Membaca satu komen kat satu ruangan komen suratkhabar buat aku rasa confused.Penghantar komen tu demand kat cikgu sekolah anak dia supaya pantau stationary murid murid sebab anak dia selalu hilang benda2 alah tu.
Aku bukan cikgu dan tak tau jobscope seorang guru...
Tapi sejak bila pulak cikgu cikgu kena pantau alat tulis anak-anak murid? Apa plak maksud pantau tu? Adakah tetiap kali nak balik anak murid diwajibkan mempamerkan alat tulis masing2 atas meja dan cikgu akan kira samada cukup ke tak?
Aku bukan nak pertikaikan permintaan mak bapak tersebut,aku pun faham situasi beliau.Anak aku baru dua minggu sekolah,pensil kaler dah hilang.Katanya kawan dia pinjam dan taknak pulangkan.Dan,dia takut nak mintak balik ( dia kata laa..)
Aku juga bekas pelajar sekolah dan hilang alat-alat tulis tu memang dah biasa.Bukan tak ralat hilang semua tu,tension tau.Aku ni dahlah seorang penjimat,maklumlah,masa aku kecik,family aku bukanlah org senang.Nak dapat ganti balik semua tu berpeluh peluh kena leter dulu.
Tapi,sepanjang aku sekolah,tak pernahlah pulak cikgu aku check alat-alat tulis kitorg samada cukup ke tak.Tapi,kalau hilang,boleh jer report kat cikgu.Tapi,jarang sekalilah kitorg nak report benda benda mcm tu.Bukan sebab tak sayang ataupun anggap benda tu tak bernilai,tapi rasa mcm remeh sgt nak bebankan cikgu menyiasat kehilangan alat tulis.Lainlah buku teks...meleleh kut ayaq mata nak mengganti.
Pada pendapat aku lah kan,benda-benda macam ni,kena tahu peranan masing-masing dan bertolak ansur.
Bukan nak berlagak kaya rasa boleh mengganti balik benda-benda alah tu semua,tapi kadang-kadang kita pun kena faham jugak kesusahan org lain.Kita maklum,tugas guru sekarang bukan sekadar masuk kelas dan mengajar sahaja,dan dia bukan pantau seorang murid sahaja tapi berpuluh puluh.Dia juga kena handle aktiviti lain macam ko-korikulum,jaga disiplin murid,kadang-kadang kena buat kerja admin dan macam-macam lagi.Takkanlah nak menjaga alat tulis murid murid pun digalaskan ke bahu guru jugak?
Aku pun taklah nak condemn sangat,aku faham situasi tu jadi apakata kita buat inisiatif sendiri sebagai ibu bapa mcm ni:-
- Tulis nama anak kat stationary anak mcm kat kotak pensil,kotak kaler dia,gam,gunting,etc....masa aku sekolah dulu,kerap gak brg ilang mcm ni,selalunya aku dan kwn2 buat camtu ler.Siap pensil kaler sebatang2 tu toreh dulu ngan pisau dan tulis nama kat kayu yg dah dikikis tu.
-Bagi anak bawak alat tulis seminimum yg mungkin,misalnya alat tulis anak aku,aku bagi dua pensel (in case satu hilang),satu pemadam,satu sharperner dan satu pembaris.Jgn beli yg fancy atau unik sgt ( ni aku dgr dari taklimat sekolah) sebab itulah yg mengundang keinginan murid lain utk memilikinya jugak (perghhh...ayat novel beb).Beli yg biasa ajer,yg semua org lain pakai.
-Strategi aku dulu masa sekolah rendah,disebabkan tension selalu sgt brg hilang,aku tampal ayat ayat peringatan seperti "Hukum-hukum org yg mencuri" atau "Allah melihat perbuatan kamu"...lepas tu,takde dah org selongkar beg aku.Tak caya? Sumpah tak auta!Hehehehe...
-Selalulah nasihatkan anak-anak supaya alert dgn brg-brg dia.Kengkadang,brg hilang bkn sebab org ambik,tapi sendiri yg cuai.Nak salahkan dia sgt pun tak boleh,dah nama budak-budak.Always remind dia.Aku akan selalu check brg2 dia bila aku susun buku utk dibawak ke sekolah.
- Dalam kes anak aku,takde lah nak campur tgn sgt hal budak-budak,tapi aku suggest kat dia,cuba mintak blk ngan kwn tu elok-elok.Mana tau,kwn dia akan pulangkan blk,tapi kalau dah dia tanak pulangkan,nak buat camne kan? Redho ajerlah.Tapi,usahakanlah dulu mintak.
-Paling penting,kena selalu nasihat dia,jgn sesekali ambik barang org.Kalau teringin nak apa-apa,cakap.Kalau bende alah tu mahal sgt,aku terus terang cakap,aku tak mampu.Jgn dolak dalih dgn dia.Budak-budak akan faham.Sebab tu penting jugak kita check brg dia,kalau dia "terambik" barang kawan,mintak dia pulangkan balik.Jgn biasakan dia ambik apa-apa di jalanan misalnya brg org tercicir ker..walaupun kita rasa "takpe,dia budak jer pon,bkn dosa"...jgn kekalkan tabiat tuh.Kena ingatkan dia,tu org punya...
- Untuk kes kronik..aku ambik contoh anak kawan aku.Memula kawan2 amik alat tulis..hari hari amik.Pastu la ni dah melarat pau duit pulak dah.Bila member tanak bagi,diambik dari dompet.Kawan aku ni serba salah dah nak buat apa..nak jumpa budak2 tu,mcm melampau plak katanya nak serang budak darjah 1 kan,tapi kalau tak buat apa,sampai bila pun tak settle masalah.Jadi,utk kes mcm ni,reportlah kat cikgu...maybe dia boleh tolong.Benda2 mcm ni dari awal kena amik langkah pencegahan...
- Untuk kes kronik..aku ambik contoh anak kawan aku.Memula kawan2 amik alat tulis..hari hari amik.Pastu la ni dah melarat pau duit pulak dah.Bila member tanak bagi,diambik dari dompet.Kawan aku ni serba salah dah nak buat apa..nak jumpa budak2 tu,mcm melampau plak katanya nak serang budak darjah 1 kan,tapi kalau tak buat apa,sampai bila pun tak settle masalah.Jadi,utk kes mcm ni,reportlah kat cikgu...maybe dia boleh tolong.Benda2 mcm ni dari awal kena amik langkah pencegahan...
- Selebihnya,kita tawakkal sahaja...usaha pun dah kan...
Itu ajelah kut sket sebanyak tips.Membantu atau tidak,yg penting kita cuba.Bukan tak boleh nak harapkan cikgu..kalau dah kerap kali sgt hilang,boleh jer report.Tapi,jgnlah expect dia boleh pantau sepanjang masa.Kesianlah jugak kat depa no...
Selamat mencuba...
P/S:-Sebab tu lah ada pihak menentang waktu kementerian cadangkan murid-murid dibolehkan bawak handphone/Ipad ke sekolah.Memula fikir,bagus jugak,senang nak pantau anak-anak,tapi dr segi negative side,ini lah dia.Nanti satu kerja plak cikgu-cikgu nak kena jadi penyiasat bila gadget hilang.Sedangkan alat tulis hilang pun kita dah pening..nikan plak telefon bimbit...
Ajar anak perlahan2...lama2 pandailah dorg tu jaga reta dorg....ada pula suruh cikgu...tak logik langsung
ReplyDeleteEntahlah..mcm mcm jenis org rupanya.Majoriti taklah mcm tu tapi still ada jugak yg mcm ni..sabor ajerlah
Deleteapa punya nasihat bangang ni.
ReplyDeleteYang citer ni semua kes kes ringan.
Cuba kalau kena kes hari-hari hilang semua kandungan dlm pensel case. Botol air pun hilang, last last sampai beg sekolah pun hilang. Huh, nanti sampai anak opun kena culik, kan niaya.
Lapur kat cikgu memang wajar, bak kata, lentur buluh biar dari rebung.
Kalau cikgu bagi warning semua pelajar "PAKAI ALATULIS SENDIRI, JANGAN AMBIK ORANG LAIN PUNYA!" sekali sudah cukup masa dalam kelas, semua kecut, janji tak buat lagi. bukannya susah... bagi warning tak sampai 1 minit pun.
aparah!