Friday 28 February 2014

HABISLAH KAKAK ALONG!

Assalamualaikum...

Hari ni aku malas nak prepare breakfast sbb baru tadi aku cakap ngan laki tekak aku mengidam nak makan kuih tepung gomak...tekak aku tau yg nak..bukan salah aku..ngaaaaa,sedapnya tepung gomak.

Jgn plak sangka aku nak up entry resepi tepung gomak plak.Entry aku dan tajuk serta jalan cerita mmg selalunya akan tersasar pada perenggan pertama.

Semalam aku nonton cerita "One born every minute UK".Tak sangka citer org kat labour room sekarang dh jadi reality TV.Jap lagi tak mustahil kisah org sembelit pun boleh jd modal reality TV.Mcm mcm betul dunia sekarang ni.

Biasalah org nak beranak kan,mestilah ada tunjuk scene yg dia menjerit,mengerang kesakitan..so hakim yg sebelum tu tgh sibuk tembak aku ngan senapang mainan dia tetiba tercegat depan TV.

"Kenapa dia menjerit mcm tu ibu?"tanyanya.

"Oh,beranak ni sakit tahu..sebab tu lah dia jerit"aku jawab sambil teguk air kopi.

"Oooo....hmmmm..abihlah kakak along (merujuk pada Amani)"katanya.

Tersembur air kopi!!!
"Apsal Hakim cakap mcm tu?"
"Yelah..nanti kakak along dh besar,mestilah dia pun beranak"balasnya..innocent.

Adohai hakim....

Thursday 27 February 2014

CAR SEAT BABY

Assalamualaikum...

Since dua minggu lepas aku memulakan misi mencari carseat utk Fatih.Carseat yg diguna skang sebenarnya dihadiahkan dek kawan aku masa lahirkan Amani...ha,imagine lah dh baper lama tuh? Memang carseat tu sgt berjasa dan tahan lama sampai 4 org pakai.Terima kasih banyak banyak Pia..

Lagipun,carseat tu sesuai utk bayi kecil jer.So,bila Fatih dah cecah 10 bln ni,dia dh takmo baring baring lagi dah.Berlagak tu nak duduk ajer sampaikan tido pun cenggini haa..

Jenuh nak betulkan badan dia suh baring...dia tetap blk duduk camni

 Tapi..ada sad story...hukhukhuk.Aku ni tak pernah lagi survey carseat tp pernahlah baca psl harga dan lain lain psl carseat ni.Aware lah jugak yg harga carseat ni boleh cecah ribu jugak kalo yg berjenama dan berkualiti tinggi.Tapi xderlah expert sumer bende pun aku tau pasal brg baby ni.

Aku memang xde lah nak target yg mahal mahal sebab sedor diri kan..hohohoho.Nak yg murah sgt pun kenalah tgk dia punya ciri ciri keselamatan dan keselesaan jugak.Nak beli utk anak takmolah berkira sgt and at the same time tgk kemampuan poket jua...
And to be honest..mmg tak reti lah nak pilih yg mcmmana.

Jadi dgn confidentnya gua terjah satu butik bayi.Dan,aku dgn gaya selebet dukung Fatih dan mengheret dua lagi anak.Sampai kat muka pintu,ada dua org kat kaunter.Sorg langsung tak pandang...lagi sorg tgh menulis sesuatu kat meja.Angkat muka tanpa senyum pun..aku jer yg cam kerang busuk tersengih lalu bertanya.. "Boleh tak nak tgk carseat?"

Masa tu takde customer pun.Aku jer satu satunya.Lalu dibawaklah kat tempat carseat.Seminit kendian,aku rasa serupa org bodo...

Aku belek dari hujung.Semua nampak serupa bagi aku tapi napa harga lain lain?Lalu aku tanyalah kat budak tu..apa apa yg patutlah mcm..sesuai sampai umur berapa?Baper kg boleh tampung? Dan mcm mcm lagi...

Respon salesgirl itu ialah....
Sepatah ditanya,sepatah dijawab.Muka langsung takde senyum.Masa aku belek,dia tercegat jer kat blkg aku siap buat muka bosan.Krik krik krik krik....Takde langsung inisiatif nak tolong cadangkan ker atau tanya aku nak yg mcmmana ke?Dia menyandar kat baby cot sambil belek kuku.

Serius aku mati akal time tu.Sedih pun ada.Macam hina sgt aku ni tak layak nak masuk butik bayi tu.Aku tahu lah harga carseat kat situ plg murah pun RM399.Cecah RM1K pun ada..bkn taraf aku lah kut.Dah nama pun survey,mestilah aku masuk butik bayi.Takkan aku nak cari kat butik tudung Fareeda pulak.

Lepas 10 minit,aku rasa sangat tak selesa dia buat reaksi mcm tu so lets berambus lah.Seret anak anak turun dan berjanji takkan jejak situ lagi.

Last weekend,husband aku kena gi kursus kat A Famosa Melaka.So,on the way balik,kami nak singgah ke Rembau ambik mak mentua aku sebab dia ada appointment kat HUKM isnin tu.Masa nak balik aku sound kat laki aku jomlah sama sama gi cari carseat.Cari sorg2 ni payahlah sbb aku nak gak tau apa opinion dia.So laki aku kata jom singgah pekan Tampin jer sebab dh dekat ngan kampung.

Rayau punya rayau..akhirnya kami jumpa butik bayi Anakku.Cecah jer kaki masuk,sorg chinese lady terus sapa aku.."Ya puan,cari apa ya?"

Bila aku ckp nak cari carseat,terus bwk pergi kat tempat carseat dan tanpa ditanya,explain setiap jenis yg ada kat situ siap bagi option kalo tanak yg mahal,yg affordable pun ada.Bila aku dh berkenan satu,dia terus ajar aku mcmana nak adjust belt,nak adjust kedudukan seat etc.

Kat kedai tu mmg tak banyak pilihan dan mulanya aku ingat nak pergi survey lagi.Iya lah,alang alang cari biarlah berkenan betul betul.Mana tahu tempat lain ada yg lagi okey.

Tapi,melihat kesungguhan beliau mempromote kat aku,terus tak pikir panjang.Aku mmg camtu,senang aje nak buat aku terpengaruh pun.Tanya laki aku..okey tak yg ni?Laki aku mcm biasa lah.."suka ati ayang lah"..terus aku beli.

Kebetulan plak kawan laki aku baru sambut baby baru.Jadi alang alang dh kat kedai baby,beli terus hadiah baby dan stokin Fatih.

Mission accomplished...

Masa nak bayar,aku lupa plak bwk membership card.Terus dibaginya no fon dia suruh aku sms no card nanti dia key in kan dlm sistem so boleh collect point.Rugi katanya kalo aku tak ambik.Dan,dibaginya plak satu free gift worth RM20 walhal brg yg aku beli bukannya mahal pun.

Boleh guna utk rafhanah,xderlah penat aku melilau cari dia kat mana nanti..

Moral of the story...
Dalam berniaga,perlulah tahu camne nak tackle customer.Asalnya aku cuma nak survey,tak rushing lagi pun nak beli sebab hajatnya weekend ni nak try cari kat area Shah Alam or Sunway plak.Tapi,sbb layanan yg bagus,explanation yg lengkap buat aku tak pikir panjang lagi dah.Betul,aku bkn beli harga ribu riban pun,tapi aku boleh buat word of mouth marketing utk dia.Pakkal jauh jer,kalo tak aku mesti gi kedai dia ajer.

Aku takde niat nak kutuk salesgirl butik first yg aku pergi tu,maybe haritu dia gaduh ngan boipren ke apa ke kan..tapi kalo ikut logik,takkan dua dua pun gaduh ngan boipren sampai takde mood nak layan customer kut?

Apa apa jelah..yg penting..Fatih dh boleh bergaya ngan carseat baru.Takdelah ko tido menonggeng lagi nak...

I yem da boss!!





















Monday 24 February 2014

BIRTHDAY PARTY

Assalamualaikum..

Lama bebenor aku berhibernasi.Nak mencari mood menulis catatan mcm nk cari idea nulis novel gayanya.Padahal..catatan biasa jer kut.

Weekend dua minggu lepas dipenuhi ngan aktiviti menghadiri besday party.Dua party jer..bunyi cam banyak sgt.Kebetulan jatuh hari yg sama.Satu jemputan dr kwn laki aku..satu lagi dr kwn aku.

Memula pergi rumah kwn laki aku dulu.Nasir dan Ayu..sambutan hari lahir dua org puteri mereka.Tema Hello Kitty..i loike!!

Gambar gambar di hari kejadian:-



 Aku paksa anak anak posing dulu sementara tunggu nak potong kek..


Serba serbi pink..tapi comel sangat.Semua Hello Kitty lak tu..aku plak yg excited.Anak anak rilek jer..


Yeahh..mari makan.Fatih duk jer merangkak situ sambil tgk org makan.Dia dh kenyang makan kat umah.

Kek yg comel..tapi tak makan pun sebab rushing nak pergi kat party lagi satu

Semua deco dan food,Ayu buat sendiri.Gigih kan...salute lah..

Lepas sejam..kami ke Ara Damansara pulak utk besday party Rayyan dan Daniel.Tema Ninja Turtle.

Kalau tadi party utk 2 puteri,kali ni utk 2 putera Sofia dan Najib plak.

Layan gambar:-





Party ni di buat kat dewan so ada tempat bermain tu.Apa lagi...sakan lah anak aku.Sampai ajer,tak sempat duduk..terus gi main.



Walaupun baru sekejap tadi dh membedal nasi ayam dan kuih yg sedap,tapi food kat sini sgt ohsem..hahahahha.Tgklah muka rafhanah yg menghayati keenakkan pizza.

Petang tu kami balik dgn puas hati sbb anak anak aku sgt enjoy.Seronok sgt diorg..dapat main,makan dan dpt doorgift.Hasilnya.....


Okeh..dah boleh bukak kedai runcit.Cukup stok sebulan..hohohohoho.

Anyway..terima kasih pada tuan rumah...Nasir &Ayu serta Sofia &Najib sebab menjemput.

Friday 14 February 2014

TRIP TO KELANTAN DAN PULAU BANDING PERAK

Assalamualaikum...

Cuti raya cina hari tu kami ke Kelantan utk kenduri sambut menantu adik ipar aku.Sepatutnya up entry dia kahwin dulu tapi maleh tul nak pilih gambar yg berlambak tu.

Gambar yg nak dipilih of course lah gambar gue...pengantin dah tentu tentu cun..yg hakak ni kenalah pilih betul betul supaya kelihatan jelita di mata masyarakat....hohohohohoho.Jgn dilayan sgt...hoh.

Nasib baiklah adik ipar yg kahwin..kut tak maleh nak ke mana mana time CNY ni sbb pengalaman sblm ni...mmg jammed jalan kalau nak ke mana mana.

Kitorg bertolak pagi subuh hari Jumaat.Plan asal kul 4am kononnya nak gerak.Sekali...kul 4 aku sorg jer yg terkebil kebil bangun.Driver lena lagi.Last last..aku goreng bihun,keropok lekor dan karipap utk bekal.Gerak dua kereta dr Shah Alam.Lagi satu kereta gerak dr Rembau.Anak anak tak mandi..angkut jer masuk kereta.

Rupanya..nasib baik gerak subuh.Laki aku call kawan dia yg juga nk ke Kelantan,gerak kul 1am..jammed gile katanya.Rupanya ramai yg berpikiran mcm kitorg..

Alhamdulillah,perjalanan lancar sampailah kitorg berhenti singgah kat satu masjid.Bagus masjid ni,semua lengkap.Ada bilik air dan tempat makan sekali.Mmg tepat pilihan kami.Tapi area mana aku lupa plak...dekat dekat Gua Musang jugaklah rasanya.Anyone kenal masjid ni?


Lepas mandikan bebudak ni semua,makan siap siap baru gerak balik.Tapi pastu singgah lagi kat R&R Gua Musang..makan lagi.




Dalam perjalanan..aku paling suka pemandangan ni..cantik.Masa ni tak jammed lagi.Dah masuk Kuala Krai..Ya Ampun dia punya sesak.

Dahlah jammed..driver "termakan buah langsat"plak.Sudahnya pukul 5 ptg baru sampai ke destinasi.Area Tanah Merah.Penat gila..11 jam perjalanan.

Esoknya,majlis bersanding start kul 3 ptg sbb adik pengantin lelaki (adik ipar aku pengantin pompuan)pun menikah hari yg sama dan bersanding kul 12pm jd turn dia bersanding kul 3pm.Kiranya adik ipar aku sanding round kedua lah.

Pengantin....


Acara yg ditunggu tunggu...makannnnn



Lauknya sangat sedap.Lagi lagi gulai daging dan kambing tu.Biasanya aku lebih suka ayam...kali ni bolayan sama itu ayam...

Lepas makan kenduri..lagi dua kereta (makpak mentua dan adik adik ipar yg lain) terus gerak balik ke Rembau dan Shah Alam sbb masing masing xnak menempuh jammed hari Ahad.

Kami sekeluarga plak...singgah ke Pulau Banding..bercuti dua malam since Isnin tu kan hari Wilayah.Laki aku lah yg beria sgt nak dtg sini.Yg lain lain taknak ikut sbb masing masing kerja hari Isnin.

Aku suka bercuti tepi laut sbb aku lahir dan membesar kat kawasan yg ada pantai.Laki aku plak mmg suka kawasan hutan lipur dan tasik.Dah selalu sgt cuti tepi laut,kali ni ikut selera dia plak.

Kami singgah kat Banding Lakeside Inn.


Ni pintu depan dan kat reception area.Kat sini staff kebanyakkannya budak budak muda dan anak tempatan.Peramah dan rajin...tabik.


Ini bilik standard.Tak dapat lake view room sbb hotel dah penuh.Masa booking ni pun,tinggal dua bilik ajer.Tapi kira okey jugaklah..not bad.

Kitorg sampai pun dah nak maghrib jadi xde apa apa nk dibuat.Makan malam pun makan bekal lauk kenduri tuan rumah bagi.Lepas makan terus tido.

Esoknya,lepas breakfast,laki aku pergi kat receptionist.Rupanya dia booking bot round Tasik Temenggor.Asalnya sbb kami satu family jer jd caj satu bot RM 280.Pastu masa nak naik,ada tambah lagi 2 org tourist jd kami bayar RM200 jer.

Jeti tempat kitorg naik boat.





Sempat posing walaupun bot tengah bergerak laju...muka muka gembira dapat naik bot..hehehhee..


Si Fatih ni yg paling gembira...seronok sgt air terpercik kat muka dia.

Aku selalu confused panggil tasik ni Tasik Banding walhal namanya Tasik Temenggor.Yg Banding tu ialah pulau yg terletak kat tasik ni.Round lebih kurang sejam keliling tasik ajer.Tak sampai kut sbb mcm kejap jer aku rasa.Tak stop mana mana perhentian pun.Yg best ialah anginnya sejuk.Menggigil anak anak aku.



Ada jugak pulau kat sini yg ada chalet.Ni salah satu yg kitorg lintas...Pulau Tali Kail.Tu diaaa..terang lagi bersuluh suh ko mancing kat sini..

Dalam kul 11 selesai,ada ke anak anak ajak mandi kolam.Panas lip lip pun ta kde hirau..aiyyoooo.Laki aku plak melayan...lantaklah kome.


Kat sini kolam bukak sampai malam.Malam cantik woo ada lampu kat tepi kolam.Siap ada tempat utk buat BBQ.Tapi bila siang..cenggini ajelah rupanya.Bila duk nengok tasik ni...aman jer.Bestnya kalo dpt bilik ngadap tasik.

Selesai mandi,masing masing dh lapar.Aku malas dh nak keluar so makan kat hotel ajer ler.Sampai kat restoran,masing masing letih dan ngantuk.Mulalah buat perangai.


Pic ni aku snap dari dalam restoran.Masa breakfast td ramai gila org tak dan aku nak duduk tepi balkoni.Time lunch ntah mana pegi sumer org kami jer satu family makan kat sini.Masya Allah..Subhanallah...indah sungguh pemandangan.Patutlah laki aku beria ajak datang kat sini.Tenang,sunyi,damai dan boleh hilangkan stress...

Dah lunch,blk semayang dan terus membuta satu family sampai petang.Pastu mandi kolam lagi.Haishh...

Petang tu cari dinner kat luar.Makan kat hotel boleh pengsan tgk harga.Nescafe ajer dah RM9 lebih.Harga makanan munasabah jugaklah pasal sedap.Makan mee goreng jer pun tapi sedap...

Makan kat jeti awam apa
ntah namanya.Dekat situ jugak..

Malam mmg takde apa aktiviti.Nak gi mana jer pun..jadi laki aku dan anak anak main gusti.Malas nak bubuh gambar sbb ganas sgt...lantak korglah.Aku plak tak sudah sudah lapar.Jap buat air,jap makan roti,jap makan buah...


Budak budak yg baru selesai main gusti ngan daddy.Yg sorg dah tewas awal..ahaks.

Esoknya lepas breakfast,laki aku bwk anak anak gi mandi kolam sementara aku kemas brg.Pukul 11 check out.Saja check out awal sbb takut lambat sampai.

Dan seperti yg dijangka...seperti musim musim perayaan yg biasa...jammed sampai KL...huhuhuhu.Takpelah...yg penting happy:)


Saturday 8 February 2014

DRAMA LAKI BINI DI HUJUNG MINGGU

Assalamualaikum..

Malam semalam aku sakit perut..jd aku tido lps maghrib.Ingat nak tido kejap jer..rupanya lajak smpi kul 5 pagi.Terkocoh kocoh bgn nak semayang Isyak..

Alang alang tu terus tunggu Subuh sebab kalo aku sambung tido jawabnya mmg miss lah.Lps subuh..aku cadang nak tergolek balik..ngantuk giler.

Tetiba laki aku kejut...
"Bangun yang..gi lah buat sarapan.Lapar ni.." katanya.
"Ala...ngantukkkkk"
"Ayg tido awal gila kut semalam.Jgn layan nafsu tido tu.Bangun laaaa"

Yelah yelah...malas nak dgr dia bebel..aku bangun jugak lah.Punyalah ngantuk..dah basuh muka pun terhoyong hayang lagi.

Masa kat sinki..terpandang sabun basuh pinggan dh abis.Spoil mood tul nak masak.Aku suh laki aku gi beli kat kedai runcit belakang umah ni jap.Dia plak merungut.

"Ala...nak kene pegi jugak ke?"

Gua dah lah panas ni sbb masih ngantuk...terus aku menjawab (isteri isteri solehah jgn ikut perangai ni yer..kuikuikui)

"Eh..tak payah lah bang.Nanti ayang basuh pinggan pakai clorox!" Saja jer aku provoke.

Pastu dia masuk bilik.Salin baju...
Masa dia keluar... dia tanya aku balik...

"Suruh beli apa tadi?Apa yg dah habis?CLOROX eh?"

Terus aku pitam time tu!!!!

"AXION BANG!AXION!"...Aku tak tau nak ketawa ke nak nangis.Sapa yg mamai skang ni?

Adoi...takkan dia percaya kut aku basuh pinggan pakai clorox?Ada ajer lah laki aku nih...




Thursday 6 February 2014

THANKS FOR BEING MY HUSBAND

Assalamualaikum...

Salam jumaat yer kawan kawan.Mesti hati berbunga riang sbb esok dah cuti.Mcm Hakim,hari isnin jer dah tanya sekolah lagi baper hari sbb tak sabar nak tunggu sabtu...*tampar dahi*

Okey...let's merepek as usual...

Kadang kadang kan,aku ada gak terbaca kisah kisah romantik.Mcmmana sweetnya laki org ni celebrate besday bini or out of blue,simply say "thanks for being my wife" dan macam macam lagi.

Belum lagi tgk ucapan romantik suami kat FB pastu tagged isteri dia.Kadang kadang pernah jugak aku terjumpa pasangan laki bini ni communicate via FB (bkn private msg..kalau PM aku pun xleh baca) siap bersayang sayang.Ataupun baca kat blog mcmmana si suami buat surprise utk celebrate besday isteri dgn book hotel,candle light dinner dan mcm mcm lagi.

Romantik kan?

Bila terbaca kisah kisah sweet misalnya,pernah jugak aku tagged laki aku.Tapi sangat jarang.La ni langsung tak.

Sebab....takde respon.Like pun tidak.Hampeh tul.Taknak komen pun..like ajelah bang oiii...hehehehehe

Awal awal kahwin...still celebrate besday or anniversary.Tapi la ni,bgn pagi dapat ucapan "happy birthday "or "Happy anniversary" pastu kehidupan diteruskan seperti biasa.Kalo nak special treatment mcm dinner tempat best best pun..aku kene request.Harapkan dia nak arrangekan buat surprise,takde lah.Hadiah?Takde...maksudnya takde on that particular day.Hadiah mungkin dipostponed ke bulan depan...gitu.

Lalu...aku yg sgt terpengaruh dgn cerita romantik hollywood mahupun bollywood ini merungut kepada beliau pada suatu hari.Masa tu dah nak tidur..tapi borak borak jap.

Aku tanya dia napa dia tak romantik? Tagged citer suweet suweet pun buat bodo ajer.Celebrate besday or anniversary romantik romantik ke? Last sekali disudahi dgn pertanyaan "abang dah kurang sayang ker kat ayang?Mentang mentang dah anak 4" aku mengada mcm biasa.

Dia gelak kecik jer pastu dia jawab...

"Sayang lah...mana boleh tak sayang.Memang lah tak boleh nak romantik sebab abg bukan jenis mcm tu.."

"Abih tu..dulu boleh.Bagi bunga lah..surprise gift lah.."

"Yelah...dulu muda muda.Excited lagi.Tapi abg bukan jenis yg romantik.Nak buat mcmmana...tapi bkn makna tak sayang.Kalo tak sayang,buat tak tau ajelah"

"Tu tak buat apa apa...tak sayang la tu.."

Dia sambung gelak..pastu cakap..
"Ntahlah..susah nak cakap..hanya Allah yang tahu betapa sayangnya abang kat ayang dan anak anak"

Okeh...full stop...aku ngerti skang..

Maybe aku takde cerita pasal ke"sweet"an laki aku utk ditulis atau dishare ngan kwn kwn.Tapi deep down,aku bersyukur.Mana yg dapat laki romantik..sila double bersyukur ye..

Ini bahagian masing masing.Sebagai manusia biasa,aku pun teringin jugak nak berada dlm situasi mereka yg bertuah itu.Tapi,membandingkan laki sendiri dgn org lain adalah tidak adil.Itu salah aku.Aku admit.

Takpelah,dia tak romantik tapi dia tak pernah abaikan tanggungjawab.Makan pakai cukup.Nak apa pun belikan.Nak makan apapun usahakan.

Mendidik dan menasihat...aku ni kategori pompuan degil.Kuat jerit kuat marah.Tapi dia sabar.Tak pernah seinci tangan dia naik kat tubuh badan aku ni walau dia marah hatta tak pernah tinggikan suara pun.Dia cuma nasihat ajer.

Itu tak bersyukur lagi?

Maybe ada bende sweet yg dia buat tapi bila dibuat setiap hari,aku tak notice.Ataupun itu adalah bende common yg semua org buat.Nothing extraordinary and yet...still sweet sebenarnya.

Hari tu,aku dengar satu ustaz cerita kat radio tentang kisah bagaimana pentingnya kemaafan suami kat isteri.Mcmmana pentingnya isteri kena mintak ampun kat suami setiap hari.

Aku seloroh kat dia..."Ayg byk dosa ngan abg.Asyik marah marah jer...mcmmana kalau tak sempat mintak maaf ngan abg?"

Dia jawab..."Takpe,ayg tak mintak maaf pun takpe.Hari hari abg mintak ngan Allah supaya ampunkan dosa ayang..."

Tak cukup bersyukur lagikah?

Dia tak gemar aku tagged dia kat FB sebab dia malu katanya.Jadi..biasanya aku tunjuk saja cerita cerita sweet tu kat dia.Tapi..tetap cenggitu jugak.

Kalau dia nak bagi hadiah,dia tak tunggu special occassion ataupun hadiah berbalut.Aku selalu tak puas ati bila dia belikan brg yg aku nak pastu claim itu hadiah besday yg tahun entah bila...tapi at least...itu hadiah juga.

Jadi,tak mengapa kalau dia tak romantik,bg hadiah pun suka ati dia,tak respon ngan madah madah romantik yg dihantar padanya atau candle light dinner dia adalah dgn makan roti telur kat dapur ngan anak anak...cuma yg special..dia yg goreng roti telur tu..heheheh.

Sebab di luar sana...ramai yg mahu jadi seperti kita.Ramai yg didera mental,emosi dan fizikal oleh suami masing masing.

Bukan kata tak boleh nak berangan nak dapat laki romantik cenggitu cuma jgnlah paksa dia.Terimalah diri dia sedanya.Dan aku harap..dia begini lah sepanjang hayat.Aku tak tahu apa akan jadi pada masa depan tapi aku harap dia kekal begini.InsyaAllah...

As for me...masih tak salah nak berangan.Seperti kata adik aku..berangan xyah bayar....:p

Jadi...akhir kata.Utk laki tercinta...

Thanks for being my husband:p


Cweet tak?cweet tak?



Aku dgr cam ada org muntah????