Assalamualaikum...
Cuti sekolah ujung tahun mmg musim org kahwin.Sana sini jemputan.Bulan ni sendawa bau nasi minyak manjang.
Cerita pasal majlis kahwin ni...mau lah aku membebel sepatah dua.Eh...tak mungkinlah sepatah dua...maybe berpatah patah.
Ramai org mmg berhabis habisan untuk kenduri kahwin.Untuk majlis yg berlangsung hanya 2-3 jam pun boleh menjangkau kos belasan ribu.Nak buat camne,semuanya mahal.Kos pelamin,katering,sewa dewan,door gift,hantaran dan lain lain bukannya murah zaman skang ni.Tambah plak,sekarang bukan mcm dulu,saudara mara semua pakat pakat datang membantu.Seminggu sebelum majlis dah berkampung kat rumah pengantin,tolong siapkan hantaran,bunga telur,rewang etc.Jadi,bila dah bergotong royong,banyak jimatnya.Sekarang dah kurang budaya camtu.
Pasal kos berhabis habisan ni,ada banyak pendapat.Kalau ikutkan aku,tak kisahlah nak buat besar,sederhana atau kecik...janji tak susahkan org lain.Simple ajer.Memang betul kalau buat besar besaran tak digalakkan dalam agama sbb takut ada unsur pembaziran,riak atau hiburan melampau.Tapi,kdg kdg setiap pengantin ada ceritanya sendiri.Maybe dia ada ramai saudara mara jadi kena buat besar besaran dan seribu satu sebab lagiJadi,terpulang pada niat masing masing.Hanya Allah yang mampu menilai.
Aku cuma nak tekankan ialah...ukur kemampuan diri sendiri.Kalau banyak duit atau dapat sponsor byk cam Che Ta,nak buat kenduri 7 hari 7 malam pun terpulanglah.Tapi,kalau duit tak berapa nak ada tu,buatlah sekadar yg mampu.Asalkan tak bergolok gadai atau berhutang.Harus di ingat,majlis kahwin bukan penutup kpd kehidupan berumahtangga,itu baru permulaan utk hidup berkeluarga.
Itu satu,ada kes pulak,pengantin tak apa-apa,nak buat simple ajer tapi org sekeliling plak yg sibuk sibuk nak atur persiapan itu ini especially mak bapak pengantin.Tapi,yang keluar belanja adalah pengantin.Ada pengantin terima hantaran beribu ribu tapi duk perabih utk majlis sahaja.Habis majlis kayap satu sen pun tak tinggal.Naya lah dia...org yg duk sibuk sibuk tadi lepas tu goyang kaki cam xder apa apa berlaku.
Kebanyakkan kes kes begini terjadi sebab emak bapak sibuk nak bermegah dgn org kampung,saudara mara dan sahabat handai.Wei,majlis kahwin anak aku grand woih,ko ader??? Yelah,kalau buat kecil kecilan nanti diumpat plak dek org kampung.
Pengantin plak nak reject cadangan tak sampai hati bila mak bapak start nak merajuk apa bagai.Paling parah kalau pandai pandai buat tempahan sendiri tanpa pengetahuan pengantin.Tahu tahu kena bayar.
Wahai makbapak yg camni,tolonglah kesiankan anak.Jgn sebab kita nak jaga nama sendiri anak jadi mangsa.Perjalanan mereka sebagai suami isteri baru nak bermula.Kalau alam rumahtangga dimulai dgn hutang piutang,mana nak datang manisnya nanti?
Itu belum campur lagi dgn adat itu ini yg wajib dibuat walhal tak diajar dlm agama.Ajaran agama kita sangat mudah utk urusan pernikahan ni jadi takyahlah nak mewajibkan benda benda yg akhirnya menjadi beban kepada pengantin.
Masyarakat sekeliling pulak,tolonglah terima seadanya apa yg pengantin nak jamu waima karipap sekalipun.Kerana maybe kita tak sedar,dek kerana umpatan kita,pihak pengantin terpaksa tanggung beban semata mata nak penuhi expectation kita.Pengantin pulak,sabarlah dan cubalah pekakkan telinga.Manusia ni memang mcm mcm.Buat sederhana pun kena umpat,buat besar besaran pun kena kutuk juga.
Lainlah kalau pengantin tu memang sengaja menempah susah dek kerana kepuasan diri sendiri.Yelah,kahwin ni kan kalau boleh seumur hidup sekali.Jadi,demi kerana kenangan sepanjang hayat mereka sanggup berhabis,lantaklah.Dah nak pilih jalan begitu,nak buat mcmmana kan? Ikut pandai mung laaa...
Aku bukan sesuka nak bebel.Semua yg aku cakap berdasarkan pengalaman sendiri ataupun yg berlaku depan mata.Kalau ikut pengalaman sendiri,aku memang buat sesederhana yg mungkin.Alhamdulillah,lepas kahwin takde masalah hutang.Memang simple gila sampai adalah jugak aku dengar sedikit rungutan tapi aku tak ambik port apatah lagi nak ambik hati.Sebabnya mudah,bukan diorg pun yg akan tanggung hidup aku lepas tuh.Mak bapak aku pun tak bising,so,buat apa nak pening kepala sangat.
Macam aku cakap memula tadi...tak kiralah nak buat majlis yg macam mana,kecik atau besar,terpulanglah.Asalkan tak menyusahkan org lain.Itu sahaja....
Kepada bakal pengantin atau yg baru sahaja berkahwin...Selamat Pengantin Baru,semoga kekal ke akhir hayat...Amin.
No comments:
Post a Comment