Saturday 20 July 2013

TRAGEDI BOLEH MENIMPA SESIAPA SHJ....

Assalamualaikum....

Sejak2 dh pandai update blog pakai fon ni,kemain update blog dr atas katil aje.Diva sungguh,hehehe.

Actually,aku sgt busy di bln pose nih jdnya satu satu masa yg aku agak santai ialah time nk tido.Jd,itu saja time aku bulih hapdate blog.

Aku baru jer berkesempatan nk baca berita.Tu pun secara online jer.Kemain mcm aku sorg jer yg busy atas dunia ni.


Dan aku sgt terkejut bila baca berita kes budak 3 thn yg meninggal slps ditinggalkan 5 jam dlm kereta.Tambah mengejutkan,ibubapa kanak2 itu adalah kenalan kami laki bini.(husband dia kwn laki aku)

Biasanya aku suka membebel dlm bab bab kecuaian ni tp kali ni,tidak.Bkn sbb mereka ni kwn kami tp tragedi ini adlh sesuatu yg benar2 tidak disengajakan.

Kalo tang yg "sengaja" tinggal ank sengsorg dlm keta atau biarkan ank kecil berkeliaran di luar rumah sdr,maybe bolehlah kita nk marah.Tp kejadian ni menginsafkan aku kejap.

Sblm2 ni kalo ada kes kes kecuaian aku sedap2  bebel jer tanpa mengetahui situasi sebenar.Sighhh.

Kadang2 ada kisah di sebalik tragedi yg berlaku.

Kisahnya kalo ikut kata laki aku dan dr sumber lain,dlm beberapa hari sblm kejadian ni arwah dijaga oleh makciknya dirumah.Wallahualam,jd,pada hari tragedi berlaku,ada byk faktor yg membuatkan si ibu lupa pd anak yg ditinggalkan dlm kereta tu.

Pertamanya,sblm tu arwah dh beberapa hari dijaga oleh makciknya(aku x sure berapa lama) jd maybe ibunya dh terbiasa sblm tu ingatkan anaknya ada dirumah.Lps tu plak,pd hari kejadian,suaminya outstation.Hari yg sama dia kena attend meeting.Tambah lg dia hantar adiknya ke airport sblm tu.

Jd,maybe dia terlampau kalut tambah lg rushing nk attend meeting buat dia terlupa terus pd anak yg tidur di seat blkg kereta.

Nauzubillahuminzalik....

Takde sorg ibu pun dlm dunia ni yg mahu kejadian ni berlaku.Aku sgt sgt simpati pada ibu bapa anak ini.Hebat sungguh dugaan mereka.Aku yakin kalaulah siibu punyai kuasa,mahu saja diundur masa kembali ke awal pagi hari itu.

Tambah lg sikecil tu sebaya Rafhanah,buat aku berlinang airmata membaca kisahnya.Sedang ank sakit demam pun aku boleh menangis inikan pula pergi dlm keadaan tragis.

Aku harap segala tohmahan ke atas ibu mangsa dihentikan.Kehilangan anak itu sudah cukup berat utk dia tanggung sepanjang hayatnya.Dia tak mintak pun benda ni berlaku.Malah dia pasti berharap ini semua takkan menimpa dia.Kita pun.Mintak dijauhkan.

Ya Allah,aku mohon berilah kekuatan kpd ibubapa anak ini dlm menempuh ujian ini.

Aku betul2 berharap semoga mereka tabah dan kuat.Selain dr itu tiada kata dpt aku luahkan.

Ini jugak satu tauladan buat aku,kdg2 jgn simply judge sesuatu kejadian unless betul2 jelas dgn situasi yg berlaku.Sebabnya,ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja.Aku pun mmg pelupa skang sbb kalut dgn byk benda.Anak pun dh bertambah,yg besar dh start sekolah,jd dlm nk adjust life ni,byk benda yg dirancang tak menjadi,lupa dan etc.

Doa aku pada si kecil,tenanglah kamu di samping Pencipta mu sayang.Doa aku pada ibubapanya,semoga tabah dan beroleh ganjaran dr kesabaran kalian.Doa utk aku dan ibubapa lain,jauhkanlah kami dr kealpaan dlm menjaga amanahMu Ya Allah.Amin

Al Fatihah.Innalillahiwainnailaihirojiun.





























Wednesday 17 July 2013

MENJAGA KESIHATAN DGN MENCEGAH OR MERAWAT?

Assalamualaikum

Sedang mencuba utk menghapdate blog menggunakan henpon.Dan....sungguhlah menduga kesabaran dgn keypad yg besar kuman digandingkan dgn jari yg gumuks,mmg mcm pinang dihancurlebur.Okey,aku stress skang.cuba lainkali.

Kalo kata aku berjaya membebel kali ni tanpa sikit pun typo error,maknanya aku dh boleh menang the apprentice asia.Tony Fernandes mesti kagum ngan aku.muahaha.

Jadi bahan bebelan aku hari ni ialah kisah seseorg yg membuat aku naik angin tp dlm masa yg sama buat aku rasa simpati jugak.Camno tu?

Alkisahnya,ada hamba Allah ni,dia ada penyakit.Dan sakit dia tu berpunca dr makanan kegemaran dia.Bila aku dpt info tu,aku slow talk la ngan dia.Aku ckp ngan dia,kurangkanlah pengambilan makanan tu.Hari hari kut dia duk tibai benda tu.Aku tak kata stop terus tp kurangkan.

Pastu dia cuba argue.Katanya,punca sakit dia dtg blk sbb dia dh lama tak mkn ubat.So,fine.Ikut suka lah.Aku cuma bgtau apa yg aku tau.Terpulanglah nk terima ke tidak.After all,bdn dia yg nk menanggung.

Pastu aku terdgr dia merungut kat seseorg yg aku nk sekat dia dr mkn makanan feveret dia.Apa pun x boleh katanya.

Mulanya aku radang.Yerlah,garang la katakan.Sbb aku tak kata pun dia kene stop serta merta dan aku takde kuasa pun nk sorok makanan dia pun.Lantakla kalo nk mkn.Itu cuma nasihat,opinion.Dah,kalo dh rasa xleh tinggalkan,silakan mkn.

Cuma,pendapat aku,dr ko berabis beratus sebulan beli ubat dan supplement utk redakan simptom,elok lg ko stop ambik sesuatu yg menjadi puncanya.Simple.Ni tak,gigih duk hari2 mengadap bancuh ubat etc.

Tanak dgr sudah,lantaklah.....

Itu reaksi pertama aku....

Pastu td,aku duk sakan ngunyah cekelat.Feveret aku.Takde coklat,dunia ni xde makna buat aku.Cewaaah,ayat jiwang.Dan aku terkenang blk hamba Allah td.

Kalo lah ditakdirkan aku dpt sakit kencing manis,mampukah aku tinggalkan coklat,air manis,kek dan sbgnya.Pastu kene kurangkan mkn nasik,mkn sayur jer hari2.Sanggupkah?

Atau pilih option ambik segala mcm jenis ubat dan supplement sampai segenggam ubat sekali telan demi memastikan simptom penyakit tidak begitu mengancam kesihatan dan dlm masa yg sama x perlu tinggalkan makanan kegemaran.

Ya,aku simpati pada dia.Hilang jap rasa marah.Aku cuba letak diri aku dlm kasut dia.hehehe...

Tp sekejap ajelah,pastu marah blk.Sebab bila difikir reaksi dia.Aku tak sekat pun dia nk mkn apa,cuma nasihat ajer.Tanak terima lantaklah.Yg dia nk merungut marah kat aku buat apa????

Ishhh,dasar garang lah aku ni.Bln posa ni.Tetiba rasa kesian blk.Ya,kali ni ikhlas aku kesian....tak main main.Aku faham apa yg dia rasa skang.

Cuma,aku harap dia tahu beza...antara memberi nasihat dgn memberi arahan.

Ke,garang sgt ker aku bg nasihat???ahakkksss














































Tuesday 16 July 2013

JANGAN MEMBAZIR TAK KIRALAH BULAN PUASA KE TIDAK

Assalamualaikum...
 
Dah lebih seminggu berpuasa..Alhamdulillah.Amani pun cuma dua hari jer tinggal puasa.Yang satu hari tu sebab tak tahan godaan tgk Hakim dan Rafhanah makan nasi lauk telur goreng ajer pun...adohai...
 
Sepanjang Ramadhan ni,Alhamdulillah,tak ada pembaziran berlaku.Lauk yg ada mesti licin punya.Mujur tahun ni ada baby,jadi takde lah aku terlepas ke bazaar.Kalau dah sampai ke bazaar,niat di hati nak beli kuih 1-2 jenis,ianya akan jadi double or triple.Pastu tak abih.
 
Tu yg laki aku selalu bising kat aku.Aku ni bukannya kuat makan pun,nafsu jer lebih.Last-last dia yang habiskan sebab dia tak suka membazir.Kesian dia.
 
Baru-baru ni,dia outstation.Huk,sayu plak hati ni bila berbuka dia takde.Tak pernah dia outstation bulan puasa.Kurang meriah jadinya..sedeyyy.
 
Lagi sedey bila tgk ada lauk pauk yg tak abih sedangkan aku masak potion macam biasa.Takpe,simpan untuk sahur.
 
Bila bangun sahur,tgk lauk masih banyak lagi.Tetiba teringat kat dia....
Teringat yg dia selalu bising bila makanan tak abih.Membazir katanya...
Teringat dia selalu habiskan lauk pauk walaupun dah kenyang...
 
Aku pun...
Gigih meratah sotong masak sambal tu demi teringatkan pesanan laki aku...JGN MEMBAZIR..
hukhukhukhuk...baru aku paham perasaan dia.Asyik lah duk bising aku nih suruh dia diet sebab dah banyak baju dia tak muat....
Tapi tak jugak sedar-sedar tu semua angkara aku...
Masak atau beli makanan banyak-banyak melampaui kemampuan makan...
Last,dia yg perabihkan...
 
Huhuhuhuhhu...
Pengajaran...pengajaran...
Brrrrrppppp....
Sendawa bau sambal sotong...
Alhamdulillah....huhuhuhuhu ( sambung nangis)

Monday 15 July 2013

VIDEO BUDAK COUPLE SEMINGGU??

Assalamualaikum...

Seminggu sekali barulah nak menjenguk blog sendiri.Sedeyyy tau...banyak benda nak diupdate tapi malas nak transfer gambar.Last-last kekal lah ia menjadi draf kat kepala hotak ajer...

So,hari ni dah masuk hari ke-6 puasa.Cepat betul masa berlalu...nanti tau tau dah nak raya.Pastu tetiba dah hujung tahun...ngeeeee....mcm tak terkejar nak buat semua benda.

Memandangkan malas nak buat entry bergambar,maka buatlah entry berleter.Takyah bubuh gambar,bebel ajer lah kan.
 
Baru-baru ni kan org share kat FB pasal video budak couple seminggu tu.Ya,aku memang ketinggalan keretapi.Kisah tu dah senyap dah,aku baru nak berleter..hehehehhe.
 
Seperti yg dijangka,lepas video tu jadi viral,maka berlumba-lumba lah org buat parody video..Wah wah,kemain korang yer.Kelakar memang kelakar,lagi plak,video asal tu pun memang kelakar,tapi...seriously? Korang tak pernah buat kerja bodoh ke masa umur remaja?
 
Sejujurnya aku kata,apa yg dibuat dek budak tu memang agak errr tak sesuai,tapi aku masih faham naluri excited dia tu.Mana-mana yg menasihat tu baguslah,tapi yg duk menganjing dia tu,duduk dan fikir sejenak...kenang balik zaman remaja kita.
 
Masa remaja adalah zaman di mana ramai orang buat kerja bodoh.Aku tak kata semua...tapi ramai.Aku ni pakkal tak laku jer zaman sekolah,kut tak,mau ada jugak benda bodoh aku buat.Cinta memang akan buat manusia buta pun.Masa aku sekolah,aku pernah tgk ada sorg budak pompuan toreh nama boyfriend dia kat lengan.Ngeri giler ah..pakai pisau lipat.Walaupun aku juga remaja waktu tu,tapi aku rasa apa yg dia buat tu agak bangang.
 
Cuma,sesetengah dari kita bernasib baik sebab waktu tu takde youtube or FB.Kecoh jugak,tapi takat kat sekolah ajerlah kut.Abih-abih pun sekolah sebelah yg tahu.Tak payah nak membangangkan budak tu sangat kalau kita dulu pun gigih mengarang sajak kat boyfriend/girlfriend.
 
Bukan nak back up budak tu pun,cuma aku simpati.Usia dia masih muda,masih kurang matang.Bagi dia,benda tu sweet,bagi kita...sampai tercirit nengoknya.Jangan kata umur baya dia,masa aku couple kat U dulu pun,byk gak benda yg aku rasa sweet sgt,tapi sebenarnya bodoh.Nasib baiklah masa aku study dulu,maksu aku duk dekat,so dia banyak pantau aku.Jadi,takdelah byk sgt benda bangang yg aku buat.
 
Kalaulah di bagi peluang utk patah balik masa,aku nak kembali ke zaman tu dan betulkan balik kebodohan aku.Tapi,masa tak mungkin kembali.Sebabnya mudah...supaya kita belajar dari kesilapan.Kesilapan itu boleh membantu mematangkan kita dgn syarat kita belajar dari kesilapan,bukan duk mengulang kesilapan.
 
Jadi,kes budak ni membuka mata aku sebagai ibu kepada dua anak perempuan supaya lebih berjaga-jaga.Bila diorg melalui fasa remaja nanti,aku harus belajar bagaimana untuk mengetahui aktiviti mereka kelak.Tak tahu lagi mcmmana,InsyaAllah akan aku usahakan.
 
To this girl,tabahkan hati.Manusia memang buat silap dan belajarlah dari kesilapan.Ingat masa depan dan keluarga....wish you luck dear...

Tuesday 9 July 2013

1 RAMADHAN

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik besok dah nak masuk 1 Ramadhan.Harap usia aku dipanjangkan utk menikmati keberkatan Ramadhan buat sekian kalinya...Amin.

Dari segi rutin aku rasa tetap tak berubah kecuali Amani balik awal dari sekolah.Bagus gak tuh sebab aku ingat nak latih dia puasa penuh tahun ni.Bolehlah dia berehat sket.InsyaAllah.

Tengahhari tetap kena masak jugak sebab anak teruna aku sorang tu,terpacul jer kat muka pintu masa blk sekolah,mesti tanya," Ibu masak apa?" Hahahahaha.Tapi,seronok sgt sbb dia craving masakan aku walaupun cuma telur mata kerbau ajer.Budak tgh nak membesar,mcm tu lah.Kalau dia tahan,aku cadang nak suruh dia puasa......walaupun dia asyik tanya " Kuasa tu apa?" hehehehe.Tu bkn typo..dia mmg pronounce puasa as "kuasa".Tak kuasa dah aku nak betulkan.
 
Sama-sama kita ambil keberkatan Ramadhan utk meningkatkan amal ibadah kita.Semoga Allah menerima amalan kita..Amin.
 
Selamat Menyambut Ramadhan...

Wednesday 3 July 2013

BILA SATU FAMILY JATUH SAKIT

Assalamualaikum...

Ntah hapa kene plak ngan laptop aku ni ntah.Jap boleh taip,jap idok...hmmm,dah tua benor lah kamu gamoknya.

Blog ni pun dh lama tak berupdate.Sejak-sejak duk main Candy Crash Saga kat henpon la ni,laptop pun malas nak di bukak.Eiii,buruk nau peel omak beranak ompek ni ketagih main game.
 
Dah trademark kan,isi cerita akan menyimpang dari perenggan pertama.Nak cerita lain sebenarnya.
 
Last week kan jerebu teruk.Tahun ni mmg lebih teruk dr thn2 lepas.Nampak sgt jerebu ni dah jadi acara tahunan.Jadi,sepanjang minggu memang memerap kat rumah.Sekolah pun tutup.
 
Nak jadi cerita,hari Isnin dan Selasa takde apa lagi yg berlaku except sekolah tutup dan anak-anak cuma membuas kat dlm rumah ajer.Malam Selasa,tetiba Rafhanah muntah.Mulanya aku ingat tekak dia berkahak.Sebab dia dan Hakim kalau ada kahak,batuk mesti muntah.
 
Tapi,bila bangun pagi,tak semena-mena dia muntah,aku dah rasa lain macam.Lepas tu,Amani plak bagitahu,masa dia bangun,dia pun muntah.Aku dah tak senang duduk.Apahal lak bebudak ni?
 
Masuk pukul 10am,Rafhanah masih okey.Boleh bertumbuk ngan Hakim tu kira okeylah kan? Hakim plak masih tak ke sekolah sebab sekolahnya masih tutup.Aku tgk Hakim okey jer.Tetap ngan perangai suka selongkar peti,bawah tudung saji dan kabinet dapur semata-mata nak cari apa makanan yg boleh dikunyah.
 
Amani plak start muntah tak berhenti.Rilek dlm setengah jam,muntah lagi diselang seli dgn ehem-ehem ke tandas.Aku still monitor condition dia.Tapi,dah dekat tghhari,dia dh start tak bermaya.Aku baringkan dia kat sofa,alas ngan kain pelikat daddy.So,kalau dia muntah,kene kain daddy...hehehehee.Aku sediakan sebotol air minum dgn besen supaya dia tak perlu lari ke toilet untuk muntah.Kembang jugak tekak tatkala menadah muntah dia,tapi demi kasih kat anak,ku tahan jua.Huhuhuhuhuhu.Tiapkali dia muntah,aku suap air supaya dia tak dehydrate.
 
Tengahhari tu,aku mintak tolong adik ipar aku hantarkan dia ke klinik.Aku takleh nak keluar sebab jerebu masih teruk,takkan nak bawak baby.Lepas dia balik,aku bagi ubat tahan muntah dan cirit birit,suruh dia tidur.Sedih aku tgk dia lembik ajer.Suap bubur,muntah lagi.Bagi air kosong pun muntah.Aku blend air buah dan suapkan dia supaya dia ada energy sket.
 
Alhamdulillah Rafhanah okey walaupun dua kali juga di ter"ehem" dlm seluar.Terpaksalah pakaikan dia pampers.Tapi,dia tak mengadu sakit perut ataupun muntah.
 
Aku tertanya-tanya,amendelah yg dua org ni makan.Masakan akukah? Yelah,dua hari terperap kat umah,mana ada diorg makan makanan luar.Tapi,naper depa dua saja yg kena.Si Hakim elok ajer aku tgk.Aku tanya Amani,selain dari makan nasik,ada tak dia makan benda lain.
 
Amani cakap,malam Selasa tu,depa dua org duk pulun kek kat dlm peti.Habis satu tupperware.Tapi,Rafhanah makan sikit ajer,dia yg habiskan semua.Hakim tak makan.Ya Allah,baru aku teringat,kek tu mmg dah lama aku simpan dlm peti.Aku dah potong siap-siap,simpan dlm tupperware supaya senang anak-anak nak makan especially si Hakim tu.Pastu lupa...
 
Jadi,instead of menyalahkan masakan aku,mari kita salahkan kek tersebut.Huhuhuhuhuhuhu.
Iyalah,apa bende agaknya punca.Nak kata tak hygiene,sepanjang masak,sampai terkikis kulit tgn aku basuh.Periuk belanga sebelum pakai wajib aku basuh dulu walaupun memang di ambik dr dlm kabinet.Bahan mentah fresh...pendek kata,aku dah usaha sehabis daya demi memastikan masakan terbaik aku hidangkan utk family.Tapi......kalau dah kena,apakan daya...huwaaaaaa.Sian anak aku!!
 
Sepanjang jadi nurse,aku sampai terlupa makan minum.Susah hati,mana lalu nak makan.Kesian sgt tgk keadaan Amani.Aku buat lawak pun dia mampu senyum ajer...huwaaaaaa.
 
Menjelang tgh malam,dia dah tak muntah lagi.Ke tandas pun tidak.Lega hati aku tgk dia lena tidur.Malam tu,aku anak beranak tidur kat ruang tamu.Hakim temankan daddy kat dlm bilik.Pagi esok,dia sihat mcm biasa.
 
Tapi..........aku pulak tak sihat.Gara-gara tak makan minum hari sebelum tu,perut aku dah masuk angin.Memulas-mulas sampai aku takleh bangun.Selagi tak "ehem ehem" keluarkan angin ( sopan tak ayat tanak sebut kentut....eh,tersebut plak,hehehehe),selagi tu lah mencengkam sakitnya.Bila sendawa dan keluar angin,barulah lega.
 
Jadi,tetaplah anak-anak tak gi sekolah walaupun sekolah dah buka sebab aku tak larat nak siapkan diorg.Boleh gitu? Laki aku plak tak dapat nak cuti sebab ada urgent meeting.Nasib baik ada adik ipar,at least sikit-sikit dapatlah dia tolong.Makan pun tapau.Dalam sakit-sakit,sempat order nasik Arab.Ko mampu? Selera tetap besar...heheheheheheehe.
 
Petangnya,aku dah sihat lepas berbotol-botol minyak angin aku habiskan.Sapu lah,bukan telan.Laki aku telefon tanya kabar dengar aku dh okey terus tak jadi ambik half day.Hampeh sungguh.
 
Esoknya,Jumaat,kami ke Cameron Highland.Walaupun baru baik sakit,trip ni takleh cancel sebab laki aku dh tempah Banglo TNB tu sebulan lepas.Nanti susah dah nak dapat once ko dh pernah dapat.Staff TNB ramai giler kut,banglo ada baper bijik ajer.
 
Kami pergi anak beranak plus ngan dua org adik ipar aku.
 
Masa naik Cameron,laki aku ingat dia Takumi dari citer Initial D tu kut.Dibantainya drift kat selekoh bukit.Hasilnya......dah hampir sampai,Si Hakim terbelelek muntah.Habis keta adik ipar aku.Itu takpelah lagi....ingatkan sekali muntah ajer.Rupanya sampai ke malam.Tak berhenti plak tu.
 
Huwaaaaa...luluhnya hati tgk Hakim mabuk mcm org mengandung.Terpaksalah petang tu lepak kat banglo ajer.Seb baik kat banglo tu ada playground,dptlah gak anak-anak nak berhibur.Makan pun tapau jugak.Yg kesiannya,si Hakim.Disebabkan asyik muntah,tenaga nak main pun hilang.Yg plg sedih,bila dia tak dpt makan.Hakim kan kuat makan,bila dia makan keluar balik,sedih sgt.
 
Malamnya,terpaksa bawa dia ke klinik.Aku mmg standby bwk ubat tahan muntah Amani tu,tapi..nak jalan lagu mana,bagi jer ubat,dia muntah lagi.Habis keluar balik ubat tu.Cakap kat doktor,doktor bagi ubat masuk ikut bontot.
 
Malam tu,lepas masuk ubat,dia muntah lagi.Kali ni aku dah takleh tahan.Mengongoi aku nangis.Aku kesian kat anak aku yg selama ni kuat makan,sampai dah lembik jadinya tak dapat nak hadam pun apa yg masuk.Sepanjang malam aku berjaga in case dia muntah.
 
Alhamdulillah,ubat tu berkesan rupanya.Lepas di bagi ubat angin,tu lah last dia muntah.Lena dia tidur pastu.Syukur sangat.Aku plak risaukan baby.Sebab sblm tu kan aku dh masuk angin,takut dia pun effect sebab susu badan.Mujur dia okey cuma byk kali aku dgr dia kentut...opssss,tersebut laaaaagi....Bagus baby,kuat serupa Superman ye nak?
 
Maka,esoknya dapatlah kami tour kat CH tu.Pagi tu masa breakfast,kami tak jumpa kedai melayu yg kosong.MasyaAllah,ramainya manusia kat CH hari Sabtu.Laki aku jenis tak suka menunggu.Last-last masuk kedai mamak.Dia order mee goreng.Pastu dia nampak mamak tu ambik dari tray yg dihidang kat tempat lauk tu.Laki aku buat cerewet lak,dia cakap kat mamak tu suh masak yg baru,tanak yg dah sedia ada.Aku ingat mamak tu sudah pedajal dia...mamak tu goreng mee paling pedas dalam dunia!
 
Hasilnya,masa turun CH,laki aku sudah kene "cherry berry".Sampai Hentian Tapah,adik ipar aku kena take turn drive.Kat hentian tu saja sampai 4 kali dia berulang ke toilet.Esok pagi baru okey.
 
Jadi...yg sihat dalam ini cerita cumalah adik -adik ipar dan baby sahaja.....huhuhuhuhu.
 
Maka lengkaplah kami keluarga bahagia.Sama-sama sihat,sama-sama sakit.Nasib baik tak serentak.Kut tak sapa nak jadi nurse hoiii.Masa anak dan laki sakit,aku jadi nurse,masa aku sakit,anak dan laki plak jadi nurse.
 
Sekian cerita keluarga bahagia ini......:)