kasih sayang kita kepada Baginda? Macammana nak sayang Rasulullah dan apa puncanya org kafir menghina Baginda sekaligus menghina Islam?
Sebabnya...akhlak kita sendiri sebagai umat Islam.Okeylah,aku tak mau mengata org lain.Sila ambik contoh diri sendiri.Cukupkah kasih sayang aku kepada Rasulullah sedangkan banyak sunnah Baginda aku tinggalkan? Berapa banyak selawat aku hadiahkan kepada Baginda setiap hari?
Okeylah,maybe aku laksanakan kewajipan dalam Islam seperti solat dan puasa tapi cukupkah? Aku boleh berjaga lewat malam online ataupun tengok TV,tapi tak boleh peruntukkan hanya 10 -15 minit untuk solat Tahajud.Aku mengaji Al-Quran tapi berapa banyak maknanya yg aku dalami? Belum lagi dihitung dosa dosa setiap hari,terjagakah aurat aku? Perlakuan aku? Kata-kata kasar,perhaps? Belum lagi dikira perhubungan dengan manusia lain.Kadang-kadang mengumpat,mengata,marah-marah,cari gaduh ngan laki....eh?Hehehe.
Itu baru aku sorang.Dan,belum lagi dihitung dengan sesetengah akhlak org Islam yg melakukan dosa dosa besar seperti berzina,minum arak,berjudi,merompak dan membunuh.
Boleh kata skang,hari hari keluar berita org buang bayi,meragut,merompak,membunuh dan majoriti dilakukan oleh melayu beragama Islam.Jadi,di manakah nak datangnya respect org bukan Islam terhadap Islam.
Org kafir zaman skang bukannya dia tahu mcmmana cara hidup Rasulullah SAW,tetapi mereka memandang kepada perlakuan umat Islam pada hari ini.Mereka dapat fakta yg sudah diputarbelitkan oleh musuh Islam sejak dulu dan kemudiannya diperkukuhkan pula oleh kelakuan kita sendiri.Kita hanya ambik sunnah baginda yg mana untuk kepentingan diri sahaja.Yg lain,campak tepi.
 Okey,apa yg aku nak ulas kat bawah ni takde kena mengena ngan politik yer..
 Baru baru ni kecoh pulak pasal salah satu Twitter status oleh seorg wakil DAP,YB Ngeh tak silap aku .Bunyi status tu aku tak ingatlah tapi seperti mempersoalkan tindakan umat Islam di Malaysia hendak berdemo memprotes filem " Innocence of Muslims" ( maybe dia bermaksud lain,Wallahualam...sila refer balik status tweet beliau utk lebih jelas)
Susulan dari itu,ramailah mengutuk dan menghentam beliau.Dan beliau sudahpun meminta maaf.Bagi aku lah kan,hal hal mcm ni,dari awal lagi dia tak patut campur.Duk senyap-senyap sana sampai isu ni reda.Banyak lagi hal lain yg dia patut ambil tahu.Ini hal sensitif,xleh simply2 bagi pendapat.Pakai Simplysiti takpe...eh,lari topik plak.
Tapi,adakah tindakan menghentam,mencaci,menghina dan mengecam beliau dapat menyelesaikan masalah? Aku terjumpa satu link video ( aku tak mau share kat sini sebab tak senonoh) yg menunjukkan sekumpulan umat Islam berhimpun depan pejabat DAP untuk menyatakan bantahan terhadap Ngeh.Tapi,Astaghfirullah...akhlak jenis apakah yg diorg tunjukkan,aku tak taulah.Tak tercapai dek akal aku.Memula mereka kutuk,mengancam lepas tu mencarut.Ni aku tak tipu yer,boleh cari link video tu kat youtube kalau nak...mereka mencarut ( sebut anu sendiri plak tu) disusuli dengan lafaz Allahuakbar...lepas tu bakar bendera dan gambar Ngeh tu dipijak pijak.
Aku hanya mampu urut dada....
Saudara,
Aku yakin,bukan ini yang Rasulullah SAW ajarkan kepada kita.Tidak sama sekali.Rasulullah SAW pernah dihina di caci tapi tau tak apa yg Baginda buat? Aku bagi satu contoh peristiwa,boleh baca kat sini. ( kredit kepada The Lonely Musafir)
Agak agak org bukan Islam tengok kelakuan mereka,apa yg diorg rasa? Apa tanggapan diorang?
Takyah lah aku ulas panjang lagi...sedih aku...kenapa kita biadap sgt? Agaknya kalau org datang berdakwah biadap mcm tu,nak ke kita dengar dakwah dia?
Kita rasa dia biadap,tapi kita lawan dengan biadap juga,apa endingnya? Dia bukan muslim,dia sendiri maybe tak faham kenapa kita emosi sampai berdemo.Sepatutnya,tugas kitalah explain kat dia yang filem tu menghina Junjungan Besar kita,Rasulullah SAW,tokoh utama Islam,kekasih Allah.Lepas tu explain lah kat dia yg filem tu buat fitnah besar besaran terhadap baginda,jauh menyimpang dari keperibadian sebenar baginda.Susah ke? Yang ko berdemo mencarut carut bagai,agak-agak apa yg org non muslim tu fikir? Ah,fikirlah sendiri...
Aku menulis bukan sebab aku alim sgt.Aku sendiri pun banyak lagi tak amalkan sunnah Rasulullah.Masih jauh lagi...sangat jauh.Tapi,kalau kita rasa kita kasih pada Baginda,bukan setakat kita pergi berdemo atau memboikot USA,mari kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.InsyaAllah,maruah kita tak akan diinjak injak lagi....
Nah..layan video ni lagi bagus.....sekian...ustazah nak tido.







2 comments:

  1. Allahuakbar! Aku baru tgk ada slot2 kat you tube dgn amry pagi tadi..kami sgt MARAH, SEDIH, KECEWA! Aku doa setiap masa semoga KAFIR ini dapat balasan daripada Allah. Isu agama ini secara GLOBAL setiap orang tahu sensitiviti masing2..tadi pulak aku nangis lepas tgk news dr LIBYA dan di ROHINGYA. Cukuplah apa yang dah jadi pada PALESTINE. Sedih sgt..aku mampu berdoa setiap masa agar semua muslim dilindungi Allah. Sama2lah kita berdoa agar doa2 muslim ini mampu memberi pembalasan pada kafir kat luar sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah,sampai masanya.Masalah skang,sesama Islam berpecah belah.Palestine tak dpt pembelaaan sebab byk negara Arab sendiri yg buat tak tau utk kepentingan masing2.Yg prihatin pun selalunya takde dana atau KUASA yg mencukupi utk lawan.Kita terus berdoa..InsyaAllah.

      Delete