Tuesday, 27 November 2012

BABY GOYANG...GOYANG...GOYANG

Lately ni dah agak jarang datang mengemas ngemas blog.Ehek...sebenarnya takde mende nak di merepekkan.Tambah plak,tak berapa nak sihat.Biasalah...tak sihat = malas...hehehehhe.
Hari Isnin hari tu,pergi second check up.Terpaksa bawak 3 org bebudak ni sekali sebab memang takde org kat umah..takkan nak tinggal.Kuikuikui.Lagipun check up tu ditukar belah petang sbb Doktor ada hal lain paginya.Kalau appoinment pagi okey sket sebab budak dua org tu sekolah.
Nasib baik sampai awal dan giliran aku no 3,so tak la lama sangat menunggu.Kut tak,huru hara di buatnya dengan tiga org yg tak reti duk diam ni.Berbuih mulut aku suruh duk diam dan sampai menyembur nyembur air liur duk SYYYYYY.Tapi nak buat cemana,budak kecik,ye dak?
Sampai masa Doktor nak scan baby...riuh rendah bilik dibuatnya dek 3 org ni yg excited sgt nak tgk baby.Paling seronok nak tgk bila baby pun sama naik,tak duk diam.Baby pun excited agaknya dengar riuh rendah akak dan abang dia kat luar,hehehehehe.Sepanjang-panjang doktor scan dia,kemain dia goyang sana sini,siap head banging lagi.
Yang paling best...bila Rafhanah tgk baby goyang dia pun..
"Ibu...biby goyang...goyang..goyang..." dia jerit pastu dia goyang badan dia menari nari.Gelak jer doktor tgk telatah dia.
Ya Allah,perasaan yg aku tak tau nak gambarkan mcmmana bila tgk baby tu gerak gerak jari,kaki dia,kepala dia...tengok perut dan dada dia duk turun naik..sedu??






Haaaa...gambar budak tecik ni...tak sabar nak tunggu dia besar.La ni tak rasa lagi dia duk bergerak kat dalam perut walaupun kemain dia goyang sana sini...hehehehe.
Cepat besar yer baby.....
Harap-harap semua selamat...Ya Allah,permudahkanlah urusan kelahiran si kecil ni nanti..Amin.



4 comments:

  1. Harap semuanya selamat......baby nak goyang juga sebab eksaited dengar abang dan kakaknya bermain...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Mia..
      Excited bebudak kan bila nak dpt adik.Takleh lupa tul pengalaman check up kali ni.

      Delete
  2. usah kata abang/kakak baby dalam perut yg exited, kita pun sama kan. Aktif tanda dia sihat macam kakak/abang dia juga.

    Moga terus sihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mendoakan:)
      Semoga baby sentiasa sihat

      Delete