Assalamualaikum...
Ntah hapa kene plak ngan laptop aku ni ntah.Jap boleh taip,jap idok...hmmm,dah tua benor lah kamu gamoknya.
Blog ni pun dh lama tak berupdate.Sejak-sejak duk main Candy Crash Saga kat henpon la ni,laptop pun malas nak di bukak.Eiii,buruk nau peel omak beranak ompek ni ketagih main game.
Dah trademark kan,isi cerita akan menyimpang dari perenggan pertama.Nak cerita lain sebenarnya.
Last week kan jerebu teruk.Tahun ni mmg lebih teruk dr thn2 lepas.Nampak sgt jerebu ni dah jadi acara tahunan.Jadi,sepanjang minggu memang memerap kat rumah.Sekolah pun tutup.
Nak jadi cerita,hari Isnin dan Selasa takde apa lagi yg berlaku except sekolah tutup dan anak-anak cuma membuas kat dlm rumah ajer.Malam Selasa,tetiba Rafhanah muntah.Mulanya aku ingat tekak dia berkahak.Sebab dia dan Hakim kalau ada kahak,batuk mesti muntah.
Tapi,bila bangun pagi,tak semena-mena dia muntah,aku dah rasa lain macam.Lepas tu,Amani plak bagitahu,masa dia bangun,dia pun muntah.Aku dah tak senang duduk.Apahal lak bebudak ni?
Masuk pukul 10am,Rafhanah masih okey.Boleh bertumbuk ngan Hakim tu kira okeylah kan? Hakim plak masih tak ke sekolah sebab sekolahnya masih tutup.Aku tgk Hakim okey jer.Tetap ngan perangai suka selongkar peti,bawah tudung saji dan kabinet dapur semata-mata nak cari apa makanan yg boleh dikunyah.
Amani plak start muntah tak berhenti.Rilek dlm setengah jam,muntah lagi diselang seli dgn ehem-ehem ke tandas.Aku still monitor condition dia.Tapi,dah dekat tghhari,dia dh start tak bermaya.Aku baringkan dia kat sofa,alas ngan kain pelikat daddy.So,kalau dia muntah,kene kain daddy...hehehehee.Aku sediakan sebotol air minum dgn besen supaya dia tak perlu lari ke toilet untuk muntah.Kembang jugak tekak tatkala menadah muntah dia,tapi demi kasih kat anak,ku tahan jua.Huhuhuhuhuhu.Tiapkali dia muntah,aku suap air supaya dia tak dehydrate.
Tengahhari tu,aku mintak tolong adik ipar aku hantarkan dia ke klinik.Aku takleh nak keluar sebab jerebu masih teruk,takkan nak bawak baby.Lepas dia balik,aku bagi ubat tahan muntah dan cirit birit,suruh dia tidur.Sedih aku tgk dia lembik ajer.Suap bubur,muntah lagi.Bagi air kosong pun muntah.Aku blend air buah dan suapkan dia supaya dia ada energy sket.
Alhamdulillah Rafhanah okey walaupun dua kali juga di ter"ehem" dlm seluar.Terpaksalah pakaikan dia pampers.Tapi,dia tak mengadu sakit perut ataupun muntah.
Aku tertanya-tanya,amendelah yg dua org ni makan.Masakan akukah? Yelah,dua hari terperap kat umah,mana ada diorg makan makanan luar.Tapi,naper depa dua saja yg kena.Si Hakim elok ajer aku tgk.Aku tanya Amani,selain dari makan nasik,ada tak dia makan benda lain.
Amani cakap,malam Selasa tu,depa dua org duk pulun kek kat dlm peti.Habis satu tupperware.Tapi,Rafhanah makan sikit ajer,dia yg habiskan semua.Hakim tak makan.Ya Allah,baru aku teringat,kek tu mmg dah lama aku simpan dlm peti.Aku dah potong siap-siap,simpan dlm tupperware supaya senang anak-anak nak makan especially si Hakim tu.Pastu lupa...
Jadi,instead of menyalahkan masakan aku,mari kita salahkan kek tersebut.Huhuhuhuhuhuhu.
Iyalah,apa bende agaknya punca.Nak kata tak hygiene,sepanjang masak,sampai terkikis kulit tgn aku basuh.Periuk belanga sebelum pakai wajib aku basuh dulu walaupun memang di ambik dr dlm kabinet.Bahan mentah fresh...pendek kata,aku dah usaha sehabis daya demi memastikan masakan terbaik aku hidangkan utk family.Tapi......kalau dah kena,apakan daya...huwaaaaaa.Sian anak aku!!
Sepanjang jadi nurse,aku sampai terlupa makan minum.Susah hati,mana lalu nak makan.Kesian sgt tgk keadaan Amani.Aku buat lawak pun dia mampu senyum ajer...huwaaaaaa.
Menjelang tgh malam,dia dah tak muntah lagi.Ke tandas pun tidak.Lega hati aku tgk dia lena tidur.Malam tu,aku anak beranak tidur kat ruang tamu.Hakim temankan daddy kat dlm bilik.Pagi esok,dia sihat mcm biasa.
Tapi..........aku pulak tak sihat.Gara-gara tak makan minum hari sebelum tu,perut aku dah masuk angin.Memulas-mulas sampai aku takleh bangun.Selagi tak "ehem ehem" keluarkan angin ( sopan tak ayat tanak sebut kentut....eh,tersebut plak,hehehehe),selagi tu lah mencengkam sakitnya.Bila sendawa dan keluar angin,barulah lega.
Jadi,tetaplah anak-anak tak gi sekolah walaupun sekolah dah buka sebab aku tak larat nak siapkan diorg.Boleh gitu? Laki aku plak tak dapat nak cuti sebab ada urgent meeting.Nasib baik ada adik ipar,at least sikit-sikit dapatlah dia tolong.Makan pun tapau.Dalam sakit-sakit,sempat order nasik Arab.Ko mampu? Selera tetap besar...heheheheheheehe.
Petangnya,aku dah sihat lepas berbotol-botol minyak angin aku habiskan.Sapu lah,bukan telan.Laki aku telefon tanya kabar dengar aku dh okey terus tak jadi ambik half day.Hampeh sungguh.
Esoknya,Jumaat,kami ke Cameron Highland.Walaupun baru baik sakit,trip ni takleh cancel sebab laki aku dh tempah Banglo TNB tu sebulan lepas.Nanti susah dah nak dapat once ko dh pernah dapat.Staff TNB ramai giler kut,banglo ada baper bijik ajer.
Kami pergi anak beranak plus ngan dua org adik ipar aku.
Masa naik Cameron,laki aku ingat dia Takumi dari citer Initial D tu kut.Dibantainya drift kat selekoh bukit.Hasilnya......dah hampir sampai,Si Hakim terbelelek muntah.Habis keta adik ipar aku.Itu takpelah lagi....ingatkan sekali muntah ajer.Rupanya sampai ke malam.Tak berhenti plak tu.
Huwaaaaa...luluhnya hati tgk Hakim mabuk mcm org mengandung.Terpaksalah petang tu lepak kat banglo ajer.Seb baik kat banglo tu ada playground,dptlah gak anak-anak nak berhibur.Makan pun tapau jugak.Yg kesiannya,si Hakim.Disebabkan asyik muntah,tenaga nak main pun hilang.Yg plg sedih,bila dia tak dpt makan.Hakim kan kuat makan,bila dia makan keluar balik,sedih sgt.
Malamnya,terpaksa bawa dia ke klinik.Aku mmg standby bwk ubat tahan muntah Amani tu,tapi..nak jalan lagu mana,bagi jer ubat,dia muntah lagi.Habis keluar balik ubat tu.Cakap kat doktor,doktor bagi ubat masuk ikut bontot.
Malam tu,lepas masuk ubat,dia muntah lagi.Kali ni aku dah takleh tahan.Mengongoi aku nangis.Aku kesian kat anak aku yg selama ni kuat makan,sampai dah lembik jadinya tak dapat nak hadam pun apa yg masuk.Sepanjang malam aku berjaga in case dia muntah.
Alhamdulillah,ubat tu berkesan rupanya.Lepas di bagi ubat angin,tu lah last dia muntah.Lena dia tidur pastu.Syukur sangat.Aku plak risaukan baby.Sebab sblm tu kan aku dh masuk angin,takut dia pun effect sebab susu badan.Mujur dia okey cuma byk kali aku dgr dia kentut...opssss,tersebut laaaaagi....Bagus baby,kuat serupa Superman ye nak?
Maka,esoknya dapatlah kami tour kat CH tu.Pagi tu masa breakfast,kami tak jumpa kedai melayu yg kosong.MasyaAllah,ramainya manusia kat CH hari Sabtu.Laki aku jenis tak suka menunggu.Last-last masuk kedai mamak.Dia order mee goreng.Pastu dia nampak mamak tu ambik dari tray yg dihidang kat tempat lauk tu.Laki aku buat cerewet lak,dia cakap kat mamak tu suh masak yg baru,tanak yg dah sedia ada.Aku ingat mamak tu sudah pedajal dia...mamak tu goreng mee paling pedas dalam dunia!
Hasilnya,masa turun CH,laki aku sudah kene "cherry berry".Sampai Hentian Tapah,adik ipar aku kena take turn drive.Kat hentian tu saja sampai 4 kali dia berulang ke toilet.Esok pagi baru okey.
Jadi...yg sihat dalam ini cerita cumalah adik -adik ipar dan baby sahaja.....huhuhuhuhu.
Maka lengkaplah kami keluarga bahagia.Sama-sama sihat,sama-sama sakit.Nasib baik tak serentak.Kut tak sapa nak jadi nurse hoiii.Masa anak dan laki sakit,aku jadi nurse,masa aku sakit,anak dan laki plak jadi nurse.
Sekian cerita keluarga bahagia ini......:)
Panjangnya cerita...hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah semuanya dah sihat kan..
Hehehehe...panjang baru lah dramatik sket.Hehehehehe.Alhamdulillah,sumer dh ok
DeleteHi grreat reading your post
ReplyDelete