Dua tiga ari ni duk heboh org citer pasal Chef Riz,anak Chef Wan yg dikatakan menipu fasal profile dia dlm website MasterChef Malaysia.
Kepoh aku nilah..hahaha.Aku x minat pun kritik Chef ni.Dia pun dah mengaku salah,tutup buku ajerlah kan? Sokong pun tidak walaupun bagi aku bende ni tak perlu kecoh2.Yerlah,menipu ni dah sah sah lah salah dan berdosa kan? Dan maafkanlah kekhilafan dia,lg afdal.Kutuk kutuk dia pun apa kita dapat?
Cuma ini pengajaran buat diri sendiri dan kita sumer,berhati hati dgn apa yg kita duk gebang.Berlaku jujur lebih baik walaupun dimata org kita x hebat tapi kalo kantoi lg teruk (uiks,nasihat org mcm la x penah auta.hehehehe...aderlah sket sket,tak serius).Tambah lagi dizaman siber ni bila maklumat dihujung jari.Aku x kata zaman dulu kita boleh menipu tapi lambat sketlah org nak bongkar pembohongan kita tu.
Misalnya ko kelentong org kg yg ko penah pegi Zimbabwe sbb tempat tu sebelah Singapore jer,maybe dorg percaya sampailah anak dorg belajar Geografi bgtau dorg yg Zimbabwe tu sebenarnya kat benua Afrika.Itupun kalo anak dorg tak ponteng kelas.heh.
Tapi zaman internet ni,kuar jer auta,x sampai 5 minit org dh google/email.Kelepak kelepuk 10 minit kendian,tadaaaa,bukan takat sekampung,satu dunia tau ko kelentong.
Tapi yg aku kagum tu ialah semangat si dak wartawan tuh membongkar kelentongan Chef Riz tu.Gigih dia mengemail restoran Babbo tu yer.Dia ni masa sekolah agaknya kalau cikgu bagi soalan "huraikan sistem reproduktif katak" mesti dan dan tu jugak dia cari katak utk dibedah dan mencari mana letaknya ovari katak itu.Eh,katak ada ovari tak?Ntah,mana aku tau,aku ni kan bangang sains.Lagi2 biologi.Nanti karang2 jer aku google.Hahahahahaha.Cam harem.
Benar seperti kata Chef Wan,kalau kita berbakat dan popular,org akan berusaha cari kesalahan kita.
Nasib baik aku tak berbakat.
Tak popular
Aku nak kaya ajer...
Kuikuikui,aman sejahtera idup ai...
No comments:
Post a Comment