Sambungan dari entry Ni
HK Trip-Day 2
Disebabkan laki aku kerja..jadi memang tak ke mana mana lah aku pagi tu.Memerap jer dlm bilik hotel.Bangun dh lah lambat...Fatih dan Rafhanah bgn dulu.Dah bangun dihenyaknya aku...bagus betul "jam loceng" dua org ni.Senak perut mak nak...huhuhu.
Buat breakfast...roti nutella dan milo utk kekanak tu dan aku plak makan maggi.Dah abih makan,dua org tu mandi kat tub.Aku monitor dari luar jer sambil layan TV HK.Nasib baik ada gak channel movie English...layan.Pastu ngadap handphone jer.Belek2 gambar Amani n Hakim...rindunyaaa..sob sob sob.
Suh abah whatsapp gambar diorg.Ni yg atuknya hantar...
Gambar masa atuk ambik diorg kat Pahang.Lepas posing terus tertido beramai ramai...hahahaha. |
Fatih ngendap akak hanah mandi....hohoho.Aku bukak curtain bilik air jadi boleh tgk diorg berendam kat situ. |
Sebelum pukul 1,nasib baik aku dh masak nasi.Lauk jer blm panaskan.Tetiba laki aku blk kul 1pm.Hoh...kelam kelibut aku panaskan lauk sbb muka laki aku monyok kelaparan.Sian...
Masak rendang...ko mampu? Hahahaha...walhal yg dlm tin ni.Sedap rupanya... |
Dah kenyang semua org,kitorg bersiap siap nk keluar.Semua ahli rombongan tunggu kat lobby hotel pukul 3pm.Naik free shutter bus dari hotel ke Nathan Road.
Bila sampai...ketua rombongan ada bgtahu,kalau nak blk naik bas tu jugak..last trip adalah pukul 9pm,tunggu kat tempat di mana kami diturunkan tapi ikut first come first serve lah dgn mana mana guest hotel lain.
Dah turun bas...tercangak nak merangka plan nak ke mana ramai ramai tu.Kami sekeluarga dah lah mmg dah merayau kat situ jugak malam sebelumnya.Bila sembang ngan org lain,rupanya mlm semalam ada yg pergi Avenue of Stars,ada yg sempat pergi Victoria Peak.Sbb tu hari kedua ni diorg datang area Nathan Road.Huk aloh...dua kali lah kitorg redah tempat sama.
Memula kitorg gerak sama sama..lepas tu ramai yg nak ke Kowloon Mosque.Memandangkan kami dh solat kat hotel plus dh pergi pun situ,maka masing2 berpecah jln sendiri dan janji berkumpul balik kat masjid time Maghrib nanti.
Kami anak beranak meredah dari Kowloon Mosque melalui Park Lane Shopper's Boulevard pastu ke Kowloon Park.Tak plan pun pergi sebab kami merayau ikut suka kaki jer sebenarnya.Bila sampai kat taman tu...mmg tak cukup tanah si Fatih berlari.Gumbira benar lah dia jumpa kawasan lapang.Aku kat HK walaupun makan banyak tapi tak sempat jadi lemak.Abih terbakar dek kerana Al Fatih..hehehehe.
Park Lane Shopper's Boulevard.Byk kedai sepanjang jalan ni tapi aku tak jeling pun...hohoho.Kuatkan iman (sambil tepuk poket) |
Comic Avenue.Byk arca watak komik kat sini.Si Fatih terkagum kagum nengok setiap patung kat sini...hahhaaha. |
Sculpture walk kat Kowloon park. |
Diorg dah start dahhh....lari satu taman.Aku biarkan jer sbb mmg kawasan lapang.Kasi can korg abihkan tenaga...hehehehe. |
Laki aku ckp ni watak dlm komik Pedang Setiawan.Entah,mana aku tau.Nampak tak tgn laki aku tgh pegang pedang? |
Time maghrib,berkumpul blk kat masjid.Lepas semua solat,masing2 nak cari tempat makan.Laki aku plak dh kekenyangan lunch tadi dh makan byk.Anak anak pun tak lapar asyik duk bedal biskut dan coklat yg aku bwk so kami tak pergi lah makan.Berpecah lagi dan kami decide nanti nak balik sendiri naik MTR jer.Kawan laki aku sefamily nak ikut kitorg sbb kitorg plan nak singgah ladies market.So,let's jalan.
Kami naik blk train dr station Tsim Sha Tsui ke Mongkok station dan dari situ jalan kaki jer pergi ladies market.Jalan yg sama kami lalu semalam.
Kat HK ni tak susah nak ke mana mana.Signboard bersepah sepah.Jalan sket jumpa signboard...dah jumpa kemain excited cam pandai sgt baca peta.Hohohoho.
Masa jalan jalan ni...Rafhanah ngadu badan dia gatal gatal.Aku ingatkan sbb baju dia ke apa.Aku tukarkan baju dia ke t shirt.Aku tgk makin kuat dia garu.Kesian sgt.Last last dia tidur dlm stroller.Jadi terpaksalah laki aku dukung Al Fatih tu.Takleh bagi dia jalan sendiri sbb elok ajer kaki dia cecah tanah,mcm Usain Bolt dia lari.Bahaya...dahlah area Ladies Market tu sesak...ilang kang,meraung aku kat situ.
Aku tak beli banyak brg kat situ sebab pikirkan nanti byk tempat lagi nak pergi.Satu,sebab nak jimat duit sbb ikutkan plan hari last nak ke Disneyland.Tapi...pikir balik,nyesal pulak tak beli souvenir kat situ byk2 sbb lepas tu,kami tak pergi lagi tempat jual souvenir yg lain.Huhuhuhuhu.
Aku cuma beli tshirt "I 💜 HK" tu dua belas helai.Redah dari hujung ke hujung akhirnya jumpa kedai yg jual agak murah.Dia jual 6 helai pada harga HKD 90.Aku tak tau lah mana tempat lain yg lagi murah sbb dah tak larat dah nak jalan.Uncle yg jual tu dah lah muka garang,English pun tak tau.Nak tawar pun tak layan.Peniaga lain walaupun xtau ckp English at least nak gak layan..communicate pakai calculator ngan isyarat tgn.Nak jer rasa gi tempat lain tapi laki aku dh tak larat.Dia suh jer aku amik.Ujung2 time bayar baru lah senyum...hmmm.
Pastu biasa lah,beli keychain ngan fridge magnet.Tu pun nyesal gak tak beli byk2.huhuhuhu.Takpelah...nak buat camne.
Ada jugak peniaga kat sini yg tahu perkataan melayu sikit sikit mcm "terima kasih".Maybe sebab kat sini ramai pekerja Indonesia kut.Takpun ramai org Malaysia dtg beli belah kat situ.Suka ati aku jer bg teori..hahahahaha.
Tapi aku suka tgk gelagat peniaga kat sini.Time kita nak tgk barang,bkn main peramah lagi.Kita start je bargain harga,terus jadi naga.Bkn dia marah,tapi cam bergaduh pun ada..hahahahaa.Bertekak kemain...tapi bila deal selesai dan kita jadi nak beli brg,terus senyum dan ketawa ramah balik.Poning den.
Aku bkn org yg pandai nak tawar menawar ni.Nasib baik Kak Wan,wife kpd kwn laki aku (mesti pening nak relate kan..hahaha) yg byk tolong aku.
Dah selesai shopping,jalan kaki balik hotel.Time tu baru terasa sengalnya kaki.Cam tak terdaya dah nak seret kaki tu.Ku gagahi jua sbb dh terbayang katil memanggil manggil..huhuhuhu.
Sampai hotel,jalan dh terkengkang kengkang...hahahahaa...rasakan.
Balik,mandi,iron baju kerja laki aku pastu nak tido..
Rupanya....malam tu aku takleh tido.Rafhanah diserang gatal2 tu sampai ke pagi.Tergaru garu dia sampai luka badan.Jadi aku guna towel muka,basahkan sikit dan gosokkan badan dia sepanjang malam.Dia lena kejap pastu bangun balik.Last last,baju pun tak pakai.Sebab dia cuma gatal dari leher ke pinggang jer.Kaki tak pun.Risau aku...
Esok pagi....aku jadi zombie...huhuhu.
Sambung later...
No comments:
Post a Comment