Sunday 29 September 2013

TERIMA KASIH CIKGU

Assalamualaikum...

Hari Jumaat berkejaran di dalam hujan dalam misi menghantar Amani ke sekolah.Memula bawak Al Fatih gi cucuk.Nasib baik ari ni x ramai org,kejap ajerlah menunggu.

Balik rumah sekejap suh Amani tukar baju pastu ke Plaza Masalam sebab nak lunch sekali.Tak sempat dah nak masak nasik.Hakim tu bukan boleh lambat makan,jap gi dia nangis.Sebelum lunch pergi Giant dulu sbb Amani ada subjek pendidikan seni.Cikgu dah siap siap bagi list barang apa nak beli.

On the way ke Plaza Masalam,hujan turun mencurah curah.Aku dah gabra takut lambat.Alhamdulillah,Allah permudahkan jalan.Dapat parking betul betul kat tepi bahagian berbumbung.Dalam aku terkial kial tolak stroller ngan bawak 3 lagi budak kecik,ada sorg hamba Allah tolong aku sorong stroller baby.Thanks akak tak-sempat-tanya-nama.
 
Kisahnya terkejar beli brg Amani adalah kerana dia pun gelabah serupa aku masa kecik2 dulu.Byk2 perangai aku,yg ni plak yg lekat kat dia.Time aku kecik dulu,kalau cikgu kata A,mesti A..tak boleh B.Tak ada pengecualian..walhal cikgu tu boleh jer timbangrasa.Tapi aku selalu buat abah pening terutama masa zaman aku duk asrama dulu.Peraturan kata kalau outing/blk kg,mesti balik sebelum kul 6,jadi aku mesti paksa abah hantar aku sblm kul 6 petang.Kalau tak aku nangis.Walhal,penyelia asrama geng abah aku jer.Boleh jer nak kautim,tapi aku tak boleh.Aku takut,panik dan mcm2 lagi.Sudahnya org tua tu dapat saman speedtrap....
 
Mcm last week,boleh plak dia tertinggal brg2 utk subjek seni dia.Nak jadi citer lagi,beg duit pun dia tertinggal!Kut tak,bolehlah dia gi beli kat bookshop sekolah kejap kan.Nak tambah dramatik lagi....keta aku masuk bengkel!! Sebelum tu aku mintak adik ipar aku gi hantarkan dia ke sekolah.Pastu adik ipar aku terus ke KL.
 
Disebabkan perangai aku sama ngan dia,aku plak yg gabra lelebih ni.Mulalah berkira-kira...nak hantar ke tak? Tak hantar kang takut dia nangis dlm kelas plak.Padahal,budak darjah 1 jer kut,takkan tak bwk manila kad cikgu nak denda kut.
 
Tapi,aku tetap tak puas hati.Last last call taxi.Semangat aku berangkut 4 beranak naik taxi dlm hujan pergi sekolah Amani...kuikuikui...
 
Sampai sekolah,takde kira dah.Aku dah tgk jadual,time aku sampai tu,elok elok dah nak masuk time subjek Seni dia tu.Bagi salam depan pintu,keluarlah cikgunya.Berjuta kali mintak maaf mengganggu,cikgu cool ajer.Dah jadi mcm org Jepun depan pintu,sorg duk mintak mahap,sorg lagi duk memahapkan.Nasib baik tak terangguk angguk...
 
Tengok-tengok....dia dah ada manila kad tu.Katanya,kawan dia bagi.....
 
Hukhukhukhukhuk....nak,ibu datang naik teksi tahu? Huwaaaaa....
 
Tapi....ada bagusnya jugak aku datang hari tu.Memang cikgu tu nak sangat jumpa aku.Nak discuss ngan aku pasal Amani yg terlampau pemalu.Lama jugaklah kami duk sembang.Aku memang dah tau masalah ni since Amani tadika lagi.Dan,aku masih mencari jalan nak atasinya.Bila sembang ngan cikgu tu,at least aku tahu jugak yg Amani ada progress.Sebab,masa tadika dulu,dia langsung tak nak bertanya dlm kelas ataupun cikgu.Skang,kata cikgu,dia ada bertanya,tapi ,andaikata ada org lain jugak yg nak dtg bertanya,dia akan bagi laluan kat budak lain tu dulu.
 
Memang aku appreciate sangat sangat dengan keprihatinan cikgu tu.At least,aku boleh cari jalan jugak sebab kat rumah dia sgt berbeza.Sangat vocal dan menonjol.Kat sekolah lain pulak.Maybe,aku akan jumpa lagi ngan cikgu tu sebab bila blk,aku ada slow talk ngan Amani.Aku encourage dia masuk apa-apa pertandingan kat sekolah utk hilangkan rasa malu dia tu.Tapi,dia cakap,dia memang nak masuk,tapi katanya cikgu tak pilih dia.Aku pun faham kenapa cikgu tak pilih.Sah sahlah dia pemalu,memanglah akan ada budak lain yg proaktif akan volunteer dulu.
 
Memang itu cadangan cikgu tu.Katanya,kalau Amani mahu,dia boleh bagi peluang utk Amani sertai apa-apa pertandingan.So,aku ingat next week,aku akan call dia.
 
Apa-apa pun,aku terharu..terima kasih Cikgu.
 
Ada siri kedua kisah kenangan bersama cikgu...next entry perhap...
 
Nite nite



Monday 23 September 2013

PILIHAN DI TANGAN ANDA

Assalamualaikum...
 
Hari ni tak tau naper,teramat mengantuk sejak petang tadi.Tapi tahan jugak sebab aku ni kalau dah tidur,memang payah kang nak bangun.Lepas Isyak,aku terlelap.Al-Fatih plak yg biasanya lepas Maghrib tidur,eh...terbuntang plak bijik matanya.Dah tu,bising plak mulutnya membebel sambil sembur sembur buih.Eiiii...ibu picit pipi bambam tu kang...geyaaaammmm.
 
Dalam mamai mamai,sempat lagi mintak tolong laki aku buat itu ini.Ala, bukan selalu pun...suruh take turn jaga Al-Fatih plak,tukar pampers dia,bawak Rafhanah gi toilet,siapkan tempat tidur budak-budak..etc.Kalau dah dasar suka membebel,dlm mamai pun bulih bagi command.Ampun ye bang...
 
Tetiba,bila sumer dah okey,mata aku plak terbuntang buntang sengsorang ni haaa.Baru teringat,belum dinner lagi.Bukak periuk,ada nasik lagi.Bagus,selamat 3 pinggan pukul 11 mlm disudahi dgn roti aiskrim sebagai dessert.
 
Kawan aku baru post satu link blog pasal seorg ibu yg baru kehilangan anak due to Pneumokokal.Al-Fatihah...menangis aku baca kisah dia.Dan,lepas experience tu,dia decide utk promote vaksin PND.Vaksin ni boleh dikatakan baru jugaklah dan ianya optional.Aku tahu pasal vaksin ni masa lepas bersalinkan Hakim.Jadi,bila diterangkan oleh doktor ( dia tak paksa yer,ini optional) aku decide utk amik vaksin ni utk Hakim.Masa tu Amani dah setahun lebih,jadi doktor sarankan dtg balik masa umur dia 2 tahun utk satu jab ajer.Utk baby,ada 3 jab.Masa Rafhanah plak,aku tak amik masa dia bayi tapi bila aku ambil utk Al-Fatih,aku bawak dia sekali.
 
Dua tiga hari lepas plak,aku terbaca satu blog juga,kisah seorg ibu yg nyaris nyaris kehilangan anak disebabkan AEFI ( Adverse Effect Following Immunisation).Maybe anak dia allergic atau apa,tapi bila baca,sampai sesak nafas aku dibuatnya.Memang mendebarkan saat saat yg dilaluinya tu.
 
Ironi bukan...time time isu vaksin tgh hangat ni,mcm kebetulan plak terbaca dua artikel yg saling berlawanan.Tapi,ibu yg anaknya kena AEFI tu bukan anti vac,harus paham situasi betul betul.Dia cuma cerita pengalaman dia,cara nak buat report kalau anak kena AEFI.Bukan dia nak kempen menjadi anti vaksin.Tapi,end up,ada jugak yg bash dia.Dia dahlah dlm kegusaran risaukan keadaan anak,ada plak yg hentam,adohai...
 
Sama jugak dgn kes ibu yg pertama tadi.Dia cuma share pengalaman dia dan sedikit info yg sedikit sebanyak mungkin membantu ibu ibu lain utk buat keputusan.Tapi,ada jugak yg question dia itu ini.Adohai....
 
Hasil dari pembacaan dua artikel tadi,aku google lagi pasal vaksin.Tu dia...tak tahu plak ada perang pro vac vs anti vac.Memang lah aku nih,ketinggalan ketapi sungguh.Masing masing ada references dan hujah masing masing sampai aku jadi keliru.Semuanya nampak logikal,make sense walaupun ada satu dua yg agak mengarut.Sampai muntah hijau baca term term perubatan.
 
Aku maybe akan teruskan lagi pembacaan pasal vaksin ni memandangkan aku ada bayi yg masih lagi di bawah program imunisasi.Nampak skema ayat aku bukan?
 
Tapi,in the end,apa aku nak conclude,whatever decision yg diambil oleh ibubapa ni,wajarlah kita hormati.Sebab masing masing mahu yg terbaik utk anak-anak bukan? Cuma,kalau kita rasa pendapat dia tak rasional,menyokong tanpa fakta,cubalah pengaruhi dia dengan fakta yg kukuh.Apa hujahnya? Apa rujukannya? Jurnal perubatan mana yg perlu dirujuk? Pakar mana buat kajian? Apa peratusan kejayaan hasil kajiannya?
 
Bukannya bila dah habis ayat nak berhujah diakhiri dengan.." Bodoh...padanlah jadi SURIRUMAH saja..."
 
Dummmm...**pengsan**
 
Pilihan di tangan anda.Janganlah sebab seseorg itu tidak sealiran dengan anda,anda buat personal attack yg takde kena mengena langsung.Dan,tolong faham isi artikel betul betul sebelum jump to conclusion.Kadang kadang org bincang pasal lain,pergi melalut pasal lain.
 
Samada kita pro vac atau anti vac,sebenarnya kita dah berusaha sedaya kita.Pastu,tawakkal lah.At least,kalau terjadi apa-apa ** mintak dijauhkan**,kita dh takde rasa ralat.Allah suruh kita berusaha,dan DIA adalah sebaik baik perancang.
 
Anak-anak aku semuanya diimmunisasi,tapi tak bermakna aku mengabaikan makanan Sunnah mcm madu,habbatus sauda,kismis dan lain lain.Terus terang cakap,aku tak pernah tahu pasal AEFI sebelum ni sampailah isu vaksin ni jadi hangat baru baru ni.Baca pasal kes anak sakit disebabkan tak cucuk vaksin ( berlaku di New Zealand),pun aku berdebar,baca kes anak dpt AEFI pun aku berdebar.Sungguh aku tak tahu apa nak buat,cuma berharap dan berdoa pada Allah supaya lindungi anak-anak aku.Paling penting,usaha dah di buat.
 
Nak ajak org ikut cara kita itu okay.Takde masalah...tapi ajaklah baik baik.Bukan nak menghamun,menghentam.Camtu,sampai bila bila pun tak jalan.
 
Aku pun tak berani nak berhujah pasal vaksin ni.Ilmu sangat sangat kurang.Jadi,kenalah gigih sket mencari info lanjut sebab ini melibatkan perihal kesihatan dan masa depan anak-anak.Bukan anak-anak sahaja,malah utk generasi akan datang.Apa saja decision aku,aku pohon agar Allah tunjukkan jalan yg terbaik.Amin..
 
Eh,panjang plak membebel.Sebelum aku melalut lebih lanjut,baik aku gi tidur.Nite nite...
 
 


Sunday 22 September 2013

SHOPPING ADALAH TERAPI?

Assalamualaikum...
Hari Ahad hampir berlalu pergi...wah,syahdu plak malam malam buta ni.Maklumlah,sumer org dah membuta,tinggal aku ajer terkebil kebil sambil shopping online.
Sebut pasal shopping online,mesti org akan kaitkan...pompuan takde lain nak buat.Mesti shopping baju,kasut atau handbag.Itu sinonim bukan?
Dulu dulu aku memang in denial pada fact yg mengatakan shopping adalah terapi utk perempuan.Sebab apa? Aku tak suka shopping baju,kasut ataupun handbag.Bohonglah kalau aku kata sampai tak beli langsung.Beli jugak,tapi apabila benda yg aku pakai tu sumer dah lusuh dan tak boleh dipakai lagi.Aku takde collection handbag yg boleh gilir gilir pakai.Cukup tempoh memang kena ganti baru.Dan itulah satu....
Kasut pun mcm tu.Paling banyak aku simpan ialah dua pasang.Just in case kalau yg aku pakai tu lunyai atau tertanggal tapak.Kalau tak,itu ajelah yg aku belasah.Pergi bersalin itu hari pun Dr tu sempat melawak ngan aku..." Amboi,tgklah sandal dia datang bersalin..(gelak)," Sebab aku pakai sandal bling bling masuk labour room...gitu.Hehehehe.Dah itu ajer yg aku ada.Gi jenjalan,kenduri kahwin,shopping complex,jalan kat taman,pergi pasar...itu ajerlah yg aku pakai.
Baju? Baru baru ni barulah aku beli agak banyak sket.4 pasang.Itupun sebab butik tu buat offer beli 3 percuma 1.Aku beli banyak sebab itu adalah stok nursing dress.Sebab Al-Fatih memang fully direct BF dan nursing dress memudahkan aku nak gerak gi mana-mana bwk baby.

Aku selalu cakap,aku tak sama ngan pompuan lain.Minat aku tak terarah pada minat kaum hawa yg lain.Pergh...cakap besar,heh.Konon...
Apa yg aku tak sedar ialah...memanglah aku tak minat baju,kasut dan handbag...tapi still suka shopping!!! Ceh...boleh plak tak sedar diri.
Aku lebih minat shopping komik,barangan Hello Kitty,barang perhiasan rumah yg comel dan peralatan dapur mcm tupperware.Pastu,dah beli...simpan.Pakai tak...sebab sayang.Dan aku sgt alert pada brg2 kesayangan aku.Jgn sapa berani sentuh,akan ku sumpah jadi batu jap gi.
Walaupun minat aku pada brg2 kecik ni tak memerlukan kos yg besar tapi tetap dihalang oleh lakiku.Sebab,membazir katanya.Pakai tidak,duk berlonggok kat dalam laci nak buat hapa.Mcm brg perhiasan rumah,mana sempat pun aku nak menghias.Nak habiskan rutin harian mcm mengemas rumah,lipat baju,jemur kain,masak,hantar anak sekolah,layan bebudak,main candy crush...eh?..pun tak cukup rasanya 24 jam tu,inikan plak nak menghias,DIY apa bagai? Tidaklah jawabnya...
Hari Sabtu hari tu kami pergi Paradigm Mall.Sebab aku nak menyinggah ke Kaison dan Daiso.Memang giler ah...mcm nak sawan aku punya tahap keterujaan tu.Banyak giler barang-barang comel kat dalam tu.
Tapi,window shopping sajalah...belilah jugak 2-3 ketul.Itupun cepat2 laki aku bawak pergi ke kaunter bayaran,takut aku meroyan beli satu kedai jap lagi.Bukan dia kedekut atau berkira ngan aku,tapi nak mengelakkan aku kumpul barang-barang "tak dipakai" kat rumah.Kut barang terpakai,boleh gak let go kat Cash Converter..heheheheheh.
Lagi satu,aku suka makan..bukan nak makan banyak,tapi aku rather spend duit cari makanan sedap dari beli baju.Hari Sabtu tu,aku hajatlah nak cari makan kat Paradigm Mall,sekali laki aku nak makan nasik kat restoran belakang umah.Muncung aku satu hari.Dahlah nak beli brg kat Kaison tak dpt...malam tu nak pujuk aku,dia bawak aku makan Chicken Maryland kat Kedai Kopi Tasik Shah Alam tuh.Barulah kurang sket muncung....gitu.Tak payah mahal pun nak pujuk aku..bukan mintak candle light dinner pun.
Jadi,kesimpulan di sini,aku masih lagi seorang wanita biasa.Tak ada yg luar biasanya....Shopping walaupun window shopping masih lagi terapi terbaik mengubat ketensenan...heheheehe.
Okey,sambung shopping online kat CESB.Beli collection Tiga Dara Pingitan....arghhh,rindunya zaman kanak kanak.Cabai masih pelukis komik kesayangan aku...

Friday 20 September 2013

MABUK CAFFEIN

Assalamualaikum...

Besok dah hari Sabtu.Cepat tul masa berjalan.Hari ni aku pening lalat sket.Ntah naper kepala belah kanan duk berdenyut denyut.Pastu melarat ke mata plak.

Pikir punya pikir sampai sakit melarat ke belah kiri otak pulak...baru teringat..belum breakfast.Kemain duk meligan kat dapur,sediakan breakfast ngan makan tgh hari,sendiri pun tak makan lagi rupanya.Lalu duduk makan sekejap..



Mentang mkn spaghetti goreng,pinggan pun pakai SanRemo punya free gift.Aku goreng spaghetti belen smlm,dr membazir ,belasah sajalah.

Tetiba Rafhanah dtg nak makan jugak.Aku nak suap nasik tanak.Rupanya dia nak meratah lauk ajer.Suka ati kaulah nak..



Dah selesai makan,barulah beransur ansur sakit kepala tu hilang.Alhamdulillah.Lapor rupanya...pftttt.

Ntah hape aku merepek ari ni ntah...takpelah.Abaikan ajer....

Cuma nak cerita perihal ketagihan aku pada kopi dan kesan pada badan.Aku x tahulah ada kene mengena ke tak dan maybe kesan mcm ni aku sorg jer yg rasa.

Aku ni suka minum kopi.Masa keje dulu,wajib sampai opis jer bancuh kopi.Tiap tiap hari x penah miss.

Memula aku perasan hal ni bila aku start minum kopi 3 in 1.Tak kiralah apa jenama pun.Aku jadi mcm melayang layang.Bdn rasa nak terbang jer,tak pening tapi semacam jer.Pastu menggigil.Aku jumpa doktor dia bagi aku vitamin.Oklah sket tp x ilang sepenuhnya.

Tapi,bila aku x minum,aku rasa okey.Jadi aku decide berhenti kejap.Pastu aku okey.Tapi,mana tahan.Baper bln lps tu aku beli lagi.Jadi lagi.Kepala aku jadi mcm ringan,tak rasa sakit or pening,tapi kdg2 rasa cam nak melayang gitu.

Kenapakah?Aku dh terlebih cafein sgt ke?Aduh....nak kopi...nak kopi....


















Thursday 19 September 2013

JANGAN BERJANJI KALAU TAK PASTI

Assalamualaikum...

Dah lebih pukul 1 am tp mata aku tak bulih lelap lagi.Jap gi terlajak lagi...bergegar rumah sbb terkocoh kocoh nak siapkan Hakim ke sekolah.Subuh sah sahlah dh jadi Dhuha...hurmmm.

Aku sedih sebenarnya.Sedih sebab terpaksa mungkir janji dgn anak anak.Actually..hari Ahad ni dh plan nak gi Kuantan.Bebudak ni dh excited since hari Isnin lagi.

Pastu tetiba laki aku call cakap dia terpaksa cancel trip ke Kuantan sebab dia kene siapkan report utk GM dia.

Bayangkan hancur hati aku nak bagitau kat anak anak.Yes...aku mmg emo.Bukan benda besar nak cancel trip tu tapi hancur hati sebab terpaksa kecewakan diorg.

Pengajaran plg besar aku belajar hari ni ialah jgn berjanji dulu dgn diorg.Last minute mcm mcm boleh jadi.

Sebak plak bila pandang wajah diorg marah marah.Paling sedih bila Hakim cakap dia dh bgtau kawan kawan..dia nak gi hotel..main pasir,tgk laut..YaAllah..bersalahnya aku rasa.

Diorg dh okey tadi bila aku ajak diorg kemaskan almari mainan diorg.Aku nak repair laci yg patah dipijak dek Hakim tu.Jadi,sementara aku repair laci tu,aku suruh diorg punggah mainan atas lantai.Wah,kemain sukanya diorg.Maklumlah...hari hari biasa kalau diorg punggah byk2 cenggitu,ribut petir lah rumah ni aku jerit.

Budak budak...kejap jer dh lupa kekecewaan diorg.Tapi,org tua ni plak over sensitif.Dari td duk mengalir air mata.Sedih tak abih abih lagi....Maybe weekend ni aku nk bwk diorg gi tempat diorg suka.Aku kene plan dulu.Pastu baru bgtau kang.

Tapi...awat sedih yg amat ni?




Ke....Pembawaan budak lagi sekali?

Oh ooo....hehehehe











Tuesday 17 September 2013

THE TEAPOT DELI

Assalamualaikum...
 
Last month family aku datang ke Shah Alam sebab Mak Buyung ni kene hantor laki dia balik ke tempat mencari rejeki.Dalam buyung buyung,demi laki tercinta sanggup meredah highway 6-7 jam.Solehah sungguh.Silap haribulan ketuban pecah dalam kereta,mak aku lah yg jadi bidan..kuikuikui.Jgn mare haaa..
 
Tapi,masa kat sini,laki dia kene gi kursus plak.Jadi,untuk menghilangkan boring,dia ajak aku shopping barang baby kat SACC Mall.Dia umpan aku belanja makan,jahat tau.Mestilah aku setuju :p
 
Kitorg pergi butik Anakku dan Poney.Dari kedai tu,kitorg nampaklah satu cafe yg comel.Eh,rasa nak try plak.Aku tak peduli sedap ke tak,janji org belanja...heheheheh
 
Nama cafe tu "The Teapot Deli".Interior design ala-ala cafe Inggeris / moden.Ada jugak nasi tomato tapi pada hari hari tertentu.Ia lebih kepada menghidangkan makanan barat ,pastries dan kek.Comel cafe nya.


Aku nak snap nama kedai,mak buyung ni nak jugak enterframe...hehehehhehe

Kami order roasted chicken sebab kata waitress tu,lebih cepat disediakan.Kami yg memang kebuluran tanak tunggu lama-lama,jadi dua dua order benda yg sama.Selain tu,order jugak mushroom soup dan garlic bread.

Sila meleleh ayaq liur yer.Sedap sangaaaat ( ke lapar?)
Tak tahulah sebab aku lapar atau makanan ni memang sedap.Sapa yg tergoda pastu pegi makan tak sedap,jgn marah aku lak.Tapi,bagi aku..memang sedap.Sampaikan brokoli yg aku jarang nak makan tu pun aku rasa sedap sgt.Tengah tengah puji kene sergah ngan mak buyung..." Brokoli ni rebus ajerlah...apa istimewa sgt?"Eh,suka hati akulah nak puji...:p

Red Velvet Cake
Dah abih main dish,takkan tak order dessert kan.Order lah kek ni.Boleh tahanlah.Aku jer yg banyak perabih ni.Mak buyung tu dah kembung makan sup ajer.
 
Kalau ada yg terliur bolehlah singgah kat SACC.Floor 2 kut...kurang pasti lak.Tapi,same floor dengan Butik Bayi Anakku,Poney etc.Selama ni,kalau aku ke SACC,kalau nak makan,redah kat ground floor ajer sebab situ ajer yg aku tau banyak tempat makan.Tak tau plak kat atas ada cafe.
 
Oh adikku...bila mau belanja lagi???

Monday 16 September 2013

TRIP TO CAMERON HIGHLAND

Assalamualaikum...

Selamat hari Malaysia...best sungguh bersantai santai ngan family.Walaupun aku tak kerja,tapi hari kerja pun serupa mcm kerja jugak.Bila cuti mcm ni,lega aku bila laki aku ada kat umah.Bolehlah gua suruh dia babysit budak sementara nak buat keje lain.

Dah lama tak post cerita pasal jenjalan.Udah tak gi jenjalan,camne nak post..iye dok? Tahun ni tak baper gi jln-jln sebab Amani dah start sekolah.

Lepas pantang hari tu kami ke Cameron Highland.Sebab...sepanjang hidup aku,aku tak pernah jejak CH lagi.Owhhh...sadis sungguh luahan perasaan aku.Makanya,selama beberapa tahun kebelakangan ni,aku duk "menyanyi" kat telinga laki aku.."Ayg tak pernah pergi Cameron lagi..".Sadis sungguh,selepas beberapa tahun,barulah ada kesempatan nak pergi.Takpelah,Alhamdulillah.

Kata laki aku,trip ni khas utk aku.Sayang sungguh abg kat ayang yer...gigih org tua tu menapak ke HQ  utk book banglo peranginan TNB.Sebab,mmg susah nak dapat.Itupun ada kekosongan hari Jumaat ajer.Weekend jgn mimpilah.Org yg book weekend tu mau dah booking tahun lepas gamaknya.

Eh,takyah citer pjg pasal tu...moh zasss kita ke Cameron Highland..

Percutian kali ni taklah seindah mana sebab dua hari sebelum tu,aku ngan Amani tak sihat.Dua dua kena cirit birit.Nasib baik hari nak bertolak kami dah sihat.Tapi.....

Disebabkan laki aku drift masa nak naik CH tu,elok sampai atas,Hakim muntah.Dan,berlarutan dari pagi hingga malam.Sampaikan malam tu kami terpaksa cari klinik.Huhuhuhuhuhu.Yg tu aku dh citer kat SINI

Meh tgk banglo TNB.Sangat awesome dengan harga sewa yg sangat murah.Jimat giler ooo....



Banglo ni besar dan memanjang bentuknya.
 
Ruang tamu ada dua dan ruang makan.Pintu kat ruang makan tu adalah untuk ke dapur.
 
Masuk jer ke pintu utama,belah kiri utk ke bilik,belah kanan utk ke ruang tamu dan dapur.Bilik air pun ada tub.
 
 
Ada tiga bilik.Bilik utama siap ada baby cot.Alhamdulillah,tak pening nak pikir mana nak letak baby
 
 
Pemandangan kat belakang..MasyaAllah,sgt mendamaikan jiwa.

Ada playground.Hakim dlm sakit sakit pun ttp nak main,tapi kejap jer mampu bertahan

Baby yg sejuk sangat.Berbalut berapa lapis ntah.Hakim tidur kepenatan

Hari pertama sampai,kami tak ke mana-mana pun sebab Hakim tak berhenti muntah.Makan pun tapau jer.Nasib baik kat banglo ni pinggan mangkuk semua disediakan.Nasiblah nak,main lah kat playground belakang umah ajer.

Malam tu kami ke klinik sebab Hakim dah lembik.Nangis aku tgk dia.Dia selera nak makan,tapi,apa yg masuk walaupun air masak,mesti keluar balik.Tak ingat nama klinik,tapi pembantu klinik nya sangat baik dan peramah.Laki aku yg bawak dia jumpa doktor.Aku dan Kak Teh ( adik ipar aku) merayau kat kawasan sekitar cari baju Hakim sebab dh byk baju dia kena muntah.

Lepas tu,kami gi makan steamboat.Memang sesuai sejuk sejuk cenggini makan steamboat.Malangnya,dlm kekalutan,lupa nama restoran.Tapi,tempatnya mudah di cari,dekat ajer ngan area tengah tengah Tanah Rata,bersebelahan dgn satu kedai cenderamata.


Hakim yang tak sihat...kesian
Nasib baik masa kami makan ni,Hakim tidur.Jadi,tak adalah adegan yg tak diingini.Kalau tak,penat jugak kut nak berlari bawak dia gi toilet.Plus,tetengah org ramai ni,mau kena jeling kang.Baby pun elok lena,jadi kami makan dengan tenang.

Tetiba aku mintak minum teh...wah,ini ajaib.

Ianya bukan buffet steamboat,jadi kami mintak utk 4 org dewasa ( kanak-kanak free).Sekali...tu dia,banyak gila portion nya.Kalau tau byk cenggitu,baik mintak utk 2 org ajer.Cuba kami gagahi...tak mampu.Alhamdulillah,sedap sgt.

Esoknya,Hakim dah okey.Syukur...jadi..masa utk jalan jalan....

Memula pergi ladang teh.Aku ckp kat laki aku,aku nak gi tempat ladang teh yg cantik.Tak agak-agak punya permintaan.Adik ipar aku ckp,ladang teh Boh Sg Palas tu cantik.Tapi,kalaulah aku tahu jalan nak ke sana bersimpang siur,curam dan menakutkan...tobat aku tak mintak pegi situ.Huhuhuhuhu.

Tapi,berbaloi jugaklah bila sampai situ.Cuma parking problem sketlah.Maklumlah,weekend..memang ramai org.Nak masuk cafe pun bercinta...








MasyaAllah,view yg sangat cantik.Rasa takmo balik lah....Nyaman,hijau...indahnya ciptaan Ilahi.

Pastu,dlm tengahhari,meredah cari kebun strawberi tapi malangnya,bukan musim kah? Sumer takde yg boleh dipetik.Tapi yg jual kat cafe dlm kebun tu adalah pulak.Yang kat pokok ajer takde...huhuhuhu.Sian anak-anak,nak sgt petik strawberi.Takde rezeki nak,lain tahun lah kita datang lagi yer.

Makan strawberi cicah cekelet..sedap

Tengah makan baru perasan,bumbung cafe adalah pokok anggur.MasyaAllah...teruja plak :)

Lepas settle semua,check out,bertolak balik ke Shah Alam.Satu malam ajer cukuplah.Dah memenuhi sumer hajat aku.Alhamdulillah.Sebelum balik,singgah beli sayur dan jagung sket.Sampai bawah,turn laki aku lak kena "cherry berry".Dugaan sungguh.Nasib baik adik ipar ikut sekali.Sampai RnR Tapah,dia bawak kereta sampai ke Shah Alam.
 
Walaupun gitu,aku tetap happy...bercuti masih lagi aktiviti yg menyeronokkan buat aku.Panjang umur gi jalan jalan lagi....

Tuesday 10 September 2013

MACAMMANA NAK MENDIDIK ANAK GADIS?

Assalamualaikum...

Hari ni Amani tak sekolah.Sekolah kasi cuti bergilir gilir sebab ada exam UPSR.Semalam budak darjah 2 dikecualikan hadir,hari ni darjah 1 plak.Bila akaknya dah tak pergi sekolah,Hakim pun taknak pergi sekolah jugak.Siap nangis nangis taknak pergi.

Yang aku nak marah,time kejut gi sekolah pukul 8,asyik merengek malas bangun,malas mandi.Siap request," Hakim nak tidur sekejap..".Bagilah dia tidur kejap lagi dlm 10 minit baru kejut lagi.Bila dah mandi,barulah ceria muka tu.Tapi,bila time aku kata " Ok,esok takyah gi sekolah",esoknya lepas subuh dah bangun nak bermain.Grrrrr....

Sebut pasal sekolah..aku nak cerita pasal beg sekolah Amani nih.Masa dia nak naik darjah 1,wah kemain aku yg overexcited.Kalau boleh nak belikan mcm mcm.Beg cantik,stationaries yg gempak gempak,lunch set Princess bagai.

Tup tup,baru setengah tahun,beg sekolah dah lunyai.Huwaaaaa....

Tengok...macam belacan...

Aku tak tahulah dia seret macammana.Roda patah,zip jahanam,kotor,berbulu,koyak dan mcm mcm lagi.Huhuhuhuhuhu.Gantilah beg baru disusuli dengan khutbah berjela jela.

Pastu,sejak beberapa bulan kebelakangan ni,aku dah latih dia baca jadual dan susun buku sendiri.So,jaranglah aku kelebet beg dia.

Dua hari sebelum ni,aku rasa mcm dah lama aku tak buat spotcheck.Beg budak budak kena check selalu sebab aku risau dia terambik barang org ke,buku org ke.

Check punya check...tu dia,banyak betul barang yg aku tak pernah belikan utk dia,tetiba ada kat dalam beg.Ada buku memo kartun,sampul surat warna warni,pen teddy bear etc.Aku ni memang jenis akan ingat apa barang aku beli,apa yg tak.Jadi,kenalah soal siasat.

Aku : Mana dapat semua barang ni?
Amani: Akak Along beli kat bookshop.Kat sekolah.
Aku: Naper beli barang barang nih? Bukannya pakai pun kan?
Amani: Kawan-kawan sumer beli....pakai lah ibu.Buat main ngan kawan kawan.

Tu dia...huk aloh.Bila aku cerita kat laki aku,dia sound aku." Naper bagi dia duit belanja? Nilah kalau budak budak dibagi duit poket,".

Eh...akuuuu jugak yg salah.Yelah,walau dia bawak bekal sekalipun,aku bagi jugak duit poket in case dia nak beli makanan lain.Mana tau,bekal tak cukup.Sebab dia selalu cerita,dia selalu share bekal ngan kawan kawan.Baguslah tuh.
 
Dan,aku tanak menyalahkan faktor " ikut kawan".Benda tu biasalah,takkan nak salahkan kawan plak.Ntah ntah anak aku pun pengaruh kawan dia jugak..mana tau kan?

Yelah,budak budak...walau aku pesan,kalau ada duit lebih simpan dlm tabung sekalipun,bila dia tgk org lain beli itu ini,dia pun nak jugak.Tengok barang barang comel mestilah nak.Takyah cakap budak lah,aku yg tua bangka ni pun gila duk ngumpul barang Hello Kitty.

Pastu,semalam.Sebelum tidur,aku akan check on her dulu.Bila aku bukak pintu bilik dia,dia mcm terkejut.Time tu dia kat meja study dia.Terus dia campak "benda" tu atas meja.Aku capai dan agak terkejut.Dia selimutkan diri.Terus aku duduk....

" Honey...we need to talk.."

Okey...ayat kat atas tu tipu ajer.Pengaruh TV citer Mat Salleh jer sumer tu...

Aku tanya harga "benda" tu dan mana dia beli.Dia cakap beli kat bookshop sekolah dan harganya RM8.Baru aku ingat,hari Isnin haritu aku takde duit kecik so aku bagi dia RM10 dan pesan kat dia,tu duit poket seminggu.Then,baru aku start membebel.



Aku kena susun ayat bebetul sebab aku pun pengumpul komik jugak.Tapi,just komik Doraemon,Shin Chan dan Lawak Kampus.Aku nak kena explain betul betul naper aku boleh baca,dia tak.Tengoklah komik apa yg dia beli.Siap ada watak cikgu pondan lagi dlm tu.Sighhhh....
 
Time aku bercakap ngan dia lembut lembut,explain kat dia yg dia tak boleh bazirkan duit...pastu kalau dia nak apa-apa,cakap ngan ibu.At least aku boleh tapis...blahblahbla....potpetpotpet..
 
Time aku ckp tu,aku tgk airmata dia bergenang.Eh...time aku jerit puting beliung selamba ajer mukanya.Bila aku ckp sepoi sepoi bahasa...nangis plak.Tacing yer??
 
Pastu,suh dia tido,kiss gudnite dan cakap..." Ibu sayang akak along.Ibu tak marah pun.."
Barulah dia senyum...
 
Tiba-tiba aku rasa bimbang.Anak dara aku baru 7 tahun.Camne aku nak hadapi tahun tahun mendatang? Mcmmana aku nak didik dia time dia cecah usia remaja? Mampukah?
 
Bila baca banyak kes anak gadis lari dari rumah,masalah sosial etc,aku jadi rasa tak senang duduk.Aku mohon pada Tuhan,jauhkanlah perkara mcm tu terjadi pada keluarga aku.
 
Ya Allah,Kau peliharakanlah anak-anakku.Ampunkanlah dosa dosa kami.Amin

Monday 9 September 2013

MEMORI RAYA 2013

Assalamualaikum...
 
Aku dan ketinggalan keretapi mmg tak boleh dipisahkan..ntah nape suka no update citer basi.Tapi takpe lah,catit jugak sebagai memori.Mana tau umur panjang,leh tunjuk kat cucu cicit..." Haa..ni lah gambar onyang masa raya tahun 2013.Cun tak?"
 
Mukadimah agak related dgn isi citer kali ini iaitu memori raya.Weekend hari tu,aku terpaksa buat nasi himpit lagi...grrrrrr.Aku dah syak sesuatu bila nasi yg aku tanak tak jugak masak masak lebih sejam.Bukak jer periuk,sah...lembik lagi.Dah lah lapar nih..sakit hati betul.Tanak lah nasi tenggek atas dapur gas lagi.
 
Malam tu telefon mak aku mintak resepi kuah kacang.Nasib baik masa bulan puasa hari tu aku tergerak nak beli kacang yg dah ditumbuk tuh.Memang ingatnya time tu nak try buat kuah kacang.Akhirnya selepas habis bulan Syawal,barulah jadi.Takpelah...meh extend raya.
 
Memori Syawal 2013.Takde apa yg luar biasa berlaku.Tahun ni giliran raya kat Terengganu.Sambutan cam biasa dan rutin pun cam biasa.Cuma speselnya tahun ni ada Muhammad Al-Fatih.Muah muah...



Tema tahun ni " Asal boleh ajer"...Memang baju pun takde nak sedondon dah.Baju raya kami laki bini pun selai sorang jer.Anak-anak lah yg lebih sket.Biasalah bebudak.Kasi can...
Selain dari insiden kena sound bagi duit raya seringgit,yang lain cam biasa ajer.Tapi paling best bila dapat berkumpul kat rumah sedara mara.Fuh,havoc tak terkata.Best sangat!!
 
Raya ketiga kami balik Rembau plak.Mulanya laki aku nak balik lepas Subuh,tapi,bila aku dapat tau mak aku nak buat her signature dish,Nasi Dagang...terus aku bangkang.Tak kira apa jadi sekalipun,aku mesti makan Nasi Dagang mak aku hari tu.Jadinya,dalam pukul 10 am baru bertolak ke Rembau.Itupun,selepas dah kenyang,sebat sket lagi buat bekal.
 
Sepatutnya kami kena singgah Gemas dulu ( rumah pakcik laki aku) sebab family laki aku dah tunggu kami kat sana.Tapi,kami tak tahu yg diorg tunggu kitorg,so bukan main lagi santai kitorg singgah kat Cherating.Siap berkelah lagi.Sambil makan bekal nasi dagang,anak-anak main pasir.Untuk menjimatkan masa,aku suapkan makan semua orang.Dengan laki aku sekali aku suapkan sebab nak cepat punya pasal.



Satu bekas ni licin sekelip mata ajer..


Nasi Dagang yg sgt maveles!!!!Oh Rindunyeeee....Maaaaa....


 
Si tembam first time main pasir

Sampai Gemas,rilek dulu makan nasi beriani.Dah senja baru bertolak balik ke Rembau.Esoknya baru beraya.Tu pun takat rumah sedara terdekat ajer.Adik-adik ipar aku pun hari Ahad dah start balik KL sebab masing masing kerja hari Isnin tu.Boring kalau diorg takde.Takde sape nak layan aku borak.Laki aku sibuk mesin rumput ajer.Bosan tul...


Baru balik dari beraya kat rumah sebelah.Cantik kan suasana kampung? Tu lah uniform raya laki aku start dari raya kedua lagi.Bantai T-sirt ajer.Tengoklah stail dia kendong baby..rilek jer Al-Fatih tido..alahai.
 
Tu ajerlah citer memori raya 2013...


Tuesday 3 September 2013

JOM MASAK PIZZA

Assalamualaikum...

Kekanak..jom belajar ngan makcik cara cara buat pizza..

Mula mula...kita beli ni...



Doh pizza segera...mudah dan cepat

Makcik ni pemalas orgnya.Nama nak buat sendiri doh pizza ni idok ler...jadi belilah kat Giant ke,Tesco ke..apa ke.Pastikan ada cop halal oleh JAKIM yer.Tengok tuh,ada kan cop halal? Bagusss...
Tapi,kalo rajin,buatlah sendiri.Lagi afdal gitu...
Pastu siapkan bahan bahan untuk topping.Yg ni ikut suka anak-anaklah nak bubuh apa.Gajah rimau ke apa ker.Anak makcik suka pizza pepperoni...tapi instead ( wah..makcik ckp omputih uolls),makcik bubuh kepingan sosej.Kreatip tak makcik? ( ikut nada iklan Kak Ton yer)




Sosej,button mushroom,carrot dan mozarella cheese


Mula-mula,makcik sapu doh pizza dgn sos spaghetti perisa tomato tu.Pemalas kan makcik? Sos pun pakai yg dlm tin.Sos spaghetti lak tu.Takde keroje aku nak perah tomato bagai hai...


Namanya makcik nak bubuh topping tu idok ler...jadi makcik gunakanlah anak-anak makcik sebagai pekerja utk membubuh topping.Suka sgt diorg.Perasan chef lettew...

Sila abaikan tajuk suratkhabar yg sgt mengganggu konsentrasi makcik...


Dah siap pun pizza itu.Panaskan oven dulu yer.Sila rujuk pada kotak doh pizza tadi utk suhu yer.Makcik lupa lah..hahaha.Tapi masanya cuma 15-20 minit ajer.Best kan? Cepat dan mudah...sedap plak tu.


Haaaa...dah siap.Walaupun serba serbi instant,tapi memang sedap baq hang....berebut rebut kitorg makan ni.Secepat mana ia dimasak,secepat itu juga ianya habis.

Selamat mencuba uolls!!!

Monday 2 September 2013

RESEPI YG TIDAK DISENGAJAKAN

Assalamualaikum...

Nak cerita bende basi..hehehehe.Ah,tak kiralah..basi tak basi,nak update gak.
Al-kisahnya berlaku di bulan puasa.Ada sesape penah masak sesuatu secara tak sengaja? Haaa...mari kita buat magic.
Sebenarnya nak masak bende lain..."ter"masak bende lain.Haru sungguhlah.
Masa tu nak sahur.Biasanya aku akan bangun masak nasi kul 4 pagi.Ngam ngamlah kul 5 bulih makan.Periuk nasi aku tuh giler sket.Kengkadang dia PMS,sampai sejam tanak nasi tak gak masak-masak.Pfffffttttt....
Itu hari,aku rasa malas lah nak bangun awal sgt.Ngantuk woihhh...so sebelum tido,aku tanak nasi dulu.Pastu biarkanlah..
Tulah,pemalas sgt,terimalah balasannya.Aku bangun kul 4.30am,bukak periuk...tu diaaaaaaa.Nasi jadi lembik selembiknya..huhuhuhuhuhu.Tak taulah apa kene..selalu aku sukat air,beras cam biasa ajerlah.Naper lah jadi lembik plak.Mcm biasa,jgn salahkan diri sendiri.Meh salahkan periuk itu ok.
Contigency plan...amik periuk,tanak nasi pakai dapur gas.Hoh,tak sampai 15 minit ajer dah siap.Jadi,hari hari selepas itu,aku masak nasi time sahur pakai dapur gas ajer.Ok,hak tu settlelah.Apa aku nak buat ngan nasi lembik tu? Nak buang sayang..pikir punya pikir
Amik mangkuk besar,masuk nasi lembik tu,pastu penyek penyekkan dia.Tadaaaaaa...jadi nasi himpit!Dah ada nasi himpit,mestilah ada kuah.Nak masak kuah kacang,hoh...cam nak beraya beria ia lah plak.Laki aku pun request nak makan ngan kuah lodeh/lontong plus ngan kacang goreng.Eh,pastu tambah plak ngan begedil daging.Hmmm..ngadanyeeee.
Maka,pagi-pagi,pi lah pasar cari bahan.Eh...sebelum tu,google resepi.Ya..seumur idup,nilah pes time aku buat kuah lontong.Dlm resepi,ada yg buh udang segar jugak selain udang kering.Jadi campaklah sumer.Hasilnya taklah memberangsangkan sgt sbb kuah jadi pekat.Mak mentua aku bilang,cam masak lemak cili api plak.Silapnya aku masukkan suhun banyak sgt.Tapi,bolehlah makan.Kira okeylah.Sekali lagi,nak masak lontong,jadi masak lemak...pfftttt.Asyik buat magic jer..



Kuah lontong pekat nak mampssss



Tu lah nasi himpit tak sengaja tu...

Sunday 1 September 2013

MARAH SANGAT DAH NI.....

Assalamualaikum...

Seminggu dua ni agak busy sket.Ngan adik ipar nak bertunang lagi.Pastu plak,penyewa baru nak masuk plak dgn keadaan rumah yg masih terlingkup.Byk barang rosak blm repair.Cam nak giler memikirkan.

Rumah sendiri lagi lah jgn cerita.Pintu bilik air dah tercabut dek angkara anai anai...grrrr..kalo aku ultraman kan bagus.Akan ku fire semua anai-anai tu.Sakit jiwa aku lah.Tambah lagi salur air kat dapur ni pecah.Almaklumlah...rumah lama.Masalah anai anai lah yg plg teruk.Sumer bende nak dikekahnya.Habis dinding dan segala macam kayu kayan kat umah ni jadi mangsa.Semua dah masuk fasa uzur tunggu masa nak kojol jer.Time hujan...huhuhuhu..mcm air terjun dah.Abih dapur banjir.Semalam dah tak kuasa dah aku nak hampar kain buruk...aku biarkan ajer.Laki aku ni,kalau tak nampak kat mata dia,dia assume sumer ok,takdelah dia nak merepair.Selama ni,paip tersumbat,aku pam.Saluran paip bocor,aku balut ngan plastik ngan tape.Dapur banjir,gigihlah mengelap sampai kering.Jadi,dia balik,dia tgk mcm xder apa-apa...dia lupalah walau aku dah bagitau beratus kali.

Jadi...semalam aku biarkanlah walau hati meronta-ronta nak keringkan lantai dapur.Yerlah...susah kut,nak masak,anak-anak nak ke bilik air apa bagai.Tapi,kalo dia tak tgk sendiri betapa teruknya condition rumah,buat derk ajer kang.

Aku paham dia busy.Sebab tu,mana yg boleh aku cover,hal kecik kecik,aku buat sendiri.Tapi,salur air pecah kut.Yg tu kene tampal ngan simen.Takkan aku nak gi bancuh simen sendiri? Kalau aku dah tahap pandai cenggitu,baik aku robohkan ajer rumah ni,buat baru.

Suruh panggil org repair,ada ajer yg tak kena kat mata dia.Org ni caj mahal tapi keja teruk...blablabla.Tapi,suh buat sendiri asyik nak bertangguh tangguh.Buat benda lain yg tak urgent bukan main rajin lagi...grrrrr.

Entry kali ni memang berunsur luahan perasaan.Tak pedulilah...

Anai-anai...berambusssss!!!!!!