Saturday, 19 October 2013

KENANGAN DENGAN CIKGU

Assalamualaikum...

Yeayy yeayy...ujan ujan...

Ujan petang petang plak tuh..selesa jer rasa.Sayu pun ada gak.Tak tau naper,kalau ujan petang petang hala ke maghrib tu,hati tetiba rasa sayu...haishh.

Hari tu masa tgh blogwalking,aku terbaca satu artikel pasal pekeliling "Hukuman yg tidak boleh dikenakan kepada murid murid".Betul atau tidak pekeliling tu,Wallahua'lam.Kalau di baca senarai tu,kesimpulannya ialah,murid murid takleh dihukum sama sekali.Sonang...
 
Aku bkn nak berdebat pasal benda benda mcm ni.Kalau aku menyokong murid murid kena hukum,nanti kalau anak aku kena cubit ngan cikgu sampai lebam pastu aku meroyan...org akan padankan muka aku.Ayat biasa..." Tak kena kat diri sendiri bolehlah cakap"
 
Kalau aku menentang plak,hmmmm...naik kepalalah kut bebudak zaman laaaa ni kalau sampai cikgu berleter pun dikira sebagai deraan mental.
 
Apa-apapun,baik cikgu atau makbapak mahupun murid sendiri adalah manusia biasa yg tak lepas dari membuat silap.Ada masa cikgu juga stress sampai .." Oppsss terlebih sudaaa..".Makbapak plak,kdg2 stress,serang cikgu plak.Dalam hal ni masing-masing kena tahu peranan dan tanggungjawab sendiri.Bukan mementingkan diri semata...
 
Chewah....dah mcm Fadzillah Kamsah plak.Aku xyah elaborate pjg pjg,takde sapa nak peduli pun.
 
Aku cuma nak cerita pasal kenangan kena hukum zaman sekolah nih...
 
Seingat aku,dlm zaman persekolahan aku,ada sorg cikgu yg kalau dia menghukum murid,murid murid rasa terhibur.Ajaib kan,kena denda pun seronok.Tak bermakna kitorg ni mental sgt sampai seronok kena denda,tapi cara cikgu tu unik and yet tetap menimbulkan rasa gerun utk tidak mengulangi kesalahan.
 
Masa tu Darjah 6...Nama cikgu tu,Cikgu Awang Ngah.Dia cuma mengajar budak2 Darjah 6 ajer.
 
Glamer tak glamer cikgu ni,since aku Darjah 4 lagi,nama dia dah jadi sebutan dikalangan murid2 darjah 6.Kira otai lah cikgu ni.Sebelum kami melangkah masuk ke darjah 6,kami dah kenal dia.Kata org dia kelakar tapi garang gila.
 
Masa masuk kelas dia,agak rasa seram sejuk.Tapi tak lama....
 
Darjah 6 ialah satu satunya tahun yg aku rasa tak mahu ponteng sekolah langsung.Cikgu Awang ni dia ajar kebanyakkan subjek kecuali English dan Pendidikan Islam.Jadi,most of the time dia mmg kat kelas kami ajer.
 
Tiapkali dia mengajar,kelas jadi riuh rendah dgn gelak ketawa.Dia memang kelakar,suka bercerita tapi tegas.Walaupun bergurau,jgn sesekali ko anggap it's ok kalau tak siapkan kerja or tak achieve dia punya target.Kalau buat jugak...nahas.Sekali dia marah...aku rasa mcm nak menyorok kat bilik guru besar pastu suh cikgu besar panggil polis.Over...
 
Dulu,masa sekolah rendah,kami ditempatkan dlm kumpulan.Dia akan buat target...misalnya,dalam satu satu kumpulan itu,kalau ada salah sorg yg tak berjaya capai target dia,let say 90% markah kuiz matematik,the whole group akan kena hukum.Jadi,ianya mengajar kami utk tidak jadi pentingkan diri.Kami berlumba-lumba berusaha,bukan utk kami nak menang sorg sorg,tapi utk memastikan the whole group berjaya.Get it? Dia tak apply konsep berjaya secara individu,tapi mesti semua org.
 
Kalau tak berjaya....siaplah.Macam macam denda yg dipikirkan.
 
Jalan itik sampai ke kantin,kena mencangkung kat longkang tepi kelas sambil buat buat meneran nak uuk..uuk,kena pakai poster " kami berjanji blablabla..."sambil masuk ke kelas lain,Ketuk ketampi,berdiri atas kerusi,berdiri depan kelas,kena berlakon,menyanyi dan mcm-mcm lagi.Kena ketuk dgn pembaris kat tgn pun ada,cubit tu adalah jugak tapi jarang sgt.
 
Kami boleh lagi gelak-gelak kena hukum.Riuh rendah satu kelas.Sapa yg tak dengar kata digelarnya Koleh Kacang ( nama kuih tradisional).Tapi,gelak gelak jugak,namun tak sanggup lagi kena denda,kami akan berkobar-kobar nak capai target dia.Mana tidaknya,setiap satu kuiz kena denda.Bygkan betapa penat kalau tiapkali tak achieve target.
 
Bila berjaya,dia puji.Dia bagi motivasi.
 
Kalau ada antara kami yg bercakap masa dia tgh mengajar,dia tak terus marah.Lagi plak kalau budak tu tgh leka sembang.Dia akan suruh kami diam pastu pakat-pakat renung budak tu.Dengar plak cerita budak tu.Sudahnya...memang takde sapa yg berani bersembang dlm kelas.
 
Setahun berlalu dengan sangat pantas.Cikgu Awang memang antara yg terbaik.Dialah cikgu,dialah bapa,dialah kawan.Dia suka cerita pengalaman dia mengajar di Sarawak,suka menyakat,suka buat kelakar dan dia mengajar dengan cara bercerita.
 
UPSR batch aku mencatatkan peratusan tertinggi yg dpt 4A ( masa tu ada 4 subjek jer kena amik).8 org...yaaa,aku sekolah kampung ajer.8 org tu dah cukup buatkan Cikgu Awang bergenang airmata masa serahkan slip result.8 org tu jugak yg masuk paper sebab dpt 4A.Zaman skang,kalau sebut 8 org jer yg dpt 4A,mau kena tutup sekolah tu gamaknya.Jgn gelak nooo...
 
Tapi...bukan dia sahaja yg byk menabur bakti pada kami.Cuma kerana dia guru kelas makanya dia jadi hero dalam cerita ini.Aku masih ingat Cikgu Kamariah,Cikgu Shaharom,Cikgu Wan Suhaidi ( walaupun dia tak mengajar utk bdk UPSR tapi dgn baik hati offer kelas tuisyen free almost setiap petang kat sekolah) dan ramai lagi.
 
Aku mungkin tak ingat byk nama cikgu...cuma mana yg teringat aku nak catit di sini supaya aku tak lupa sampai bila bila.Cikgu Haliah,Cikgu Norma,Cikgu Hindun,Cikgu Hasnah,Cikgu Siti Zabedah,Cikgu Zainun dan ramai lagi.Aku pernah kena denda,kena hukum...tapi aku tetap sayang cikgu semua.
 
Terima kasih Cikgu.....
 
Aku dah cakap...kalau time hujan,aku akan mula berdrama swasta...sayu jer rasa.Aku sorg ajerlah...Dah korg semua boleh bersurai.Cerita dah habis,bkn best pun....:) Thiii
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment