Tuesday, 15 April 2014

CATUAN AIR DI SELANGOR

Assalamualaikum...

Dah seminggu catuan air start kat kawasan rumah aku nih.Dah 2 cycle lah.

Takde apa sgt nak dikomplenkan sbb Alhamdulillah,semuanya masih cukup walaupun bila time nak masak agak leceh sbb nak basuh pinggan kene angkut dr tong air ke sinki.Ataupun...bila nak membuang kene refill air utk flush toilet.ahakss...

Tapi...kesian jugak bila dgr rungutan kat kawasan lain yg lagi lama kena catu.Byk gak bende yg tergendala bila takde air lagi lagi kalo ada penghuni rumah yg dh berumur,sakit,dalam pantang or ramai anak kecik dan seribu satu masalah lagi.

Kengkadang penduduk yg terlibat pun bkn sengaja nak merungut.Aku selalu baca kat ruangan komen bila baca berita online,asal saja ada yg merungut dan komplen,maka ada juga yg membalas dgn mengatakan si polan ni tak tau bersyukurlah.

Tak usahlah kita nak judge org sgt...tak kena kat kita,senanglah cakap kut.

Untuk situasi aku...masih lagi boleh bertahan.Takat angkut air jarak 2-3 kaki mmg lah takde hal walaupun agak susah dr biasa.Tapi..lama lama kita dh boleh adapt lah so takde hal.

Tapi...lain org lain pulak masalahnya.Ada tempat yg jadualnya lari pun ada.Jadual asal dua hari ada air,dua hari takde...tapi ada jugak yg sampai seminggu takde.Alangkan area umah aku ni yg jadualnya tetap pun,ngam ngam jer air yg tinggal dlm bekas simpanan...inikan plak seminggu.Tak naya ke tuh?

Adik aku duk apartment.Masa mula mula kena,simpanan tak cukup.Terpaksa menadah air kat stesen minyak.Dah terpaksa...

Yang buat lawak pun satu hal...duk mengata org Selangor dah bau kambing lah apa lah...lantak kau lah.Kena kat tempat kau nanti baru ada akal,nak tgk ko mampu berlawak lagi ke tak.

Jadi,sabar sahajalah kepada mana mana penduduk yg terlibat.Allah bagi kita ujian kecil ni supaya kita muhasabah diri.Bila dah dilanda kemarau,nampaklah jugak kita buat majlis sembahyang hajat beramai ramai.

Bila ada krisis mcm ni,at least kita belajar menghargai air.Mcm aku pun...bila time ada air pun,aku jimat cermat gak pakai sbb mcm dh terbiasa dua hari kena catu..ehehehe.Rasa sayang plak nak bazirkan air.

Banyak banyak doa semoga krisis air tak berpanjangan lagi dan pihak berkuasa pun boleh belajar bagaimana nak menangani situasi mcm ni kalo jadi lagi di masa depan.

Itu ajelah nak merepek...sekian.




4 comments:

  1. Harap tak berpanjanganlah catuan air ni. Kesian kat peniaga2 makanan tu semua..huhu klu yang ramai kaum kerabat kat rumah lagilah bercatu air..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully dpt good news next week.MB nak decide next week.Tapi mengharap sajalah:) Thanks mia

      Delete
  2. bergurau x kena gaya kan ade pulak kata cm tu.. mmmm.bikin panas hati je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasal...tak perlu kut joke mcm tu..kesian kat org yg kena sampai xde air langsung..

      Delete