Diari Ramadhon seorang surirumah.Hape,ingat si Rafique tu sorg jer boleh ada diari di bulan Ramadhan ni hah? Walaupun jelas aku punya diari boring nak mampus,tapi,ada aku kesah?hahahaha.
Lepas balik semula ke rumah sendiri,mcm biasa ler...jadual bermula ngan gi pasar tanpa "ter"minum air vitagen anak aku lagi sbb kali ni tak bawak dia.Mak mentua aku ada kat umah dan dia willing nak jaga budak tembam tu sementara aku ke pasar.
Harga ikan dan segala makanan laut lain naik sket dan kualiti ikan agak mendukacitakan.Apa,bulan puasa ni,ikan-ikan tak larat keluar berenang ke apa?
Pastu,dah balik dari pasar,suh mak mentua aku siap siap cantik cantik,bawak dia gi jumpa gynae kat DEMC.Bukan buat check up dia pregnant tau...dia ada masalah sket.Kalaulah mak mentua aku tetiba pregnant,mahu pengsan laki aku lima nam kali terima berita nak ada adik baru.Hihihihi...cute kan aku gelak.Selalu HAHAHAHAHA ajer,memang takde kesopanan langsung.
Dah pegi spital jumpa pakar main terjah jer xder appoinment,hambik kau.Kat dua jam aku tunggu...huhuhuhuhu.Bila masuk jumpa doktor,mak mentua aku bantai cakap Nogori,Doktor tu mcm mintak nyawa nak faham.Lantas,aku pun menawarkan diri jadi translator.Tak sangka,selain dari loghat Terengganu,pandai gak aku loghat Nogori...hahahahaha.Cess,itupun nak bangga.
Yang buat aku nak tergelak,Doktor tu memanglah bagi penjelasan yg panjang lebar,informatif,terang lagi bersuluh,tapi setiap ayat disudahi ngan "Ngerti?".Cakap ngan aku plak tu...kembang kempis hidung aku nak tahan gelak.Gi lah cakap ngan my mom in law tu doktor...aku nyaris nak terguling gelak dah bila dia ckp, " Ngerti," tu.Hahahahaha.Tapi,Doktor tu mmg bagus.Dia explain A to Z...dan harap-harap mak mentua aku tak mengalami masalah serius.Kalau ikut pemeriksaan awal,Doktor kata mcm ok,maybe sebab perubahan hormon / tanda-tanda awal menopaus.
Nak ngambik ubat pun lama sbb ramai giler org.Seb baik budah farmasi tu hensem...Eh?
Dah balik,kemas umah jap pastu berehat.Pukul 3 aku dah start masak.Memang aku masak awal utk mengelakkan aku terlepek atas dapur di hujung hujung hari.Kehkehekehkeh...mcm bebudak.
Dah lah,sampai sini ajer...yg lain lain tu paham sendiri lah.Mestilah berbuka puasa,tidur dan sahur dan berlakulah rutin yg sama setiap hari kecuali bab bawak mentua gi spital.Takkan hari-hari aku nak bawak gi spital plak.Gila concern.Nak bodek,agak agaklah kan.Mintak penampar,adalah...
Jadi,sekian sahaja diari ramadhan saya...ada sesapa berminat nak jadikan drama??
No comments:
Post a Comment