Assalamualaikum...
Pagi ni fatih demam pulak.Dah bagi ubat,muntah.Maybe sbb kahak...siannya anak ibu.
Memikirkan fasal anak ni,aku baru terbaca catatan seseorang kat FB.Fasal dia tegur ada anak anak yg hantar anak diorg kepada mak bapak utk dijaga.Katanya,seeloknya kita jaga sendiri,kalau takut nak hantar kat nursery atau pengasuh,adalah lebih baik ibu itu sendiri berhenti kerja utk jaga anak anak..etc.
Bila baca kat bahagian komen,tu dia....perang pun bermula.
Ustaz tu pun cakap secara general,dia belum kupas pun dari segi masalah masing masing,punca mengapa berlaku situasi ini dan sebagainya.Dia pun cakap...seeloknya.Bkn cakap...heyyyy...mesti buat apa yg aku cakap ni kalau tak masuk neraka.Faham??
Tapi pengkomen menghambur mcm mcm...
Ibu yg bekerja marah marah kat ustaz tu tanpa memahami teguran ustaz yg utama iaitu tidak menghantar anak masing2 kepada nenek diorg utk diasuh,bknnya tak bagi pompuan kerja,yang tak kerja pula penuh bangga cakap puas ati diorg dpt jaga anak sendiri sehingga mengguris hati ibu bekerja yg hantar anak ke nursery atau pengasuh.
Aku geleng kepala jer baca semua komen.Campak telefon...cebok yakk fatih lagi bagus...muahahahhahaa.
Working mom vs Stay at home mom
Breastfeeding vs Formula milk
Ceaserian vs Normal delivery
Tak abih abih nak berdebat....
Inilah yg jadi bila masing masing rasa mereka melakukan sesuatu yg lebih baik dari org lain.
Bukankah lebih bagus kalau kita beranggapan bahawa semua ibu melakukan yg terbaik?
Cuma method kita yang berbeza.
Tapi percayalah,walau dari kategori manapun kita berada,sebagai ibu kita tetap mahu buat yang terbaik untuk family masing masing.
Kalau pun kita gagal dalam mencapai matlamat...setidak tidaknya effort tu ada.
Kalau kita bekerja,itu adalah sebab kita mahu ekonomi family stabil.Mmg betul duit bkn segala galanya tapi segala galanya memerlukan duit + GST...eh?
Sebab jalan hidup,gaya hidup kita berbeza.Ada ibu yg masih mahu bekerja walaupun suami mampu tapi tak boleh lah nak judge dia sebagai ibu yg kurang baik.
Aku ambil contoh satu situasi si polan ni.Masa tu aku baca forum pasal aurat semasa bersalin.
Ada sorg mamat ni,ewah...ayat mcm good good saja condenm ibu bekerja ni sebagai seorg yg selfish,gila duit sampai anak anak terabai.Cakap ibu ni lebih sanggup lepaskan tanggungjawab menjaga anak kat org lain bla bla bla.Lepas tu dgn lantang demand nakkan nurse dan doktor perempuan sahaja attend isteri dia bersalin...
Ironi bukan?
Celah mana datangnya doktor yg menepati kriteria yg ko nak tu kalau bukan dari ibu yg ko anggap selfish dan gila duit sgt tu? Paham ke tak bahawa besarnya tanggungjawab dia kepada masyarakat sehingga dia sanggup membahagikan masa dan tggjwb dia kpd org awam dan keluarga sendiri.Tapi biasanya golongan ni takde nak bising bising...end up anak anak diorg pun elok jer.
Maaf kalau bunyinya kasar tapi ini saja ayat terbaik utk org yg suka judge org.
Mcm tu jugak bila datang sindiran dr org sekeliling tentang stay at home mother.Lagi lagi yg tak buat kerja sampingan kat rumah.
"Duduk rumah bkn buat apa pun...seronoklah,takyah susah kerja,hujung bulan duit masuk"
" Surirumah....apa buat pun,layan drama lah kan?"
Kdg2 rasa juga nak cilikan mulut mulut mcm ni tapi bkn ada pekdah pun.
Memang duit bulan bulan masuk tapi tau tak mcmmana strugglenya nak susun perbelanjaan supaya mencukupi? Tau tak berapa lama baju sendiri tak berganti sbb dahulukan keperluan anak? Tau tak kasut sendiri harga RM20 jer sepasang pakai sampai tanggal tapak baru ganti?
Layan drama? Sorry aku xde masa nak duk ngadap TV.
Breastfeeding vs Formula milk
Dua dua situasi aku dah rasa.Dua yg atas mampu BF sekejap jer,dua yg last ni Alhamdulillah dapat exclusive BF.
Mana mommies yg dpt bagi BF...please jgn condemn ibu yg bagi FM sebagai ibu yg malas,taknak usaha utk pump.Bkn aku tak pernah baca kritikan yg mcm ni.Katanya,kalau usaha boleh jer.Fikirkan juga,aku pernah lalui situasi ni.Ada org boleh ada kelonggaran time kerja utk pump susu badan,ada org tak.Maybe kat ofis dia takde fasiliti utk simpan EBM.Atau mcm2 kekangan lagi.Ada nursery pulak tau mcmmana nak handle EBM,ada plak pengasuh yg tak...jd mommies ni xde choice melainkan bg FM.
Yang bg FM pulak,jgn cepat sentap tuduh BF mom ni sebagai riak bila dia cerita dia berjaya bg exclusive BF.Mungkin dia cuma nak bg motivasi dan tip saja.
Ceaserian VS normal delivery
Aik..inipun jd isu gak ke?
Kalau boleh semua org nak normal delivery..takde yg sanggup nak opt for C sect saja saja der.Belah perut ko ingat senang? Tinggal parut lagi...tgk video org bedah C sect pun ngeri...
Tapi itulah pengorbanan ibu ibu.Walau bergadai nyawa sekalipun kami sanggup...apa sgt lah takat belah perut.Namun demi nyawa sikecil,sanggup apa saja.
Tapi ada pulak yg mengata yg memilih C sect tu kurang pahala sbb tak rasa sakit contraction.Sama jugak dia mengata kat org yg ambil epidural.
Lah...tak tau pulak pahala boleh diukur berdasarkan tahap kesakitan time contraction....apa ko ingat org yg c sect ni tak sakit ke?
Mcm mcm boleh jumpa kerenah manusia bila kita baca forum pasal parenting ni....kelakar tau dak.Pastu dgn yakin berdebat plak....
Apa method yg si ibu pilih sekalipun,tujuannya cuma satu.Supaya anak yg dikandung dpt dilahirkan dgn selamat.Tu jer...stop arguing psl method bersalin ni.Pasal epidural pun...dh kalau dh ada kaedah utk kurang kan sakit...napa taknak guna plak?
Sebenarnya senang jer...kita takyah pening pening kepala nak fikir kenapa si polan begitu begini....kalau kita tahu menghormati cara masing masing,tak wujud pun perdebatan yg mengguris hati setiap pihak.
Kalau ada teguran,kita terima dgn positif.At least cuba lah.Aku pun ada masa gelabah juga.Korg ingat aku tak hangen abah aku cakap aku masak kari rasa air sirap? Hahahahahahaa.....walaupun aku tarik muka,tapi lepas tu cubalah perbaiki resepi sampai jadi kari...akakakakaka.
Sebab tu kalau berlaku perdebatan mcm ni...aku prefer duk tengah.Cuba memahami situasi org yg tak berada dlm situasi kita sendiri.Bila org puji ckp Alhamdulillah,bila org kutuk aku cakap boleh blah...eh? Hahahahaa...
Sama jugak dgn teguran ustaz tu.Dia ckp secara general jer dan dia tak kutuk pun kata anak anak tu derhaka ke apa.Cuma penerimaan org tu berbeza.Dia pun faham kut bila kita ada masalah masing masing yg menyebabkan kita terpaksa hantar anak kpd emak /mentua utk dijaga.Bkn semua org sesuka hati atas alasan nak senang jer sampai nak menyusahkan org tua.Bkn tak ada tapi bkn semua.Jadi kalau kita bkn dlm kategori yg saja saja nak susahkan org tua...just diam saja lagi bagus kut.Bkn tak boleh pertahankan diri sendiri tp dalam dunia maya ni...kita takleh jangka penerimaan org terhadap pendapat kita.Org pun boleh jd sgt kejam kat media sosial...balun habis habisan.Kalau org mengata depan depan senang...aku hambur balik jer selalunya..kahkahkah.Mana boleh woih ngata aku sesuka ati...aku garang kut...hahahaha.
Kalau ikutkan,aku pun terasa.Mak mentua aku pernah duduk ngan kitorg 6 bln jaga Rafhanah kut sbb Rafhanah taknak menyusu kat nursery.Dan ada org memang tak boleh mengelak situasi mcm tu.Terpulang kpd niat masing masing.Asalkan emak kita redha atau mmg dia yg mintak nak jaga,takde isu pun.Cuma pandai pandailah nak handle later.Cara aku ialah berhenti kerja sbb aku rasa tak patut susahkan mak mentua yg dh bersusah payah besarkan 8 org anak.Walaupun dia tak bagi aku berhenti pd awalnya...dia kata dia mampu nak jaga tapi lepas aku explain,dia okey...tak kecik ati.Bkn sbb aku tak suka cara dia jaga tapi aku lebih suka jaga sendiri.Tapi lain org lain cara lah...jgn expect semua org boleh amik keputusan nak berhenti kerja ya...
Dalam membesarkan anak dan menjaga keluarga,buat lah apa cara yg kita rasa terbaik.Asalkan cara kita tak menggugat ketenteraman awam atau mengganggu org lain. ( Maybe aku kena tukar cara aku yg garang ni...heart attack jiran jiran dgr aku menjerit...hahahahahaha) La ni slow down dh sikit...dah kena tegur ngan laki,ngan mak abah aku...hahahhaaha.Plus faktor umur,dh kurang sket aku mengamuk.Sesekali tu masih lagi tarzan.
Hormat jer cara org lain...berbalah pun bkn settle masalah.Buruk baik yg tanggung pun family masing masing.Cuma bincang ngan suami dan family sudahlah.Takyah judge family org lain...kan senang.
Cerita pasal ni memang tak pernah abis pun.Just bear in mind....
SETIAP IBU DAN BAPA MAHUKAN YANG TERBAIK UNTUK KELUARGA MASING MASING...
Sekian terima kasih.Nak gi masak...
Thursday, 23 April 2015
Sunday, 12 April 2015
HK TRIP: LAST DAY & BALIK MALAYSIA
Salam 1 gst...
Tak main dah hai 1 malaysia...skang 1 malaysia ckp psl gst okeh...hikhikhik.
Masa ambil anak kat sekolah hari tu,aku melintas depan sekumpulan kanak2 sekolah ni....diorg duk borak..
"Hari ni dh start gst..korg tau?"
Terkesima aku kejap.Zaman IT ni,budak sekolah rendah pun dh pandai membicarakan pasal isu semasa...hahahahaha.
Belum lagi anak aku blk nyanyi lagu...
"ABCD GST...gaji tak naik lagi...semua makan maggi...lalalalaa"
Aku hentam jelah lirik tu tak ikut susunan tapi lebih kurang mcm gitu ajerlah.
"Ni apa nyanyi lagu merepek ni?" kataku buat buat serius tapi sebenarnya nak gelak juge...
"Semua org kat sekolah nyanyi lagu tu ibu" dia jawab sambil sambung nyanyi.
Begitu lah impak gst ni sampai budak sekolah pun bercakap.Bkn tak ada isu hangat lain pun dlm Malaysia ni tapi isu ni betul betul hangat tak agak agak.
Apa apa pun...hidup mesti diteruskan jua.Makan minum nak kena beli juga.Cuma gitulah...impaknya sgt dirasai.Ada brg tak kena gst pun tapi tetiba naik harga.Sama jer.Tapi gitulah,kena pandai merancang perbelanjaan dan kena lebih byk menabung demi masa depan.Kalau ada rezeki lebih,dpt lah anak anak mewarisi.
Takpelah...tutup buku dulu pasal gst.Nak masuk episod hampir terakhir trip ke HK.
Last day,pagi pagi dah bersiap.We are leaving ...kataku kpd HongKong...hukhukhuk.
Hanah dah siap.. |
Muka budak baru mandi...baru nak panaskan enjin |
Selfie dalam taxi..Fatih tersepit |
Pemandangan sepanjang perjalanan ke airport |
Aku duk leka jer tgk pemandangan kat luar.Nampak cuaca mcm mendung tapi tak hujan.Laki aku borak ngan staff powerstation Shenzhen,katanya sbb nak beralih musim.Oh...kisahnya.
Pastu aku dgr laki aku duk sembang ngan driver taxi.Masa trip ke HK ni,masa ni kan tgh kecoh org HK tgh berdemo dan buat protes.Masa kitorg kat Shenzhen pulak,bila tgk news,ada rusuhan dekat area Mongkok.Tapi bila kitorg balik ke HK balik,tgk mcm takde apa yg berlaku pulak since hotel yg kitorg duduk tu tak jauh pun dari Mongkok.
Driver tu ckp,protester ni berkhemah kat area Mongkok,siang hari diorg gi kerja atau gi kampus.Lagipun jalan sekitar tempat diorg demo tu polis dah tutup dan kawal.Ooo.....kisahnya.Tapi lepas tu aku sambung tgk pemandangan sekitar HK tu jer.
Sampai dah airport...jeng jeng...Fatih start nak bermaharajalela.
HongKong International Airport |
Eiiii...bajet comel lah tu terlentang atas lantai??? |
Kami memang sengaja keluar pagi pagi walaupun flight petang.Memandangkan awal sgt lagi dan kaunter check in pun belum bukak lagi,moh kita sarapan dulu.
Kami pergi makan kat Popeye sbb makanan kat sini halal.
Ada logo Halal |
Bab makan memang gigih |
Tgh isi minyak...tadi dh takuk E bergelimpangan atas lantai |
Beli beg comel ni jer... |
Lepas dh merayau tak ketentuan hala...terus masuk ke departure hall.Silap sebenarnya masuk awal sbb flight kitorg dlm pukul 3pm lebih kurang.Zohor dh masuk masa kitorg masuk ke departure hall then baru lah terpikir tempat solat.
Actually kat HKIA ada disediakan prayer room tapi kat check in hall.Jd,jgn rushing sgt mcm kitorg.Huhuhuhuhu.Bila tanya kat staff airport,mmg kat check in hall jer yg ada prayer room.
Info prayer room : prayer room at HKIA
Dah mcm tu,nak tak nak solat lah kat celah celah tiang asalkan selesa.Nasib baik mmg bwk sejadah.Nak amik wudhu' pun pandai pandailah sbb makcik cleaner garang...hahahahhaa.Setitik air pun xleh tumpah atas lantai,kut tak dibebelnya...hahahahaha.Mcm kat airport Vietnam dulu pun camtu.
Dah settle semua,Alhamdulillah.Tunggu ajelah.Sekali ada announcement flight delayed...hukhukhuk.
Maka,layanlah Fatih membuas kat sini.
Memula elok layan kartun |
Dia start kacau akak Hanah tapi mata masih tgk tv |
Nyah kau dari sini.....hiyaaaakkkkk |
Cubaan ngorat amoi comel |
Last sekali tertido.... |
Akak Hanah posing |
Bosan xde apa nk buat,snap gambar ntah hapa hapa |
Elok si kecik ni tido,dah boleh naik flight.Cenggini haaaa...
Memang huru hara sket lah sbb laki aku kena beratur tempat lain,aku ikut barisan lain.Huhuhuhu...tapi Kak Wan dan Baby byk tolong aku.Terima kasih yer Kak.
Akhirnya kami selamat sampai ke Malaysia dlm pukul 7pm lebih kurang.Alhamdulillah.Tak sabar dah nak jumpa anak anak....rindunya.
Sebelum balik rumah,singgah makan dulu.Budak bertuah ni layan youtube dan makan.....like a boss! |
Wednesday, 8 April 2015
HK TRIP :DISNEYLAND
Assalamualaikum...
Lama aku tak menjenguk blog.Terbiar kesepian gitu.
So..aku nk sambung cerita kat HK ajelah.
Sambung dari sini :
Esok pagi pagi lagi dh siap.Semua gigih bangun awal sbb dlm jadual nak gi Disneyland hari ni.Mak budak lah yg excited...budak2 ni bkn tau pun Disneyland tu apa..dh sampai baru tau..hahahahah.
Hah kau..kul 7am lebih semua dh muncul kat lobby...kehkehkeh
Disebabkan bgn awal...bebudak ni tak mau makan sarapan.Nasib baik ada roti dgn butter.Letak dlm tupperware,sementara tunggu urusan check out selesai...makan kat lobby.
Dah settle,ambil teksi dari hotel terus ke LouHu Custom utk balik ke Hong Kong.
Staff hotel tolong tuliskan nama LouHu station tu dlm bahasa mandarin utk dibagi kat taxi driver.
Aku kesian staff tu kena tulis byk2 so aku snap jer gambar dr bende alah kat atas ni...pastu tunjuk...settle.Alhamdulillah...semua lancar walaupun bila sampai kat sana ada yg dh berpecah pecah...almaklumlah bila masing2 bwk family kan.Tapi kat checkpoint tertentu kami berhenti lah tunggu yg lain lain baru gerak sekali.Bila dh settle urusan imigresen,baru lah bawak haluan masing masing.
Goodbye ShenZhen...what a pleasant experience there..thank you so much.
Dari station LouHu,terus saja ke Mongkok East station yg attached dgn Royal Plaza Hotel melalui laluan Hong Num.
Kami balik ke Royal Plaza Hotel dulu sbb barang kan tinggal kat sana.Bila sampai ke station Mongkok East..tgk2 dh ramai dh ahli rombongan dh sampai.Mana mana yg tak bwk anak kecik tu,diorg naik train jer utk ke Luxe Manor Hotel.Yang ni aku kurang pasti route dia mcmmana sbb kami ambik teksi utk ke hotel tu.Yelah,mana nak seret luggage gedabak lagi,stroller,nak pimpin Rafhanah lagi,nak kejar Fatih lagi..rela lah kami bayar lebih sikit walaupun....huhuhuhu.
Sampai ke hotel Luxe Manor,terus dpt check in walaupun baru pukul 11am.Legaaa woih...aku rasa nak ilang nyawa dh ni berkejaran ngan Fatih.hahahaha...
Terus masuk bilik,laki aku nak siap siap sembahyang jumaat kat Kowloon Mosque.Aku pulak mandikan budak2,siapkan lunch dan siapkan beg utk ke Disneyland.Siap awal awal ntt xderlah menyusahkan org nk tunggu kita lama lama.Walaupun org faham jer kita ada anak kecik tapi kalau boleh usaha apa yg patut utk tak menyusahkan org lain..masa org pun kita kena respect jugak.Eh...apsal aku bg khutbah jumaat kat sini plak ni?
Lepas geng2 lelaki balik dr sembahyang,kitorg cepat2 makan dan berkumpul kat lobby.Pastu gerak jalan kaki jer ke Tsim Sha Tsui station.Dari situ ambik route Tsuan Wen utk ke station Lai King.
Dari station Lai King,tukar platform ambil train ke Sunny Bay station.Dari Sunny Bay station barulah ada train khas ke Disneyland.Ni yg best...train pun bertema Disneyland.Comel...
Lama aku tak menjenguk blog.Terbiar kesepian gitu.
So..aku nk sambung cerita kat HK ajelah.
Sambung dari sini :
Esok pagi pagi lagi dh siap.Semua gigih bangun awal sbb dlm jadual nak gi Disneyland hari ni.Mak budak lah yg excited...budak2 ni bkn tau pun Disneyland tu apa..dh sampai baru tau..hahahahah.
Hah kau..kul 7am lebih semua dh muncul kat lobby...kehkehkeh
Tgk amoi dlm cermin tu...lawa kan? |
Disebabkan bgn awal...bebudak ni tak mau makan sarapan.Nasib baik ada roti dgn butter.Letak dlm tupperware,sementara tunggu urusan check out selesai...makan kat lobby.
Dah settle,ambil teksi dari hotel terus ke LouHu Custom utk balik ke Hong Kong.
Staff hotel tolong tuliskan nama LouHu station tu dlm bahasa mandarin utk dibagi kat taxi driver.
Alamak...berkedutnya jari ai..hahhahhaa. |
Goodbye ShenZhen...what a pleasant experience there..thank you so much.
Dari station LouHu,terus saja ke Mongkok East station yg attached dgn Royal Plaza Hotel melalui laluan Hong Num.
Kami balik ke Royal Plaza Hotel dulu sbb barang kan tinggal kat sana.Bila sampai ke station Mongkok East..tgk2 dh ramai dh ahli rombongan dh sampai.Mana mana yg tak bwk anak kecik tu,diorg naik train jer utk ke Luxe Manor Hotel.Yang ni aku kurang pasti route dia mcmmana sbb kami ambik teksi utk ke hotel tu.Yelah,mana nak seret luggage gedabak lagi,stroller,nak pimpin Rafhanah lagi,nak kejar Fatih lagi..rela lah kami bayar lebih sikit walaupun....huhuhuhu.
Sampai ke hotel Luxe Manor,terus dpt check in walaupun baru pukul 11am.Legaaa woih...aku rasa nak ilang nyawa dh ni berkejaran ngan Fatih.hahahaha...
Mafia Hongkong ni tgh tembak org kat lobby.Sabor jer la budak bertuah ni.Tak kira sapa,semua kena ligan ngan dia. |
Terus masuk bilik,laki aku nak siap siap sembahyang jumaat kat Kowloon Mosque.Aku pulak mandikan budak2,siapkan lunch dan siapkan beg utk ke Disneyland.Siap awal awal ntt xderlah menyusahkan org nk tunggu kita lama lama.Walaupun org faham jer kita ada anak kecik tapi kalau boleh usaha apa yg patut utk tak menyusahkan org lain..masa org pun kita kena respect jugak.Eh...apsal aku bg khutbah jumaat kat sini plak ni?
Lepas geng2 lelaki balik dr sembahyang,kitorg cepat2 makan dan berkumpul kat lobby.Pastu gerak jalan kaki jer ke Tsim Sha Tsui station.Dari situ ambik route Tsuan Wen utk ke station Lai King.
Dari station Lai King,tukar platform ambil train ke Sunny Bay station.Dari Sunny Bay station barulah ada train khas ke Disneyland.Ni yg best...train pun bertema Disneyland.Comel...
Tak sempat ambik gambar dlm train.Ni ehsan dr asiatraveltips.com |
Kitorg sampai dlm pkl 4pm.Urusan beli tiket tak lama pun sbb tak ramai yg beratur pun.
Biasanya kat taman tema kan takleh bwk masuk makanan kan? So kwn aku yg pernah dtg bagi tips kalau nk bwk jugak,bwk lah biskut atau coklat yg di pek kecik kecik.Letak dlm container.Yelah...ada anak kecik kan,kut lah kan tgh beratur nak naik ride..diorg ngadu lapar plak.
Aku xde container so aku belasah jer buh snickers 3-4 ketul kat celah celah bag doraemon aku.Xde lah org yg jaga pintu tu beria ia nak selongkar beg pun.Janji ko tak bwk nasi bungkus satu tupperware sudah lah.Gittueww...
Yeahhhh...moh kita.
Oppssss...sblm masuk beli tiket...wajib ambik gambar kat pintu gerbang dulu.
Muka aku jer yg ceria...muka anak anak sememeh..apa kes? |
Aku sebenarnya bknlah org yg teruja sgt nak gi taman tema.Laki aku tu lagi lah.Mmg match sgt kitorg ni.Tapi dh alang alang sampai HK ni...jom ler pergi.Aku cuma excited nk melihat tempat org jer.Teringat plak conversation aku ngan sorg mamat kat KLIA masa beratur kat kaunter imigresen.
Dia tanya aku nak gi mana,aku ckp nak ke HK.Terus dia tanya.. "Gi Disneyland?"
"Eh tak...ikut husband kerja"
"Eh...tak pergiiii???"
Tanjat bebenor dia aku ckp cenggitu.Pastu dia sambung " Pergi lah kalau sempat...rugi dh sampai sana kalau tak pergi"
Yelah...yelah...saya pergi.Hikhikhik
Jadinya,kami cuma naik satu ride aje kat small world.Yg lain lain tu sekadar jalan jalan tak ketentuan arah.Ambik gambar jer yg excitednya.Sbb fatih mmg dia tak faham apa pun,rafhanah plak bad mood tak peduli pun kitorg bwk dia ke mana.
Cuma aku byk beli souvenier kat sini utk Amani,Hakim dan anak2 buah sket.Nak kata byk beli idoklah...tapi byk masa duk belek2 brg kat situ sbb comel comel brg nya.
Layan gambar aje lah...
Payah betul nk ambik perfect family potrait...sorg menggelupur sorg tarik muka...haish. |
Background castle.Pompuan kan...mestilah excited ngan princess |
Budak bertuah sorg ni...tak sempat daddy nak keluarkan air dari beg...dr dlm beg tu jugak dia sedut...haish kali kedua. |
Depan pintu masuk Small world.Rafhanah masih xde mood |
Dia memanjat plak dah...kali ni ada geng pulak. |
Antara patung2 yg ada kat dlm Small World. |
Dia ni punyalah menggelupur nak masuk area Frozen ni ingatkan nak jumpa Elsa...rupanya kemaruk ngan Olaf. |
Dlm ni ada apa tak tau lah...takat amik gambar masa tgh rehat kat bangku |
Parade |
Ni tgh tgk lampu kat pokok krismas tgh kelip kelip |
Kat dlm ni tak silap aku mmg ada gerai makanan halal tapi aku malas nak cari.Nak pusing pusing dlm tu pun dh penat.Kami singgah jer mana mana gerai utk beli air dan popcorn.Coklat dan biskut habis dikerjakan dek bebudak tu.Kenyang lah diorg sampai malam.
Plan asal dgn ahli rombongan ialah berkumpul balik kat pintu masuk pkl 8.30pm.Jd around kul 7.30pm kami dh gerak hampir ke pintu masuk tu.Tgk tgk ramai org berkumpul kat tgh tgh bulatan taman tu.Eh..apahal lak ni.Pastu laki aku bgtau ada parade show pkl 7.30pm ke kul 8pm ntah...aku lupa plak.
Pelik gak aku...td mcm tak ramai org..sekarang dh jd beribu ribu lemon lak.Kononnya awal sgt plus fatih dh tidur,aku mintak izin laki aku tunggu kat situ,aku nak cari souvenir lagi.Dia kata okey so gua chow ler.Masuk kat area castle tu sbb kat situ ada gerai souvenir yg cantik.Dah puas hati...nak gerak blk ke taman.
Sekali...........
Kami dah kandas kat situ.Manusia bkn main ramai tunggu parade show tu start mmg xleh lalu.Walhal bkn jauh pun tapi mmg tak ada ruang langsung aku nak gerak.Pergi kiri pergi kanan semua tak kena.
Huwaaaaaa....time ni teringat kat laki.Tadi shopping tak ingat dunia...rasakan.Sbb kan dah janji nak berkumpul blk pkl 8.30pm.Matiklah kena marah ngan laki ni...huhuhuhuhu.
Dah xleh buat apa...aku dukung lah Rafhanah sambil layan parade show.Dalam jiwa kacau tu sempat gak ambik gambar.Hehehehe.
Pastu aku gi lah tanya adik jaga kaunter souvenir berdekatan tu parade show tu abih kul baper.Ku sangkakan lama lagi...sekali dia tunjuk mickey mouse..."Shortly after Mickey Mouse mem"
Alahai....lega rasanya.
Tanya plak train last kul baper.Dia kata kul 12am camtu.Oh...lega lagi sekali.Takpelah,at least kitorg dh tau camne nak balik ntt.Cuma aku risau kan laki aku.Kang Fatih bgn...ngamuk kat lautan manusia tu kang,camno.
Elok jer parade show tu habis...tetiba melesap semua org.Eh,magic sungguh.Cepat cepat pergi tempat td.Lega aku nampak laki aku tgh dukung Fatih dan dia masih tidur.Ingatkan nak kena marah,laki aku cool ajer.Dia mmg cool,aku jer yg menggelabah selalunya.Panik sokmo.
Dia tanya kut aku nak tunggu show bunga api.Tapi mengenangkan takut bersesak ngan org ramai plus dh penat sgt...moh ler balik.Esok dh lah pagi pagi nak gi airport dah.
Alhamdulillah...walaupun dh tak jumpa ahli rombongan kat mana mana dah kat Disneyland tu,kami selamat sampai kat hotel.Rupanya mmg semua pun balik sendiri sendiri.Yelah,org ramai plus masing masing bwk family mmg payah ler nak ikut jadual nih.Takpelah...yg penting semua selamat sampai.
So....goodbye Disneyland...kenangan paling terindah..