Tuesday 29 October 2013

MAKE UP TUTORIAL

Assalamualaikum...

Hari ni topik kita uolls ialah make up tutorial yer.Walaupun sejak duk umah ni berselebet jer tak bermekap tak bermakna I dah lupa asas asas mekap yer.

Nanti kalau hari hari asyik rupa mcm Mak Lampir pun tak elok juga.Laki nak kene jaga jugak.Walaupun laki mak tu rupanya cam ahli gusti,mana tau ada yg berkenan (mampus kutuk laki sendiri)...ahli gusti kacak ape...##kaberline##

Okey...mula mula..tgk gambar ni dulu.Aku pakai anak dara aku utk jadi model...Murah..xyah bayar.Aku.kedekut..


Okey..cuci muka kasi bersih dulu supaya bersih dari noda dan cela yer...

Pastu...amik lipstik.Jgn tanya naper nak pakai lipstik dulu bkn foundation.Teknik aku sedikit berbeza utk dptkan wajah yg cun melampau.Hanya pakai lipstik...

Okeh...pastu...
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :



 TADAAAAA......



 Cantik kan???

Comey tak Kak Ton???


























BAMBAM AND HIS FIRST SOLID FOOD

Assalamualaikum...

Hari Jumaat lepas..bawak Al Fateh Bambam pegi cucuk.Alhamdulillah,Doktor kata dia sihat dan tembun.Okey...ayat last tu aku tambah sendiri.Alah,itupun nk sentap..

Kejap jer masa berlalu...dah 6 bln dah si kecik aku nih.Hukhukhuk...kalo boleh,nak berhentikan masa supaya aku boleh peluk cium gomol dia puas puas.

Dia dh start meniarap masa umur nak masuk 5 bln.Almaklumlah..bontot berat sket.Nak pusing badan pun riuh rendah satu rumah dia jerit.

Bila dah terer..dah tak jerit lagi.Kemain eksyen..asal letak jer terus meniarap.Dah start angkat bontot tp gerak ke depan tak sampai seinci pun..hehehe

Dah tumbuh gigi sebatang...(nahas aku pasni).Habit dia skang asyik masuk jari dlm mulut..pastu gigit.Pastu air liur menjejeh...pastu masyammmmm...

Lepas genap umur dia 6 bln...aku dah ready nak bagi dia solid food.Semangat aku hari ni buat puree.Veggie puree.Carrot +broccoli..

Sekali....



Tengoklah muka siap kerut kerut lagi.Eiii....tak cedap betul puri nihhhhhh...

What do u expect son?Steak?

Esok...try bagi lagi.Amani siap suggest suh bubuh kurma.."Sedap ibu.."katanya.

Okey kakak along....terima kasih atas cadangan anda...











Friday 25 October 2013

KEGILAAN APAKAH INI?

Assalamualaikum...
 
Dalam tempoh minggu ini sahaja, terjadi 3 kes jenayah yg menggemparkan Malaysia.First,seorg remaja perempuan yg berumur 15 tahun dibunuh dan mayatnya dimasukkan ke dlm beg pakaian sebelum di buang.
 
 
Lepas tu kes rompak dan bunuh pekerja Ambank...
 
SUBANG JAYA - Kejam! Hanya itu yang dapat digambarkan apabila seorang pengawal keselamatan tergamak menembak mati pekerja wanita sebuah bank di USJ Sentral 2 sebelum melarikan sejumlah wang dari peti besi bank berkenaan, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa bersama tiga pekerja bank wanita diiringi pengawal keselamatan terbabit untuk mengeluarkan wang daripada bilik kebal.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek berusia 37 tahun itu melepaskan tembakan ketika dua pekerja wanita sedang membuka pintu peti besi berkenaan.

"Tembakan berkenaan mengenai wajah salah seorang pekerja, Norazita Abu Talib, 37, menyebabkan hampir separuh mukanya berkecai," katanya.

Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dipercayai bertindak sendirian.

Katanya, saksi mendakwa tiada sebarang percakapan antara suspek dan mangsa malah mangsa juga dikatakan tidak melawan.

Kejadian dilapor berlaku dalam tempoh seminit, suspek sempat mengaut sejumlah wang dan memasukkannya ke dalam beg sandang yang ada bersamanya
"Suspek yang menggunakan senjata ‘pump-gun’ kemudian keluar melalui pintu depan bank dan melarikan diri dipercayai menaiki sebuah motosikal," katanya.

Abdul Rahim berkata, suspek yang berkhidmat dengan syarikat kawalan keselamatan itu sejak setahun lalu biasanya bertugas di bank bersebelahan, namun semalam menggantikan rakan setugas di bank terbabit.

"Polis dalam proses memastikan identiti suspek kerana kad pengenalan dirinya didapati tidak wujud dalam rekod.

“Rakaman CCTV premis bersebelahan juga akan dilihat semula untuk siasatan,” katanya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Justeru, polis meminta bantuan orang ramai mengesan suspek yang masih bebas bersama senjata api digunakan dalam kejadian itu.
 
Kredit : Sinar Harian
 
Selang sehari,berlaku plak kejadian amuk yg mengorbankan 2 nyawa dan 2 lagi cedera parah
 
 
Aku tak tahu nak cakap apa...apakah kegilaan ni semua? Apa yg dah jadi?
 
Macam kes Allahyarhamah Norazita,aku paling rasa terkesan.Sebagai seorg yg pernah terlibat dlm industri perbankan,aku sgt terasa.Apa lagi yg boleh diharapkan kalau seorang pengawal keselamatan yg sepatutnya bertanggungjawab menjaga keselamatan staff  bertindak sedemikian rupa?
 
Dunia makin hampir ke penghujung.Kerana duit,manusia yg diharapkan menjaga keselamatan tergamak membunuh satu nyawa yg langsung tidak mampu melawan.Arwah hanyalah seorg wanita yg lemah.
 
Kita mungkin terlepas pandang...ada lagi pihak yg juga menderita.Rakan sekerja arwah yg juga saksi kejadian.Aku tak dapat bayangkan trauma yg mereka lalui.Semoga mereka tabah.
 
Buat keluarga arwah yg ditinggalkan..hanya doa yg mampu aku titipkan buat kalian.Semoga kalian tabah menghadapinya.Harap ada keadilan buat kalian.
 
Semoga roh Allahyarhamah Norazita dicucuri rahmatNya..Amin.

Tuesday 22 October 2013

MANA PERGI CD MOVIES AKU HAH?

Assalamualaikum....

Hari ni masak awal sket..sempatlah ada masa nak bersantai sambil layan movie kat youtube.Senang sket,sambil menyusu anak sambil layan movie.Multitasking sangaaatt
 ## bknnakmengajihembushembuskepalaanaktu# LOL...

Rasa urban sangat hari ni sebab guna LOL...ntah apa makna ntah tu..:p

Cerita pasal movie ni,laki aku selalu bengkek kat aku sebab suka tgk cerita komedi.Eh...suka hati aku lah kan? Dah dia duk layan citer lawan lawan,perang perang,ganas etc tu aku tak marah pun.Abih kuat pun aku bebel sebelah dia sambil mulut kunyah kopok pastu siap gi dapur bancuh kopi layan balik movie tu sampai abih.

Ah,rasa best plak tulis ayat senapas jer.Semputlah sapa yg baca nanti..

Aku nih kalau dah suka satu satu cerita,layan sampai pengsan pun tak apa.Masa kat kampus dulu,CD Mami Jarum tu sampai calar balar aku duk putar hari hari.Asal penat menelaah jer (baca buku kejap jer,penat yg lebih),aku bukak CD tu sambil makan Maggi.Uih...syorgaaa sungguh.

Tapi,sejak sejak aku berhenti kerja ni,dah takde masa nak layan VDC apa bagai nih.Kat rumah ni aku lagi banyak tgk kartun dari tgk cerita org.Nasib baik lah laki aku takdelah mcm abah aku..kalo tak,mesti duk layan cerita binatang hari hari..( National geographic,Discovery Channel etc)

Satu satu masa yg aku dapat layan TV ialah tetengah malam.Nasib baik si kecik tu tidur awal pastu dia mmg akan lena terus sampai pagi.Tapi,nasiblah kan,kalau ada citer best.Selalu kalau aku bukak,asyik citer hantu jer.Binawe sungguh.Dahlah aku sengsorg layan TV sambil lipat kain,mau terlambung lambung kain yg dah berlipat tu sebab terkejut punya pasal.

Since last week,aku duk layan citer Homeless To Harvard & Gracie's Choice.Citer ni best,based on true story,buat org rasa bermotivasi.

Dua hari lepas,aku cari Legally Blonde,takde full movie plak.

Semalam tgk My Big Fat Greek Wedding,pastu Monster In Law...

Hari ni perabih tgk Scary Movie 5 plak....

Sebenarnya kan...sebenarnya..nak tau tak napa aku tgk kat youtube? ( Mcmlah ada org kesah pun kan?)

CD aku sumer dah ilanggggggg...huwaaaa....

Saturday 19 October 2013

KENANGAN DENGAN CIKGU

Assalamualaikum...

Yeayy yeayy...ujan ujan...

Ujan petang petang plak tuh..selesa jer rasa.Sayu pun ada gak.Tak tau naper,kalau ujan petang petang hala ke maghrib tu,hati tetiba rasa sayu...haishh.

Hari tu masa tgh blogwalking,aku terbaca satu artikel pasal pekeliling "Hukuman yg tidak boleh dikenakan kepada murid murid".Betul atau tidak pekeliling tu,Wallahua'lam.Kalau di baca senarai tu,kesimpulannya ialah,murid murid takleh dihukum sama sekali.Sonang...
 
Aku bkn nak berdebat pasal benda benda mcm ni.Kalau aku menyokong murid murid kena hukum,nanti kalau anak aku kena cubit ngan cikgu sampai lebam pastu aku meroyan...org akan padankan muka aku.Ayat biasa..." Tak kena kat diri sendiri bolehlah cakap"
 
Kalau aku menentang plak,hmmmm...naik kepalalah kut bebudak zaman laaaa ni kalau sampai cikgu berleter pun dikira sebagai deraan mental.
 
Apa-apapun,baik cikgu atau makbapak mahupun murid sendiri adalah manusia biasa yg tak lepas dari membuat silap.Ada masa cikgu juga stress sampai .." Oppsss terlebih sudaaa..".Makbapak plak,kdg2 stress,serang cikgu plak.Dalam hal ni masing-masing kena tahu peranan dan tanggungjawab sendiri.Bukan mementingkan diri semata...
 
Chewah....dah mcm Fadzillah Kamsah plak.Aku xyah elaborate pjg pjg,takde sapa nak peduli pun.
 
Aku cuma nak cerita pasal kenangan kena hukum zaman sekolah nih...
 
Seingat aku,dlm zaman persekolahan aku,ada sorg cikgu yg kalau dia menghukum murid,murid murid rasa terhibur.Ajaib kan,kena denda pun seronok.Tak bermakna kitorg ni mental sgt sampai seronok kena denda,tapi cara cikgu tu unik and yet tetap menimbulkan rasa gerun utk tidak mengulangi kesalahan.
 
Masa tu Darjah 6...Nama cikgu tu,Cikgu Awang Ngah.Dia cuma mengajar budak2 Darjah 6 ajer.
 
Glamer tak glamer cikgu ni,since aku Darjah 4 lagi,nama dia dah jadi sebutan dikalangan murid2 darjah 6.Kira otai lah cikgu ni.Sebelum kami melangkah masuk ke darjah 6,kami dah kenal dia.Kata org dia kelakar tapi garang gila.
 
Masa masuk kelas dia,agak rasa seram sejuk.Tapi tak lama....
 
Darjah 6 ialah satu satunya tahun yg aku rasa tak mahu ponteng sekolah langsung.Cikgu Awang ni dia ajar kebanyakkan subjek kecuali English dan Pendidikan Islam.Jadi,most of the time dia mmg kat kelas kami ajer.
 
Tiapkali dia mengajar,kelas jadi riuh rendah dgn gelak ketawa.Dia memang kelakar,suka bercerita tapi tegas.Walaupun bergurau,jgn sesekali ko anggap it's ok kalau tak siapkan kerja or tak achieve dia punya target.Kalau buat jugak...nahas.Sekali dia marah...aku rasa mcm nak menyorok kat bilik guru besar pastu suh cikgu besar panggil polis.Over...
 
Dulu,masa sekolah rendah,kami ditempatkan dlm kumpulan.Dia akan buat target...misalnya,dalam satu satu kumpulan itu,kalau ada salah sorg yg tak berjaya capai target dia,let say 90% markah kuiz matematik,the whole group akan kena hukum.Jadi,ianya mengajar kami utk tidak jadi pentingkan diri.Kami berlumba-lumba berusaha,bukan utk kami nak menang sorg sorg,tapi utk memastikan the whole group berjaya.Get it? Dia tak apply konsep berjaya secara individu,tapi mesti semua org.
 
Kalau tak berjaya....siaplah.Macam macam denda yg dipikirkan.
 
Jalan itik sampai ke kantin,kena mencangkung kat longkang tepi kelas sambil buat buat meneran nak uuk..uuk,kena pakai poster " kami berjanji blablabla..."sambil masuk ke kelas lain,Ketuk ketampi,berdiri atas kerusi,berdiri depan kelas,kena berlakon,menyanyi dan mcm-mcm lagi.Kena ketuk dgn pembaris kat tgn pun ada,cubit tu adalah jugak tapi jarang sgt.
 
Kami boleh lagi gelak-gelak kena hukum.Riuh rendah satu kelas.Sapa yg tak dengar kata digelarnya Koleh Kacang ( nama kuih tradisional).Tapi,gelak gelak jugak,namun tak sanggup lagi kena denda,kami akan berkobar-kobar nak capai target dia.Mana tidaknya,setiap satu kuiz kena denda.Bygkan betapa penat kalau tiapkali tak achieve target.
 
Bila berjaya,dia puji.Dia bagi motivasi.
 
Kalau ada antara kami yg bercakap masa dia tgh mengajar,dia tak terus marah.Lagi plak kalau budak tu tgh leka sembang.Dia akan suruh kami diam pastu pakat-pakat renung budak tu.Dengar plak cerita budak tu.Sudahnya...memang takde sapa yg berani bersembang dlm kelas.
 
Setahun berlalu dengan sangat pantas.Cikgu Awang memang antara yg terbaik.Dialah cikgu,dialah bapa,dialah kawan.Dia suka cerita pengalaman dia mengajar di Sarawak,suka menyakat,suka buat kelakar dan dia mengajar dengan cara bercerita.
 
UPSR batch aku mencatatkan peratusan tertinggi yg dpt 4A ( masa tu ada 4 subjek jer kena amik).8 org...yaaa,aku sekolah kampung ajer.8 org tu dah cukup buatkan Cikgu Awang bergenang airmata masa serahkan slip result.8 org tu jugak yg masuk paper sebab dpt 4A.Zaman skang,kalau sebut 8 org jer yg dpt 4A,mau kena tutup sekolah tu gamaknya.Jgn gelak nooo...
 
Tapi...bukan dia sahaja yg byk menabur bakti pada kami.Cuma kerana dia guru kelas makanya dia jadi hero dalam cerita ini.Aku masih ingat Cikgu Kamariah,Cikgu Shaharom,Cikgu Wan Suhaidi ( walaupun dia tak mengajar utk bdk UPSR tapi dgn baik hati offer kelas tuisyen free almost setiap petang kat sekolah) dan ramai lagi.
 
Aku mungkin tak ingat byk nama cikgu...cuma mana yg teringat aku nak catit di sini supaya aku tak lupa sampai bila bila.Cikgu Haliah,Cikgu Norma,Cikgu Hindun,Cikgu Hasnah,Cikgu Siti Zabedah,Cikgu Zainun dan ramai lagi.Aku pernah kena denda,kena hukum...tapi aku tetap sayang cikgu semua.
 
Terima kasih Cikgu.....
 
Aku dah cakap...kalau time hujan,aku akan mula berdrama swasta...sayu jer rasa.Aku sorg ajerlah...Dah korg semua boleh bersurai.Cerita dah habis,bkn best pun....:) Thiii
 
 
 
 
 

Friday 4 October 2013

STRESS HARI JUMAAT

Assalamualaikum...
 
Stressssss......
 
Tetiba rasa stress.Tak tahu kenapa..rasa stress ajer..
Malas nak bercakap,laki balik pun tegur napa aku diam ajer,dia balik pun aku wat bodoh ajer.Time dinner aku duk dlm bilik.Diorg abih makan,aku pun keluar makan sorang sorang.Layan perasaan sendiri.Tau tau abih nasi sepinggan,semangkuk serunding,roti gardenia tiga keping.
 
Hmmm...stress teruk bebenorlah gamaknya...
 
Masuk dalam bilik pun,aku diam tak bercakap.Duk ngadap handphone,main Candy Crush yg dah masuk 2 minggu tak lepas lepas lagi levelnya lantas menambah stress aku.Ciss...
 
Pastu bukak FB,scroll down tak berenti...sekali lagi laki aku menegur.Makin stress...
 
Terus popok Al-Fatih,bagi BF,dia tidur.Pastu,tidurkan Rafhnah plak.Daddy nya,pandai pandailah tido sendiri ya...gua stress nih.
 
Semua dah selamat,keluar bilik.Kata org,makanan manis boleh mengurangkan stress.Godek godek esbok,ada coklat,ada aiskrim.Cantekkkk...
 
Selesai makan,tetiba aku terkejut.Aiskrim habis setengah tupperware.Giler tu!!Cekelat? Jgn citer lah,selesai sekeping 180g..bar besar tuh.
 
Ni bukan stresss....ni lapar nak mengketedarah...huhuhuhuhuhu.
 
I stress sebab I dah ada dabel chin tau..hukhukhukhuk...