Friday 9 January 2015

TRIP SHENZHEN-DAY 1

Assalamualaikum...

Sambung balik cerita trip ke HK & Shen Zhen dari episod HK1,HK2 dan HK3.

Setelah 4 malam kat HK,hari Rabu kami gerak ke Shenzhen pula utk lawatan kerja kat sana.

Ikut plan asal,diorg semua nak gerak awal pagi tapi laki aku mintak dorg gerak dulu tak payah tunggu kitorg.Kitorg sefamily cadang nak gerak dlm pkl 10am gitu sebab kalau pergi awal pagi takut clash ngan org yg nak gi kerja plak sbb kami akan naik train ke sana.Kalo rombongan lain takpe lah nak bersesak sbb tak bwk anak kecik.Kitorg ni mana nak pikul baby lagi,nak seret bag lagi.

Aku kemas kan baju dlm beg kecik sbb nak pergi sana cuma 2 malam.Bagasi besar kami tinggalkan kat Royal Plaza Hotel sahaja.Bagus servis hotel ni..dh check out pun boleh tumpangkan brg lagi...heheheh.

Turun ke lobby dlm pukul  10am camtu,tgk yg lain pun ada sekali.Rupanya diorg meeting semalam dan decide gerak sekali in case ada ahli rombongan sangkut kat imigresen China...kan naya.Ooo...gitu rupanya...aku jer tak tau laki gi meeting.Ingatkan keluar hisap rokok.

Patutlah boss besar tempahkan kitorg hotel ni.Keluar jer dari lobby,terus ke MTR station Mongkok East ke Lo Wu (border Shenzhen).Memang sgt sgt convenience terutama dgn family kitorg ni.Mana nak bwk stroller Fatih lagi dgn dia yg tak nak langsung duk atas benda alah tu,dgn nak pimpin Rafhanah lagi.Nasib baik ada anak Kak Wan...kitorg panggil dia Baby sbb dia anak bongsu walaupun umur dh cecah 11 tahun..hihihi.Mak dia suruh dia tolong kitorg seret beg.Terima kasih byk2 Kak Wan...jasamu hanya Allah saja yang mampu membalas.

Disebabkan perjalanan akan ambik masa dlm 30-40 minit gitu,maka adalah digalakkan ambik first class coach.Jadi InsyaAllah akan dpt tempat duduk.Aku tak ingat sgt rate dia berapa...dlm HKD70 camtu kut utk dewasa.Just validate Octopus Card tu dekat platform sahaja.Ada platform khas utk first class coach tu.Memang tak ramai org...

Saja nak tunjuk first class coach.Ceh...

Sampai kat station Lo Wu atau juga disebut Luohu...tu dia,ramai aih manusia.Lepas tu masing2 jalan laju laju plak tu.Terjumpa plak dgn ahli rombongan lain.Tapi,bila dh kat kaunter imigresen,terus tak nampak lagi dah sbb ramai sgt org.Ada byk jenis kaunter,ada yg khas utk Hong Kong resident,Macau dan foreign tourist.Lagi plak,nak masuk kena isi borang lagi.Terkial kial nak isi borang sambil beratur sambil kejar Fatih.Memang budak bertuah tu dikawal ketat.Tak sanggup aku hilang anak kat tgh lautan manusia nih...

Alhamdulillah,walaupun org ramai tapi urusan kami lancar.Disebabkan kami bwk Fatih,siap Pak Kastam tu bg potong que lagi...haaa,saya suka saya suka.

Sebelum masuk ngadap imigresen...suruh Hanah posing kat sini dulu.


Kat sini yg beza dgn HongKong adalah communication barrier.Diorg hanya bercakap bahasa Mandarin/Cantonese.Time ni lah aku menyesal tak ambik kelas Mandarin kat U dulu...bila tanya soalan dlm simple English pun,diorg akan balas balik ngan bahasa cina jugak.So,kdg2 kitorg kene guna bahasa isyarat.Tapi...jgn risau sgt...masih boleh survive.

Kat sini,ketua rombongan ingatkan kami kalau nak gi mana mana,mintak tolong staff hotel tuliskan nama tempat dlm bahasa Cina kat kertas termasuklah nama hotel.Jd senang tunjuk jer kat driver taxi tu in case diorg tak tahu berbahasa Inggeris.

Awal awal sampai dh kena auta ngan ulat teksi tau.Tulah...dh terpisah ngan group lepas tu masalah komunikasi plak.Nak amik map kat mana tak tau.Bila tanya sekitar,rupanya dijual.Tak jadi ambik.Datang sorg lelaki..offer taxi.Ingatkan taxi standard tu lah,rupanya prebet sapu...eh,tak jugak.Keretanya agak mewah makanya tambang juga lumayan.¥150 dia caj.Sampai hotel jumpa ahli rombongan lain...diorg ckp kene beratur amik teksi tapi pintu mana ntah,tambang ¥15 jer.Huhuhuhuhu...nangis mak.Jadi,hati2 yer,make sure ambik taxi biasa jer.Map pun hotel bg free jer.Nasib tak beli.

Currency sini ialah Yuen/RMB(¥).Ada org ckp,kalo nk beli brg kat area station LoWu (LuoHu),ada kedai yg masih terima HKD tapi eloknya tukar jer siap siap.Sonang.

Check in kat Metro Park Hotel.Masa sampai tu still awal lagi dlm pukul 1pm tapi kami dibenarkan check in.Cuma kena tunggulah kejap sementara housekeeping bersihkan bilik.Masa aku masuk,amoi cantik tgh kemas.Lawa sungguh,sopan dan sentiasa senyum jer plak tu.Nasib baik laki aku gi hisap rokok kat bwh kut tak ada yg bwk blk madu dr Shenzhen...muahahahaha (nak sgt ke?)

Sampai jer kat bilik...si Fatih dh start mengganas sampaikan amoi hsekeeping tu bg isyarat kat aku yg dia letak tempat habuk rokok belakang TV.Hahhahaa...paham dah dia.Rafhanah plak tertidur atas sofa...cian.Penat yer nak?

Rehat sekejap,mandi,makan dan solat,kami turun ke lobby.Cadangnya nak ke Window of the world.Nak sewa bas utk rombongan kami.Tunggu hampir sejam melangut kat lobby...tak sampai sampai.Depan hotel tu ada polis buat latihan tangkap penjenayah dan ada demonstrasi bomba jugak.Jadi..dh mcm tgk wayang plak kitorg kat depan hotel tu...hahahaha.Tak lah bosan sgt cuma aku keletihan nak kejar si Fatih ke sana ke sini.Yg lain lain hanya mampu tersenyum jer tgk kitorg berkejaran riang...adoyaiii...

Dah lebih sejam...kentut asap bas pun tak bau,ketua rombongan cancelkan trip sbb dh lewat petang pun.Jadi,masing2 jalan sendiri sekitar hotel jer.Ada ahli rombongan nak beli beras tapi diorg menghala ke shopping mall.Kitorg sefamily plak redah lorong2 belakang bangunan.Jumpa kedai runcit.Dapatlah beli beras pakai timbang.Kitorg beli ¥3 sahaja.Selain tu,beli telur,buah dan mainan jugak.Nak inform geng2 lain,takleh nak call.Takde sapa yg beli simcard sini.Laki aku whatsapp dorg,takde yg reply.Bila blk bilik...baru tau dorg beli beras kat shopping mall yg bungkusan 5kg.Harga ¥30.Tapi takpe sbb pastu diorg agihkan kat member2 lain yg tak jumpa2 beras sampai ke sudah.Sbb bila tunjuk gambar beras kat local sini,diorg tunjukkan nasi.Pengalaman kan?

Kawasan bahagian depan hotel.Byk gila kedai kat sini.Malam malam lagi happening.

Beli buah...dan Hanah sedang eksyen ngan mainan dia.Nasib baik Fatih tertido kat stroller time ni lepas dpt mainan.So leh ronda ngan aman...hihihihi.

Masa jalan jalan tu,kami nampak satu kedai makan Chinese Muslim siap ada logo halal.Bangunannya berhadapan ngan hotel,lintas jalan sebelah kiri.Dekat gila ngan hotel.Balik dr merayap,laki aku ckp takyah masak,dia nak try makan kat situ.Yelah,alang2 melancong...kita try lah local food kan.

Ni kedainya..depan kedai dia bakar sate.Yg berdiri pakai baju putih tu lah tukang buat mee.


Balik bilik dulu,mandi dan solat pastu keluar balik gi makan.

Masa nak order,tak tunjuk menu pun.Nasib baik kat dinding ada tampal gambar makanan jd kami main tunjuk saja nak makan apa.Aku lak time tu tak rasa nak makan mee sgt just order sate kambing.

Laki aku ambik mee sup mcm tulah.Mmg tak tau nama..hehehehe.Okeylah rasanya tapi rasa herba tu agak kuat.Si Fatih makan semangkuk kecik habis licin.Diorg buat mee tarik tu kat depan kedai.Sambil makan sambil tgk diorg buat mee.

Adik..makan slow slow..tercekik kang...nasihat Rafhanah kat Fatih

Sate


Sate tu mmg lah tak sama kan dgn sate kita yg diperap ngan rempah ratus apa bagai.Rasanya mmg plain cuma ada chili flake tapi okeylah.Boleh tahan..cuma aku tak kena ngan tekak aku sbb aku tak suka pedas.Sudahnya laki aku gak yg abihkan.

Ada jual nasi jugak kat sini.Mcm nasi goreng lah kut.Potion makanan mmg banyak yer.Satu pinggan boleh share 2 org dan sgt murah.

Tgk mee kat gambar..cam sedap jer.Sebelum blk rasa cam nak bungkus bwk blk.Masa tu terus berpikir laki bini camne nak cakap ngan waitress tu nak bungkus mee nih.Tetiba teringat,selalu kalau nak bungkus makanan kita sebut "tapau" kan? So,laki aku tunjuk gambar makanan pastu sebut tapau...eh,paham plak dia.

Syukur sgt kita hidup dlm masyarakat majmuk jd ada jugak budaya dan sedikit bahasa bangsa Cina yg kita boleh guna kat sini.Walaupun bahasa tu dh jd bahasa rojak kat sini,at least diorg paham gak sikit...okeylah tu.

Dan...mee tu sedap gila hokey...terngiang ngiang kat tekak sampai skang.

Ni mmg terbaikkk...
Masa sembang ngan ahli rombongan,diorg ada jugak gi resto makanan halal tapi bkn kat sini.Maknanya ada lagi lah kut restoran makanan halal kat sini.

Dah kenyang...tak merayap lagi dh.Balik hotel,aku gosok baju kerja laki aku,basuh baju ( hotel ni ada mesin basuh dlm bilik) pastu terus tido.

Sambung day 2 esok lah...pjg sgt dh bebel ni...nite nite.








3 comments:

  1. bestnya dapat teNgok tempat org kan..
    anak anak pon happy je..

    ReplyDelete