Wednesday, 9 November 2011

TERSENTAP LA PULAKKKK

Lepas ambik Amani kat sekolah td,aku singgah Giant nak beli sikit brg nak masak.Tgh kelam kabut ngan budak budak bertiga ni,tetiba ada seseorg sapa aku.Laa,Akak S (bukan nama sebenar,kasi dramatik sket) rupanya.Mmg kenal sesangat,tidaklah pernah sebantal tp hatibudi tu sgtlah kenal luar dan dalam.Chess cam artis plak,kenal hatibudi bagai.
Beramah mesra lebih kurang,aku gi tempat sayur.Dah amik seketul dua sayur,aku mencongak congak depan sayur tu memikirkan apa mende lagi aku nak beli.Tiba2
"weh,apa duk menung depan sayur tu?"Aku toleh,Akak S lagi.Aku sengih
"Tgh pikir nak beli apa lagi?"Selamba katak la aku jawab.
"Org pikir menu dulu baru beli.."dia sound lalu berlalu pegi.Aku terkesima kejap.Apakahhhh??
Aku x taulah aku tgh PMS ke apa tapi tetiba aku rasa sentap plak.Tetiba emo dan sensitif.Perubahan hormonkah?Selalunya hormon aku akan berubah bila pregnant.Pregnant lagikaahhhh?Hahahahahaha
Org lain maybe rasa teguran akak tu mcm biasa jer,tp utk aku yg kenal sgt pe'el dia tu aku rasa cam nak gelak guling2 pun ada gak.Dari dulu sampai skang,cara dia menegur tu sumpah aku cakap,kalau dia jadi motivator,mesti ramai yg bunuh diri dari naik semangat.
Naper aku cakap camtu.Org lain mesti fikir apa yg akak tu tegur betullah.Org kalau nak shopping brg dapur biasanya sediakan list amende nak beli dan dah tau menu apa nak masak.Fine,apa yg dia cakap tu betullah.Aku x nafikan,tp pendekatan tu boleh sopan sikit tak?
I mean,ko siasatlah dulu before sembur, like tanya aku ke pesal nk fikir plak.Aku maybe bukan mcm dia yg boleh pi Giant hari2.Aku ni even nak ke kedai belakang umah pun fikir 5-6 kali.Kalau x penting sgt maybe aku x pegi sebab aku kena berangkut 4 beranak.Ngan si kecik tu aku kena dukung,lg nak control dua org lagi yg lari ke sana sini.Sbb tu aku gi beli barang kering sebulan sekali wat stok byk2,brg basah seminggu 2 or 3 kali jer.Thats why aku kene fikir,selain dr menu aku kene fikir jugak sayur mana yg tahan lama,tahan sekejap jer or tak tahan lsg.
Memang dari sejak dulu lagi aku mmg kurang berkenan ngan cara dia menegur kesalahan org. Dia suka menyindir dan mengeluarkan ayat-ayat yg pedas berbisa.Kadang2 org yg ditegur boleh terpinga-pinga sbb tak tau apa salahnya tetiba kena sindir.
Itu takpe lagi,yg plg aku tak tahan, kalau dia sound kesalahan org and dia sendiri x buat mende tu aku leh hormat lagi.Tapi dia pun dua kali lima jugak.Hari ni dia tegur dan dgn bangga ckp kat semua org yg dia xkan buat bende2 tu sumer.Alih alih esok lusa aku tgk dia buat gak mende yg sama.Hampehhh...
Insiden hari ni kira tak teruk mana sbb dah jarang jumpa,kalau tak dulu aku kene lagi dasyat.Sindir aku mcm aku ni org yg x bermoral.Cara aku berpakaian,bermekap dan berkomunikasi sumer dia nak kritik.Kadang-kadang aku fikir besar rahmatnya aku duk kat umah jer skang.Kurang sket dosa aku marah-marah kat dia.La ni tambah dosa lagi....haihhhhh...
Akak,nak menegur boleh tapi kalau boleh biarlah mendatangkan keinsafan,ni tidak,mendatangkan kemarahan ada lah.Aku bukan nak cakap la, benda kalau x jadi kat diri sendiri aku pun malas nak komen, sesetengah org kadang-kadang mempunyai niat yg baik,konon nak menegur ke arah kebaikan tapi tak tahu menggunakan pendekatan sewajarnya.Kutuk,perli,marah tak akan membuatkan org yg kene tegur tu insaf malah akan lebih memberontak.Memanglah kita benci ngan perbuatannya tapi jgnlah dizahirkan dgn ucapan-ucapan yg akhirnya menggambarkan diri sendiri tak jauh beza pun dgn org yg melakukan kesalahan tuh.
Macam zaman aku sekolah dulu.Aku sgt salute dgn Cikgu Add Math aku,Cikgu Siti Zabedah nama dia.Garang sampai aku nak terkencing tiap-tiap kali subjek tuh (bila mengajar sahaja).Tapi sebenarnya dia sangaaaaat baik.Dia ni bertudung labuh dan alim lah.Bila dia nak tegur sesuatu yg berlaku diluar kelas ,misalnya kelakuan kita dia x marah-marah.Pendekatan dia adalah dgn bercerita.Dari bercerita dia ajak join usrah.Pastu bila kita dah manja-manja mesra,dibawaknya join kursus motivasi.Hati kita dibelai-belai setiap hari sehingga lembut dan mahu menerima teguran.
Masa aku kat U dulu pun camtu.Lecturer ni nama dia Dr Fauziah.Pun bertudung labuh dan alim.Dan mcmmana kita tengok zahirnya macam tu lah lahiriahnya.Tenang dan baik.Dan dia menunjukkan setiap contoh dari apa yg dia perkatakan.
Akak tu...malaslah nak citer.Hari ni perli aku pakai kebaya, esok-esok dia pakai skirt ketat....hoh!!
Ah,tak payahlah nak membebel panjang-panjang.Aku pun bukan baik sangat.Aku sentap ngan dia pun sbb dulu banyak kali aku kena mental torture ngan dia so aku sgt sensitif dengan apa ajer yg keluar dr mulut dia.Paranoid dan trauma kut...kehkehkehekeh....trauma laaa sangatttt....normal jer aku rasa.Cesss...
Maafkan saya Kak,saya emo lah...
Saya kan panas baran....redho ajerlah yerrrr....

Monday, 7 November 2011

SEKSUALITI MERDEKA a.k.a SEKS BEBAS???

Mata aku terbeliak tengok berita TV3 dan beberapa suratkhabar sepertimana Rafhanah terbeliak tgk aku makan aiskrim depan dia...
"Perhimpunan Seks Bebas" ?????? Apekahhhhhh?????
Aku kan kepochi,mana boleh berita panas cenggini  leh terlepas...sapa pulak yg nak anjurkan perhimpunan seks bebas secara terbuka dan terang-terangan gini? Apa jadi ngan Malaysia tanah airku?
Hahahahahaha...tajuk cam hareeeemmmm...
Cakaplah perhimpunan Seksualiti Merdeka....
Aku tak perlu nak komen ttg perhimpunan tuh sbb aku rasa biarlah orang yg arif mengulas mengenainya.Aku duk diam-diam sudah...Marina Mahathir pun dah mengamuk tuh...
Huishhh....tajuk panazzzzzz....dan mengelirukan
Jgnlah main-mainkan saya...saya naif orangnya...hahahahahhahahha

PTPTN DIHENTIKAN 2013??

Aku baca paper tadi pasal PTPTN yg dicadangkan akan dihentikan menjelang 2013.Eh,biar betol??? Kes naya nih...pesal apa?
Baca punya baca...oh baru di peringkat cadangan rupanya.Dan,yg agak melegakan, Pak Menteri sendiri x berapa setuju...oh kisahnyerrr....
Mengenai cadangan PTPTN tu,personally ( ni pendapat akulah,xder kene mengene ngan org lain) aku rasa ada baik ada buruknya.
Benda buruknya ialah:-
Cadangan nak hentikan tu terlalu awal,2013 tu dua tahun dr sekarang.Tempoh tu terlalu singkat utk mak bapak budak cari alternatif lain.Betul,sebagai mak bapak yg bertanggungjawab,kita x bolehlah bergantung harap pada bantuan kerajaan selama-lamanya tapi sekali sekala kita pun kene prihatin pada masalah sesetengah org.Tanyalah mana-mana mak bapak kat dunia ni pon,semua nak anak-anak berjaya dlm pelajaran tp kekangan kewangan selalunya membantutkan hasrat dorg.Impian setiap ibubapa kalo boleh nak tanggung sdr anak belajar U tapi kalo hari-hari nak makan pun duit cukup2 jer mcmmana? Mcmmana nak menabung kalo tiap kali ada jer benda yg urgent yg memerlukan duit segera.Zaman skang bukan mcm dulu, nak makan padan cari kayu api kat hutan,nak beras tanam sdr,ulam boleh dpt tepi rumah,agak-agak nak mkn daging berburu kat hutan...zaman skang sumernya duitttt...
Yg keduanya,dr laporan akhbar dan berita, punca nak hentikan pinjaman tu adalah sbb kekurangan dana dan kos pentadbiran yg tinggi ( dlm bahasa halusnya,peminjam dahulu xnak bayar hutang).Yang ni betul-betul buat org ramai marah kat peminjam-peminjam yg susah sgt nak bayar hutang.Aku bukannya x pernah berhadapan ngan org yg liat nak bayar hutang PTPTN ni.Aku x kisah kalo dia x keje lagi,hidup susah ke apa.Maybe kita boleh faham kalo dia ada masalah sdr yg menyebabkan dia xleh byr hutang.Ini tidak,keta beli sampai 2,rumah banglo,tiap-tiap tahun bercuti tp tang nak byr PTPTN dia boleh jwb mmg sengaja dia xnak byr sbb padanya kerajaan mmg wajib bagi pendidikan percuma kat dia.Itu hak dia katanya.Aku malas nak berhujah ntt kang kecik ati plak.Kalo ko nak pendidikan percuma,apply lah biasiswa.Agreement yg ko sign dgn PTPTN ialah pinjaman dan hutang wajib dibayar.Tak pasal-pasal disebabkan ko, org lain yg terjejas.Cuba fikirkan kalo pinjaman ni dihapuskan,kene plak anak ko sdr nak sambung belajar mcmmana?
Seriously aku rasa kalo PTPTN ambik langkah drastik camni, imej kerajaaan akan terjejas.Sbbnya org akan pertikai, dahlah xde pendidikan percuma dilevel U melainkan segelintir pelajar jer (yg dpt scholarship), pinjaman pon xder? Mana dana kerajaan? Dah habis ker duit perbendaharaan negara sampaikan nak tanggung rakyat belajar pon x mampu?
Tapi,kita pandanglah dr sudut positif.Kalau pihak PTPTN kata dia nak stop pada tahun 2023,aku rasa ok sket kut.Sbb ini akan mendidik mak bapak untuk start menabung dana pendidikan anak-anak.Tapi aku rasa jgnlah dihentikan terus tapi maybe boleh dihadkan pada golongan-golongan yg kurang berkemampuan.Dgn cara ni peluang setiap rakyat utk mendapat pendidikan tinggi tidak terjejas.
Jadi, pada ibubapa era millenium ni (termasuklah diri sdr)mari kita sama-sama menabung demi utk masa depan anak-anak kita.Aku dah merasa peritnya berhutang utk belajar ni jd aku xnak anak-anak aku pun melalui benda yg sama.Tension aku, dah tua-tua pon nak tanggung hutang belajar lagi.
Pada yg liat nak bayar PTPTN tu,pada mana-mana yg mampu tp sengaja xnak bayar tu,tolonglah prihatin pada generasi seterusnya.Disebabkan korang, peluang diorg tipis malah maybe tertutup utk melangkah ke menara gading.Pada yg x mampu tu, aku pon faham,setiap org ada masalah sdr.
Sekian sahaja pesanan khidmat masyarakat saya utk hari ini.Motif berceramah?? Entahlah...maybe prihatin sket sbb ramai org kat keliling aku ni anak-anak dorg bersusun tunggu giliran nak masuk U dan menyuarakan rasa gelisah dgn kos pengajian anak-anak.Ialah, walau nampak saja dorg mcm keje bagus,gaji besar, tapi maklum saja, zaman skang..pegi pasar kalo bawak RM50 setengah bakul pun x penuh.Gaji besar tapi setakat boleh beli rumah dan kereta utk keselesaan sekeluarga.Itu ajer...
Tapi, aku xnak takat mengeluh,ambil tindakan segera...
Aikkk,tadi mcm nak abih dah, membebel jugak lagi...haihhh....selamat malam
Malam ni tido lena-lena,InsyaAllah esok ada berita baik.Mcm jugak kes cukai prepaid tu...jgn risau...zzzzzzz

Sunday, 6 November 2011

Bedtime stories

Aku sambut raya korban kat Rembau tahun ni.Petang semalam baru kitorg gerak dr Shah Alam.X.rushing sgt sbb xder apa-apa persiapan pun.Just sblm sampai umah tu singgah jap kat family store Zeemart Rembau tu shopping brg utk buat BBQ ptg esok.
Malam tu tido awal sket.Anak2 agak excited xmo tido so utk buat diorg tido,laki aku pun buat sesi bercerita.Bedtime stories la kononnya.Dia citer pasal zaman kanak kanak dia.Anak2 aku sumer excited sbb laki aku citerlah pasal gajah lah rimau lah hapalah.Aku kat sebelah tgh menyusukan si kecik ala2 lalok gak dgr citer dia.
Tgh aku duk mamai2 tetiba aku dgr Amani bersuara,"Daddy,citerlah daddy.Lepas tu apa jadi?"
Hampeh!Bukan bebudak tu yg tido,yg tukang bercerita tu yg lelap dulu.
Apa apa jerlah bang.Ada gak bahan aku nak gelak pagi esok.hahaahahha

Friday, 4 November 2011

PETUGAS KAUNTER LHDN YG BAIK....

Aku agak kelam kelibut sket hari ni.Husband aku amik cuti sbb semata-mata nak meneman aku buat byk urusan ari ni.Silapnya dia cuti Jumaat.Tau tak byk pejabat kerajaan dan certain bank tutup due to Friday prayer...dah agak buang masa.
Aku nak gi antar borang Ujrah PTPTN hari ni.Sebelum tu nak kena gi LHDN dulu utk urusan duti setem plak.Dahlah lepas subuh aku tido balik,tau tau dah terlajak pukul 9.30am.Sambil menyumpah seranah diri sdr sambil terkocoh-kocoh siapkan bebudak tiga org nih.Sambil-sambil masukkan kain baju dlm washing machine dan kemas mainan yg bersepah-sepah.Sarapan? Lain tahun...dah lambat nih weiii...
Sampai kat simpang nak masuk Plaza Perangsang,laki aku dah sound dia lapar...aduss..aku faham sgt..So,aku suruh dia bawak Hakim n Amani pegi minum dulu, aku bawak sikecik tembam ni pergi pejabat LHDN.Terkengkang-kengkang aku menapak dgn sebelah tgn bawak fail,sebelah lagi mencempung budak tembam nih.Masuk-masuk jer ofis LHDN,cari kerusi kosong,duduk,keluarkan agreement UJRAH then baru aku sedar pen aku yg kat dlm bag tertinggal plak...Damnnnnnn.....
Terkocoh-kocoh aku pegi kat kaunter amik no,budak kaunter tu hulur aku satu borang.Then aku isikan borang tu depan dia.Pastu dia tgk aku terkial kial isi borang dgn sebelah tgn dukung baby baru dia sedar aku dtg sorg-sorg.Terus dia cakap," Akak duk kat meja sana jap yer,sekejap lg saya tolong," Terus dia angkut fail dan borang aku duk kat satu meja kosong.Pastu pesan kat aku dah sudah kang pegi balik kat meja dia.Aku xderlah expect apa sgt lg,maybe dia nak tolong bawakkan borg tu sbb kaunter duti setem tu nun kat hujung.Itu pun aku dah berterima kasih sgt dah..
Alih-alih bila dah sampai kat tempat duti setem tuh, dia bawak borang aku beserta agreement terus ke kaunter dan cakap ngan budak kaunter suruh settlekan aku punya dulu sbb aku bawak budak kecik.Wahhhh....ni servis yg sangat baguss.....akak terharu...sobs sobs...
Tak sampai sepuluh minit...settle...Excellent service..well done...
Naper aku rasa dia punya servis sgt bagus.Ya, aku pernah berkerja dlm service industry dan personally aku rasa budak ni buat beyond their expected services like talk politely,smile etc.
Apa-apapun, terima kasih dik.Even akak agak bangang x amik nama ko dan komen dlm website LHDN...hehehe
Kalau akak dah kaya akak bayar cukai kay...la ni akak x kijer..duit dapur pon nan hado sgt....kuikuikuikui.....
Jgn marah arrrr

Thursday, 3 November 2011

SAYA IBU YANG EMOSIONAL - DICELAH-CELAH KEHIDUPAN

Hari Ahad, cam biasa ler..laki aku dah tau newspaper apa kene beli pagi-pagi Ahad.Hari Ahad kalo x beli paper sama lah cam ke hulu ke hilir x pakai spender.Lebih kurang mcm tuh lah perasaannya.Rasa cam x lengkap...
Laki aku selalu merungut sbb dialah mangsa kene gi kedai beli paper.Kat Shah Alam ni xper ah,kedai belakang umah.Buatnya balik Rembau,kene kuar pekan Chengkau cari paper.Balik Marang pon camtu,kene menapak pegi Bandar Marang.Dia merungut pon bukan sbb penat...aku tau dia sayang aku sgt-sgt...mengada-ngada mcm mana pun dia ikut jer kerenah aku.Cuma kata dia,aku ketagih Pancaindera,suka baca gossip katanya.
SALAH SAYANG.....
Dia x tau,column yg plg aku suka baca ialah "Dicelah-celah kehidupan" .Cerita pasal perihal rumahtangga,masyarakat sekeliling,sosial dan sebagainya.Aku baca ni sejak zaman anak dara lagi.Dari kolum tu aku byk belajar ttg kisah masyarakat yg berbagai ragam dan warna.Kadang-kadang boleh ternganga bila tahu ada gak spesies org mcm ni wujud kat dalam masyarakat kita ni.Tapi tu realiti...belajar dari pengalaman org lain.
Bukan tuh sebenarnya aku nak ulas...hari Ahad lepas,aku tertarik dgn satu cerita dlm ruangan DCCK tuh.Nak kata x setuju tidak jugaklah,maybe dia ada reason sendiri.Pendapat setiap org berbeza bukan? Cuma aku nak bagi pendapat aku ajerlah.Tajuknya " SERAH SAJA ANAK KEPADA SUAMI"
Dia petik begini ," Rasanya ramai wanita yang sanggup membodohkan diri apabila berlaku perceraian,sanggup tanggung anak-anak walaupun tak mampu.Tapi masih mengharapkan nafkah dari bekas suami.Bila bekas suami tak bagi nafkah mereka salahkan mahkamah syariah kerana tak mahu membantu,"
Hmmmmm..camner nak cakap yer...
Dia emosi kut..yerlah, hanya org yg melalui perceraian saja yg tahu peritnya kesan dari perceraian tersebut.Kena plak bekas suami jenis yg tak bertanggungjawab.Tapi kak, saya mintak, jgnlah ckp golongan ibu-ibu ni sebagai seorang yang membodohkan diri. Yer, mungkin akak bijak,taktik akak berjaya.Tapi akak kena faham jugak,situasi setiap org berbeza-beza.Saya x salahkan akak,tapi mungkin taktik tu menjadi buat akak tapi x menjadi utk org lain.Mengapa? Ini pandangan saya sebagai seorang ibu.
Pertama, akak melalui detik perceraian tatkala anak dah berusia 9-10 tahun.Dah besar jugakkan? Ada wanita yg lebih malang bila bercerai dengan anak masih kecil hatta ada yg masih dalam kandungan.Tergamakkah nak serah bayi kat org lain waima bapak sendiri hanya semata-mata kita tak mampu? Atau semata-mata sebab kita nak ajar bapak diorg jgn tau buat anak jer...tolong jaga sekali.Mmg betul kita lakukan demi semata utk masa depan anak tu sendiri tapi sampai hati ker kita? Okeylah,not fair nak bandingkan dgn org yg anak kecik kan,kita letaklah ada ibu-ibu yg punya anak sebaya ngan anak akak.Maybe akak boleh keringkan hati berpisah ngan anak-anak supaya masa depan mereka terbela tapi ada jugak jenis ibu yg x boleh berenggang langsung ngan anak-anak.What a selfish mother kan? Susah, nak bg anak makan pun x mampu ada hati nak bela jugak budak-budak tuh...tapi ni soal naluri keibuan, bukannya kebodohan.
Keduanya, kena nasib baik bapaknya boleh terima anak-anak walaupun berat hati...tapi buatnya si mak tiri tu sakit hati, dia anggap akak ni sengaja nak membalas dendam, dilepas kemarahan pada budak-budak tu mcmmana? Its a risk kan?
Ibu-ibu ni sumer bodoh menyalahkan mahkamah syariah bila x dpt nafkah? Habis tuh apa guna ada mahkamah syariah? Mmg fungsinya adalah utk membantu golongan ibu-ibu tunggal ni kan? Kalau mahkamah syariah x dpt membantu mmg patut dipersalahkan lah, ni soal hak.Bila bapa-bapa ni enggan bertanggungjawab, bukan ker fungsi mahkamah syariah utk memastikan mereka-mereka ini bertanggungjawab pada zuriat sendiri.Adakah dgn memperjuangkan hak itu satu kebodohan?
Okeylah, maybe cara akak berjaya, si suami akhirnya sedar diri.I'm proud of it.Keberanian akak demi masa depan anak-anak wajar dipuji tapi buatnya...maaf cakap, hantar anak elok ajer, balik pada kita badan dah berbirat, apa perasaannya? Sebab itu ada ibu sanggup membodohkan diri walaupun sedar diri x mampu, berusaha utk membesarkan anak.Itu namanya ikhtiar.
Akak jugak kena faham, bila dah x mampu, sesekali mereka akan merintih,meraung,menangis,merungut.Sebabnya mereka manusia biasa.Hati mereka walau mcmmana kental sekalipun akan terhiris juga bila tgk nasib zuriat sendiri terumbang ambing.Sudah tentu ada masa mereka akan meluahkan perasaan tidak puas hati.Bukanlah semata-mata nak menyalahkan mahkamah syariah,bekas suami ataupun takdir, tapi sbb mereka perlu luahkan perasaan tak puas hati itu.Itu sahaja.
Yer...sy faham apa yg akak lalui dan bersimpati.Saya x kata akak kejam,sanggup berpisah ngan anak-anak utk mengajar bekas suami agar bertanggungjawab.Itu cara akak,ikhtiar akak.Lagipun akak lakukan utk kebaikan anak-anak jugak selain memberi inspirasi pada wanita lain agar tidak mudah dipijak kepala.Tapi mungkin ada yg enggan mengambil risiko.Alhamdulillah anak-anak akak faham.Mereka faham kerana akhirnya ayah mereka sedar diri.Bayangkan kalau sebaliknya.Agak-agak apa yg mereka buat? Salahkan akak?
Hanya saya pinta, jgn gunakan ayat membodohkan diri.Sama dgn akak, apa yg mereka buat bukan utk membodohkan diri tapi utk membesarkan zuriat mereka sendiri.Salahkah?Salahkah mereka mahu zuriat didepan mata? Saya bercakap hanya kerana saya seorg ibu..
Soal lelaki yg tak bertanggungjawab ni...malas nak cakap.Biarlah mereka ni.Jgn nanti bila dah berkerepot baru heboh nak cari anak-anak yg ditinggalkan dulu.Bila anak-anak enggan terima, jgn pula heboh sana sini meraih simpati dgn menuduh anak-anak itu tak mengenang budi,anak derhaka,si tanggang.Apa pulak jasa ko selain dari " kalo x disebabkan aku,korg xder kat dunia ni".Anak-anak tu agaknya kalo diberi pilihan, dr dpt ayah mcm ko baik aku x lahir.Betul tak?Tapi,lahirnya hamba Allah kat dunia ni bukan atas kehendak seseorg tapi kehendak Allah.Jagalah amanah Allah itu sebaik-baiknya.Bukan nak suruh anak tuh derhaka,Nauzubillah..cuma peringatan.Jgn salahkan anak bila dah tua x berdaya mereka membuang kita.Itu ajer.
Emo pulak aku ni haihh...yerlah bende-bende mcm ni bukannya x berlaku depan mata, sbb tu aku jadi emosi.Jadi kepada ibu-ibu,kuatkan semangat.Wanita nampak jer lemah tapi tangan yg menghayun buaian masih mampu menghayun penumbuk.Awas yaaaaa...
Emosi dan rasional...fikir-fikirkan...sekian time kasih...
Haaaahhhhh....semputttttt!!!!!!

CUTI CUTI MALAYSIA - MELAKA

Jalan-jalan ke Melaka...
Ni kan diary, kenelah post kat sini supaya dah tua-tua sok...anak cucu bulih tgk.Bubuh dlm wasiat username n password...perghhhh...hehehehehehe
Last week kawan laki aku menikah so dia suggest kami gi tido sana terus.Sambil gi kenduri sambil jenjalan.Yahooooo...aku mmg suka melancong.Pantang laki ajak, on ajer.Pendek kata kalo dia kata dia yg nak kawin pun xder hal janji jalan jalan ( errr...yer ker?)
Aku mmg suka pegi Melaka,tak tau lah naper...suke kot tgk tempat-tempat bersejarah.Rasanya sejak kahwin dah 4 kali pegi melancong ke sana.Tak jemu-jemu. Sebenarnya pun, aku ni mmg suka jalan-jalan jd x kisahlah gi mana pun, sumer aku suka.


Posing dulu sebelum gerak

Muka dua org budak yg excited nak jejalan.Sempat makan bahulu
Kenduri kat Jasin.Kitorg smpi around 3pm..makan-makan...lauk gulai daging dia sgt sedappp.Alhamdulillah.Dah kenyang,jumpa pengantin,salam bapak pengantin...gerak pi hotel.Badan dah melekit,penat..si kecik pon dah meragam.

Holiday Inn Melaka.Cantik kan?
Sampai sini dah kul 5pm..rimasnya badan Tuhan jer yg tau.Tapi penat tu ilang bila hotel staff tu sambut dengan penuh kasih syg kesopanan.Elle..standard hotel haruslah sopan kan? Tapi yg ni extra sket...pasal aku penah experience pi hotel tercangak-cangak kat lobi.Staff yg ada kat kaunter jer.Pastu tunggu trolley nak angkut brg mkn berjam.Layanan mmglah sopan tapi bila agak lembab haruslah hangin gak satu badan.Haa..ni nak citer..dah check in,laki aku angkutlah barang, baru nak masuk lobi hellboy bell boy dah offerkan trolley.Pantas dan cekap.Zup zap zup zap...dah sampai  bilik.Apa yg extra kan? Biasalah hotel staff camtukan? Haaa....sbb yg menyambut tu sumernya cute cute....muahahahahaha...(gelak mak ayam) ada sorg tu ala-ala muka kacukan.Ensem-ensem org Melaka nih....eh...cam bunyi mak ikan lak aku ni haiii...
Abg,ampunkan ayang...xder niat pape..gurau jer...



Masuk-masuk jer si kecik ni terus wat kije


Aku suka snap gambar interior design hotel dan kumpulkan.Mana tau, dah kaya sok, leh wat bilik sebijik cam bilik hotel.Berangan x salah kan? Meh aku tlg promote bilik nih,mana tau Holiday Inn bayar aku kang..ni bilik standard jer nih, belum suite lagi.Agak cantiklah (untuk akulah)...aku suker...


Berangan nak bilik air camni..sobs





Lepak sampai pengsan....lepas Maghrib,hubby terchenta kata dia nak bawak aku naik River Cruise...oh..you're so sweeeeeetttt Darling.....

Hahaha...excited anak anakku n bapaknya sekali
Gaya favourite si kecik...
Beratur panjang org...perghhhh...nak pitam aku.Mulanya nak jer aku suruh laki aku cancel beli tiket tapi tgk2 dia dh nak sampai giliran dah...redah ajerlah.Tapi nasib baik tunggu x lama..bot banyak giler kot.Kejap jer...next......next....haaaa gituuuu...

Sblm balik,posing dulu...aku bukan apa snap gambar ni..nampak kat blkg...tu Hotel Casa Del Rio...perrrggghhh...cantik gilerr...aku ushar gak kat internet, tgk harga aku pengsan lima nam kali.Beranganlah utk org kebanyakan cam aku nih...huhuhuhu...xper...len kali.
Perut dah berkeroncong tapi anak-anak nak naik beca plak.Layan ajerlah, kesian kat dorg....

Kan aku dah cakap, kat Melaka ni ramai budak cute-cute.Yg bwk beca pun budak lg...kesian aku tgk dia kayuh cam semput nak bwk aku anak beranak..
Dah enjoy...makan lah pulak...Husband aku suggest makan ikan bakar...so dia GPS ikan bakar...tet tet...Jom melantak kat Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung...Tempatnya besar,layan diri pandai-pandai ko lah...makanan jgn citerlah...tgklah kat gambar tuh...sebanyak tu abih kitorg sental ( dua dewasa dua kanak-kanak satu bayi) bayangkan....


Udang bakar,ikan 3 rasa,Ketam lada hitam,sotong goreng tepung,nasi lemak,kangkung belacan n tauhu bakar

Banyak giler tuh nak makan...nafsu nafsu...tapi Alhamdulillah, x membazir...sedaaaaaappppp...
Dah kenyang...balik membuta...kroih kroihhhhh
Bgn jer si kecik ni jahanamkan jam hotel

Muka ngantuk
Bgn pagi pagi turun breakfast...dah kenyang naik bilik aku kelentong kat anak-anak suruh mandi kat bath tub jer...malas lah nak ke swimming pool.Kalau duk 2 mlm xperlah gak...ni nak packing barang lagi...malas aihhhh....
Kol 12,gerak nak balik.Ingatnyer nak gi shopping, elok masuk parking shopping centre, Amani n Hakim dh membuta kat dlm keta.Adoiii yai, aku malas ler kalau budak dua org ni dah ngantuk,jgn la dikejutkan.Spoil mood shopping ntt so kitorg decide terus balik umah jer.Husband aku janji shopping kat "Tumah (rumah) lion" jer (panggilan si Hakim utk Sunway Pyramid).
Dah..sekian saje rancangan cuti-cuti Malaysia aku....semalam di Melaka.......
Chewwwwahhhhh.....