Sunday, 28 December 2014

PRAY FOR PANTAI TIMUR & PRAY FOR QZ8501

Assalamualaikum...

Aku baru sampai dari Terengganu.Meredah jalan 13 jam lamanya.Alhamdulillah selamat sampai ke rumah.

Dalam seminggu ini,remuk redam hati ni bila baca news pasal banjir terutama di Pantai Timur.Alhamdulillah kampung aku tak terjejas tapi kata org,cubit paha kanan..paha kiri pun terasa.

Tambah lagi bila baca kisah sepasang suami isteri yg lemas selepas bot terbalik di Kemaman,mangsa banjir yg terperangkap di Kelantan berhari hari lamanya tanpa bekalan makan minum(bantuan tak sampai disebabkan arus deras)...Allahurabbi,tak dapat aku bayangkan situasi diorg sekarang.Belum lagi nanti bagaimana diorg nak teruskan hidup apabila hampir keseluruhan harta benda hilang...kalau nak disenaraikan satu persatu mmg tak tertulis.Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka semua.Dan semoga Allah menggantikan apa yg hilang dgn sesuatu yg lebih baik.Amin...

Last week,aku bgtau laki aku yg aku nak blk kampung.Dah lama pun tak blk Trg.Masa tu baru start nak banjir.Kebetulan pula laki aku ada kerja kat Kemaman.So plannya...lepas abih kerja kat Kemaman,kami terus ke kampung.

Sepanjang 5 hari kat Kemaman,setiap hari hujan lebat.Masa tu Kelantan,Terengganu dan Pahang dh mulai banjir.Hari Rabu,24hb Dis 2014,kuatkan hati balik juga ke Marang walaupun dh berbelah bahagi juga awalnya sbb dgr cerita keadaan makin teruk di Kemaman.Takut nanti laluan balik kami ke KL tersekat.

On the way ke Marang,dekat Kg Nyior Dungun,air dah melimpah ke atas jalan tapi still boleh lalu.Alhamdulillah,selamat sampai ke kampung.Esoknya dengar cerita laluan tu dah terputus dek banjir.






Lokasi gambar : Kg Nyior, Dungun


Pantai Kelulut,Marang.Ombak besar


Khamis dan Jumaat,cuaca kat Marang baik.Kadang2 cerah keluar matahari.Hari2 ngadap news portal yg update pasal banjir.Luluhnya hati bila baca keadaan mangsa banjir kat Kelantan.Ya Allah,permudahkanlah urusan mereka..

Hari Sabtu 27hb Dis 2014...awal2 laki aku dh cakap,takyah lah tido blk lepas Subuh tapi sbb Fatih nak menyusu time tu..terus terbabas sampai kul 8.30am.Abah aku dh kalut pagi2 suruh bersiap cepat sbb dgr khabar air semakin naik di Dungun dan Temerloh.

Pukul 10am,baru lah nak bertolak balik ke KL.Adik aku yg on the way dari KL hantar whatsapp msg kata jalan kat LPT berhampiran Temerloh dh mula naik air.Tapi diorg still boleh lalu.

Cuaca cerah awal perjalanan

Sampai Dungun,terus ambik laluan masuk ke Al Muktafi Billah Shah terus ke LPT.Awalnya semua lancar siap kami berhenti makan dan solat kat R&R Gambang sampai lah ke Maran.Sangkut lebih sejam hanya utk melepasi Tol Maran.Bila dh hampir kat plaza tol barulah nampak ada satu kereta polis parking kat tepi jalan sambil announce jalan LPT Temerloh dh pun ditutup utk kenderaan ringan.Memang berpusu pusu lah kenderaan kat situ.Elok lepas plaza tol,clear lah kejap jalannya.Kami terpaksa ambik jalan lama sbb highway dh tutup.

Kereta bersusun sebelum masuk ke Tol Maran


Sampailah ke Paya Pulai,jammed lagi.Memula kami ingatkan sebab mmg banyak kereta so laki aku pun dh lapar,kami berhenti makan dekat satu restoran kat situ.Lepas makan,gerak balik...Allahurabbi..rupanya air dh melimpah ke atas jalan.Siap arus deras lagi...mengucap tak berhenti aku time tu.

Kereta dh mula bersusun dan trafik sgt perlahan

Singgah makan kat restoran betul2 kat papan tanda Paya Pulai tanpa sedar kat depan tu air dh mula deras.Syukur masih sempat melalui jalan ini.

Syukur hari tu anak2 tak buat perangai langsung walaupun perjalanan agak panjang.Biasanya diorg bising tanya " bila nak sampai?"

Bayangkan itu air belum naik tinggi lagi...mcmmana lah agaknya mereka2 yg terperangkap dlm air banjir separas 3 tingkat bangunan sekolah...YaAllah,lindungilah mereka.

Alhamdulillah,selamat kami meredah air.Dan terima kasih buat seorg abang yg nampak cam pakai baju askar or RELA aku tak nampak sgt sbb gelap...sebab sanggup berdiri ditengah2 kenderaan yg sibuk,dgn arus deras...menjaga laluan.Hanya Allah mampu membalas..

Dari situ,kami singgah lagi dlm 2 stesen minyak utk solat dan isi petrol.Hampir sampai ke Tol Lanchang,langsung takde nampak mana2 kereta.Risau gak.Laki aku tanya petugas tol,dia kata takde masalah..boleh jer lalu.Lancar perjalanan kami sehinggalah ke KL.Tapi,semasa lalu kat Lanchang ni,laluan dr KL ke pantai timur dah ditutup.

Sampai kat Gombak,bukak radio.DJ announce yg jalan Paya Pulai tadi dh pun ditutup dan mana mana kenderaan ringan kena berpatah balik.YaAllah,urut dada aku sekejap.Syukur YaAllah..Kau permudahkan urusan kami hari ni.Rezeki kami sampai juga ke rumah walaupun memakan masa 2 kali ganda dari biasa.

Tak kisah lah tu...walaupun perjalanan ni sungguh memcabar tapi tak setanding dgn dugaan yg ditanggung oleh mangsa banjir.Tidak setanding cabaran sukarelawan,askar,polis,doktor,jururawat dan mereka2 yg terlibat secara langsung membantu mangsa banjir.Semoga rahmat Allah bersama sama dgn kalian...

Amin...

Terkini...

Belum reda sedih dgn kejadian banjir,sekali lagi kita dikejutkan dgn berita kehilangan pesawat AirAsia dr Indonesia-Singapura.Belum terubat lagi kedukaan kita di rantau ini dgn tragedi kehilangan MH370 dan terhempasnya pesawat MH17, sekali lagi kita berhadapan dgn ujian ini.Walaupun hanya seorg sahaja rakyat Malaysia terlibat tetapi seperti yg aku katakan, cubit paha kanan,paha kiri turut terasa.Doa kami utk penumpang dan anak kapal pesawat terbabit...

#PrayforPantaiTimur
#PrayforQZ8501AirAsia




Saturday, 20 December 2014

HK TRIP -DAY 3 AVENUE OF STARS

Assalamualaikum...

Sambungan dari sini ,sini dan sini

Day 3,laki aku kerja full day.Jadi mcm biasa lah...tetap melangut kat bilik.Melayan Rafhanah dan Al Fatih.Si Fatih mcm biasa lah,abih bilik diselerakkannya sampai byk brg hotel aku kena sorok tempat tinggi.Nasib lah housekeeping nak carik balik kang...hahahaha.

Untuk lunch,aku masak sup daging ngan kari ayam.Ewah..bunyinya cam beria aku masak walhal sumer dr dlm tin..hihihi.

Mcm iya iya jer masak..tapi seriesly,rasanya mmg sedap sgt semuanya.

Laki aku balik dlm pukul 6pm mcm tu.Aku tanya dia,ada plan nak gi mana tak.Dia jwb dia penat.So,aku "hmmm" kan saja.

Dia perasan kut muka aku lain mcm,so dia tanya balik samada aku nak keluar.Dah dia penat,takkan nak paksa paksa pulak.

Tetiba jer lepas dia mandi,badan dah segar,aku nampak dia belek peta lepas tu dia tanya samada aku nak pergi Avenue of stars,Victoria Harbour.Tgk pancaran lampu laser (symphony of lights)katanya.Of course lah mak melompat nak pergi.Sangap weh seharian berkurung kat bilik.

Aku tgk laki aku berwhatsapp ngan member2 yg lain pastu ckp ngan aku nanti kwn dia yg semalam tu nak ikut kitorg.Cantek lah tu...

Pukul 7.30pm,dah makan,mandi dan solat,kami turun ke lobby.Kali ni naik train dari Mongkok East station yg mana keluar jer dari pintu hotel terus jumpa stationnya.Sgt convenience,patutlah boss laki aku tempah kat sini.

Dah sampai station,tetiba laki aku baru sedar Octopus card dia tertinggal kat bilik.Nasib baiklah station MTR tu attached ngan bangunan hotel,kalau tidak...belilah tiket.Hmmmm...

Dari station Mongkok East ke station Hong Hum.Dari situ,tukar platform saja menuju ke station Tsim Sha Tsui East.Dari station tu,jalan kaki around 5 minit jer.Kat station nanti ada tunjuk exit mana,aku jer nyanyuk tak ingat kat exit mana kena keluar..hehehe.

Bila sampai ajer,pertunjukkan lampu tu dah selesai.Kak Wan ckp,pukul 8pm.Kami sampai dh pkl 8pm lebih pun.Takpe lah,amik angin cuci mata pun best juga.

Tak sangka,kat sini pun aku kena marathon.Si Fatih tetiba menjadi begitu teruja nampak tanah lapang sampaikan aku bernafas pun cam naga dah...takpe la nak,lari lah selagi boleh.Balik kang,cepat sket dia tidur.









Tengoklah setiap gambar...xde satu pun yg dia fokus kat camera.Sumernya fokus kat mana dia nak lari..hehhee.

Tak lama pun lepak,nak balik kemas brg,esok pagi pagi nak bertolak ke Shenzhen pulak.

Okey...sambung lagi ntt.



Wednesday, 17 December 2014

HK TRIP -DAY 2 KOWLOON PARK & LADIES MARKET

Assalamualaikum....

Sambungan dari entry Ni

HK Trip-Day 2

Disebabkan laki aku kerja..jadi memang tak ke mana mana lah aku pagi tu.Memerap jer dlm bilik hotel.Bangun dh lah lambat...Fatih dan Rafhanah bgn dulu.Dah bangun dihenyaknya aku...bagus betul "jam loceng" dua org ni.Senak perut mak nak...huhuhu.

Buat breakfast...roti nutella dan milo utk kekanak tu dan aku plak makan maggi.Dah abih makan,dua org tu mandi kat tub.Aku monitor dari luar jer sambil layan TV HK.Nasib baik ada gak channel movie English...layan.Pastu ngadap handphone jer.Belek2 gambar Amani n Hakim...rindunyaaa..sob sob sob.

Suh abah whatsapp gambar diorg.Ni yg atuknya hantar...

Gambar masa atuk ambik diorg kat Pahang.Lepas posing terus tertido beramai ramai...hahahaha.


Fatih ngendap akak hanah mandi....hohoho.Aku bukak curtain bilik air jadi boleh tgk diorg berendam kat situ.

Sebelum pukul 1,nasib baik aku dh masak nasi.Lauk jer blm panaskan.Tetiba laki aku blk kul 1pm.Hoh...kelam kelibut aku panaskan lauk sbb muka laki aku monyok kelaparan.Sian...

Masak rendang...ko mampu? Hahahaha...walhal yg dlm tin ni.Sedap rupanya...


Dah kenyang semua org,kitorg bersiap siap nk keluar.Semua ahli rombongan tunggu kat lobby hotel pukul 3pm.Naik free shutter bus dari hotel ke Nathan Road.

Bila sampai...ketua rombongan ada bgtahu,kalau nak blk naik bas tu jugak..last trip adalah pukul 9pm,tunggu kat tempat di mana kami diturunkan tapi ikut first come first serve lah dgn mana mana guest hotel lain.

Dah turun bas...tercangak nak merangka plan nak ke mana ramai ramai tu.Kami sekeluarga dah lah mmg dah merayau kat situ jugak malam sebelumnya.Bila sembang ngan org lain,rupanya mlm semalam ada yg pergi Avenue of Stars,ada yg sempat pergi Victoria Peak.Sbb tu hari kedua ni diorg datang area Nathan Road.Huk aloh...dua kali lah kitorg redah tempat sama.

Memula kitorg gerak sama sama..lepas tu ramai yg nak ke Kowloon Mosque.Memandangkan kami dh solat kat hotel plus dh pergi pun situ,maka masing2 berpecah jln sendiri dan janji berkumpul balik kat masjid time Maghrib nanti.

Kami anak beranak meredah dari Kowloon Mosque melalui Park Lane Shopper's Boulevard pastu ke Kowloon Park.Tak plan pun pergi sebab kami merayau ikut suka kaki jer sebenarnya.Bila sampai kat taman tu...mmg tak cukup tanah si Fatih berlari.Gumbira benar lah dia jumpa kawasan lapang.Aku kat HK walaupun makan banyak tapi tak sempat jadi lemak.Abih terbakar dek kerana Al Fatih..hehehehe.


Park Lane Shopper's Boulevard.Byk kedai sepanjang jalan ni tapi aku tak jeling pun...hohoho.Kuatkan iman (sambil tepuk poket)

Comic Avenue.Byk arca watak komik kat sini.Si Fatih terkagum kagum nengok setiap patung kat sini...hahhaaha.

Sculpture walk kat Kowloon park.

Diorg dah start dahhh....lari satu taman.Aku biarkan jer sbb mmg kawasan lapang.Kasi can korg abihkan tenaga...hehehehe.

Laki aku ckp ni watak dlm komik Pedang Setiawan.Entah,mana aku tau.Nampak tak tgn laki aku tgh pegang pedang? 


Time maghrib,berkumpul blk kat masjid.Lepas semua solat,masing2 nak cari tempat makan.Laki aku plak dh kekenyangan lunch tadi dh makan byk.Anak anak pun tak lapar asyik duk bedal biskut dan coklat yg aku bwk so kami tak pergi lah makan.Berpecah lagi dan kami decide nanti nak balik sendiri naik MTR jer.Kawan laki aku sefamily nak ikut kitorg sbb kitorg plan nak singgah ladies market.So,let's jalan.

Kami naik blk train dr station Tsim Sha Tsui ke Mongkok station dan dari situ jalan kaki jer pergi ladies market.Jalan yg sama kami lalu semalam.

Kat HK ni tak susah nak ke mana mana.Signboard bersepah sepah.Jalan sket jumpa signboard...dah jumpa kemain excited cam pandai sgt baca peta.Hohohoho.

Masa jalan jalan ni...Rafhanah ngadu badan dia gatal gatal.Aku ingatkan sbb baju dia ke apa.Aku tukarkan baju dia ke t shirt.Aku tgk makin kuat dia garu.Kesian sgt.Last last dia tidur dlm stroller.Jadi terpaksalah laki aku dukung Al Fatih tu.Takleh bagi dia jalan sendiri sbb elok ajer kaki dia cecah tanah,mcm Usain Bolt dia lari.Bahaya...dahlah area Ladies Market tu sesak...ilang kang,meraung aku kat situ.

Aku tak beli banyak brg kat situ sebab pikirkan nanti byk tempat lagi nak pergi.Satu,sebab nak jimat duit sbb ikutkan plan hari last nak ke Disneyland.Tapi...pikir balik,nyesal pulak tak beli souvenir kat situ byk2 sbb lepas tu,kami tak pergi lagi tempat jual souvenir yg lain.Huhuhuhuhu.

Aku cuma beli tshirt "I 💜 HK" tu dua belas helai.Redah dari hujung ke hujung akhirnya jumpa kedai yg jual agak murah.Dia jual 6 helai pada harga HKD 90.Aku tak tau lah mana tempat lain yg lagi murah sbb dah tak larat dah nak jalan.Uncle yg jual tu dah lah muka garang,English pun tak tau.Nak tawar pun tak layan.Peniaga lain walaupun xtau ckp English at least nak gak layan..communicate pakai calculator ngan isyarat tgn.Nak jer rasa gi tempat lain tapi laki aku dh tak larat.Dia suh jer aku amik.Ujung2 time bayar baru lah senyum...hmmm.

Pastu biasa lah,beli keychain ngan fridge magnet.Tu pun nyesal gak tak beli byk2.huhuhuhu.Takpelah...nak buat camne.

Ada jugak peniaga kat sini yg tahu perkataan melayu sikit sikit mcm "terima kasih".Maybe sebab kat sini ramai pekerja Indonesia kut.Takpun ramai org Malaysia dtg beli belah kat situ.Suka ati aku jer bg teori..hahahahaha.

Tapi aku suka tgk gelagat peniaga kat sini.Time kita nak tgk barang,bkn main peramah lagi.Kita start je bargain harga,terus jadi naga.Bkn dia marah,tapi cam bergaduh pun ada..hahahahaa.Bertekak kemain...tapi bila deal selesai dan kita jadi nak beli brg,terus senyum dan ketawa ramah balik.Poning den.

Aku bkn org yg pandai nak tawar menawar ni.Nasib baik Kak Wan,wife kpd kwn laki aku (mesti pening nak relate kan..hahaha) yg byk tolong aku.

Dah selesai shopping,jalan kaki balik hotel.Time tu baru terasa sengalnya kaki.Cam tak terdaya dah nak seret kaki tu.Ku gagahi jua sbb dh terbayang katil memanggil manggil..huhuhuhu.

Sampai hotel,jalan dh terkengkang kengkang...hahahahaa...rasakan.

Balik,mandi,iron baju kerja laki aku pastu nak tido..

Rupanya....malam tu aku takleh tido.Rafhanah diserang gatal2 tu sampai ke pagi.Tergaru garu dia sampai luka badan.Jadi aku guna towel muka,basahkan sikit dan gosokkan badan dia sepanjang malam.Dia lena kejap pastu bangun balik.Last last,baju pun tak pakai.Sebab dia cuma gatal dari leher ke pinggang jer.Kaki tak pun.Risau aku...

Esok pagi....aku jadi zombie...huhuhu.

Sambung later...


Tuesday, 16 December 2014

HK TRIP -DAY 1 KOWLOON MOSQUE

Assalamualaikum...

Sambung cerita trip ke HK.

Utk persiapan ke HK mmg aku tak sempat sgt nak buat.Kerja melambak2 tambah lagi hujung tahun dgn anak nak cuti sekolah lah apa.

Bkn apa..kalau melancong dlm negara,apa yg kurang boleh gak terjah mana2.Ni kenalah bersedia sket.Laki aku plak mmg manja walaupun nampak macho.Spender selit kat mana dlm luggage pun dia tak tau.Mmg bulat2 dia serah kat aku.Nak pedajal laki senang jer time dia outstation tak ajak...bubuh jer stokin lain sebelah...mesti menggelabah ayam...hahhahaa.Tapi mak tak buat tau..mak bini mithali.Tak ajak pun xper...mak redhoooooo...

Maka aku mengugel info apa yg patut.Maklumat di hujung jari beb...byk gak info berguna yg aku dpt espc dr blog ni.Blog femes ni...blog Fatin Liyana.Sebab baca tips dia lah banyak membantu aku kat sana.

TIPS KE HK

Study cuaca kat sana so senang bajet baju apa nak bwk,beli makanan dlm tin byk2 dan periuk nasi kecik memandangkan laki aku keja so lunch mmg kena sendiri.Mana plak aku nak terpa cari makan dgn dua org anak kecil kan.Lagi pun...rega makanan halal kat sana,kuss semangat.Nak pitam mak nengoknya..hahahaha.Selain tu beli stroller ringan utk dibawa ke sana.Cari punya cari,jumpa kat Giant rega RM58 sahaja.Jadiklah...

Pastu tukar duit siap siap ke HKD.Last minute plak,laki aku bgtau yg diorg juga akan ke Shenzhen.Dapat approval dr office sana saat2 akhir.Satu hal nak gi amik gambar utk visa ke China.Nasib baik urusan visa disettlekan oleh management.Bila dh camtu,gelabah juga sbb sumer duit dh ditukar ke HKD.Akhirnya...tambahlah sikit duit poket utk tukar ke Yuan... (nangis sambil korek tabung)

Syukurlah masa tgh kalut ni,abah aku dtg stay kat rumah seminggu.Jadi,dia lah yg byk tolong aku settlekan byk bende.Love u abah...

Satu beg ni cuma berisi periuk nasi kecil dan brg makanan sahaja...hahahaha.Anehnya,bila blk...ianya tetap gemuk seperti ini walaupun makanan dh habis...hihihi


Flight ticket dan hotel diuruskan sepenuhnya oleh agent dan boss laki aku.Syukur lah..settle bab tu.Itenary pun ofis bagi so ikut jer.

Pastu tanya2 tips dari kwn dan sedara mara yg pernah pergi...thanks seme yer.

Masa kat HK sama dgn waktu Malaysia takyah ejas jam cuma waktu siang dia masa ni singkat.Suhu pun belum sejuk sgt dlm 22°c ke 26°c tapi sepanjang kat sana just pakai jaket nipis pun dh okey.Tak sejuk tapi agak selesa bila keluar jalan sebab windy.

So...bila dh check in kat hotel,aku tidur sekejap sbb migrain.Pastu laki aku keluar kejap jumpa geng2 dia kat bwh.Dia naik jer terus kejut aku.Katanya depa sume nak ronda pukul 5pm.

Laki aku ckp..kalau aku tanak ikut pun takpelah.Dia nak pergi tapi tak bwk lah anak2.Dia suh aku tidurkan jer budak2 sekali.

Haih...dengar nak ronda jer,terus aku bingkas.Dah dtg jauh2,takkan lah nak bantai membuta.Haruslah nak ikut walaupun kepala rasa tingtong.Tak kira,nak merayap jugak.

Kami turun agak lewat.Maklumlah nak siapkan budak berdua tu lagi.Laki aku suh geng2 dia jalan dulu.Lagipun masing2 ngan family,elok jalan sendiri2 jer sbb taknak ganggu jadual org lain.

Memula kami dapatkan peta dan info brochure dr hotel.Lepas tu tanya staff hotel mcmmana nak ke Kowloon mosque.Sebenarnya hotel yg kami duduk ni attached dgn station MTR Mongkok East.Tapi train yg kami nak naik ni adalah kat station Mongkok.Kena jalan kaki.Ingatkan dekat...rupanya kat 15 minit berjalan..huhuhuhu.Kurus kaki mak...

Perjalanan dari Royal Plaza Hotel ke Station Mongkok tu kena lalu laluan jejantas gitu.Pastu aku pelik tgk tetiba ramai gila Indonesian worker berkumpul kat situ.Siap bentang tikar segala dan makan2 plak.Riuh rendah suara diorg bersembang.Tetiba rasa mcm kat Jakarta pulak..hahahaha.Memang sepanjang laluan mereka berkumpul sampailah ke station Mongkok.

Dari station Mongkok,baru terhegeh2 nk beli Octopus card.Tak sempat nk beli kat airport.Terkial kial gak mulanya laki aku nak study peta.Mak rilek ajer...hohoho.Sekali dia pergi tanya kat org Indonesia yg ramai sekali kat station tu.Senang...settle masalah.

Octopus card.Mcm touch n go la lebih kurang.
Bila beli kad ni kena bayar deposit HKD50 per card dan nilainya HKD100.Total HKD150 lah per card.Yg kanak2 punya aku tak ingat.Bila dh habis guna,boleh return card,ntt dia refund balik deposit dan balance,cuma ntt kena caj HKD9.

Kami ambil train dr Mongkok ke Tsim Sha Tsui station.Keluar station jer,sebelah kiri dr pintu keluar station..tu lah masjid Kowloon.Kat situ pun ramai juga warga Indonesia berkumpul.Sempat sembang ngan diorg kejap.Belum sempat nak tanya pasal apa diorg berkumpul ramai ramai,laki aku ajak masuk masjid sbb dh maghrib.Masa ni waktu maghrib kat HK dlm pukul 5.30pm.

Depan station Tsim Sha Tsui.


Aku" cuti" so lepak jer kat luar sambil kejar si Fatih yg mcm takleh dicontrol lagi.Takleh tgk tanah lapang,gatal tapak kaki dia nak berlari.

Kowloon Mosque

Buat drama ayaq mata sebab kene duduk dlm stroller.Tak larat dah aku nak kejar dia naik turun tangga.

Lepas laki aku solat,masa utk makan.Yeaayyy...perut dh bergelora ni.Last makan kat dlm flight.Tu pun berpanjangan jugak kenyang aku sebab sebat makanan anak jugak.Kahkahkah.Yelah,byk mana sgt Rafhanah ngan Fatih makan...last2 tanak membazir ku sental jua.Dasar kuat makan...kahkahkah.

Dalam terkulat kulat mana nak tuju,terjumpa jugak depan masjid tu banner restoran tapi di mana ya..tanya gak kat Indonesian kat situ,katanya kat Chungkin Mansion...tapi di mana yaaa?

Kami redah ke sebelah kanan dari pintu keluar station Tsim Sha Tsui,elok lepas melintas jalan,ada sorg mamat Arab tgh distribute flyers restoran nya.Kami terus tanya lah...terus di bawanya kami ke restoran.Patut ler tak jumpa,dlm bangunan apartment,naik lif pulak.Tingkat 2...

Tapi rasa aku,kalau pandai cari maybe boleh jumpa restoran halal yg lain.Tapi sebab dh susah payah dia bwk kitorg,makan ajerlah.

Ha..tu alamatnya kalau nak pergi

Makanan boleh tahan lah tapi rega mak ai.Laki aku order nasi Mandy..HKD75.Air mineral dibagi free.Terus tak order air sbb harga segelas air pun dh dalam HKD40 -HKD45 gitu.Aku order Nasi Briyani HKD70.Dan potion nasi tak sama mcm kat Restoran Nasi Arab kat sini yg agak besar boleh share.Kecik jer potion nya sbb tu aku kata mahal.

Selesai makan laki aku terus ajak balik hotel terus.Keluar dari Mongkok station lalu jejantas tu tgk2 Indonesian yg berkumpul ramai ramai tadi dah berkemas2 nk blk.Baru teringat hari ni hari Ahad.Barangkali hari tu day off diorg so pakat2 buat gathering.Gamaknya lah kan.

Dalam perjalanan,lalu jugak kawasan street market tapi tak pergi lah.Nak blk rehat,esok laki aku kerja.Aku takpe...boleh membuta ajer..hihihihi.

Sampai jer kat hotel,mandi pastu terus kroih kroih kroih....baru sedar migrain tak baik lagi.Masa jalan elok la plak kan..hihihi.Okey..settle hari pertama di HK....


Belakang tu street market..ambik gambar jer dulu.Esok lusa datang lagi..









Wednesday, 3 December 2014

CERITA SAKIT BELAKANG

Assalamualaikum...

Kali ni tak sambung cerita trip HK.Lain tahun aku tulis..ngaaaa..

Nak cerita benda lain...

Dari HK hari tu,rombongan juga buat lawatan kerja ke Shenzhen.Duk lah kami 2 malam kat sana.

Tau ajelah bila dah ke sana ke mari cuma naik train,makanya bagpack aku dipikul sebeban sebab dh transform jadi poket doraemon.Dalam tulah aku sumbat segala mak nenek barang.Ada jaket anak2,botol air,wet tissues,coklat,biskut,sikat,bedak dan lain lain.

Makanya sejak dr kat Shenzhen lagi,tulang belikat aku dh rasa sengal2.Err..tulang blkg badan antara leher dan lengan tu org panggil belikat ke? Hohohoho...main hentam ajerlah aku.Pendek kata,belakang bdn aku sakit lah.

Bila dh blk rumah,hari Sabtu dan Ahad tu okey lagi.Siap hari Ahad tu kami gi Temerloh ambil anak2 kat sana.Hari Isnin tu baru rasa sakit sikit2.

Malamnya tu aku xleh tidur.Sakitnya makin menjadi jadi sampaikan mengiring tak kena,baring lagi lah sakit.Nak tukar posisi tu rasa mcm nak patah anggota badan..gitu lah aku membesar besarkan cerita...hiks.

Rasa sengal tu menjalar dari pangkal leher dan merebak sampai ke lengan.Pagi Selasa tu aku langsung takleh angkat lengan.Nak tunduk ambik barang pun tak boleh.

Aku bknnya boleh sakit sket.Mulalah mengada ngada kan.Pagi Selasa aku ckp ngan laki aku suh dia iron baju kerja sendiri.Dia okey jer...

Pastu makan pagi pun aku sediakan mushroom soup dgn roti nutella utk anak2.Tengah hari order Dominos Pizza.Laki aku balik terkulat2 dia tgk pizza.Dia mmg tak suka pizza jd mmg dia tak sentuh.Takpelah,katanya.Kang lepas solat maghrib,dia belikan nasi dan lauk kat kedai belakang rumah.

Dah lah baru balik ke rumah hari Sabtu malam,hari Ahad ke Temerloh,hari Selasa laki aku cakap nak gi Ipoh.Eh,dengar jer dia outstation,walaupun sakit...gua tetap nak ikut.Hahahaa,dasar kaki berjalan...lagipun kesian gak kat Amani dan Hakim sbb tak bwk diorg gi HK hari tu.Ambil kesempatan lah ni gi kerja sambil bercuti.

Masuk hari ni...rasa sakit tu agak kurang lepas aku sapu balm gamat pala.Alhamdulillah...

Tapi still lagi sengal.Nak gerakkan leher pun seksa.Time macam ni lah tetiba laki aku nak bergurau senda.Dia ni karakter dia serius.Jarang sgt nak bergurau.Alih alih time aku sakit takleh bergerak ni lah dia nak main acah acah.

Time tu aku baru nak baring balik lepas solat Subuh.Memang seksa aku nak baring sbb tengkuk aku takleh bengkok sikit pun mesti sengalnya sampai ke lengan.Baru jer settle cecah kepala ke bantal tetiba laki aku jerit.." Yang...tikus yang!!"

Aku mana boleh dgr perkataan tu.Alangkan lipas melintas pun aku terlambung..inikan plak tikus.Spontan aku bangun tegak dgn cemasnya.

Dia terus gelak.....terus aku marah dia.

Aku hempas badan blk sambil mengongoi...sakit giler wehhh...berair mata aku.Time ni lah nak bermaharajalawak plak dia....

Dah puas gelakkan aku baru mintak maaf.Nasib baik laki,kalo org lain dh tentu dia masuk muka depan Harian Metro hari ni sbb kene baling ikut atap.

Ni mesti takde lain...nak balas dendam lah tu sbb dua hari berturut2 kena iron baju sendiri...hahahahahaha.

Apa apa lah bang oiiii...nak gi Ipoh tengah hari.Dia balik kerja tghhari tgk aku tak siap siap lagi.Bilik belum kemas,dapur still berkecah.Baju blm habis pack lagi...aku buat alasan belakang aku sakit lagi.Takleh buat kerja laju laju.

Tetiba,bila aku dh siap kemas baju,aku masuk bilik nk kemas bilik...tgk dah kemas semuanya.Terus aku nak mandi kejap dan solat zohor.Sebelum masuk bilik air,nampak dia tgh sibuk basuh pinggan...

Hihihihihihi......tulah,sapa suh nyakat aku lagi.Kan dh lambat baik sakit aku.Kan dah kena buat kerja rumah.Kikikikiki....

Apapun...thanks abang.Abang lah suami terbaik in the world...hahahahaha.

HONGKONG TRIP

Assalamualaikum...

Cerita dari HongKong..

Alhamdulillah...rezeki.Baru teringat ada sekali tu dlm 2 bln lepas,aku bersembang dgn sorg akak ni,masa tu kami sama sama tunggu anak blk dr sekolah.Dia cerita next week dia nak ikut husband dia pergi HK dan Tokyo.Masa tu excitednya...wah bestnya akak...kagum sgt...maklumlah,nak pergi melancong jauh2 ni mcm dlm mimpi jer...sedih plak tetiba..haish.

Tak sangka pulak,tak lama lepas tu,tetiba laki aku cakap dia kene gi HK atas urusan kerja.Aku anggukkan ajer..tak expect nak pergi pun awalnya.Pastu selang dua tiga hari dia whatsapp dr opis.Katanya boleh bwk family,cuma tambang flight kena byr sendiri.Yg lain lain mcm hotel,pengangkutan di HK akan ditanggung.

Memula aku xnak pergi sbb tambang mahal kalo nk bwk semua.Pikir panjang jugak lah kalo nk tinggal anak anak.Tapi laki aku ckp...bkn selalu ada peluang mcm ni.Kita pergi jer dulu,ada rezeki lebih...bwk anak2 plak.

Last...check jadual sumer,kena ngam2 cuti sekolah.Roger parents aku kat Trg mintak tolong jaga anak2 aku seminggu.Aku bwk rafhanah ngan fatih jer sbb fatih still breastfeed.Rafhanah plak manja yg amat,takut demam atuk ngan umi nak pujuk seminggu.Terima kasih abah ngan ma...love both of you...begitu juga dgn adinda adinda tercinta yg sama tolong tgk2kan anak anak ai...hihihi.Love u all muah.

Kesian Amani n hakim.Jgn sedih yer syg...kita doa dpt rezeki lebih,Allah izinkan ibu daddy bwk semua sekali pergi jln yer.

Mukadimah panjang YaRabbi...hehhehehe.Jadi...here's the story.

Itenary mmg kene ikut opis laki aku la.Kene terima hakikat..ni gi keje,bkn melancong.Jadi ikut sahaja jadual diorg.Ada masa free bolehlah gi jalan jalan.

Kami bertolak pagi Ahad 23/11/14.Flight pukul 9.15am.Pukul 6.45am kami dh terpacak kat KLIA.Aku dgn tak cukup tido.Last minit baru nak pack brg..mmg cari nahas lah jawabnya.Nak jadi parah lagi...hari Sabtu aku demam pulak...huhuhu.Dah lah byk urusan hari tu,dgn brg tak pack lagi.Nasib
baik lepas makan ubat pagi tu terus kebah.

Alhamdulillah...perjalanan lancar.Sampai kat HKIA pukul 1.15pm dan takde masalah apa apa.Berkumpul sekejap dan kami dibagi envelop berisi itenary,resit flight dan hotel,kad alamat hotel etc.Lepas tu terus ambik teksi ke hotel.

Masa kat airport lagi aku dh start migrain.Mana taknya...dgn tak cukup tido,si fatih plak bkn main lasaknya dlm flight.Lagi pulak,laki aku duk business class dan aku plak kat economy class jd aku sorg jer nak handle dua org ni.Cis,antara dua darjat sungguh.Hahahahaa...redho ajerlah dah company bayor sila bersyukur.

Nasib baik kami sampai ngam ngam boleh check in hotel.So,masuk jer bilik..apa lagi.Telan kapsul habbatussauda pastu terus membuta.

Nah....turn laki aku lak jaga budak...kepala berdenyut sgt ni....zzzzzzzzzzzz

To be continued....


Monday, 17 November 2014

CERITA SI KUCING

Assalamualaikum....

Hari ni busy bebenor.Busy apa ntah...aku jer kut yg rasa busy padahal....

Nak citer pasal kucing lah hari ni.Hari tu aku ada citer pasal kucing pakcik sebelah ni yg mana kucing tu sebenarnya kucing jalanan...pastu pakcik Mad selalu bg diakucing (ganti istilah diorang) tu makan.Jadi dh mcm kucing pakcik Mad lah.

Bila pakcik Mad lepak kat umah anak dia makanya kucing2 tu dtg kat umah aku lak.Siap tunggu depan pintu tu...dah lah tu,selagi tak bagi makan,masuk sendiri.Kemain sangat ko kan...biasa ni org tak jemput nak masuk yer...rotan kang.

Asalnya sekor jer...eh,subur lah plak.Setiap berapa bulan sekali..beranak.Dah beranak,tinggal plak anak anak terkontang kanting.Pakcik Mad lah yg bela.Emaknya ntah rayau ke mana.Tau tau bwk blk perut.Bunting laaaagi.....yg ada dibiarkan.Kadang Makcik Yah cerita,ada yg dah mati sbb kurang kasih syg..hikhik.Ayat belakang tu aku yg tambah,bkn Makcik Yah.

Anak2 plak ada mcm mcm kaler..ada kelabu,putih sket,hitam legam...mcm mcm ada.Aku ni sebenarnya penggeli ngan kucing.Tak tau sejak bila sbb masa kecik2 dulu kitorg elok jer bela kucing.Teringat plak kucing kesayangan Cik Putih yg bijak laksana mcm aku tu...tapi sayang gitu gitu jerlah.Pegang tak berani.Kucing2...tolong lah jgn dtg dekat.Nanti aku spontan jer tersepak nanti...melambung.Kejam tau tapi bkn sengaja.

Sebelum adanya kucing Pakcik Mad ni...ada sekor kucing tua selalu dtg mintak makan kat belakang umah.Memang dh jadi keje lah aku bg makan tiap tiap hari.Pastu...lama dia tak datang.Hilang ntah ke mana...maybe dia dah mati sbb last time aku jumpa dia,jalan pun mcm x larat dah.

Aku ni takat bagi makan takpe...nak belai belai idok ler kut.Tapi anak anak aku suka.Bila si emak kucing tu ada baby baru,teruja diorg nak bela tapi aku tak kasi.Dah...nak belai,belai emak korg ni cukuplah,gebu cam kucing gaks.Jadi,diorg main main jerlah ngan kitty dua ekor tu kat luar.

Biasa aku bg diakucing makan ikan sardin tu.Beli dlm sekilo,potong dua,rebus.Kalo aku tak beli ikan khusus utk kucing tu,makanlah dorg ngan belen belen dinner/lunch kitorg.Gaul gaul nasik sket.Settle...

Lately ni,makanan tu mcm tak cukup.Si kecik tu asyik lapar jer.Walau dh di bagi makan...tetap jap gi dtg mengiau kat depan pintu.Pelik lak aku.Aku ingat dia saja ajak anak anak aku main.Si kecik ni ada dua ekor dan ada abg/akak lagi dua ekor yg dh remaja...(gituewww).Termasuk ngan mak diakucing...sumer ada 5.Tapi mak nya selalu lesap ntah ke mana.Anak kecik tak dibagi susu pun...main tinggal jer.

Rupanya...laki aku cakap,patutlah dia nampak dua si kecik tu selalu lapar walaupun selalu diberi byk makanan...time makan jer emaknya tiba tiba muncul.Dan setiap kali muncul,dia halau semua anak kecik dia.Yang besar tak pulak.Yg besar kuat melawan gamaknya.Dia sebat semua....ololololo...cian sgt.Tapi,masa dh realised tu,yg sekor tu dh mati.Kojol plak kat porch umah aku.Sian sgt.

Rasa bersalah plak sbb tak amik tahu.Yerlah...aku bg makan jer,mana la aku tahu tebiat tabiat kucing ni sumer.

Jadi Sabtu hari tu,kami gi Giant.Beli makanan kucing.Gigih nih...hahahahaa.Perisa tuna lagi,kau mampu??

Balik balik jer...excited anak anak aku nk bg kucing makan.Kali ni sediakan dua bekas.Satu bekas utk mak kucing...satu lagi utk anak kecik sekor tu.

Barulah lepas tu tak dtg depan pintu lagi.Dah kenyang masing masing eksyen sgt.Merayau ntah mana hala.Kang lapar dtg lah mengiau lagi.Dorg ni...eh diakucing ni berani mintak ngan laki aku jer.Mai gesel ngan aku mau makan kaki...pandai lak tu.Tau dia mak tiri dia garang dan geli ngan binatang bervulu...

Pastu semalam aku nengok kat bekas tu...aik,berlambak takde sapa yg sentuh.Apa dah jadi? Elok jer masing masing bersidai kat pintu tepi pagar tapi sombong kemain (pagar tepi umah aku,aku buat kan satu pintu kecik supaya mudah aku dan family pakcik mad nak bertandang ke rumah masing masing).

Rupanya...pakcik mad dah balik.Patutlah eksyen,tuan dia dah balik.Boleh makan ikan fresh gaul nasik.Apa kes makan biskut kucing...



Amboi....memilih sgt korg kan....abih ni kira camne ni.Makanan kucing byk2 ni sapa nak abihkan?

Nak aku buat kudap kudapan petang petang sambil tgk TV ke????

Sekian cerita si kucing...hehehheheeh.




Monday, 27 October 2014

PENANGAN ROTAVIRUS

Assalamualaikum...

Semua sihat? Alhamdulillah...
Anak anak aku baru saja beransur pulih dari penangan rotavirus...Alhamdulillah.

Al kisahnya...si Hakim yg start dulu nih.Dua hari sblm kami blk Trg nak beraya Haji...dia ngadu sakit perut.Bila tanya dia cirit tak...dia kata tak.Aku ingat perut dia masuk angin.Aku sapu minyak angin dan suruh dia tido.

Pukul 2 pagi,tetiba dia bangun muntah muntah...aku dah mula tak sedap hati.Keracunan makanankah? Apa plak aku bagi dia makan ni? Tapi dia sorang jer yg sakit perut dan muntah.Yg lain okey jer pulak.

Memandangkan laki aku lena sgt..aku decide esok pagi ajelah pergi klinik tapi aku plak yg lembik satu malam tak tido asyik bwk dia pergi toilet.Last last aku bwk dia tido kat ruang tamu,taruk baldi tepi dia kalau dia nak muntah.Kalau tak,abih sepanjang laluan nak ke bilik air kene muntah dia.

Pagi pagi lepas Subuh..laki aku bwk gi klinik.Doktor kata nothing serious walaupun satu malam dia muntah tak berhenti.

Lepas tu dia dh start cirit birit pulak.Boleh pulak dia selamba "buang" dlm seluar...pastu kemain dia peluk bantal bagai tak bg tau aku pun.Tau tau...aku terbau busuk...aku tanya barulah ngaku.Huhuhuhu...nanges mak.Kena basuh cadar,tilam dan bantal sekali...sob sob sob.So,pakai lah kau lampin sepanjang hari sbb aku tau dia xleh nak control lagi dah.Terlepek jer atas tilam.

Nasib baik hari kedua dia dh beransur baik.Alhamdulillah..kalau tak camne nak blk Trg...6-7jam perjalanan weh.

Hari sabtu dia dh okey sepenuhnya.Hari Ahad raya.Tetiba Al Fatih plak cirit birit.Tapi tak teruk.Hari raya kedua bwk gi klinik,Doc bagi air garam dgn ubat sapu sbb bump bump dia dh melecet.Alahai cian tul.

Tetiba malam tu dia start muntah dan demam.Adoyai...ini kalau dh menjangkit ni,sah lah bkn sbb keracunan makanan.Ni mesti virus.Pagi pagi bwk pergi KTS tapi tak jumpa specialist pun.Jumpa Doc kat klinik bwh tu jer.Sama jugak,bagi ubat demam dan air garam.Dia suruh aku monitor,kalau demam sampai dua hari,dia suruh dtg balik utk buat blood test katanya.

Bila petang,keadaan dia makin teruk.Demam,hilang selera makan tapi nasiblah dia dh tak muntah dan dia mahu plak minum air garam.Tapi cirit dia non stop sampai tahap dh mengalir mcm air paip.Lampin kene tukar selalu sbb nanti punggung dia melecet.Kesian bila dia jerit jerit nangis bila basuh bontot.Huhuhuhu.

Malamnya,laki aku decide bwk pergi hospital lagi sbb risau keadaan dia yg cirit non stop.Bila sampai KTS,staff sana suggest suh bwk pergi GH sbb katanya specialist takde mlm tu.Terus jer ke GH.Alhamdulillah,tak tunggu lama pun.Doc check tapi si fatih ni nampak masih aktif.Dah siap main cak cak ngan doc,mcmmana doc nak warded kan dia.Dia nampak okey lagi kata doc walaupun dh demam.Dia suruh monitor demam dulu dan kalau dia nampak tak bermaya and najis dah keluar dgn darah,cepat cepat bwk ke hospital blk.

Alhamdulillah,esoknya demam dia dh beransur baik,masih cirit tapi tak sekerap malam sebelumnya.Syukur sangat...so petang tu,kami bertolak blk ke Shah Alam.

Bila balik rumah,dpt msg whatsapp dr group parent-teacher sekolah Hakim.Sorg parent update kat group tu yg anak dia warded dan doc sahkan dia kena rotavirus.Huhuhuhu...sahih lah anak anak aku ni dh mendapat virus yg sama.Tapi tak adalah nak menyalahkan sekolah atau budak mana yg bwk virus tu...kita manalah tahu ntah dari mana dia dpt.Maklumlah budak budak,sentuh itu sentuh ini,kutip sana sini...dah ujian kami semua anak anak sakit.

Bila dah confirm,parents suggest kat cikgu buat kerja pembersihan kat sekolah dan part kami kat rumah,jaga kebersihan rumah dan kuarantin anak anak.Habis cadar,selimut kat rumah aku basuh.Mop lantai siap sembur pembasmi kuman dettol.Lepas raya adik ipar aku ada ajak blk rembau tapi sbb kat sana ada baby adik ipar aku so kami tak balik.Kang menjangkit pulak kat baby.Dahlah baru umur sebulan.

Sebab awalnya tak tau diorg ni dpt rotavirus,aku takde lah kuarantin anak anak kat rumah Trg ni.Dah sepupu dorg plak yg terjangkit.Tapi syukurlah diorg kena tak teruk.Cirit birit saja,tak demam dan muntah.

Memang dugaan betul raya kali ni.Kesian parents aku dan adik aku kat rumah Trg.

Link pasal rotavirus,boleh klik sini :-

ROTAVIRUS

Dan cirit birit pada bayi ni,kena lebih berhati hati.Kena monitor demam dan simptom simptom lain.Kalau demam berlarutan lebih dua hari,enggan menyusu atau makan minum,tak bermaya,bibir pucat dan najis berdarah,jgn berlengah bwk jumpa doktor.Itu pesan doktor kat GH hari tu.Since Fatih masih kelihatan aktif dan dia pun bkn main suka lagi dgn air garam tu (best ke nak oii?)so takde lah sampai dia kena warded.Alhamdulillah.Paling penting,kuarantin anak anak sbb ianya sgt sgt mudah berjangkit.

Itu sajalah nak citer...layan gambar budak ni hah time sakit.Alahai...kesian betul.Huhuhuhu....








Sunday, 12 October 2014

NIKMAT HIDUP BERSYUKUR DAN SIMPATI

Assalamualaikum...

Lama tak membebel...kat sini lah.Kalo kat umah,dh bernanah dah telinga masing masing dgr aku berleter.Iyalah...kalo takat bebel aje takpe..ni siap effect petir,mana tak berdarah telinga tuh.
Biasa lah,aku hanya akan muncul bila nak membicarakan isu semasa yg penting walaupun suara aku sgtlah tidak penting di negara ini..what to do kan? Tu yg bermaharajalela sgt kat umah tu...kehkehkeh.

Isu paling hangat la ni mestilah pasal kenaikan harga minyak...eh,salah...pengurangan subsidi minyak.

Pasal hal ni,maleh dah nak kata apa apa.Ko memekik keluar anak tekak pun,ada sapa dengar ker? Nan hado...hadap ajerlah sambil berdoa menjadi jutawan tahun hadapan..Amin.

Bila saja timbul isu ni maka meletuplah status FB dgn rata rata marah,kecewa dan seangkatan dgnnya.Tapi ada juga yg menyokong.Takpe lah,masing2 ada alasan tersendiri.Lantaklah.

Time time mcm ni maka kita akan diseru supaya meningkatkan taraf hidup dlm menangani masalah kenaikan harga barang.Kita akan disaran utk bersikap positif dan berhenti merungut.

Ya..itu yg sebaik baiknya kan.Kalo merungut dan marah marah sekalipun,ianya hanya berbaloi kalau suara kita didengari.Dalam situasi sekarang,pandai pandailah cari jalan nak adjust dgn keadaan ekonomi sekarang.

Tapi,kita bkn mahu bercakap tentang diri sendiri sahaja.Aku ada juga terbaca komen komen kat  FB yg lebih kurang berbunyi:

"Kalau gaji besar mana pun tapi kalau belanja melebihi kemampuan,tak guna juga"

"Kalau gaji sikit tapi berkat,cukup.Tak perlu merungut harga brg naik.Aku dulu pun pernah susah blablablabla tapi okey jer.Tak payah nak salahkan org lain kalau sendiri yg malas etc."

"Dah tau gaji kecik brg mahal..buatlah kerja sampingan".

Separuh dari hati aku bersetuju dgnnya.Sebab mmg wujud spesies yg mcm tu.Mulut bersungut duit tak cukup tapi smartphone bertukar setiap tahun.Hutang keliling pinggang tapi selera nak beli kereta mahal.Itu lain cerita.Lantak dia lah.Kewangan dia,pandai lah dia uruskan.

Tapi bila kita bercerita sana sini bagaimana cukupnya kita...berhati hati juga.Takut jatuh riak.Kalau kita bercakap dlm nada memberi semangat dan motivasi,itu bagus.Misalnya saranan ahli motivasi ataupun nasihat nasihat yg positif.Tak perlulah melenting kalau apa yg dia cakap tu betul.Tak perlu kita mengata yg " kau kaya bolehlah ckp mcm tu".Kadang2 sebelum mereka kaya,terlampau banyak dugaan dan kesusahan yg mereka tempuh.Maybe diorg cuma nak berkongsi supaya org lain akan ikut jejak mereka.

Tapi kalau dlm nada memperlekehkan org lain dan mendabik dada sendiri...itu dah lain cerita.Sebab rezeki kita ni lain lain.Memang betul kita kene usaha...takkan nak tunggu rezeki jatuh dari langit plak kan...tapi berpada lah dlm bercakap.Tgk org sekeliling kita dulu.Nasib kita berbeza..jgn main belasah samarata saja.

Bukan semua org miskin itu disebabkan dia malas tapi maybe ada byk kekangan yg kita tak tahu.
Meh sini aku bagi contoh....pada zaman dahulu...hehehehhee...biar jadi teladan kat kita semua.

Masa aku kerja bank dulu,ada sorang guard ni.Dia static guard ( yg takde senjata).Asyik terlelap ajer.Bos aku hangin lah gak.Apa guna hired guard kalau gasak membuta ajer.Tapi bos aku takde lah melulu..."hey...you are fired!!" .Dia risik risik lah dgn armed guard.Rupanya,dia kerja dua shift.Siang kerja kat bank,malam plak sambung jaga kat kilang kalau tak silap aku.Dia hanya ada masa sekejap jer petang utk rehat.Patutlah bila petang jer,kalau kitorg lambat simpan duit dia mcm resah gelisah.Dia nak balik awal.Rupanya itulah satu satu masa dia nak rest sebelum sambung keje belah malam.

Kenapa? Sebab gaji tak cukup.Bila buat overtime,dptlah lebih sket utk tampung kehidupan.Itu bujang tu...kalo dah kahwin ntah mcmmana.

Dalam sehari cuma ada 24 jam.Sejam bayaran kita maybe sangat jauh dari apa yg dia terima.Sebab tu jgn main pukul rata ajer.Kita maybe boleh buat kerja sampingan jadi consultant ke,sehari dapat ratus ratus atau ribu,Dia?

Ada hari lain pulak,ada sorang guard baru datang ganti guard asal yg bercuti.Masa dia masuk,aku terus teringat kat arwah pakcik aku.Rupa,susuk badan memang seiras.Pendiam budaknya,tak banyak cakap pun.

Masa aku balik beli nasi lunch,aku masuk pantry.Nampak dia tgh makan....gua join sekali.Dah meja ada satu jer pun takkan nak bersila atas lantai plak.Bila dah duk ngadap camtu,aku pun cubalah berbasa basi..eh,betul ke ayat aku tu? Bawak bekal? Tanya aku dgn ramah tamah sebab aku nampak dia bwk bekas makanan.Dia angguk sipu sipu..senyum senyum.Masak sendiri? Aku tanya lagi...aku ingat dia duk umah bujang.Jarang budak muda cam dia nak bwk bekal.Selalu guard lain beli nasi bungkus jer.

" Tak lah kak.Mak masak.."katanya perlahan....

Terus nasi yg aku makan rasa cam kesat kat tekak aku.Aku pandang bekas makanan dia kejap pastu kuis nasi sendiri tak bercakap lagi dah.Dia plak cepat cepat habiskan makanan dan keluar.

Lepas makan,aku masuk toilet nak wuduk.Dalam toilet aku nangis sedu sedan.Aku pun tak tahu napa sayu sgt hati masa tu.Maybe sebab aku pregnant tu yg sensitif lebih kut.Lagi satu sebab dia mengingatkan aku kat arwah Pok dan paling aku tak tahan bila teringat nasi bekal dia...

Nasi kosong berlauk telur goreng mata dan kicap....

Aku cuba lah positif...mak dia tak sempat masak yg lain..dh lewat anaknya nak gi keje.

Esoknya,guard asal dah start kerja,so aku tak tau apa cerita dgn dia.

Itu cuma sedikit kisah.Kisah utk kita sama sama renungkan.Satu,utk mengajar kita kita bersyukur dgn apa yg kita ada.Kedua,mengajar kita supaya tidak riak menuduh org tak mahu berusaha apabila mereka hidup susah.

Dalam sehari cuma ada 24 jam..cuba bayangkan mereka2 ini yg terpaksa bekerja siang malam demi hendak mencari sesuap nasi.Tak terkejar mereka dgn keadaan ekonomi sekarang.Harga barang makin mahal,gaji naik seciput.

Aku sendiri pun bila beli brg dapur bkn mcm dulu lagi main campak masuk dlm troli.Semua kena kira.Semua kena banding harga.Kena belajar berjimat cermat.Simpan duit utk masa depan.Simpan duit utk anak anak.Ada jugak yg nasihat,takyah susah payah menyimpan duit utk anak..kang diorg besar pandailah dia cari duit sendiri.Ni manusia dtg dari mana pun aku tak tahulah.Lantaklah kau.Kau taknak simpan utk anak-anak kau,kau punya pasal.Aku bkn nak mewahkan hidup anak-anak.Bkn tak mahu diorg berdikari tapi sekurang-kurangnya ada sesuatu bila dlm kecemasan.Sediakan payung seblm hujan.Kalau tak jadi apa-apa,Alhamdulillah,rezeki lebih lah.

Eh..cukuplah membebel...cam Seri Siantan plak.Point dia mudah ajer..bila kita dah duduk kat atas,jgn lupa yg kat bwh..gitulah kesimpulannya.Masa mereka kat bwh,jgn kita kat atas ni makin menekan mereka pula.Takut dia lonjak balik,kita plak jatuh tertonggeng,retak tempurung kepala..haru.
Get it?

Sekian wassalam...semua boleh bersurai sekarang...mekasih.



Tuesday, 16 September 2014

DE BARON RESORT LANGKAWI



Assalamualaikum....

Hari tu,minggu sebelum cuti sekolah,laki aku tetiba cakap dia kena keje kat Langkawi.....dia tanya,nak ikut tak? Gila tak mau? Hehehehee...

Memang dari awal tahun dulu kami ada plan nak ke Langkawi tapi tabung melancong tak penuh penuh.Asyik guna cover belanja sana sini...tapi dah rezeki,Alhamdulillah.

Kami stay dekat De Baron Resort,Langkawi.Lokasi kat Pekan Kuah,dekat jer dgn jeti Langkawi .Naik teksi dlm 10 minit jer kut.Laki aku lah yg pilih.Sebabnya,resort ni ada offer bilik yg ada triple single dgn harga RM150 jer.Okeylah kan sbb dgn anak anak 4 org,takyah nak request katil tambahan.Tapi bila check in,aku plak rasa cam tak best.Bkn tak okey,biliknya ok tapi disebabkan utk few days aku dan anak2 akan memerap sahaja tak ke mana mana,bilik tu boleh membosankan aku sbb takde view.Tapi,kalo dtg melancong dan byk berjalan,bilik tu sgt okey.Lagi lagi kalo dtg dlm group...sesuai sgt.

So,next day laki aku request tukar bilik,upgrade ke Deluxe.Walau tak dpt sea view,parking lot view pun okeylah...cerah sket bilik.Dan,kebanyakan bilik dh penuh walaupun blm peak season.Maybe sbb dia offer bilik deluxe dgn 2 katil queen dgn harga RM220 (seaview) & RM210 ( parking lot view..ehehhehe).Memang berbaloi sgt lah bwk satu family.Itu harga time aku pergi...lain masa lain caj yer.Peak season mahal sket lah kut.

Bilik Deluxe...si kecik belum apa apa terkam telefon dulu.


Pool Area
Resort ni ada dua building.Masa kami dpt bilik standard,building dia menghadap main building dan parking lot tapi ada cafe sendiri utk breakfast.Jadi,tak lah crowded sgt time breakfast.Belakang building tu ada satu dutyfree shop,restoran dan kedai runcit.Pendekkata sesuai sgt utk aku yg memang tak ke mana mana ( laki kan kerja).Rasa nak makan,jalan sket ada food court dekat dlm bangunan LHDN.Kat situ pun ada kedai coklat,kedai runcit dan kedai jual minyak gamat.Pendek kata,perfect place to stay lah.Takde lah byk pilihan sgt brg2nya tapi kira okeylah.At least aku takyah sewa kereta.Tapi...kalo utk kaki shopping,maybe boleh stay area Bayview Langkawi sbb dekat dgn kedai Haji Ismail Group dan mcm mcm kedai dutyfree tuh.

Kami sampai Sabtu petang..sbb dah nak malam so takde lah ambik kereta sewa.Hari Ahad,baru sewa kereta.Laki aku deal cari plg murah,bila kereta dihantar,bantai gelak laki bini tgk condition kereta.Kata laki aku,mentang2lah mintak yg murah,mmg takde kesian punya murah...padan muka.Tapi okeylah,takat nak jalan dlm Langkawi jer...tu pun tak ke mana sgt,pergi kedai Haji Ismail Group tu jer beli brg yg dikirim oleh mak mentua dan beli sket ole ole utk family aku.Pastu gi makan.

Hari Isnin dan Selasa...memerap sahaja lah.Cuaca kat Langkawi start kami sampai jer memang hujan.Jadi,bila hujan berhenti kejap aku bwk anak2 mandi kolam.Kesian jugak kat diorg.Hujan turun,bertempiaran naik...Tengahhari,merayau jap kat area hotel cari kedai runcit dan beli nasi kat food court.Gitu jerlah...

Budak kecik ni pun nak terjun kolam tapi sbb ujan dh turun renyai renyai,aku bwk dia naik ke bilik.Sampai bilik nangis guling guling...sedih sgt org tak ajak mandi kolam....keciannnn...
Belah malam barulah kedai makan tepi laut dibuka.Kami pergi kedai berbeza setiap malam...sajalah...nak try.


Baron bay bistro...kat belakang Tok Tijah cafe...kat pool area.Makanan sedap tapi portion kecik...mana cukup weh.Aku makan banyak.Tapi harga kira okeylah...cuma kalo sampai kene tambah...pitam gak laki aku.Nasiblah...dpt bini asyik nak mengketedarah jer...


Yang ni aku lupa plak nama restorannya tapi kat dlm bangunan jeti.Waitress recommend ikan masak asam jawa tu.Sedap...mcm masak tiga rasa jugak cuma rasa masam tu agak balance dan nyam nyam lah pendek kata.Tapi,nak ujung ujung...sikit lagi nak abih makan,tetiba dtg angin kuat.Anak anak aku bkn main gembira main konon kene tolak ngan angin,sekali....hujan lebat turun tanpa warning.Bertempiaran lari masuk dlm bangunan jeti.Tinggal mcm tu jer makanan...nasib baik dh nak abih dah,tinggal dua tiga sudu jer.Kut tak,kempunan.Owner restoran ni peramah,siap dtg kat meja tanya ok tak makanan....tanya kat aku,semua sedap...


Nilah kedai duty free belakang resort tu..kat hujung sekali tu.Saja ambik gambar ni sbb awan kat gunung (ke bukit?) nampak cantik sgt.Maklum ler...lepas hujan.



Ni gambar gambar sekitar resort.Kat belakang pool area tu ada tempat berehat.Cantik sgt pemandangan matahari terbenam...Subhanallah..

Gitu ajelah coretan jalan jalan kat Langkawi.Walaupun tak gi mana mana...okeylah jugak sbb dpt berehat menikmati pemandangan...bersyukur sgt dah tu.Aku pun tak bershopping sgt sbb leceh kut nak bwk brg byk2 naik feri.Kesian laki aku nak angkut brg...lagipun,duit takde.Hahahhahaa...terus terang senang..

Okey...bye bye Langkawi...ada rezeki datang lagi...

Oh ya..sapa sapa nak menginap kat de baron boleh tgk kat website ni..

DE BARON RESORT

UPSR 2014

Assalamualaikum...

Pagi pagi buta ni mata masih tak mau lelap jadi let's membebel...( bkn nak bertahajud ke apa ke)

Baru baru ni gempar kejap Malaysia ni bila kes kebocoran soalan UPSR berlaku.Kalau diikutkan,takde lah pelik mana sebab ada jer kes kes bocor ni tiap tiap tahun.Cuma kali ni sebab adanya teknologi Whatsapp,sebarannya lebih meluas,maka ianya menjadi lebih sensasi gitu.Tambah plak,kertas UPSR......UPSR derrr....napa gitu sekali?

Memang betul,bagi sesetangah org,UPSR ni sama penting dengan SPM sebab ianya menentukan kat sekolah mana kita nak masuk di peringkat menengah nanti.Aku sendiri dulu pun stress,tak dapat masuk asrama penuh walaupun dapat 4A ( masa tu ada 4 subjek jer),sedih gila kut.Tambah stress bila 2 org sepupu aku dapat masuk boarding school.Nasib baik dapat Asrama Yayasan Terengganu dulu.Walaupun belajar kat sekolah biasa tapi....kita enjoyyyyy ( nada Nora Danish tau).Walau agak down sket,tapi Ma dgn Abah aku selalu bagi motivasi,semua sekolah sama jer.Yang penting usaha kita.Bila dah berakal sikit,baru terpikir ada betulnya kata makpak aku tuh,yang penting,usaha.Biasalah,remaja...bila gagal dapatkan sesuatu,itu ialah end of the world....hmmmm.

Okeylah,bkn nak cerita pasal aku..melalut buat apa.Banyak pihak menuding jari sana sini.Ada salahkan cikgu,ada gak salahkan ibu bapa,ada salahkan Kementerian Pendidikan,Lembaga Peperiksaan hatta ada jugak yang menyalahkan pekerja syarikat percetakan.Hal tu,kita serahkan pada pihak berkuasa.

Bagi aku, benda ni takkan terjadi kalau tak ada permintaan.Nak salahkan ibubapa 100% pun tak boleh juga.Sebabnya,masa aku dulu,mak pak aku takdelah menekan aku sangat tapi aku yg gabra sendiri.Tekanan tu datang dari suasana sekeliling, dari persaingan dgn kawan kawan,harapan emak bapak dan juga dari pihak sekolah.

Biasalah tu,sapa taknak cemerlang.Bukan sahaja student,banyak pihak yg terlibat dan terkesan bilamana anak excel dlm exam.Emak bapak boleh kembang idung bila sedara mara tanya result anak malah ada yg post transkrip exam dalam FB.Anak ko ado? Haaa...gitu kekdahnya.Pihak sekolah pula akan mendapat nama baik bila ramai student dapat result gempak.Student sendiri?? Lagilah kan....berbaloi usaha siang malam study,gi kelas tambahan dan tuisyen.

Aku takkan question mana mana ibubapa yg bagi pressure kat anak anak supaya cemerlang dlm exam.At the end,itu semua utk kebaikan mereka jugak kan.Suka ati lah parents tu nak hantar anak tuisyen siang malam sekalipun,atau hired personal tutor.Itu cara mereka,kaedah mereka.Ataupun,mempersoalkan usaha pihak sekolah demi menjadi sekolah cemerlang,buat kelas tambahan,bagi latih tubi etc.

Tapi,sebagai org dewasa,akal dah matang,jgnlah sampai ke tahap nak menipu.Dan,membenihkan usaha menipu dalam diri anak kecil demi utk mencapai hajat kita.Tak kisahlah siapa kita,samada dari pihak ibubapa ataupun sekolah,capailah apa yg kita hajati dengan usaha keras,bkn dengan jalan pintas.Student student ni...biasalah, usia plak belum matang,dapat soalan bocor ibarat org ngantuk disorong bantal lah....jalan terus lah jawabnya.

Dan,jgn tak tahu,ada segelintir student ni,bkn dapat soalan tu dari ibubapa atau pihak sekolah pun,tapi dari sebaran Whatsapp.Maklumlah,student skang,baru Darjah 1 pun,ada yg dah ada handphone.Jadi,salah siapa tu? 

Orang yg diamanahkan utk terlibat dlm proses menyediakan kertas soalan ni,lakukanlah tugas dgn penuh integriti.Biar ada desakan,ugutan,paksaan sekalipun,bersikap amanahlah.

Benda dah berlaku dah pun,jadi masing masing,ambiklah iktibar.Dalam kejadian ni,semua org kena bertanggungjawab.Dan,tak lama lagi pun,anak aku pun akan melalui jugak waktu waktu mcm ni dan harapnya aku akan berlapang dada dengan apa jua pencapaian dia.Harap haraplah....jadi,tak mau lah nak menyalahkan ibubapa lain sangat.Suatu masa,bila aku duduk di tempat mereka,aku akan rasai tekanan tu.Cuma,harapnya,aku dapat lalui tanpa mengambil jln pintas.Biarlah apa juga yg terdaya anak aku buat,aku cuba terima.

Jadi,buat anak anak UPSR 2014,yg akan re-sit paper Sains dan Bahasa Inggeris, Selamat Berjaya...Amin.




Wednesday, 3 September 2014

CABARAN STAY AT HOME MOTHER A.K.A SURIRUMAH

Assalamualaikum...

Makin lama makin pemaleh nak menjenguk ke sini.Mana taknya,aku busy bercucuk tanam.Belum lagi nak kutip susu lembu,telur ayam ngan bulu bebiri.Mana nak manage nak bina kilang dan cari material lagi...super busy hokey...

Bercakap pasal busy,aku duk dengar jer suara suara sumbang yg ditujukan kepada golongan cam aku ni yakni "stay at home mother" iaitu... " Ai,duk umah ajer pun busy? Bukan ada buat apa pun,".Whoaaaa...ikutkan kebaranan aku ni,mau aku lipat lipat dia.Yelah,tak busy katakan,dah abih lipat kain,meh aku lipat dia plak.

Aku tak mau membandingkan kehidupan aku dengan ibu ibu bekerjaya.Aku respect mereka sebab aku pun pernah di tempat mereka.Aku tahu mereka lagi super busy..mana nak imbang antara kerja kat opis dgn kerja rumah.Aku tahu...aku dah lalui.Aku takde masalah pun dgn mereka.

Yang masalahnya ialah yg mulut tak reti beli insurans ni.Sekali dua aku boleh sabarkan lagi.Aku diam ajer sebab malas nak sentap sentap.Penat tau asyik sentap ajer,nanti org pun malas nak layan.

Bila aku berhenti kerja,aku tak warwarkan sangat apa aktiviti aku kat rumah sebab aku yakin mereka faham.Mereka juga isteri dan ibu,so takkan aku nak cerita satu persatu apa jadual aku sehari hari.Lagipun,ko ingat ko Angelina Jolie semua org nak amik tau kisah hidup kau...so aku teruskan kehidupan mcm biasa lah.

Tapi,still ada yg masih berminat nak ambik tahu.Aku banyak tekan like kat FB,dikatanya aku ni 24jam online.Bila aku masak lauk biasa dikatanya aku byk masa lapang kenapa tak masak extra luar biasa sket....aku surirumah lah bkn chef ....pfffttttt.Penat tau nak explain...

Biasanya aku tak ambik pot sangat.Lantak ko lah,apa aku peduli.Tapi,tak peduli aku ada batasnya jugak.Kalo sampai berulangkali duk berdendang kat telinga aku..." Nak pakai xxxx buat apa,surirumah ajer kut," memang kau nak sangat makan nasi pakai tiub.

Zaman sekarang ialah mungkin zaman bilamana seorang wanita itu tak kerja dan tidak juga bekerja dari rumah,kau adalah loser,penambah beban suami...agaknya itu yg dia pikir.Kesian....siap bagi cadangan suruh aku berniaga online lah,suruh aku jadi pengasuh lah.Katanya,dari TAK BUAT APA APA kat rumah.

Eh,korang ni dah naper? 

Aku boleh beza mana yg bertanya  sebab berminat nak tahu camne life aku skang dgn yg sengaja nak merendah rendahkan org.Aku pun malas nak explain pun sbb tujuan aku resign pun adalah untuk bagi tumpuan pada anak-anak.Takde reason lain.Bkn sebab laki aku kaya raya,bkn sebab aku nak start business sdr etc.Dan aku rasa tak perlu pun nak jelaskan kat sapa sapa.Who cares? Tapi nampaknya ada jugak yg prihatin.

Aku tak marah pun pada org yg bertanya.Tanyalah...tapi jgn sampai keluar ayat..." tak buat apa-apa".Jgn tanya kenapa aku tak kerja dari rumah hanya sbb ko tgk ramai jer surirumah yg buat kerja sampingan mcm buat kek ke,ambik upah katering ke,business online ker.In fact,wanita yg ada kerja tetap pun still ada yg buat kerja sampingan.Jgn banding bandingkan aku dgn sesiapa pun.Jgn cakap depan muka aku,kalau diorg boleh buat,kenapa kau tak boleh buat.Bende bende mcm tu buat aku down,rasa mcm tak berguna.Rasa mcm hidup aku semata mata nak bebankan laki.Paham tak? 

Bila laki aku jadi sole breadwinner,pandai pandai aku lah nak idup.Time aku beli satu satunya bag ada jenama ( itupun bkn designer bag pun),ada jugak yg berbunyi,wah,surirumah pun pakai bag mcm ni? Time aku pakai tudung lilit sikit,siap ada yg berbunyi....kemain dressing mcm org keje opis.So,aku kene pakai t shirt ngan kain batik pergi bank? Gitu? Time aku beli kasut RM10 sepasang,takde plak nak offer aku tolong belikan kasut baru? 

Aku appreciate pada yg memahami.In fact yg memahami dan ingin jadi mcm aku lebih ramai dari yg suka merendahkan org ni.Bila ada yg puji kata ini tindakan mulia,berkorban melepaskan karier demi keluarga,aku appreciate tapi aku takut dgn pujian tu.Aku bukan sempurna pun.Tak semestinya kau 24 jam dgn anak,kau adalah ibu yg terbaik di dunia.Kdg2 aku tak sempat pun nak tolong Amani buat homework.Dahlah garang mcm singa.Singa kalo tgk aku pun mesti surrender.Mcm tu jugak bila aku berjaya bagi exclusive breastfeed pada Rafhanah dan Fatih,aku lebih kagum kepada working mom yg manage simpan stok EBM utk baby mereka.Mereka itu lagi byk berkorban.

Kita sama sama ada kelebihan dan kekurangan.Tolong jgn hidup dlm pengaruh drama sgt.Face the reality okey...takde manusia yg perfect kat dunia ni.Byk benda yg aku kena buat utk ringankan beban laki aku walaupun bukan secara material.Disebabkan taknak ganggu dia kerja dan terpaksa ambik cuti,aku byk selesaikan urusan rumah mcm hantar kereta ke bengkel.Berangkut 4 beranak melangut kat bengkel kereta sementara tunggu kereta siap.Kalo lambat,terpaksa ambik teksi,balik dulu.Shopping brg dapur...masa aku kerja dulu,weekend jer wajib laki bini gi sesama.Skang aku pergi ngan anak2 jer during weekdays.Weekend adalah time rehat dia.Urusan pergi bank,settlekan urusan kat MBSA,panggil plumber,settle umah sewa,semua aku buat sendiri.Sampaikan masa pregnant si Fatih,aku pergi check up sendiri dari awal sampai ke saat2 nak bersalin.Sebab check up tu time siang ajer so takkan aku nak suruh dia ambik cuti plak.Dia dtg teman time aku memang dah kene masuk labour room.Jgn tanya jugak naper tak ambik upah jaga budak since aku mmg jaga anak-anak pun kat rumah.Utk pengetahuan korg yg bertanya lebih dua kali pasal hal ni...ialah, aku bkn semedang duk umah.Aku juga adalah supir bwk anak /amik anak kat sekolah.Aku jugak byk keluar settlekan urusan rumah.Takkan aku nak angkut sampai 5-6 org pergi bank etc.Anak anak sendiri lain lah,pandailah aku handle.Kang jadi apa-apa,viral kat FB plak muka aku nan lawa ni...muahhahahahaaaa.....

So, jelas kan? Pandai pandailah manage hidup sendiri takyah susah susah nak pikir urusan hidup aku.Aku cuba tanak ambik pot,tanak sentap dan sensitif tapi aku ni manusia.Garang plak tu..
Jadi harapnya lepas meluah perasaan ni,lega sket idup aku.Malas dah nak ambik pusing sebenarnya.Byk lagi benda aku nak pikir.Ingat aku takde pikir psl future ke? ingat aku takde pikir idea apa nak tambah pendapatan ker? Malam malam sebelum tido,waktu aku letak lengan atas dahi pikir pasal keluarga,korg ada peduli ke? 

Maaflah sebab terpaksa baca luahan perasaan aku.Dahlah panjang,tak ilmiah plak tu.Aku mintak maaf atas segala kekhilafan dan keceluparan mulut aku nih.Kut kut ada yg sentap.Aku tak kisah dgn org yg prihatin as in betul2 prihatin.Yg ikhlas,aku boleh tahu.Terima kasih sahabat2 yg memahami.Really appreciate it....

Okeylah, sebagai penutup...kut kut nak tahu apa pekerjaan yg aku buat bercucuk tanam apa bagai tu...ni lah dia.Hehehehhehehe...jgn marah haaaa dan jgn duk spekulasi sgt aku byk main game online....



Bkn saja saja main...ni latihan utk aku bukak perniagaan sdr.Kira mcm simulation game lah...

Org percaya laaa sgt kannnnn...hahhahahahaa....