Wednesday, 9 November 2011

TERSENTAP LA PULAKKKK

Lepas ambik Amani kat sekolah td,aku singgah Giant nak beli sikit brg nak masak.Tgh kelam kabut ngan budak budak bertiga ni,tetiba ada seseorg sapa aku.Laa,Akak S (bukan nama sebenar,kasi dramatik sket) rupanya.Mmg kenal sesangat,tidaklah pernah sebantal tp hatibudi tu sgtlah kenal luar dan dalam.Chess cam artis plak,kenal hatibudi bagai.
Beramah mesra lebih kurang,aku gi tempat sayur.Dah amik seketul dua sayur,aku mencongak congak depan sayur tu memikirkan apa mende lagi aku nak beli.Tiba2
"weh,apa duk menung depan sayur tu?"Aku toleh,Akak S lagi.Aku sengih
"Tgh pikir nak beli apa lagi?"Selamba katak la aku jawab.
"Org pikir menu dulu baru beli.."dia sound lalu berlalu pegi.Aku terkesima kejap.Apakahhhh??
Aku x taulah aku tgh PMS ke apa tapi tetiba aku rasa sentap plak.Tetiba emo dan sensitif.Perubahan hormonkah?Selalunya hormon aku akan berubah bila pregnant.Pregnant lagikaahhhh?Hahahahahaha
Org lain maybe rasa teguran akak tu mcm biasa jer,tp utk aku yg kenal sgt pe'el dia tu aku rasa cam nak gelak guling2 pun ada gak.Dari dulu sampai skang,cara dia menegur tu sumpah aku cakap,kalau dia jadi motivator,mesti ramai yg bunuh diri dari naik semangat.
Naper aku cakap camtu.Org lain mesti fikir apa yg akak tu tegur betullah.Org kalau nak shopping brg dapur biasanya sediakan list amende nak beli dan dah tau menu apa nak masak.Fine,apa yg dia cakap tu betullah.Aku x nafikan,tp pendekatan tu boleh sopan sikit tak?
I mean,ko siasatlah dulu before sembur, like tanya aku ke pesal nk fikir plak.Aku maybe bukan mcm dia yg boleh pi Giant hari2.Aku ni even nak ke kedai belakang umah pun fikir 5-6 kali.Kalau x penting sgt maybe aku x pegi sebab aku kena berangkut 4 beranak.Ngan si kecik tu aku kena dukung,lg nak control dua org lagi yg lari ke sana sini.Sbb tu aku gi beli barang kering sebulan sekali wat stok byk2,brg basah seminggu 2 or 3 kali jer.Thats why aku kene fikir,selain dr menu aku kene fikir jugak sayur mana yg tahan lama,tahan sekejap jer or tak tahan lsg.
Memang dari sejak dulu lagi aku mmg kurang berkenan ngan cara dia menegur kesalahan org. Dia suka menyindir dan mengeluarkan ayat-ayat yg pedas berbisa.Kadang2 org yg ditegur boleh terpinga-pinga sbb tak tau apa salahnya tetiba kena sindir.
Itu takpe lagi,yg plg aku tak tahan, kalau dia sound kesalahan org and dia sendiri x buat mende tu aku leh hormat lagi.Tapi dia pun dua kali lima jugak.Hari ni dia tegur dan dgn bangga ckp kat semua org yg dia xkan buat bende2 tu sumer.Alih alih esok lusa aku tgk dia buat gak mende yg sama.Hampehhh...
Insiden hari ni kira tak teruk mana sbb dah jarang jumpa,kalau tak dulu aku kene lagi dasyat.Sindir aku mcm aku ni org yg x bermoral.Cara aku berpakaian,bermekap dan berkomunikasi sumer dia nak kritik.Kadang-kadang aku fikir besar rahmatnya aku duk kat umah jer skang.Kurang sket dosa aku marah-marah kat dia.La ni tambah dosa lagi....haihhhhh...
Akak,nak menegur boleh tapi kalau boleh biarlah mendatangkan keinsafan,ni tidak,mendatangkan kemarahan ada lah.Aku bukan nak cakap la, benda kalau x jadi kat diri sendiri aku pun malas nak komen, sesetengah org kadang-kadang mempunyai niat yg baik,konon nak menegur ke arah kebaikan tapi tak tahu menggunakan pendekatan sewajarnya.Kutuk,perli,marah tak akan membuatkan org yg kene tegur tu insaf malah akan lebih memberontak.Memanglah kita benci ngan perbuatannya tapi jgnlah dizahirkan dgn ucapan-ucapan yg akhirnya menggambarkan diri sendiri tak jauh beza pun dgn org yg melakukan kesalahan tuh.
Macam zaman aku sekolah dulu.Aku sgt salute dgn Cikgu Add Math aku,Cikgu Siti Zabedah nama dia.Garang sampai aku nak terkencing tiap-tiap kali subjek tuh (bila mengajar sahaja).Tapi sebenarnya dia sangaaaaat baik.Dia ni bertudung labuh dan alim lah.Bila dia nak tegur sesuatu yg berlaku diluar kelas ,misalnya kelakuan kita dia x marah-marah.Pendekatan dia adalah dgn bercerita.Dari bercerita dia ajak join usrah.Pastu bila kita dah manja-manja mesra,dibawaknya join kursus motivasi.Hati kita dibelai-belai setiap hari sehingga lembut dan mahu menerima teguran.
Masa aku kat U dulu pun camtu.Lecturer ni nama dia Dr Fauziah.Pun bertudung labuh dan alim.Dan mcmmana kita tengok zahirnya macam tu lah lahiriahnya.Tenang dan baik.Dan dia menunjukkan setiap contoh dari apa yg dia perkatakan.
Akak tu...malaslah nak citer.Hari ni perli aku pakai kebaya, esok-esok dia pakai skirt ketat....hoh!!
Ah,tak payahlah nak membebel panjang-panjang.Aku pun bukan baik sangat.Aku sentap ngan dia pun sbb dulu banyak kali aku kena mental torture ngan dia so aku sgt sensitif dengan apa ajer yg keluar dr mulut dia.Paranoid dan trauma kut...kehkehkehekeh....trauma laaa sangatttt....normal jer aku rasa.Cesss...
Maafkan saya Kak,saya emo lah...
Saya kan panas baran....redho ajerlah yerrrr....

No comments:

Post a Comment