Ada hamba Allah komplen,rumah aku macam penjara.Huh? Jangan terperanjat...Ini bukan bermaksud sapa yg masuk kat dlm umah aku ni,aku kurung tak kasi keluar yer...kalau boleh..silalah keluar..eh!Ehehehehe.
Maksudnya,banyak lapis sgt kunci mcm bilik kebal bank.Pintu pagar bermangga,pintu grill kunci dan mangga,sliding door lagi,pintu belakang kunci dan mangga,pagar belakang pun mangga...hatta di siang hari dan waktu tu aku kat rumah.
Bikin gua panassss!!
Abih tu takkan lah kena kunci masa takde org kat umah ajer? Nyawa aku dan anak-anak tak pentingkah?
Dan aku pun bukan saja saja nak menyusahkan diri nak kunci dan mangga pintu sekadar untuk suka suka ataupun terlalu paranoid.Takde kuasa der...lagipun aku bukan org kaya simpan duit sekepuk dalam rumah.
Tapi,aku risau keselamatan anak-anak aku.Rumah aku ni pernah dimasuki penceroboh waktu tengahhari masa org Semayang Jumaat hokey?Masa tu aku takde tabiat nak mangga pintu pagar lagi,just manggakan pintu grill ajer. Kecuaian siapa? Yang tukang komplen tu lah...suka hati dia keluar rumah pintu tak kunci,apalagi di mangga.Pagar memang tak lah,siap ternganga luas.
Nak jadi cerita,masa tu anak -anak aku nak susu.Tergerak hati nak bawak semua-semua masuk dapur.Kebetulan plak,adik ipar aku ada dlm bilik dia.
Masa aku kuar balik ke ruang tamu,aku terperanjat tgk pintu grill terbuka walhal sblm tu elok aje rapat.Takde dengar pun bunyi grill door tu kene tolak.Biasanya pintu tu berkeriut kuat kalau ada org masuk.Jadi,nampak sgt memang org yg masuk tu berniat nak ceroboh sbb satu hapa pun tak dengar.
Aku pun teruslah kunci dan manggakan balik tanpa syak apa-apa.Yalah,tgh hari buta kan? Sekali adik ipar aku kuar bilik dan tanya," Sapa tadi tu Kak Ngah?"
Aku terus kerut dahi? Apa kau cakap ni ha??
" Siapa?" Eh,tanya balik...
" Tadi,yg masuk bilik adik tadi.Adik tanya dia,cari sapa? Dia tak cakap apa,terus keluar.Lelaki,"katanya.
Terus aku rasa nak tercirit tang tu gak...wadehel ada lelaki cari kami kat rumah salam pun tak bagi.Menonong masuk pastu kuar.Ni mesti penceroboh amatur ni.Maybe dia cuma aim nak amik mana yg sempat ajer kut...ataupun dia memang berniat nak nyorok dlm bilik tu ke,kebetulan plak ada org kat dalam tu.Nauzubillah.Ngeri aku memikirkan kemungkinan kedua tuh.Kalau dia nak amik harta benda,ambiklah,janji jgn apa-apakan anak-anak aku.Alhamdulillah,semua selamat.Syukur.
Sejak hari tu,aku jadi penakut gila dan gila kunci semua pintu rumah.Pendek kata,kalau boleh pintu jamban pun aku nak mangga.Biar padan muka sapa yg cirit birit terkucillah kat luar ( sekali kena kat diri sendiri baru padan muka).Selain dari mengelakkan penceroboh,boleh jugak mengelakkan jurujual ataupun ejen sindiket gores dan menang dari masuk ke laman rumah.Sebab,aku jenis biarkan sliding door terbuka nak bagi angin masuk.Tau tau ajer terpancul kelibat org kat depan grill door masa aku bersantai kat hall.Kus semangat!!
Memanglah menyusahkan tetamu atau keluarga yg datang,nampak cam tak bagi org datang jer,tapi keselamatan tu terpaksa diutamakan.Lagipun,aku ada anak-anak kecik yg kadang-kadang aku biarkan duk tgk TV kat ruang tamu masa aku masak kat dapur.Nauzubillah jadi apa-apa kat diorg.Biarlah org nak kata apa pun.Rumah aku,tanggungjawab aku.
Baru jer hari tu aku jerkah pencuri seluar dalam kat belakang umah.Masa tu aku memang kat dapur,nampak mamat ni duk lalu lalang.Tapi dia tak perasan sebab tingkap aku gelap.Aku jer boleh nampak kat luar,org kat luar tak nampak.Elok aku tgk dia hulur tangan kat ampaian baju kecik aku.Apalagi,ntah mana dtg semangat Hang Tuah nak mempertahankan baju kecik sendiri,aku terus buka pintu dan jerkah dia.Tak sempat dia amik,mencicit dia lari.Lepas tu,barulah longlai lutut aku.Serius,aku tak anggap dia penjenayah,dia cuma "sakit" ajer,berani lah aku jerkah.Kalau betul-betul penjenayah? Berani nak jerkah?
Dan,aku sangat menjaga kunci-kunci rumah aku.Maklumlah,rumah aku nih ramai penghuni and masing-masing pegang kunci sendiri.Aku akan make sure diorg jaga kunci masing masing jgn kasi hilang.Sapa hilang kunci,siap lah kena jerkah ngan aku yg garang nih,ehehehehehe.Dan,pantang aku ialah,org pinjam set kunci aku.Sangat pantang okayy...takde sapa bley sentuh set kunci aku,ada paham?
Membaca suratkhabar saban hari sangat merimaskan aku dengan berita-berita jenayah yg tak abih abih.Mintak simpang...
Jadi,lantaklah nak komplen.Yang aku tahu,aku dah berusaha sebaik mungkin untuk melindungi keselamatan diri,keluarga dan harta benda.Selebihnya,aku serahkan pada Allah Yang Maha Kuasa.Aku tawakkal saja padaNYA,tapi sebelum tu,kenalah berusaha.
InsyaAllah.Ya Allah,lindungi lah keselamatan kami..Amin.
peduli apa orang nak kata...yang penting kita dan keluarga kita selamat......kalau sudi singgah le ke blog saya.....http://shumie-dz.blogspot.com
ReplyDelete(^_^)
Betullah kan? Yg penting keselamatan anak-anak kecik.Tak sanggup rasanya bila dgr kes kes skang ni.
Delete