Tuesday, 14 August 2012

SHOPPING YG PALING MELETIHKAN..

Hari Ahad hari tu,lepas hantar mak mentua blk kg,pagi2 lg dh bertolak dr kampung sebab ada misi utk bershopping baju raya anak anakku yg tercinta.Asalnya nak singgah Jusco Seremban tp tukar plan ke Sunway Pyramid.
Dan sesungguhnya kini aku faham mengapa ada org,dua bulan sblm puasa diorg dah shopping siap siap baju raya.Utk yg nak shopping saat saat akhir mcm aku ni,harus mempunyai keimanan yg tinggi.Utk ibu yg garang,dinasihatkan duk umah pakai baju tahun lepas lg bagus.Huhuhuhu.
Kitorg sampai kul 12 tgh hari,keluar pukul 5.30 pm dengan hanya mampu membeli 3 pasang baju sahaja yakni sepasang seorg.Bukannya sebab aku cerewet memilih tapi si kecik tu tetiba mempunyai tenaga Ultraman terlebih bateri.Kejap jadi org,kejap jadi kucing pastu boleh plak dia merangkak sambil ,"meow,meow..." Huwaaaaaa,stress mak.Masa aku lg banyak habih ngan mengejar dia sekeliling salesgirl.Makin aku kejar,makin seronok dia lari.Tak dikejar lagi jauh dia pergi ngan harapan ada org kejar dia.Pastu mulut dia bising," Tak apat,tak apat...hahaahahahaha".Weh,lagu ni,Usain Bolt pun tak larat nak kejar tahu...huhuhuhuhuhuhu.
Sudahnya,semalam,lepas amik bebudak ni kat sekolah,aku pergi kat Plaza Masalam.Ada kedai baju budak kat situ.Kat situ pun dia mcm tu jugak...sampaikan salesgirl kat situ mcm dah jd aku nyer personal shopper,sementara aku kejar si kecik yg dah lari sampai ke escalator,diorg tolong carikkan baju utk Amani dan Hakim.Seb baik Amani dah pandai pilih baju sdr.Aku pun dah takde kisah,baju kat situ pun cantik cantik,diorg tunjuk jer semua aku berkenan.Settle.
Jadi,moral of the story,tahun depan,sebulan sebelum raya dh kene settle baju raya.Bukan kerana beria ia sgt nk raya,tapi,utk mengelakkan dari terlampau letih di bulan puasa gara gara menjadi atlet lumba lari dan juga dptlah menumpukan perhatian pada ibadat waktu malam yg mungkin ditinggalkan gara gara nak shopping waktu malam (sbb letih nk gi siang hari).
Heh,terlontang den ni haaaa dikerjakan dek budak kecik sorg nih.heheheehhe

2 comments:

  1. ekekek tu lah kalau boleh sopink jgn bawak kids kan .. kalau tidak kita letih melayan dia bukan letih memilih keperluan ;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuh.Tp masalahnya tak reti plak nak agak saiz diorg kalo pegi sdr.Kalo x disbbkan tu,sanggup x gi mana mana.hehehehe.

      Delete