Sunday, 29 September 2013

TERIMA KASIH CIKGU

Assalamualaikum...

Hari Jumaat berkejaran di dalam hujan dalam misi menghantar Amani ke sekolah.Memula bawak Al Fatih gi cucuk.Nasib baik ari ni x ramai org,kejap ajerlah menunggu.

Balik rumah sekejap suh Amani tukar baju pastu ke Plaza Masalam sebab nak lunch sekali.Tak sempat dah nak masak nasik.Hakim tu bukan boleh lambat makan,jap gi dia nangis.Sebelum lunch pergi Giant dulu sbb Amani ada subjek pendidikan seni.Cikgu dah siap siap bagi list barang apa nak beli.

On the way ke Plaza Masalam,hujan turun mencurah curah.Aku dah gabra takut lambat.Alhamdulillah,Allah permudahkan jalan.Dapat parking betul betul kat tepi bahagian berbumbung.Dalam aku terkial kial tolak stroller ngan bawak 3 lagi budak kecik,ada sorg hamba Allah tolong aku sorong stroller baby.Thanks akak tak-sempat-tanya-nama.
 
Kisahnya terkejar beli brg Amani adalah kerana dia pun gelabah serupa aku masa kecik2 dulu.Byk2 perangai aku,yg ni plak yg lekat kat dia.Time aku kecik dulu,kalau cikgu kata A,mesti A..tak boleh B.Tak ada pengecualian..walhal cikgu tu boleh jer timbangrasa.Tapi aku selalu buat abah pening terutama masa zaman aku duk asrama dulu.Peraturan kata kalau outing/blk kg,mesti balik sebelum kul 6,jadi aku mesti paksa abah hantar aku sblm kul 6 petang.Kalau tak aku nangis.Walhal,penyelia asrama geng abah aku jer.Boleh jer nak kautim,tapi aku tak boleh.Aku takut,panik dan mcm2 lagi.Sudahnya org tua tu dapat saman speedtrap....
 
Mcm last week,boleh plak dia tertinggal brg2 utk subjek seni dia.Nak jadi citer lagi,beg duit pun dia tertinggal!Kut tak,bolehlah dia gi beli kat bookshop sekolah kejap kan.Nak tambah dramatik lagi....keta aku masuk bengkel!! Sebelum tu aku mintak adik ipar aku gi hantarkan dia ke sekolah.Pastu adik ipar aku terus ke KL.
 
Disebabkan perangai aku sama ngan dia,aku plak yg gabra lelebih ni.Mulalah berkira-kira...nak hantar ke tak? Tak hantar kang takut dia nangis dlm kelas plak.Padahal,budak darjah 1 jer kut,takkan tak bwk manila kad cikgu nak denda kut.
 
Tapi,aku tetap tak puas hati.Last last call taxi.Semangat aku berangkut 4 beranak naik taxi dlm hujan pergi sekolah Amani...kuikuikui...
 
Sampai sekolah,takde kira dah.Aku dah tgk jadual,time aku sampai tu,elok elok dah nak masuk time subjek Seni dia tu.Bagi salam depan pintu,keluarlah cikgunya.Berjuta kali mintak maaf mengganggu,cikgu cool ajer.Dah jadi mcm org Jepun depan pintu,sorg duk mintak mahap,sorg lagi duk memahapkan.Nasib baik tak terangguk angguk...
 
Tengok-tengok....dia dah ada manila kad tu.Katanya,kawan dia bagi.....
 
Hukhukhukhukhuk....nak,ibu datang naik teksi tahu? Huwaaaaa....
 
Tapi....ada bagusnya jugak aku datang hari tu.Memang cikgu tu nak sangat jumpa aku.Nak discuss ngan aku pasal Amani yg terlampau pemalu.Lama jugaklah kami duk sembang.Aku memang dah tau masalah ni since Amani tadika lagi.Dan,aku masih mencari jalan nak atasinya.Bila sembang ngan cikgu tu,at least aku tahu jugak yg Amani ada progress.Sebab,masa tadika dulu,dia langsung tak nak bertanya dlm kelas ataupun cikgu.Skang,kata cikgu,dia ada bertanya,tapi ,andaikata ada org lain jugak yg nak dtg bertanya,dia akan bagi laluan kat budak lain tu dulu.
 
Memang aku appreciate sangat sangat dengan keprihatinan cikgu tu.At least,aku boleh cari jalan jugak sebab kat rumah dia sgt berbeza.Sangat vocal dan menonjol.Kat sekolah lain pulak.Maybe,aku akan jumpa lagi ngan cikgu tu sebab bila blk,aku ada slow talk ngan Amani.Aku encourage dia masuk apa-apa pertandingan kat sekolah utk hilangkan rasa malu dia tu.Tapi,dia cakap,dia memang nak masuk,tapi katanya cikgu tak pilih dia.Aku pun faham kenapa cikgu tak pilih.Sah sahlah dia pemalu,memanglah akan ada budak lain yg proaktif akan volunteer dulu.
 
Memang itu cadangan cikgu tu.Katanya,kalau Amani mahu,dia boleh bagi peluang utk Amani sertai apa-apa pertandingan.So,aku ingat next week,aku akan call dia.
 
Apa-apa pun,aku terharu..terima kasih Cikgu.
 
Ada siri kedua kisah kenangan bersama cikgu...next entry perhap...
 
Nite nite



4 comments:

  1. Wahh pengorbanan seorang ibu ni.....:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah,ibu sgt kalut sebenarnya.hehehhehe

      Delete
  2. haih...kalut ibu....
    sbnrnya kalau anak tak bw brg tak yah risau sgt sbb ada je kwn diorg yg baik hati share sama2....hehe...
    tp itulah...naluri ibu xmo anak susah...ibu susah takpe...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah sya.Padahal hari hari pun dia blk cerita share itu ini ngan kwn kwn tp still x sdp ati.Kalut sungguh haih

      Delete