Thursday, 23 February 2012

Tabiat buruk saya...

Semalam pagi,biasa lah aku,selaku surirumah yg berjaya,setelah balik dari antar anak sekolah dan tidokan sikecik balik,aku pun siap sedia nak breakfast.Goreng lempeng,bancuh kopi.Wah,sungguh bahagia hidup aku.Duk kat ruang tamu,belek suratkhabar sambil menyuap.
Sampai part hiburan,aku baca tentang temubual dgn sorg artis baru.Pompuan,boleh blah tahan lah manisnya.Biasanya aku tak baca sumer pon kalo bab temubual camtu,aku gi belek kat soalan ringkas yg kolum kecik tu.Ada satu soalan bunyinya camni,"Sebutkan satu tabiat anda".Masa aku baca jawapannya,tersedak kopi aku dibuatnya.Ada ke patut dia jawab "kentut,tapi tak bunyi lah"
Ada beberapa kemungkinan:-
-Anak dara skang mmg open camni kut? Zaman cyber lah katakan.
-Aku yg kolot kut takleh terima jawapan yg sgt kelakar tu.(kelakarlah sangattt)
-Wartawan yg reka? Tak mungkin kut.Tapi penah dengar term "edit" tak my dear reporter?Gambar pon boleh superimpose takkan jawapan mcm tu takleh tukar kut.Maybe jugak wartawan ni sgt beretika,dia takkan tukar jawapan asal tu,mesti tulis sebijik yg mcm artis tu cakap.
Takperlah,bende kecik jer.Tidaklah sampai menjatuhkan harga saham dunia pun yg mana kesannya membawa kepada krisis ekonomi global.Eceh ceh,ayat kena nampak ilmiah sket,ekekekeke.Abih abih pun yg jatuh saham dia.kekekeke.Dik,kita ni pompuan,takyahlah citer pasal tabiat tak senonoh tu.Kalo alang2 nak jadi bahan gelak,baik ko tambah lg ayat tu"kentut,tp tak baulah.Tp kalau bau lagi best,saya cium bau kentut sendiri sampai pengsan".Ngerti?
Tapi dik,akak ucap tima kasih gak sbb sedarkan akak ttg peralihan zaman.Udah tua agaknya aku nih.Jadi,aku akan lebih berhati hati ajar anak aku ttg cara2 menjawab soalan org.Kalau takat ngan member2 nak gurau mcm tu,ok lagi.Aku pon selalu gurau bangang ngan member2 aku.Tapi,takde lah aku post kat FB plak,pastu kawan FB aku share plak status tu utk tatapan kawan2 dia.Lagipun,as a public
figure,kawal ler sket lawak2 nonsense ko tuh.Suratkhabar ni satu Malaysia yg baca.
Tapi,yerlah,pendapat aku je ni,tak mewakili org lain.Terpulanglah pada penilaian kita sendiri yer.
Nanti bila org kata mentaliti artis Malaysia ni rendah,ramai yg melenting.Walhal bukan sumer yg berperangai mcm tu.Yg buat sorg dua ajer,tapi kene fahamlah,masyarakat suka judge merangkumi satu komuniti.
Lantak kau lah,tapi wartawan tu bg soalan general.Takkan banyak2 tabiat, itu yg kau jawab.Ataupun,sumer tabiat kau buruk-buruk? Tinggal yg kentut tu jer yg paling baik...
Kalau camtu, aku kesian sama kau dikkkkk.....

No comments:

Post a Comment