Last week menapak ke Ikea...nak cari drawer utk simpan alat-alat mainan anak aku nih.Selama ni aku buh campak dalam baby cot jer.Lama-kelamaan aku rasa huduh benar lah letak baby cot kat ruang tamu dengan selonggok alat mainan kat dlm tu.Semak..jadi aku decide nak cari drawer.Tapi kekdahnya tetap campak mencampak...bezanya,campak dlm drawer tak nampak sgt...muahahahaha.
Sebelum tu...ni nak habaq mai...bila aku mention cari drawer kat Ikea,jgnlah sangka aku berlagak mat salleh plak.This is true story...ada org bila aku ckp nak gi Ikea jer terus keluar ayat..." Amboi,bukan main,cari perabot kat Ikea saja..." Sedih aku tau.Tak layakkah aku pergi ke sana...sob sob sob.Seolah-olah bila pergi sana,rakyat marhaen mcm aku ni dianggap cuba berlagak kaya.Eh,takde pun signboard kat Ikea tu yg tulis " Utk Jutawan Sahaja",plus...jutawan tak beli perabot kat Ikea lahhh....Kebanyakkan org pergi sana sebab brg2 dia cute,flexible,moden,simple dan kontemporari.Lagipun,selalunya aku beli alatan dapur atau perhiasan rumah jer,jarang beli perabot pun kat situ.Tu ajer pun...hukhukhuk
Apa daaa duk membebel kat sini.Kesian org kat sini tak bersalah...hihihihihi.
Memula aku dah spot satu drawer yg cantik dan murah kat Perabot Bahagia Seksyen 9 Shah Alam ( hihihi ) tu.Siap dah cop lagi,tapi bukan cop ngan tokey kedai.Aku main cop yg " Alif Lam Lam Ha...sapa amik dia berdosa..." tu.Pasal aritu aku tak bawak duit.Esoknya,lepas cucuk duit,aku gi lah balik kedai tu,tgk2 diorg tgh bungkus drawer tu.Bila aku tanya diorg kata tu jer stok yg ada.Huwaaaaa...sapa amek tu dia dosa...!!!
Jadi,weekend tu pergilah Ikea sbb nak survey lah kononnya..Sebenarnya tgh kecewa.Sampai hati Perabot Bahagia..huwaaa.Kalau diikutkan,kalo nak mencari perabot,aku lg suka beli kat Perabot Bahagia ni sbb perabot dia agak menepati citarasa aku dan terus terang,lebih berkualiti dan harga berpatutan.Start aku kawen sampai la ni,mmg kat situ ajerlah aku beli perabot dan barang dia tahan lama.Nak tukar perabot pun serba salah sbb ianya tahan.Jadi,walaupun aku dah jemu,tahankan ajer,pakai sampai rosak.Laki aku marah membazir.Masa aku merengek nak tukar meja makan,dia tak kasi.Pakai sampai pecah katanya (permukaan meja tu kaca),jadi aku terpikir gak nak bg tukul kat anak aku suh diorg hempuk meja tu,ehekssss.Jahat kan? Tapi tak jadi...tak baik wooo...
Memula sampai jer,anak-anak aku dah merengek lapar..heh...layanlah makan dulu.Kang dah kenyang baru best wat keje mengukur keluasan Ikea tu kan....
Hakim dan mimik mukanya...mcm mcm |
Last last buat isi coklat kat dalam ni |
Rafhanah siap sedia nak tembak aku.Baby cot itulah tempat simpan alat mainan selama ni |
Sticker...beli kat kedai buku sebelah Perabot Bahagia..hehehe |
Aku tertengok sticker comel ni masa pick up budak-budak ni dari sekolah.Sekolah diorg sebelah kedai buku.So beli la sket.Sampai kat umah,tak sempat nak mandi,dgn tak pakai baju ( pakai suar jer),anak-anak aku kemain semangat lagi menampal.Disebabkan dorg tak pakai baju,takdelah aku amik gambar...hehehehe
Rafhanah tgh aim nak cabut sticker tu... |
Tension abg ngan kakak sebab si adik asyik cabut sticker yg diorg tampal.Sudahnya,nak penuhkan satu drawer tu,berkali kali aku gi beli sticker.Lepas dua hari,barulah dia jemu,tak cabut lagi dah...
Muka muncung org tak bagi dia sentuh sticker..hehehehe |
Ni hari kedua...Hakim dah penat tampal balik sticker...kesian... |
Oh yer...bercakap pasal benda benda cute,comel ,cantik tertarik ko mmg kebabom...tak semestinya kau leh dapat kat Ikea.Misalnya,tiap kali balik kampung mak mentua aku,aku suka ajak laki aku pegi Zemart Rembau sbb kat sana byk jual tupperware yg cantik2 dan mcm2 lagi.Boleh leka aku belek barang kat situ.
Haa...comel tak tong sampah aku....baik ckp comel,kalau tak aku murka |
comel jak tengo anak2 buat gaya camtu...samalah kita, alat2 mainan tu di rumah tu pun berkotak2 sudah...campur sekali dengan 'bangkai' mainan tu..mau dibuang takut anak2 kecil hati plak...
ReplyDeleteDah berkoyan koyan dah buang.Tak tahan dgn mainan kecik2 tu,jenuh nak ngemas.Tak taulah berapa lama drawer tu boleh bertahan.heheheh
Delete