Selamat hari raya Aidilfitri.Sempat lagi kan nak wish.Sbb open house pun byk lagi jd consider masih raya.
So mcmmana sambutan raya? Meriah? Alhamdulillah.Sambutan raya kitorg pun meriah.Tiap tiap tahun pun meriah sebenarnya.....
Meh belanja gambar sket
Tak cukup korum...Fatih tidur. |
Cuma dugaan sket raya tahun ni.Start dengan Rafhanah demam selsema raya pertama tu.Sbb tu muka dia masam jer,tak sihat.Tapi tak teruk sgt,bagi makan ubat...kebah.Lepas beberapa jam,panas balik badan.Time tu baru dia buat perangai.Tapi Alhamdulillah,takde lah sampai kitorg takleh beraya.
Raya tahun ni kat Terengganu.Raya ke 4,hari Isnin kami balik Rembau pulak.Hari Selasa,aku pulak sakit tekak dan demam.Sudahnya terlantar jer.Sempatlah beraya kat 4 buah rumah,pastu manjang baring.Walaupun tak sihat,ikut jugak pergi beraya sbb nanti mmg takde sapa kat rumah mentua aku tu,baik aku ikut.
Syukurlah hari Sabtu masa nak balik tu aku dah sihat.
Balik Shah Alam..Fatih pulak tak sihat.Sampai admitted ke ward sbb demam panas.Adohai,berkampung lah aku kat spital.
Budak panjang akal masuk spital...gini lah gayanya.Berdiri berjoget atas katil. |
Hari Jumaat,Hakim balik dr sekolah dan bgtau dia muntah muntah kat sekolah.Tengah hari tu aku terus bwk ke klinik sbb manjang muntah.Tapi malamnya dia dh okey.Alhamdulillah.
Ingat dh berhenti.Hari Sabtu semua sihat.Dapatlah kami hantar adik aku Fiey balik tanah air dia...hikhikhik.
Gudbye sister....take care.Sob sob sob |
Hari Ahad,plannya nak pergi open house kwn aku tapi start dr pagi Amani plak muntah muntah dan diarrhea.Pastu aku lak sambung.Nasib baik tak muntah cuma kerap ke toilet dan perut memulas jer.Lepas tu Fatih dan Rafhanah pulak yg muntah muntah.Dah terlantar lah anak beranak.Sah lah berjangkit...hukhukhuk.
Tapi syukurlah malam tu semua dh okey cuma Amani jer yg masih sakit perut.Fatih dan Rafhanah cergas jer malam tu.
Kalau ikutkan,mmg bersiri lah sakit ni mcm telenovela tapi tak teruk sgt kecuali Al Fatih.Tu pun syukurlah tak berpanjangan.Dugaan dan ujian ni kami redha.
Itulah cerita raya kami tahun ni.Apa apapun,masih meriah.
Oh lupa nak habaq...patutnya tema raya aku Bollywood tapi deme ugut aku,kalau tak ikut tema peach,aku xleh masuk dlm family photo.Cisss.....beria aku beli Punjabi suit..hahahhaah.
Aku beli baju ni 3 hari sebelum raya.Termasuklah baju anak anak pompuan.Laki aku tak makan saman pun...bolayan jer dia.Hahahahhaha... |
Akhirnya raya kedua dpt gak pakai baju ni...abaikan muka Rafhanah.Dia tak sihat so xde mood sgt. |