Tuesday, 5 November 2013

KES DERA DI TASKA

Assalamualaikum...

Baru baru ni gempar lagi dgn kes penderaan di taman asuhan kanak kanak.Mcm neverending story.Lepas satu,satu.Dulu,pengusaha taska yg tak bertanggungjwb tu bolehlah nak deny sbb takde bukti.Skang,nah kau...bukti video lagi.

Syabas kpd bapa kanak kanak yg pasang camera video tu.

Lepas tu barulah terjawab persoalan dibenak ibubapa yg pernah menghantar anak di situ kenapa sikecil mereka tak mahu ke taska.Contohnya pengalaman ibu ini.
Credit :blog orlyloveshop.blogspot.com

Kalau ikut cerita ni,owner taska ada anak kecil juga.Jadi,napalah tergamak buat anak org lain mcm tu?Apa perasaannya kalau anak dia dibuat org begitu?

Aku taknak lah tuduh panjang lebar.Biarlah siasatan dilakukan dgn adil dan telus.

Sebab itulah,kalau hendak memilih kerjaya ataupun bisnes..biarlah ada passion dan minat.Lebih lagi kalau melibatkan nyawa manusia nih.

Dulu,sblm aku berhenti kerja..ada sorg member ni.Dia baru dpt duit durian runtuh.So,dia plan nak buat bisnes tapi dia taknak run business tu sendiri sbb dia taknak berhenti kerja.

Dia tahu intention aku utk berhenti,so dia offer nak invest duit dia suruh aku bukak bisnes taska (wah...mementanglah asyik aku jer ambik maternity leave terus offer bukak taska..hehehe).

Tapi..aku tolak offer tu.Bukan apa,kalau aku nak buat bisnes..eloklah aku pakai duit sendiri.Aku maybe boleh cuba berlaku amanah dgn duit dia tapi kalau aku tak mampu dan gagal..camne?

Dan...sebab plg utama,aku blm mampu nak memikul tanggungjawab dan amanah utk menjaga anak org.Bukan tak suka,tapi aku takut tak mampu.Bukan senang beb.Berjaya besarkan anak sendiri tak bermakna mampu nak menjaga anak org.Aku takut...takut jadi apa apa kat anak org,seumur hidup nanti aku tanggung bebanan.

Biar org yg yakin,ada minat dan passion saja yg buat.

Aku mmg jarang angkat tangan kat anak sendiri,tapi,bab jadi tarzan mmg dh terkenal seantero dunia.Aku bknnya penyabar sgt.Ngan anak sendiri pun kengkadang hilang sabar...eiiii...

Masa mula mula stay at home,ada jugak member aku yg baru bersalin bg hint nak mintak aku jaga baby.Tapi,awal awal aku tolak ngan baik.

Bukan sebab aku rasa aku dh byk duit sampai tak heran org nak bg job yg boleh buat kat umah.Tapi,firstly...aku bukannya surirumah yg memerap semata kat dlm umah.Byk benda aku kene tolong laki aku.Aku kene jd driver hantar anak sekolah,gi pasar,Tesco,Giant,settle bil,pergi bank,uruskan itu ini.Dan..satu lagi,aku takut nak handle anak org.Jadi apa apa kang,seumur idup nyesal.Tu blm kira lagi kalau dia dh besar,lasak,nakal.Takut aku lost temper kang...saja jer.

Jadi,agak agak ko tu tak penyabar ngan budak...rentikanlah niat nak bukak taska dan sewaktu dgnnya.Aku mmg tak sanggup nak tgk video tu tapi sbb nak tahu,tgk jugak.Nangis aku tgk dia pukul budak yg still pakai pampers.Ko pukul sbb budak tu tak paham arahan ko?Budak tu still pakai pampers kut?????

Lagi satu,ada byk jugak komen yg blame ibu ibu bekerja.Kata mereka...ibu takyahlah galak sgt nak kerja,duk umah jaga anak..senang.Takde kes dera....Ohhh...been there before..jgnlah senang sgt buat kesimpulan.Kdg kdg,cubalah duduk di tempat mereka sesekali.Kebanyakkan ibu ibu ini,jika diberi pilihan,mmg nak sangaaaaaat jaga anak sendiri.Tapi,ada kekangan yg buatkan mereka terpaksa keluar cari rezeki.Aku appreciate org yg nasihat dgn cara baik,tapi jgnlah kutuk.Kita tak paham kesusahan org..usah terus menjatuh hukum.

Dah...banyak sgt bebel nih.Bukan apa,geram jugak.Anak anak ni amanah...lagi plak anak org.Amanah yg dipikul lagi besar.Harap harap ambil iktibar yer....





















9 comments:

  1. Betul tu....buka taska ni bkn semata2 nak kaut keuntungan....nak jaga amanah org berat tanggungjawabnya tu. aku sendiri pun mmg tak snggup.....huhu

    ReplyDelete
  2. Betul...saya pun ada org mintak jagakan anak...tp saya tolak....bukan tak suka budak atau tak nak tolong..tp kita pun sibuk antar amik anak skolah dll..satu lagi takut jadi apa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul,lagikan anak sendiri pun takut jadi apa apa,anak org lagilah.Double tggjwb

      Delete
  3. Untungla kalu jd surirumah....xperlu risau nak hntr an task a.....mcm mcm Hal berlaku lately...risau betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pun kita tawakkal jer.Jaga sendiri pun byk gak risau.Kita doa byk byk semoga sumer selamat smpi dorg besar

      Delete
  4. Maaf mencelah..kes ni husband saya handle..masih dalam siasatan lagi. In fact kita belum tahu kesudahannya, pihak mana yang mana benar atau salah masih dalam siasatan. Memang pengusaha tu ada anak kecil, menyusu badan lagi. Untuk makluman, kerjasama daripada parents sangat pasif. Dengar cerita banyak bukti nak dikumpulkan. Tak cukup dengan menyatakan hanya syak SAHAJA seperti yang dilaporkan. Kes macam ni sebenarnya ibu bapa kena bawa bincang TERLEBIH DAHULU sebelum bawa ke media! Hasil siasatan memang didapati sikap ibu bapa sendiri yang lepas tangan dan ambil mudah, tak mahu berbincang awal dengan pengasuh. Jika dah tahu awal anak-anak dipukul, why not cari penyelesaian. Bukan berdiam diri sampai anak dah terganggu fizikal dan mental baru nak minta 'gempar' di tv atau akhbar. InsyaALLAH kita doakan sama-sama semoga kes-kes dera macam ni tak berulang lagi. Kita mahukan orang ramai yang hantar anak-anak ke TASKA harap dapat beri kerjasama. Jika belum berdaftar, ada penyelesaiannya..maaf..kita sharing sahaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sbb sharing yer...Sbg parents dan pernah ada experience hantar anak ke taska,mmg agak terluka hati bila tgk video tu.Harap kita sumer,parents dan pengusaha taska sama sama ambik iktibar.

      Delete
  5. Register with EverydayFamily today and you will receive stage based pregnancy and baby email newsletters, offers and weekly coupon alerts as well as access to free baby samples, baby coupons, baby magazines & more.

    New Members Can Win Free Diapers for a Entire Year!

    ReplyDelete