Thursday, 27 December 2012

ORIENTASI DARJAH SATU

Hari ni orientasi Darjah 1...untuk Amani.
Macam biasalah,emak yg menggelabah.Dahlah laki aku takleh cuti,terpaksa la mintak tolong adik ipar aku temankan gi sekolah.Nasib baik dia free hari ni.Kut tak,mana nak dengar taklimat lagi,nak gi amik buku teks lagi,nak layan Rafhanah membebel lagi,dengan Hakim yg kebosanan lagi...
Acara mcm biasa,dengar taklimat sampai kebas bontot..tapi stay jugaklah sebab byk penerangan penting yg aku kena amik tau.Si Rafhanah dah start membebel lepas sejam kat dalam dewan,so aku mintak adik ipar aku bawak si Rafhanah dan Hakim keluar jalan-jalan dulu kat Plaza Masalam.Kang aku dah nak siap baru aku suh datang balik.
Sementara cikgu cikgu bawak murid2 masuk kelas untuk ujian saringan ( blm start sekolah dah ada test...stress aku memikirnyeee),mak bapak kena tunggu untuk taklimat pasal KSSR,LINUS dan JQAF selama 2 jam.Lepas sejam,dewan tinggal 3/4 ajer.Mana taknya,mana yg bawak anak kecik terpaksa keluar awal sbb baby dah meragam,seb baik aku punya kat dlm perut lagi,hehehehehehe.
Dah habis sesi taklimat,kena gi kelas ambik buku teks plak.Kebetulan Amani dah siap test dia,tak tunggu lama terus balik.Cikgu pun dah well prepared...zasss zasss...settle.Bagus!!
Terlupa plak amik gambar anak aku...tunggu 2nd January ni ajerlah.So far nampak dia okey jer.Most  of the pupils pun rilek jer,cuma ada sorg dua ajer yg nangis.Dahlah anak aku sorang jer cam otai,org lain dtg semua dah siap bawak beg sekolah,Amani melenggang bawak pencil case je,tu pun sbb ada test.Kut tak,lagilah melenggang..hahahahhaha.Teruk noo la ibunye...
Hai lah anak...dah besar dah rupanyaaaaa......




Thursday, 20 December 2012

RESULT PERIKSA DAN STRESS

Result PMR dah kuar....
As usual lah..kat suratkhabar dan TV,ada tunjuk bebudak PMR yg lulus cemerlang 8A,9A melonjak lonjak riang gembira sambil menayang slip result.
Tahniah untuk semua yg berjaya dgn cemerlang!!
Yang kurang bernasib baik,its okay...it's not the end of the world pun...SPM ada lagi.
Since anak aku pun belum lagi sekolah,aku tak ambik pusing sgt pun ttg exam exam ni sumer.Bila result keluar pun aku tak tau.Bila dah kecoh kat media barulah...oh,result dah keluar.Aku tau sepupu2 aku dpt result pun melalui FB.
Aku adalah antara generasi terawal yg menduduki PMR.Sblm tu org panggil SRP.Walau apa namanya sekalipun,ianya masih sama.Masih lagi bagi tekanan kepada student2 dan tidak terkecuali mak bapak.
Sejujurnya..aku tidak suka sama sekali sistem peperiksaan ni.Lagipun,sapa yg suka? Hahahaha.Gurau jer,aku tau ramai jer yg suka.Aku telah lalui fasa fasa stress ni bertahun dulu.Baik dari UPSR sampailah dah habis U,stress tu makin bertambah.
Tapi,like it or not,apa lagi mechanism yg kita ada utk menentukan tempat di IPTA ataupun utk mendapatkan kerja?Kita nak jadi org pun kene bersaing dengan jutaan sperma utk mendapatkan tempat dlm sel telur mak kita.Jadi,apalah sgt exam ni semua...
Dulu,aku melalui stress ini sebagai seorang pelajar dan anak.Stress utk jadi yg terbaik di mata mak ayah.Semuanya utk apa? Demi utk makbapak kita supaya mereka jadi terbaik pada kacamata masyarakat.Dan,aku faham apa yg mereka rasa.Aku tak pernah salahkan diorg pun.
Mak ayah aku tidaklah pernah memaksa aku gila gila sgt utk dpt result cemerlang dlm exam.Masa sekolah rendah,memang ya,aku pernah kena pukul sebab dpt no 6 dlm kelas.Darjah 4 jer pun...
Tapi,makin lama,tekanan diorg makin longgar.Aku pergi tuisyen pun sebab aku yg nak pergi,bukan sebab diorg yg paksa aku pergi.
Tapi,bila aku dah makin besar,aku makin faham tekanan yg dilalui oleh mak bapak aku bila tiba time major exam ni.Mak bapak mana yg tak mahu tgk anaknya berjaya kan? Dan,yg paling stress ialah bila time keluar result,maka berdering-deringlah telefon kat rumah tu.Sumernya dari sedara mara yg call nak tanya result.La ni dah advance sket,msg jer kat FB.
Kalau dapat result bagus,okeylah..semangat sket nak menjawab pada sedara mara yg bertanya.Kalau result tak bagus? Walaupun takde yg condemn pun result kita tapi still kita rasa rendah diri,apatah lagi kalau yg bertanya itu pun ada anak yg sebaya kita dan anaknya dapat result lagi bagus.Itu kalau ko dpt yg tak condemn org.Cubalah kena pada yg keluar ayat cenggini.." Owh,dapat 6A jer...Samad dapat 8A.Dah apply dah MRSM,dapatlah kut.Kalau 6A ni payahlah sket,ramai sgt org dpt 8A skang ni.."
Dan,masa masa mcm gini,mana-mana mak bapak yg anaknya dpt result kurang bagus akan keluar ayat
" Oh,dia takdelah membaca buku sgt.Tuisyen pun tak pergi,kira okeylah result dia tu.."
Tak rasa kesian ker?
Aku tak salahkan society kalau mereka bersikap demikian.Memang kita kena akur dlm hidup kita ni,kalau kita tak belajar utk bersaing,maka kita akan ketinggalan.
Kalau kita tak dapat result cemerlang dlm exam,mana hala tuju kita nanti? Nak masuk IPTA result kena gempak.Tak dpt tempat kat IPTA,okey lagi,bersepah IPTS,tapi mampukah kita? Memang betul ada disediakan pinjaman tapi kalau kita diberi pilihan utk kos yg lebih rendah,napa tak ambil peluang tu?
Zaman stress aku sebagai pelajar dah berakhir.Tapi stress aku sebagai parents baru nak bermula.Amani baru jer masuk tadika dah ada yg bertanya.." Amani dapat no berapa? Anak I dulu always dpt no 1.."
Aku mcm...erkkkk..what the.....
Nasib baik tadika Amani takde plak sistem nombor nombor ni.Diorg cuma bagitau markah yg Amani dpt jer dan progress dia.Takde plak inform aku Amani dpt no berapa dlm kelas.
Sekarang aku masih tak dapat rasa urgency utk aku paksa Amani belajar teruk teruk.Tapi,in future aku tak tahu lagi.Kalau ikutkan aku,aku tanak pun hantar dia gi sekolah sbb aku taknak dia lalui stress yg pernah aku lalui.Tapi,bolehkah aku ambil alih tanggungjawab utk bagi pendidikan secara exclusive pada dia? Aku mengaku aku tak boleh.Aku masih kena rely pada sistem pendidikan yg disediakan oleh kerajaan.Dan aku tahu aku tak sebagus guru guru bertauliah dlm ilmu mengajar.Tak semua org mampu jadi guru.
Cara terbaik buat masa skang ialah dengan ignore segala stress yg tak berkenaan.Aku akan cuba guide Amani utk cemerlang tapi akan cuba tidak bagi pressure kpd dia.Kalau boleh,aku nak dia belajar sebab dia sukakannya,bukan sebab dia rasa terpaksa.
Dulu,aku benci subjek Sains sbb terlampau byk fakta yg kena aku hafal.Semuanya sbb nak pass exam.Maybe tu salah aku lah,belajar menghafal fakta semata tapi aku tak faham apa yg aku belajar.Habis jer exam,maka hilanglah semua fakta dlm kepala.
La ni,dah tua,tetiba minat pulak dgn fakta sains.Mula byk membaca tentang sains dan sejarah.Baru skang aku mula faham kenapa jadi begitu atau begini.Baru aku tahu,Sains ialah sesuatu yg menyeronokkan.
Memang seronok rasanya dapat naik pentas terima hadiah atau sijil kecemerlangan,tapi bila usia aku makin meningkat,aku rasa kepuasan itu datang seiring dengan tekanan bila berjaya mengalahkan org lain.Tekanan utk sentiasa berada di puncak.Sebabnya,walau cuma jatuh setakuk sahaja,pedihnya berganda.Compare dgn org lain yg dpt result sederhana,aku tgk diorg enjoy saja sampai akhir.Hujung hujung dpt masuk U jugak,malah ada yg terus sampai ke luar negara.
Perkara yg aku buat sekarang ni ialah utk tidak memberi tekanan pada anak org lain dulu.Kalau ada sedara mara yg amik exam,aku cuma tanya dpt berapa? Pastu,diam ajerlah.Takyah nak bagi komentar lain plak.Kalau excel,ucap tahniah,kalau tak ckp "cuba lagi".Sekurang-kurangnya diorg dah hilang satu stress di antara beratus yg lain.Mulakan sekarang,mulakan dengan satu...
Aku tak boleh salahkan sesiapa.Soal org nak compare result anak kita,aku anggap itu perkara yg tak dpt dielakkan.Bende tu dh mmg terjadi dlm masyarakat sejak bertahun dulu.Terpulang skang bagaimana aku nak handle nanti.Yang penting,aku nak anak-anak aku enjoy dengan alam persekolahan mereka nanti.Itu saja.Dan,memanglah besar harapan aku agar diorg berjaya tapi kalau boleh,aku tanak mereka rasa terbeban utk menjadi yg terbaik.Aku nak mereka jadi terbaik,tapi without stress.
Soalnya sekarang....HOW??


P/S : Ni gara gara pengaruh cerita "3 Idiots"....hehehehehehe

Tuesday, 18 December 2012

NALURI SI IBU

Setiap ibu kat dunia ni ada satu naluri yg org lain tak dapat rasa terhadap anak-anaknya..well,at least,naluri itu timbul lebih cepat dari org lain.
Naluri utk mengetahui ada sesuatu yg tak kena dengan anak-anak.
Org lain tgk mcm normal jer,tapi bagi seorg ibu,dia tahu ada sesuatu yg tak kena.Walaupun,dia tak dapat meneka apa masalahnya tapi dia tahu dia kan menghadapi sesuatu.
Sebab itu,kebanyakkan ibu lebih bersedia...
Macam serius pulak isi penulisan aku nih...
Since dua minggu lepas,kami sekeluarga banyak travel sempena cuti sekolah.Almaklumlah,tahun depan Amani dah nak start masuk darjah 1,tak dapeklah nak sesuka hati pergi bercuti dan memontengkan anak-anak dari sekolah lagi dah,hehehehe.Kantoi...kalau tgk rekod kedatangan Amani kat preschool dia,mmg dapat sijil worst attendance of the year lah pendek kata.
Sebenarnya,yg bercuti tu aku dan anak-anak ajerlah.Laki aku tak..dia kena keje.Kui kui kui...
Memula ikut laki aku kursus kat Temerloh seminggu.Pastu,aku balik Terengganu plak seminggu.Baru jer sampai kat Shah Alam dua hari,kami kat Melaka pulak.Laki aku ada meeting kat sini plak 3 hari.
Masa kat Temerloh,time pack barang,aku terlupa nak bawak termometer dan standby ubat demam utk anak-anak.Sebelum ni,aku wajib bawak bende tu ke mana-mana just in case.Alhamdulillah,anak-anak sihat.
So,masa aku pack barang barang nak ke Melaka,aku still tak teringat lagi nak bawak dua benda tu.
Pastu,aku perhatikan Rafhanah sejak pagi hari Selasa tu dia macam moody.Kebetulan petang tu aku ada check up.Masa bawak dia,dia nampak okey plak.Berlari dan membebel sana-sini mcm biasa.
Ntah napa,hati aku start rasa risau walaupun dia nampak ok.
Aku rasa badan dia,okey...takde sign nak demam ke apa.Balik rumah tu dia tido.Bangun petang jer dia moody tapi nak main jugak.Aku check suhu badan dia,normal.Check satu badan kut kut ada luka ke apa..nampak ok.
Tapi,aku tetap rasa risau.
Malamnya,lepas dinner,kami bertolak ke Melaka.Elok masa laki aku dah angkat barang-barang,aku tergerak hati nak amik termometer dan ubat demam.Sambar cepat cepat,masukkan dalam beg sandang,vroom ke Melaka.Singgah Rembau dulu sekejap.
Sesampainya kat hotel,Rafhanah aktif mcm biasa.Siap main atas troli riang gembira ajer.Kitorg sampai pun dah pukul 10 mlm,so,masuk jer bilik aku terus tukarkan baju dorg jer.Tak mandikan pun sbb sebelum keluar aku dah mandikan siap-siap.Elok nak tido,dlm pukul 12am,aku tgk Rafhanah dah start tido menonggeng..
Not a good sign....
Aku ckp ngan laki aku.."Rafhanah ni tak sihat ni bang..."
Laki aku ckp takde apa-apa lah.Dia kata Rafhanah nampak okay jer.
Malam tu,aku plak tak dapat tido.Sekejap-sekejap aku check suhu badan dia.Normal...
Tapi,dia pun mcm tak lena.Pusing kanan pusing kiri serba tak kena.Aku rasa badan dia...normal.Tak panas ke apa ker.
Dalam pukul 3am,aku terjaga lagi.Rasa badan dia,agak suam..
Terus capai termometer tepi katil.Check suhu..
Sah dia demam!!
Adohai..risau aku.Dahlah sepanjang hari keesokkannya laki aku kena gi meeting.Takkanlah dah sampai sini dia nak ponteng meeting plak.
Nasib baik aku dah standby ubat demam.Bagi dia makan ubat dan tidokan dia balik.
Alhamdulillah,dlm setengah jam,badan dia dah sejuk balik dan dia lena sampai kul 8.30am.Takde nak menggelupur sana sini lagi.
Masa breakfast tadi pun dia okey.Pukul 11.30,barulah suhu badan dia naik balik,tapi takla panas sgt.Bagi dia ubat lagi sekali.Alhamdulillah,dia tido dan bangun dengan ceria.
Hai adik...harapnya tak melaratlah demam yer sayang.Risau gak aku ni...
Tapi sekarang,hati aku dah agak tenang.Harapnya naluri aku tepat...dia tak apa-apa.Aku taklah kata instinct aku ni betul belaka,cuma berharap.
InsyaAllah....

Thursday, 13 December 2012

CERITA HANTU YANG SANGAT SERAM!!!

Semalam aku duk melepak ngan adik dan adik ipar aku.Dah tetengah malam pun masih lagi nak mengketedarah.Borak - borak tu adalah aktiviti sampingan sahaja.Menambahkan selulit adalah agenda utama.Oh,lupa plak nak ckp.Aku kat umah parents aku ni ngan anak-anak.Biasalah,cuti sekolah.
Topik perbualan adalah sangat ilmiah sekali.Citer hantu...
Macam macamlah citer seram yg kitorg ketengahkan yg mana kalau di filemkan atau didramakan akan mampu menandingi kutipan filem Ombak Rindu ataupun mengalahkan rating drama Adam & Hawa.
Ada kisah anak sedara aku kena usiklah...anak sedara nampak "sesuatu" lah..dan mcm mcm lagi.
Yang best bila adik aku ungkit balik kisah yg pernah berlaku masa memula kitorg pindah kat rumah di Marang ni ( rumah parents gua la..) 
Masa tu aku form 3,Fiey tu dlm darjah 5 dan masa tu adik bongsu aku baru umur dua tahun camtu lah.Masa memula pindah dulu,setiap bilik kat rumah ni belum ada pintu lagi.Tutup ngan langsir ajer.
Malam kejadian,ada dua org sepupu aku datang bermalam kat rumah kami ni.Semua pakat tidur kat bilik aku..hohoho,mampuslah mengaku bilik aku.Yerlah,masa tu anak pompuan kongsi satu bilik.Aku,Fiey dan Adik Nurul  tido atas katil manakala dua org sepupu aku,Nurul jugak namanya dan Nabila tido atas toto kat bawah.
Si Fiey ni ada habit suka letak bantal atas muka.Ntah hape hape punya tebiat ntah.Tetengah malam tu dia terjaga sbb bantal dia jatuh.Sblm tu dia kata ada dgr bunyi mcm "Ktak..ktak..ktak.."
Dia perasan bantal tu dh jatuh kat bawah,tempat sepupu kitorg tido.Baru nak capai bantal tetiba dia nampak Nurul tu bangun.Si Fiey ni peratikanlah dlm samar samar mcm si Nurul ni tgh mamai jer.Tetiba si Nurul ni merangkak rangkak keluar menuju ke pintu...
Si Fiey ni dah pelik..."Apsal plak budak Nurul ni? Kut iye pun nak kencing takkanlah sampai merangkak rangkak keluarnya.Tapi,malas nak layan punya pasal dia meneruskan agenda asal dia iaitu ambik bantal.
Elok dia toleh ke bawah...dia nampak si Nurul tu masih kat tempat tidur dia.Masih tidur lagi!
Untuk kepastian,dia kira balik berapa org yg kat bawah tu.Masih lagi dua org!!!
Abih tu sapa plak yg merangkak keluar tadi????
Masa ni dia dah biru rasanya..agak akulah kan...(pepandai jer).Terus dia kejutkan aku dgn alasan adik kecik aku demam.Cilanat betul..nak jugak membabitkan aku dalam citer ngeri dia.Aku bangun check badan adik,elok jer..sejuk jer.Masa ni dia amik kesempatan hulur tangan ke bawah amik bantal tuh.
Kitorg tido cam biasa jelah malam tu.Dia aje lah yg terkancing gigi malam tu kut.
Esok barulah dia citer kat sumer org.Tapi kira oklah dia tak jerit ke,nangis ke hapa malam tu kan.Kira tough jugaklah.
Kitorg tak sure sgt lah mmg mistik ke apa kejadian malam tu or hanyalah ilusi optik semata.Maklumlah,rumah baru kan.Biarlah misteri.....
So,semalam,lepas duk borak-borak tu, masing-masing dah masuk tido.Aku tido dlm bilik yg sama dgn kejadian berbelas tahun dulu tu.Anak aku dua org tido kat bawah sementara aku dan si kecik tido atas katil.Aku bukak jer lampu tido pasal anak-anak aku takut gelap.
Tetiba.....
Aku terjaga sbb mcm dgr org ketuk pintu.Memula aku dah nak bangun dah nak bukak pintu.Tapi..siapa plak nak ketuk pintu malam-malam buta cenggini.Aku decide utk tunggu kalau-kalau ada lagi bunyi ketukan tu.
Takde....
Lama gaklah aku tunggu tapi dah tak dengar apa-apa.Aku pun cuba lelapkan mata....
Tetiba...
Si kecik yg tgh lena menangis dan menjerit mcm ketakutan.Cepat cepat aku peluk dia.Tepuk punya tepuk,dia tidur balik.Alamak ai..aku dah saspen nih.Adakah entiti tujuh belas tahun lepas tu tahu kitorg ngumpat dia semalam,makanya ia dtg nak mengacau?
Aku cuba lelapkan mata lagi bila aku dgr "gedegang!!!"
Aku bingkas bangun.Hish...apa ni? Jgnlah mengacau camni...Aku peluk si kecik,jenguk dua org kat bawah tu.Lena jer dua org tu.Aku betul-betulkan kedudukan diorg yg lintang pukang tu pastu sambung tido.
Gedegang!!!!! Lagi sekali.Aku bingkas lagi sekali.Baru jer nak bangun nak menuju ke pintu tetiba aku nampak....
Gedegang!!!!!
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


Rupanya Si Amani yg tido lasak tu hentam pintu almari ngan kaki dia.....
Adohaiiii...lomah lutut omak ko ni haaaaaaa.....
Hampeh sungguh diriku ini.Tu lah,paranoid sgt....anak hentam pintu pon aku bulih saspen.Ntah hapa hapa jer...last last tak dapat tido sampai Subuh.
Sekian sahaja cerita mistik aku utk kali ini...kehkehkehekeh


Friday, 7 December 2012

ALKISAH TILAM MAHAL

Dalam nak melayan mata yg tak mau tido ni,aku mulalah berfikir,berangan dan mengimbau kenangan kenangan lalu...erkkk,apsal aku rasa bahasa aku ni sgt berciri novel...haktuih!
Dalam byk2 kenangan,teringat plak kisah pasal tilam...Ingat jer pun dah buat aku senyum sorg2.Nasib baik dlm gelap,kut tak mesti laki aku ingat dia berbinikan org tak betul...hehehehehe.
Masa tu kat Penang.Aku kan parasit selalu menumpang kasih kat rumah Maksu aku.Jadi,byk aktiviti dia aku join,termasuklah sorg sepupu aku ni.Kak Yu nama dia.
Satu hari tu,maksu aku nak cari tilam baru.Maka bermulalah misi mencari tilam sekitar Penang.Seingat aku masa tu dah malam kut.Kitorg sampai satu kedai.Cakap ngan salesgirl ke salesman( ntah aku pun tak berapa nak hengat sangat) kata nak cari tilam.Dia pun bawaklah kitorg pergi kat tilam section.(Agak kepelikan ayat aku nih)
Sekali dia tunjuk kat satu katil...
"Haaa....mari mari duduk atas ini tilam.Byk selesa wooo..."
Wahhhh...aku tgk tilam tu mewah gila.Nampak lembut,selesa mcm teddy bear.Apa lagi,dah org suruh duk,duduk ler.Eh...dah duduk,rasa cam dalam syorgaaa...baring plak aih.
Rasa cam tanak bangun pun ada.Gila punya syok tilam tu.Pendek kata sekali ko dah baring atas tilam tu,mati atas katil tu  pon takpe.Masing-masing kemain test tilam tu sambil mulut memuji muji...
Sekali,paksu or maksu aku pun tanyalah harga tilam tu...
Salesperson tu pun tunjuklah price tagnya.Masa tu....
Bukan takat mata aku ajer terjojol...boleh dapat buasir time time tu jugak!!!
RM16,000 +++
Tapi...
Maksu aku ngan muka lagak Paris Hilton selamba jer jawab...
" Oh...the price quite reasonable larrr...okey laaa"
Aku ngan sepupu aku dah saling pandang memandang....
Takdo kojo nak beli tilam harga berbelas ribu??
Pastu...buat buat tgk tilam lain.Harga rata rata belas belas ribu.Yg kitorg tanya tu adalah yg paling murah hokkey.RM20K pun ada...
Pastu..." Okey,thanks for showing us the bed...kami survey survey dulu.Later kita mesti mau datang balik.Tilam tu mmg best...blablablabla"
Pastu,memasing duk mencubit sesama sendiri...
"Blah woi blah..."
Masuk jer dalam kereta,macam org gila kitorg gelak!!!
" Reasonable laaa sangat!!!!"
" Muka confident jer ckp reasonable...."
"Beli tilam KING KOIL sudahhhh..."
Sepanjang perjalanan kitorg gelak ajer.Gelak bukan apa,mengenangkan muka memasing control diri dari terkejut tatkala melihatkan harganya.Kononnya dah boleh agak dah harganya mcm tu.Siap boleh cover ngan kata harganya reasonable,affordable...etc....
Reasonable abah kau...hahahahahahahahhaa
Tapi ni citer 10 tahun dulu...la ni,maksu aku lebih dari mampu nak beli tilam tu...
Aku?
Baca ayat second last tu...REASONABLE ABAH KO!!!!
 

Wednesday, 5 December 2012

IKAN PATIN TEMPOYAK

Dah 3 hari kat Temerloh...
Nasiblah kalau ikut laki pergi kursus,kenalah duk terperap dalam bilik.Sampai biol aku dibuatnya tak tahu nak buat apa.Tgk TV,layan bebudak ni,tido,makan.Tu ajerlah aktiviti hari hari.
Nak jenjalan,nak gi mana? Bukan ada keta ke apa nak merayap.
Takpe,redha ajerlah.Seronok gak sebenarnya,cuma nak menunggu laki balik tu rasa cam seksa sket,hehehehhe.Dia dah balik,apa lagi..keluar lah,jalan jalan cari makan.
Hari pertama,pergi warung order makanan biasa ajer.Yerlah,kitorg redah jer mana kedai makan yg ternampak sbb laki aku penat.
Hari kedua,yakni semalam..dia balik awal sket.Ajak aku gi makan durian...yahooo.
Ingatkan kami satu family jer,rupa-rupanya sekali ngan group kursus dia.Terus aku makan seulas dua jer.Aku ni pemalu rupanya...hehehehehe.Aku tak kisah sgt kalau dlm group tu ada bini bini diorg sekali,bolehlah aku berkawan ngan diorg.Ni sumer lelaki,segan aku aih nak berebut rebut durian tu ngan dorg.Mana yg bawak family tu dah keluar sendiri ngan family masing-masing.
Hari ni barulah jumpa ngan salah sorg wife kawan laki aku.So,petang ni dah janji nak gi bwk anak-anak mandi kat pool.Lega sket ada kawan ajak borak..hehehehhe
Hari ni aku nak ajak laki aku cari durian lagi.Nak pulun puas puas...
Kat Pahang ni yg glamer ikan patin kan? Semalam elok dah kitorg pergi kat restoran yg hidangkan ikan patin tempoyak ( dia masak panas panas..),tetapi bila sampai sana,masing-masing kenyang plak sebab sebelum tu kitorg beli sate kat pasar malam kat tempat jual durian tu,jadinya order char kuew teow saja.Sedap jugak!!
Masa kat restoran tu,jumpa lagi ngan kwn laki aku dan family dia.Diorg order ikan patin tu lah,tapi katanya pedas.Aduss...aku dah lah tak suka pedas.
Tapi takpe...aku mesti mau rasa jugak....
Pedas pun pedaslah...yg penting mesti mau rasa jugak ....

Sunday, 2 December 2012

DRAMA MELAYU

Aku kat Temerloh.Nemankan laki pegi kursus seminggu.Pastu stress bila kene memerap kat bilik ngan 3 org budak yg tak duk diam ni,hehehehehe.
Jadi,aktiviti apa lagi...nengok drama kat TV ajerlah.Cerita korporat melayu...
Kadang kadang aku musykil ngan drama drama kat Malaysia ni.Asal citer korporat jer mesti jalan citer sama.Aku faham dlm drama kene byk konflik tapi jenis konflik sama jer.Perebutan kuasa,komplot jahat,sebut perkataan projek dan tender juta juta tapi fail HR pun boss kene uruskan sendiri ( takde HR dept ker?),famili sendiri berebut harta,siap ada adegan angkat angkat kening tanda ada rancangan jahat dlm kepala hotak,nama company wajib Holding Holding ajer...Sdn Bhd tak mainlah hokkey...
Realitinya hidup org kaya korporat memang mcm tu ker?Tak boleh ker dia org hidup "happily ever after"?
Maybe betullah kut,bila byk reta ni,byk ajer kerenah org sekeliling.
Tapi,dalam beribu drama,sama jer jalan citer.Watak jer tukar.Bosan tahu...
Untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan di atas, kenalah aku jadi kaya dulu...
Pastu bila cerita cinta plak...wajib ada org ketiga.Even kalau hero menyampah gila ngan dgn pompuan yg cuba goda dia,tak pernah pompuan tu putus asa.Mesti nak goda habis habisan,sanggup tebalkan muka kena reject.Takpun,ada watak hero belajar luar negara,bila balik bwk awek urban habis,maka laralah jiwa awek kat kampung yg setia menanti berjuta juta tahun...
Ahhhh...tipikal..
Aku tau memang ada jalan citer mcm tu di alam nyata,tapi napa nak diulang dlm beribu ribu drama.Dari aku kecik sampai anak nak masuk 4 dah ni...
Heh,pasni matilah aku...
Mesti org suh aku tulis sendiri skrip drama,dah terer sgt mengkritik...kehkehekehekeh
Tapi apapun..aku tetap nak jadi org kaya...biarpon byk konflik..kehkehekehekehe
Matilah ko berangan....hehehehehe



Wednesday, 28 November 2012

CERITA AKU DAN KAK UJI...

Assalamualaikum...
Hari ni mak jemah nak bercerita plak..takleh nak tido makanya mari membebel...hehehehhee.
Baru baru ni kan kecoh ngan isu Gaza kan?
Dan yg paling panas,mestilah isu boikot barang Israel...kat FB,kat blog,kat forum..dan kat mana-mana..
Okeylah,first of all..pasal isu boikot ni kan,secara dasarnya aku setuju lah.Kata org,inilah yg semampu mungkin kita buat demi untuk saudara kita di Gaza,tanda keprihatinan kita.Sekurang-kurangnya kita ambik satu langkah permulaan utk melumpuhkan Israel.Nampak kecik tapi kesan jangka panjang...InsyaAllah.
Tapi....
Makin lama aku ikuti isu ni kat internet,aku rasa sedih pun ya.Okeylah,yg mana boikot tapi buat senyap-senyap,ataupun yg boikot dan mengajak org lain turut sama boikot,itu bagus.Tapi,tak semua org tahu beza antara mengajak org berbuat kebaikan dengan mengutuk org yg enggan membuat kebaikan.
Aku bagi satu contoh...
Ada admin satu page ni,dia post satu gambar...beza McDonalds Malaysia dgn luar negara.Buh pi tepek dua gambar...satu menunjukkan gambar seorg protester kat luar negara depan McDonalds yg lengang dan satu gambar lagi sedang menunjukkan rakyat Malaysia sedang beratur panjang nak ambik burger free tempoh hari.
Maka,berduyun duyunlah komen yg masuk.....
Okey,aku mungkin setuju dgn satu komen yg mengatakan bahawa ini bukti bahawa senangnya umat Islam kita diperdaya dgn hanya sebiji burger free,terus lupakan boikot.Nak kata tak tahu isu boikot...mcm..errr...di zaman IT yg mana kebanyakkan org dpt akses ke internet,bagi aku..takkan tak tahu kan? Lupakan suratkhabar..takde byk pun report pasal isu Gaza ni..byk perang politik ajer.
Tapi.....
Mengutuk org yg beratur tu juga adalah perbuatan yg tak kena jugak bagi aku.Bagi aku,admin page tu dah silap strategi.Dia mungkin berniat baik nak sedarkan umat Islam bahawasanya org kafir kat luar negara pun bersungguh nak boikot tapi kita sendiri tak prihatin pun.Bila saja dia post gambar tu,maka byk komen yg condem org2 yg amik burger free tu dgn perkataan tak sepatutnya seperti...
" Bodoh punya bangsa!!"
"Kebulur sgt rakyat Malaysia ni mcm tak cukup makan!"
"Melayu ni memang lembu tak prihatin langsung dgn org Palestin!Bangang!!"
"Eloklah tu..makan darah rakyat Palestin"
Harsh!!! Terkedu aku...
Kita nak buat baik,itu bagus.Kita juga nak ajak org buat baik...lakukan.Tapi,buatlah dgn cara berhemah.Adakah dgn menghina org lain akan menambahkan darjat keimanan kita lagi setingkat? Kita rasa kita sgt baik dan memandang rendah kepada org lain yg tak buat baik,terus menghukum mereka seolah olah confirm kat neraka tempat mereka nanti.
Bayangkan kita di situasi ini...kita tgh tunggu bas,pastu azan berkumandang dr masjid kat belakang bus stop tu.Kita pun masa tu fikir...owh,jap lagi bas aku dh nak sampai,aku semayang kat umah ajerlah...baju pun kotor ni.Tetiba keluar pak imam dtg kat kita.Terus dia pekik kat kita..." Woii!!! Bangang!! ko tak dengar org azan ke? Pekak ke apa? Tak reti reti nak berjemaah?!! Celaka punya budak!!!"
Agak-agak apa tindakan ko? Ko rasa dia alim ke gila?
Ko akan ikut dia masuk ke masjid?
Kalo aku...mencicit tak cukup tanah aku lari!!!
Gilo ke apo???
Ni aku ckp ni bukanlah sbb aku baik sgt..nak nasihatkan org yg buat baik.Jgn plak salah paham.Maksud aku,nak boikot,silakan.Ia sesuatu yg baik,tanda kita sayangkan saudara seagama kita.Nak ajak org boikot,silakan.Tapi jgn plak condemn org yg belum buat.Kdg2 kita tak tahu reason behind their action.
Kita nak bersatu sebagai umat Islam utk menentang kejahatan Zionis,tapi,kat tanahair sendiri,kita tak bersatu.
Palestin sewenang-wenangnya diserang,diceroboh...sebab negara Arab lain yg berjiran tak bersatu.Zaman Hosni Mobarak kat Mesir dulu,siap tutup sempadan.
Tapi,baru baru ni,tak lama pun Zionis mengganas.Ini kerana,selain dari semangat juang yg tinggi dr pejuang Palestin,diorg sendiri samada Hamas mahupun Fatah bersatu.Dan,yg paling best,Mesir dan Turki sama sama bersatu memberi tekanan kepada Zionis...see,kalau kita bersatu,InsyaAllah.
Ajak org lain buat kebaikan sama-sama...bukan kutuk dia.
Aku bg contoh diri aku lah senang..takmo tuding jari sgt kat org lain.
Kisah ni masa aku matrik kat USM dulu.Masa tu orientasi matrik dikendalikan oleh senior degree.Ada satu session perkenalkan diri lah lebih kurang.Masa tu,akak akak ni akan bagi nasihat dan panduan kat kitorg.Tetiba,ada satu akak ni...gaya alim lah.Muka pun lembut...sekali ayat dia..
" Korg kat sini jgn nak berlagak sgt tahu.Matrik ni belum ada jaminan yg korg akan selama-lamanya kat sini.Not even sebelah kaki pon!"
Semua org terkesima.....
Terus aku hilang respect kat dia....
Aku ni kan kepala angin...kalau org nasihat kasar-kasar,makin aku menyampah adalah.Cuba kalau org tu main slow talk ngan aku,ckp lembut lembut...tangkap nangis ohhh.
Pastu,masa matrik jugaklah.Masa tu kat cafe.Tgh nak ambik makanan,kitorg ternampak sorg akak senior.Gojes kemain.Zaman aku dulu,jarang ada student bermekap bagai gi kelas.Akak ni...pergh,cam artis.Free hair plak tu...Yg plg best...ada pakwe mat salleh tu.Exchange student lah tu.
Masa kitorg tgk dia,apalagi,berbakul bakul aku dan kwn2 aku kutuk dia...satu sbb appearance dia,satu lagi sbb dia couple ngan mat salleh.Mcm2 aku kata,berlagak gojes lah,tak sedar diri tu melayu lah,mcm dh takde jantan melayu kat kampus lah....
Walhal,aku tak kenal dia pun...
Dan dia tak kacau aku pun....
Hanya kerana aku rasa diri aku lebih baik dari dia...
Aku tutup aurat...dia tak...
Aku tak gedik...aku rasa dia gedik...
Pastu,masa masuk first year.Aku dah kena pindah desasiswa lain.Masa aku masuk ke bilik,ada sorg senior.Dia sambut aku dgn baik.Ramah dan meriah....
Pastu aku terperasan sesuatu...
Dialah senior yg aku kutuk dulu!!!!!
Betul kata pepatah..."Don't judge a book by its cover"
Sepanjang setahun aku duk kat bilik tu...dialah org paling baik pernah aku kenal.Dia seorg yg happy go lucky.Dia jarang marah marah..ketawa ajer kerjanya.Dan,dia suka ajak aku involve dgn apa-apa aktiviti dia.Kalau dia tgk CD,dia mesti tunggu aku balik dulu nak ajak tgk sekali.
Dia tak pernah kutuk org...sepanjang aku kenal dia,tak pernah dia ajak aku ngumpat.Dia buat hal dia ajer.Dia kata,dia sedar...org selalu kutuk dia,tapi dia tak peduli ngan org lain.Lantak lah katanya.
Masa aku sedih...dia sentiasa pujuk...
Masa aku susah hati...dia akan ceriakan suasana...
Dia suka menyanyi dan menari...kadang-kadang dia ajak aku berdisko..hehehhe.Bukan kat disko,kitorg buat kat bilik dua ekor.Bukak radio kuat kuat...cam haram jer perangai...hahahahaha
Tapi...banyak sgt kenangan manis ngan dia...
Dia hanya menangis sekali depan aku...masa dia clash ngan pakwe mat salleh dia.Pakwe dia tak ready nak tukar agama.Sebabnya,masa memula pakwe dia nak tackle dia dulu,pakwe dia ingat,dia ni Indian.Tak tahu plak melayu,muslim.
Tapi,dia nangis kejap jer...esoknya dia gila mcm biasa...hahahahahha.Sgt sweet!!!
Bila time nak berpisah..aku sedih sgt.Dia roommate aku yg terbaik....dia sweet,dia tak judge org,dia tak pernah mengata org dan walaupun org pandang serong kat dia,dia tak pernah rasa nak balas dendam.Dia sgt pemaaf...aku pernah ckp ngan dia,aku pernah kutuk dia dulu.Dia gelak ajer...dia tak kisah katanya.
Skang,dah lost contact.Bila aku ingat dia,kadang-kadang aku nangis sebab rindukan dia...
Sebab,aku rasa sgt bersalah ngan dia..
Aku harap kat manapun dia berada,dia akan sentiasa bahagia..
By the way..nama dia Kak Uji...org Perak.Aku harap dapat jumpa Kak Uji balik...
Walaupun appearance dia mcm tu,suka pakai seksi,mekap tebal...tak layak aku nak judge dia.Dia jauh lebih baik dari akak senior masa orientasi tu.Bila dia nasihat,tangkap leleh woo...
Masa dia final year,lepas dia clash ngan pakwe mat salleh dia,pakaian dia pun beransur ansur sopan.Tak seksi mcm mula-mula aku kenal dia.
Bukan aku nak kata,org yg pakai seksi tu baik,org yg alim belum tentu masuk syurga etc...tidak.Maksud aku,dia boleh jadi boleh berubah ke arah kebaikan.Mungkin lebih baik dari kita.
Masa aku matrik,aku rasa pakaian aku boleh tahan lagi sopan.Pakai baju labuh,tudung tutup dada.
Bila dah masuk first year,aku dah mcm culture shock...start beli baju sendat sendat..habis segala lekuk nampak.Tudung dah start angkat.Bertudung sekadar bertudung,tapi tak sempurna tutup aurat.
Jadi...layak kah aku mengutuk dia.Judge dia..
Masa dlm kehidupan ni walaupun singkat,tapi mcm mcm boleh jadi...
Aku tak kata life aku,diri aku lebih baik skang...kadang-kadang masih rasa diri ini lebih bagus dr org lain.Jadi,inilah yg aku cuba perbaiki.
Jadi,doa-doakanlah semoga diri aku dan diri kita semua dapat menuju ke arah kebaikan..kalau ada yg tersasar,mohon ditegur.Jgn biarkan aku terus hanyut dan alpa...mengutuk tak akan bawa aku balik ke pangkal jalan,malah mungkin aku makin menjauh...
Eh...panjang plak bebelan mak jemah ni...chow uolllssss...jgn kecik hati naa...mak jemah insan yg lemah...ahaks
Daaaaaa.....


Tuesday, 27 November 2012

BABY GOYANG...GOYANG...GOYANG

Lately ni dah agak jarang datang mengemas ngemas blog.Ehek...sebenarnya takde mende nak di merepekkan.Tambah plak,tak berapa nak sihat.Biasalah...tak sihat = malas...hehehehhe.
Hari Isnin hari tu,pergi second check up.Terpaksa bawak 3 org bebudak ni sekali sebab memang takde org kat umah..takkan nak tinggal.Kuikuikui.Lagipun check up tu ditukar belah petang sbb Doktor ada hal lain paginya.Kalau appoinment pagi okey sket sebab budak dua org tu sekolah.
Nasib baik sampai awal dan giliran aku no 3,so tak la lama sangat menunggu.Kut tak,huru hara di buatnya dengan tiga org yg tak reti duk diam ni.Berbuih mulut aku suruh duk diam dan sampai menyembur nyembur air liur duk SYYYYYY.Tapi nak buat cemana,budak kecik,ye dak?
Sampai masa Doktor nak scan baby...riuh rendah bilik dibuatnya dek 3 org ni yg excited sgt nak tgk baby.Paling seronok nak tgk bila baby pun sama naik,tak duk diam.Baby pun excited agaknya dengar riuh rendah akak dan abang dia kat luar,hehehehehe.Sepanjang-panjang doktor scan dia,kemain dia goyang sana sini,siap head banging lagi.
Yang paling best...bila Rafhanah tgk baby goyang dia pun..
"Ibu...biby goyang...goyang..goyang..." dia jerit pastu dia goyang badan dia menari nari.Gelak jer doktor tgk telatah dia.
Ya Allah,perasaan yg aku tak tau nak gambarkan mcmmana bila tgk baby tu gerak gerak jari,kaki dia,kepala dia...tengok perut dan dada dia duk turun naik..sedu??






Haaaa...gambar budak tecik ni...tak sabar nak tunggu dia besar.La ni tak rasa lagi dia duk bergerak kat dalam perut walaupun kemain dia goyang sana sini...hehehehe.
Cepat besar yer baby.....
Harap-harap semua selamat...Ya Allah,permudahkanlah urusan kelahiran si kecil ni nanti..Amin.



Sunday, 18 November 2012

ORG SEKELILING KITA SGT AMBIK BERAT PASAL KITA KAN?

Manusia ni kan, dari kecik lagi org sekeliling akan ambil berat pasal perkembangannya...
Keluar perut jer.." bila tali pusat nak tanggal?"
Masa mula meniarap.." bila nak merangkak?"
Dah pandai merangkak.."bila nak berjalan?"
Dah pandai jalan.."bila nak bercakap?"
Dah pandai cakap..."Bila nak berenti hisap susu ni?"
Dah sekolah..."Periksa no berapa?"
Dah abis SPM.."Nak masuk U mana? Ada harapan tak?"
Dah masuk U..." Bila nak grad? pointer ok tak?"
Dah abih U..." Bila nak kerja?"
Dah kerja..." Gaji berapa? Dah ada calon nak kahwin?"
Dah ada calon..." Nak tunang bila? Tak elok tunggu lama sangat.."
Dah tunang.." Bila nak kahwin?"
Dah kahwin..." Bila nak dapat anak?"
Dah dapat anak..." Bila lagi nak tambah adik dia?"
Anak dah besar.." Bila nak dpt menantu?"
Anak dah kahwin..." Bila nak timang cucu?"
Begitulah seadanya...bertuah kita kan? Apa yg kita buat,apa saja yg kita lalui,mesti ada yg concern.Maybe kadang kadang rasa annoying tapi bersyukurlah...kalau masih ada yg bertanya.Maknanya mereka masih nak ambik berat.
Tapi ada soalan yg aku rasa kalau ada org tanya....












"DAH TUA DAH KO NI...BILA NAK MATI??"
Aku ingat...yg bertanya tu mati dulu!! Kuikuikuikuikui....




Friday, 16 November 2012

MEMBAZIR AMALAN SYAITONNN...TAPI SAYA BUKAN SYAITONNN

Semalam kan cuti...dari pagi terperap kat umah.So,petang sket,ajak ler laki aku kuar.Memula aku ingat nak beli donut Jco,dah lama dah tak makan.Rasa cam teringin plak...hahahha,bajet Puteri Gunung Ledang..pui.
Dah nak sampai Sunway Pyramid,tetiba rasa cam nak makan Kenny Rogers..maksud aku makan kat restorannya laa,bukan nak makan si Kenny tu.Aku bukan cannibal.
Laki aku layankan jugak walaupun dah kena trick ngan aku...sian dia.
Dah sampai sana,laki aku cam menonong nak masuk Jco tapi aku cakap takyahlah dulu.Dah balik makan nanti baru beli.Confident sangat lah kan org Jco tu nak simpankan utk aku.
Masa nak makan,aku baru sedar yg laki aku just order mushroom soup jer...lately ni aku perasan,dah banyak kali dia tak order main course.Asyik makan takat appertizer jer.
Pelik gak aku....
Kemudian...
Aku sedar....
Kami saling lengkap melengkapi...
Aku order main course...tak pernahnye habis.Pastu buat alasan,ayam dia besar lah..hapalah.Aku cuma mampu habiskan side dish jer.Pastu membazir.
Laki aku paling pantang membazir.Kecuali perutnya dah penuh sangat,dia akan berusaha habiskan segala makanan.Kata dia,masa dia kecik,keluarganya susah.Ikan dua ekor pun bahagi lapan.Jadi,dia tak suka membazir.
Dia dah tahu dah..aku ni selera jer besar,tang ngabihkan makanan...takleh harap langsung.Jadi,dia akan habiskan semua makanan aku dan anak anak.
Kesian gak kat dia...serba salah plak aku.Tapi dia kata dia tak kisah...
Sob sob sob...
Dengan ini...saya berjanji..tak akan membazir lagi...isk isk..kesian laki saya.
Membazir amalan syaitonnnnn....
Dah balik makan,singgah kat Jco.Sekali kau...abih sumer donut!! Huwaaa...kalau nak kene tunggu lagi setengah jam.Memandangkan dah nak masuk Maghrib dan aku pun malas nak berheret anak beranak pergi surau Sunway makanya baik kami balik ajer.
Ha,tulah..trick laki lagi...kan donut dah habis....
Huwaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!
 

Monday, 12 November 2012

NI APA GADUH GADUH NI...BABAB KANG NAK?

Baru baru ni aku baca kat satu blog pasal Nursing in Public.Wohhhh,panazzzz wooo.Penulis plak ialah seorg lelaki dan mmg gaya penulisan dia agak kasar sket.Aku takde masalah sbb aku faham,laki aku pon mcm tu gak.Dia bkn kira nak bercakap ngan pompuan ke lelaki ke,nada dia sama ajer.Jadi,bagi aku normallah tu.Aku takpelah,kut aku tersinggung,aku diam x bercakap,kang mulalah dia "Ala,banjenyeee dia".Ok,silalah muntah hijau,biru,kelabu skang,hahahahhaha.

 Aku tanak ulas panjang pon pasal NIP ni.Aku biasalah,suka memesong dan menyimpang dari topik utama.Mcm aku tgk wayang gak,aku akan tgk dr perspektif yg berbeza dr org lain.Org tgk spiderman lawan org jahat,aku lebih berminat dgn scene yg makcik dia suruh dia gi kedai beli telur organik kat kedai.Apadaaa..punya Spiderman...tapi Superhero pergi kedai sgt sexy...hahahahahaha.

Bila baca post tu,biasalah,tak akan semua org setuju dgn kita,sementelah ayat yg diguna agak bisa mengguris hati.Jadi,berlakulah pertembungan idea dan perbalahan sampai satu tahap ada komen yg aku rasa amat melampau dan memalukan.Apa jadah kita nak berhujah sampai keluar semua caci maki dan penghinaan? Tak bolehkah berhujah dgn berhemah? 

Ada satu komen plak mengatakan yg dia pelik kenapa kaum wanita ni terlampau emosi.Owh,biasalah tu pompuan emosi.Dah salah satu fitrah wanita.Aku tak cakaplah semua kaum wanita ni emosi tak bertempat tapi mmg itulah sifat wanita,lagi lagi kalau menyentuh bab zuriat.Cuma,ada pompuan boleh kawal emosi depan org dan ada yg tidak. 

Penulis pula,nak salahkan dia 100% pun tak adillah.Dah tu pendapat dia,perspektif dia dan dia menulis dalam ruangan dia sendiri.Tak payahlah kut sampai tahap mendoakan yg bkn bkn kepada anak isterinya yg mungkin tak tahu apa apa pun.Cuma,harapnya next time dia lebih berhati hati bila menulis isu sensitif,gunakan ayat yg tidak mengguris hati.Aku rasa,kalau pandangan dia diutarakan secara berlapik,maybe ramai yg bersetuju dgn dia.Masalahnya,bila dia menulis begitu dan ditujukan pula kepada kaum yg beremosi,apalagi,Perang Dunia lah. 

Tapi,itulah,dah namanya manusia,pelbagai ragam lah timbul.Nak tak nak,kita kena hadapinya juga,ye tak?Berbeza pendapat tu normal,yg tak normal ialah cara kita menanganinya,sampai memaki hamun segala.

Fasal NIP ni,tak reti aku nak ulaskan tapi tak adillah kalau kita melulu melabelkan mereka sbg "org yg tak tahu malu"hanya kerana mereka minta nak menyusukan anak di tempat awam.Maybe kita yg tak faham ke,apa maksudnya nak menyusu di tempat awam tu?Kalau mereka kata,ya,kami nak suka suka hati selak baju nampak **tuuut** atas nama nak bagi bayi menyusu,tak patutlah kan?Tapi,kalo mereka nak mintak supaya tidak dihalau dr mana mana premis bila menyusukan anak (dgn syarat mereka melakukannya dgn proper spt menggunakan nursing cover,poncho dan sbgnya supaya tidak mengganggu keselesaan org lain) maybe kita gunalah pertimbangan sket utk fikir,mengapa? Faktor kekurangan nursing room perhaps.Jgnlah kita terus nak jatuh hukum mengutuk dan melabel org.Memang ada sorg dua yg selamba jer kut selak baju depan org awam bila nak menyusu tapi tak semua kut.Aku yakin majoriti wanita kat Malaysia ni masih ada sifat malu lagi sebab jarang plak aku nampak insiden nampak **tuuut** tu.Org lain tak tahu lah.

Sebagai seorang ibu yg menyusu,aku ambiklah mana teguran yg bernas.Aku tak pernahlah buat kat tempat awam,tapi depan family tu biasalah.Maybe,aku tak sedar yg diorg sebenarnya tak selesa tapi tak berani nak cakap.Jadi,lepas ni kenelah berhati hati.Bagi kita normal,tapi maybe kita tak sedar,selain dr menimbulkan ketidakselesaan,ada jugak yg berfikiran lain seperti teransang.Nauzubillah. Jadi,gitulah seadanya.

Takmolah nasihat panjang lebar,kadang kadang aku pun boleh tahan gak bercakap sesedap mulut. Bezanya,ada org sedar diri.In my case,aku tak sedar diri.Bajet poyo,hahahahahahhahaha.

Sunday, 4 November 2012

MEREPEK DI TENGAH MALAM

Assalamualaikum, 
Tak istiqomah langsung aku ni kan?Jap bg salam,yg banyaknya idok lerr.Tak baik tu. La ni dah pukul 1 pagi.Baru sudah lipat kain sambil layan citer Hantu Susu.Kelakar nak mampus citer tu,dah mcm langsuir aku gelak tadi. Aku bab nengok cerita aku mmg layan citer citer kelakar.Sebab takyah pening kepala pikirkan konflik dlm citer.Tapi tak bermakna tak layan drama langsung,tapi kalau dlm masa yg sama,ada citer Hantu Susu vs Adam &Hawa,aku prefer citer Hantu Susu..eh,bkn sebab citer Adam n Hawa tu tak best,tapi layan Erra dan Amy Mastura ni mmg sesangat menghiburkan. 

Kadang-kadang,aku perlukan sesuatu yg merepek tapi menghiburkan untuk meringankan beban otak.Dengan ketawa,stress pun terbang.Dan,kadang-kadang jugak,otak aku akan berfikir sesuatu yg merepek untuk menggantikan bende2 stress yg aku fikir.Misalnya,sampai skang aku percaya yg dinasour wujud pada zaman manusia telah pun ada kat bumi ni.Buktinya? Buktinya,Nabi Adam kan dipercayai besar dan tinggi,jadi secara logiknya dinasour adalah sebesar binatang biasa shj di zaman kita waktu tu.Ibaratnya T-Rex tu ialah cicak iguana saja lah..Kehkehkehekeh...ntah hapa-hapa punya hipotesis.Nasib baik blog ni tidak dibaca oleh pengkaji2 dinasour,kalau tak mampus aku.Itu teori aku masa kanak-kanak laaa..masa tu cikgu bagitau dua benda...satu,Dinasour ialah binatang yg besar bagak nak mampus.Satu lagi,Nabi Adam dan manusia-manusia terawal diciptakan berbadan besar dan tinggi dan ketinggian manusia akan berkurang pada setiap generasi.Jadi,aku linkkan dua fakta untuk jadi teori merepek aku sendiri tanpa susah payah gali tanah cari fosil.Genius tak??? Hahahahahaakkkktuih....

Belum campur lagi dengan logik akal aku masa kanak-kanak.Masa cikgu cerita tentang teori Charles Darwin mengenai evolusi manusia yg berasal dari beruk ( Cikgu aku tak percayalah...dia citer jer.Thanks to him sbb awal-awal dh explain kat bebudak kecik bahawasanya kisah manusia pertama diciptakan sudah termaktub dalam Al-Quran),dalam otak aku waktu tu ada satu benda...kalau manusia ini berasal dari beruk,mengapakah beruk-beruk masih wujud sampai skang? Bukankah sepatutnya beruk patut pupus dan bertukar sepenuhnya menjadi manusia? Masa tu takde lah aku terfikir sampai tahap kecacatan genetik atau DNA bagai...wah...genius giler namanya.Dan,takde lah aku nak kemukakan teori aku pada cikgu pun sebab awal-awal lagi dia udah bilang deh,manusia berasal dari sebaik baik kejadian.Ada akal berbanding dengan binatang yg tidak berakal.Simple ajer...

Jadi,apa kesimpulan dari cerita di atas? Adakah aku nak memberitahu bahawa aku lebih genius dari Charles Darwin atau saintis pengkaji dinasour???

TIDAKKKKKK.....

Aku hanya merepek sebab nak menidurkan diri...arghhhh...napa tak ngantuk nih? Esok Amani sekolah lah.....damnnnnnnnn......

Wassalam...dah semua...gi tidur...hehehehehe

Monday, 29 October 2012

BEBELAN TANDAS AWAM LAGI..DAN LAGI.

Raya haji balik Terengganu.KL -Trg,perjalanan lebih kurang 6 jam (jika tak jammed).Pheww,sakit bontot aih tapi semangat balik kg punya pasal,ku tahankan jua.hehehehe. Tapi,perkara paling tak suka dibuat dlm perjalanan jauh adalah bila nak terkucil.Tapi,nak ditahan,meletup plak pundi kencing kang,sapa susah?Budak2 lagilah kesian kan? Kalau toilet kat RnR,aku rasa agak okey lagi sebab biasanya makcik cleaner selalu jer ada standby ngan mop dia.Jadi,toiletnya consider,okey laaa. 

Tapi,benci tul aku hari tu bila menyinggah kat kat satu Shell kat mana ntah,kat LPT tu jugaklah,bley plak lupa nama tempat.Amani dah tak tahan sgt nak kencing,so cepat2 lah meredah ke toilet.Ada tiga toilet tapi satu dh kunci.Pergi toilet kedua,#%*&@/! Terus keluar kata makian,cacian dan sebagainya.Mangkuk mana yg tak reti nak flush!! Pergi yg ketiga,sama jugak!!!! Disebabkan Amani dh tak tahan sgt,nak tak nak aku kenelah jadi makcik cleaner!! Aku tarik flush,alahai,air kencing aku laju lagi kut.Patutlah diorg ni main tinggal jer "barang" kat dlm tu. 

TAPI.. Aku rasa org Shell tu dh tau dah masalah flush jamban diorg tu kurang berfungsi,so,aku nampak diorg sediakan satu baldi kecik kat setiap kubikel jamban tu.

 Ni,aku nak ajar kepada makcik makcik yg bengap sgt nak flush jamban ni.Memula,isikan air kat dlm baldi,dah penuh,jirus saja kat dlm mangkuk tu,selesai!!! Sambil sambil menjirus,mcm biasa lah,berbakul2 bebelan aku yg ntah utk sapa sapa ntah.Amani sampai tercengang tgk aku membebel sambil jirus mangkuk jamban tuh.

 Aku tak tahulah sampai bila mentaliti rakyat Malaysia kat tandas awam nak mcm ni.Ntah ntah toilet rumah sendiri ntah mcmmana agaknya.Aku jugak sedar sesetengah org plak berfikiran,"owh,ni keje makcik cleaner"  ..Oh tolonglah!!Boleh tak jgn ada pemikiran mcm tu?Boleh tak fikir,kengkadang,cleaner bkn 24 jam standby depan pintu toilet dan setiapkali org pakai dia terus cuci.Ingatlah sama dengan org yg akan masuk selepas kita?Boleh tak jgn pentingkan diri sendiri sgt? Pikir hajat ko sorg jer yg nak lepas,org lain punya hajat ko tak consider langsung. Lagipun,"barang" tu ko sendiri punya kan? Boleh tak ko pegang kepada slogan "Najis kita,tanggungjawab kita!!" Tolong bertanggungjawab sket,lagi2 org pompuan.

 Pui,ilang selera makan aku seminggu!!Huhuhuhuhu

Wednesday, 24 October 2012

APA YG TAK KENA NGAN ILMU PEMANDUAN AKU?

Pagi tadi....
Aku nak menyinggah pergi Pelita Seksyen 9,teringin plak nak makan tosei...
Nak parking depan Bangunan Cash Converter...kat depan bangunan tu ada sorg mamat,aku syak dia ni tak "berapa sihat" duk melepak kat situ.Dia ni memang selalu kat situ pun,kengkadang dia elok terbaring tidur kat kaki lima tuh,kengkadang bagi ceramah kat orang lalu lalang kat situ.Pasal tu aku syak dia tak sihat.Tapi,dia tak kacau orang pun.
Berbalik kepada cerita aku...
Aku dah parking,tetiba rasa tak puas hati.Rasa mcm parking senget jer...
Aku pun reverse...masuk...
Reverse...masuk...
Reverse lagi....pastu masuk lagi...
Sampai 4-5 kali...
Pastu yg last...aku terpandang mamat tu...
Dia sengih sengih...tunjuk isyarat tangan suruh aku masuk parking...pastu angkat ibujari tanda bagus!!
Maksudnya...dah elok dah aku parking tu...takyah waswas lagi...
Gila malu aku...
Sampaikan org "tak sihat" yg tolong tengokkan petak parking aku...hehehehe
Gila loser...pergilah amik lesen lagi sekali....

# Anyway...thanks to him #

Monday, 22 October 2012

TAK BOLEH KE SAYA MAKAN MCM NIH?

Aku kan...paling pantang kalau org perlekeh stail makan aku...
Mcm mana nak explain ek? Bukanlah maksudnya aku makan nganga sampai ketapi pun bulih masuk mulut...I mean,cara aku pilih makanan apa yg aku nak makan.
Misalnya,aku tak makan makanan pedas sedangkan dalam family aku rilek jer tibai cili api buat kudap-kudapan.Ataupun,aku tak reti makan ikan air tawar dan tak suka sup.
Dulu,laki aku dan adik ipar aku pernah gelakkan dan rasa janggal sangat tengok aku makan tembikai buat ulam nasi.Nak buat camne,itu makanan favourite aku sejak kecik.Memang family aku makan mcm tu pun.Nak nak kalau bersahur,takde tembikai tak abihlah nasi tuh.
Memula aku diamkan ajer...lantak korang lah walaupun aku kecik hati diorg buat mcm aku ni alien jer.Lepas tu,laki aku komplen aku masak tak pedas dan terus buat kesimpulan yg org Terengganu tak suka pedas.Tak abih kat situ,bila dia jumpa org Terengganu yg makan pedas dua tiga org,dia buat kesimpulan baru.Aku org Terengganu yg pelik sebab tak makan pedas.
Seolah-olah apa yg aku buat mewakili org Terengganu secara keseluruhan.Wahhh...hebatnya aku.Satu negeri ikut stail aku makan...dasyat kan?
Kalau belah mentua aku,dalam ramuan menumis,selain dari bawang besar,bawang merah,bawang putih dan halia,diorg wajib letak bilis.Aku tak taulah kalau org Negeri Sembilan belah tempat lain mcm mana tapi majoriti kat kampung mertua aku buat mcm tu.Aku plak,memang tak biasa campur bilis punya.
Satu hari,masa tu kitorg buat kenduri akikah Rafhanah,aku blend lah bawang merah,bawang putih dan halia.Sikit jer pun sbb masa tu aku buat menumis apa ntah,tak ingat.Ada belen sket.Tetiba ada makcik2 masuk dapur tanya aku ada tak bahan2 menumis,diorg nak masak nasi goreng.Aku bagi ajer lah belen bawang tu sumer,tup-tup diorg marah aku sbb tak campur bilis.Tak sedap katanya.
Ni kemuncak kesabaran aku.Kat dapur tu jugak,depan adik2 ipar aku,aku membebel sampaikan diorg terdiam tak cakap apa.
Makanan bagi aku adalah sebahagian dari budaya.Dan,budaya patut dihormati tak kira apa jenis makanan pun asalkan bersih dan halal.Lainlah kalau aku tetiba jer suka makan babi!!
Selama ni,aku hormat apa jugak makanan yg org lain makan walaupun kembang tekak aku tengok.Nak buat camne,dah dia suka.Tak payahlah nak pelik2 segala dan kritik mcm2.Laki aku suka makan pedas,aku campur segenggam cili api dalam masakan aku biar dia rasa puas hati.Bila dia puji,aku senang hati walaupun aku sendiri takleh jamah pun lauk tu.Takpe,asalkan laki aku bahagia.
Aku sendiri tak pernah kritik pun makanan pilihan belah mertua aku.Mak mentua aku memang takde lain dimasaknya,masak lomak cili api tempoyak.Tiapkali balik kampung,wajib itu lah yg dimasaknya.Tapi,takde lah aku celupar sangat nak tanya laki aku..." Eh,mak tu tak reti masak mende lain ek?" Takde...takde.Lagipun,mak mentua aku jenis yg menghormati selera org lain.Dia tahu aku tak gemar pedas,dia masak sup atau goreng ayam.Adalah gak aku mengomel kat belakang tapi takdelah sampai tahap meroyan pergi dapur sound mak mentua aku suh dia belajar masakan lain.
Bagi aku simple jer,ko nak sangat makan apa yg ko suka,masak sendiri.Dan jgn perkecilkan masakan org lain sgt.Misalnya,satu hari tu adik ipar aku buat begedil daging.Bagi aku sangat sedap.Tapi,abg ipar aku,wah mcm juri masterchef dia kritik depan org reramai(masa tu malam raya),depan bini dia..pastu puji plak bini dia terer masak begedil,Jawa lah katakan.Siap suh adik ipar aku belajar masak ngan bini dia.Aku rasa sgt annoying sebab dia sound dengan suara yg kuat,sementelah tgk muka adik ipar aku dah berubah.Terus aku sound.." Apa yg tak kenanya? Begedil ni paling sedap dalam dunia!" sambil amik seketul begedil tu kunyah mcm tu jer.Senyap semua org...abih citer.
Aku juga tak suka kalau ada org masuk campur dengan menu apa yg aku pilih utk anak-anak aku.Menegur atau memberi pandangan lain yer,tapi cuba mengubah stail pemakanan family aku,serius aku rasa panas hati.Misalnya,anak2 aku kecik lagi jd memanglah diorg tak tahan makan pedas.Tapi,ada gak hamba Allah yg sound dan paksa anak-anak aku makan pedas dengan alasan diorg dah besar.Betul2 buat aku marah.Apa dosanya tak makan pedas? Masuk neraka??
Aku tak pernah buat kesimpulan...oh dia org Negeri Sembilan,patutlah suka makan pedas,oh...dia org Kelantan,patutlah suka makan budu..etc.Makanan merentasi budaya dan kaum.Makan lah apa saja asalkan sihat,bersih dan halal.Suka pedas,masam,manis or pahit sekalipun,terpulang kepada individu. 


Saturday, 20 October 2012

TAK AMBIK TAHU LANGSUNG

Ignorance...
Pernah jumpa org yg takde perasaan langsung kat org lain even org yg paling dekat dengan dia.Maksud aku,dia tak rasa apa-apa pun kalau org yg paling rapat dengan dia ditimpa musibah.Takde courtesy untuk tanya khabar,menjenguk apatah lagi nak membelai.
Aku rasa pelik dengan org yg macam ni.Nak kata kera sumbang,ramai lak kengkawan.Nak kata org terdekat dia tak hiraukan dia,makan minum,pakai terjaga.Bukan org gila,bukan psiko,bukan berperangai pelik.Tapi tak pernah fikirkan langsung org sekeliling.
Yang dia tahu,apa hajatnya mesti dipenuhi.That's it...
Mungkin dia rasa janggal kalau menunjuk kemesraan.Biasalah,ada org mcm tu,tapi apa yg aku tengok,sekelumit khabar pun tidak di sapa,bayang pun tak muncul..
Kadang-kadang kita kena beringat,di dunia kita tidak hidup sendiri.Masih ada org sekeliling yg perlu di jaga hatinya.Lainlah kalau memang mahu bersendirian sangat.Itupun apa susah,di kubur sana....di situlah kau akan keseorangan kelak.

## Sighhhhh##

Friday, 19 October 2012

ALAHAN LAAA SANGAT!

Mengandung yg keempat ni tiba tiba dapat alahan.Tak pernah pernah terjadi sebelum ni.Tidaklah teruk sampai muntah tak larat nak bangun,tapi loya loya tu ada lah.Nak masak pun masalah sbb bila pegang bahan mentah mcm ayam atau ikan jer,tetiba rasa pening dan nak muntah.Hamboi,ni alahan mengada namanya.Malas masak cakap jer lee.

Makanya,masa first check up,aku ngadulah kat doktor.Nak ngadu kat laki,dia outstation lah plak.Doktor ckp maybe sbb faktor penambahan umur.Adakah indirectly doktor mahu bilang aku dah tua.Huwaaaaaaa. 

Lagi satu,doktor kata maybe sebab aku asyik terperap kat umah.Yelah,sbb bila keje selalunya mcm tak hirau bende lain.Kat umah,walaupun byk keje jugak tp kebarangkalian aku end up terbaring atas tilam adalah lebih tinggi,hehehee.Jadi doktor nasihatkan aku byk2 exercise amik angin kat luar rumah. Makanya semalam aku ikut nasihat doktor.Ada lunch date ngan kwn2 lama masa kat USM dulu.Lepas lunch,sempat shopping kejap.Fulamak weh,cergas semacam aku.Tak mual,tak loya,tak fenin.Pastu,barulah rasa bersalah tgk barang yg dibeli.Ah,takpe,baju anak2 pun.

 Ibu2 mengandung sekalian..jgn diikut perangai ini.Nanti dibuat selalu,loya tgk bil credit card atau bank statement kelak.Lain yg doktor suruh,lain plak aku buat.Doktor suh amik angin segar kat luar,bkn kat shopping complex!!

 ##Kes alahan kat atas applicable utk aku je ye.Sbb mmg takde alahan sblm ni.Harap maklum,simptom morning sickness berbeza bg setiap wanita.Ada yg memang tak duk terperap kat umah mengalami morning sickness yg teruk.Aku ni alahan mengada nama dia#

Tuesday, 16 October 2012

KISAH HARI POLIGAMI SEDUNIA

Hari tu kan agak kecoh gak dengan kisah seorg caller pompuan Hot FM yg mencadangkan hari Poligami Sedunia disebabkan dia bengang tak dpt jadi bini no 2.Hahaahaha,kelakar tul lah pompuan ni. Makanya aku berdialog lah ngan laki aku pasal kisah pompuan ni dan poligami.
Aku ckp pompuan tu kesian dan desperate.Laki aku plak ckp,dia kesian dengan pompuan tu.Bila aku tanya reason,jawabnya "Yelah,pompuan ni lagi byk dr lelaki.Kalo laki org tu tak kawen ngan dia,takde sapa lah nak kawen ngan dia sbb lelaki ni limited"
Aku cool.. "Ala,lelaki ni bab nak kawen lagi satu byk sgt alasan.Ikut sunnah lah bagai.Tapi melaksanakan bab keadilan tak ikut sunnah plak.Pasal tu pompuan marah.Kalau adil,rasanya takde masalah"aku plak berhujah. 
"Alah,pompuan ni kena open minded.Kalau lelaki tak adil,itu nanti dia jawablah dengan Allah kat sana ntt,tak pun dpt balasan kat dunia ni lagi"dia balas balik.
 "Dah tu,abg jerlah kawen ngan dia.Kesian dia bang.Tunggu bini tua sain borang,tak sain sain sampai sudah.Tak kawen lah jawabnya"akhirnya aku bg cadangan. 
Mithali tak aku?
Pompuan solehah kan?
Lepas perbincangan,keluar bilik...asah pisau jap,hehehehehe.

 ###Gurauan semata..soal jodoh ni aku tak berani bincangkan.Harap2 biarlah kami menjadi pasangan hingga ke Syurga,Amin##

Sunday, 14 October 2012

SAKIT BUATAN ORANG RUPANYA

Lately ni aku asyik rasa letih.Asal petang jer mulalah nak terlentuk tidur.Wajib nak tidur ...ah,alasan,walhal dah memang kaki membuta..

Pastu,badan asyik rasa tak selesa,rasa mual jer manjang.Aku ingat tu effect air nescafe yg aku sental pagi pagi tu menyebabkan aku loya sampai ke petang.Kadang2 rasa kembung perut,angin lah hapa lah.Bercupak-cupak minyak angin aku bubuh sampai naik angin lah rasanya.

Biasanya simptom-simptom tu berlaku masa aku dekat2 nak period.Tapi,biasanya aku akan sakit kepala.Kali ni tak,aku rasa cam mual mual ajer.

Sampailah satu hari tu,aku rasa cam nak makan tomyam sesangat.Dah masak tomyam,hari kedua teringin Maggi Tomyam plak.Punyalah suka habis kuah dia aku hirup.Selalunya,kuah Maggi aku tak pernah habiskan.Tetiba......terlintas sesuatu kat pikiran aku.Tomyam?? Kaitan??

Jeng jeng jeng....aku pergi ke suatu tempat,bawak balik barang tu..dan....

 *
 *
 *
 *
 *
 *
 *
 *
 *
 *
 *

Buatan org rupanya......

Masa aku tengok benda alah ni,rasa cam tak percaya pun ada.Ulangkali tengok tak jemu jemu.Tak reti nak describe feeling dia mcmmana...teruja,tak percaya....

Sebenarnya,memang aku plan nak pregnant lagi tapi tak sangka secepat ni.Alhamdulillah,rezeki Allah nak bagi.Walaupun yg ni dah nak masuk yg keempat,feelingnya tetap mcm nak dapat yg first.Sebab aku memang suka beranak...hehehehe.Membiak sungguh bak kata sepupu aku.

Actually aku tak perasan sgt aku pregnant sbb kitaran haid aku memang tak teratur.Takat sebulan lewat,itu perkara biasa.Jadi,aku tak terpikir nak buat test bila takat lewat seminggu tu.Jadi,masa aku buat test ni,kandungan aku dh lebih 8 minggu sebenarnya.Aku jadi terperasan bila aku teringin sgt ngan tomyam tu.Sebab,masa aku mengandungkan Amani,ni lah simptomnya.Tetiba rasa nak makan tomyam..yerlah,sebab tekak loya kan.Makanan masam lah penawarnya.

Alhamdulillah,setakat ni tak ada lah alahan teruk.Takat loya dan letih sket.Loya pun taklah sampai muntah.Still sihat nak ke sana ke mari dan buat kerja rumah.

Aku sebenarnya,takut juga nak heboh dulu...tapi kat blog ajerlah aku tulis sbb tak ramai sgt org baca,hehehehe.Penting kena catit momen mcm ni,nanti bila baca balik blog,dpt mengimbau memori nih.Yg buat aku takut sbb dah dua org kawan aku keguguran baru2 ni,jadi buat aku risau.Aku doa banyak2 agar Allah pelihara kandungan aku sampai saat melahirkan.

Apa-apapun,harap-harap semuanya selamat.....ish...gila lah teruja nih....sampai dua kali aku buat test...

Hambik..sampai dua kali
Alhamdulillah....

Thursday, 11 October 2012

SAYANGKAN ANAK TEGUR TEGURLAH SIKIT...JGN SAMPAI TAK SAYANG

Kisah di bawah ni adalah kisah benar,tapi aku olah dlm bentuk cerita sebab yg penting isi cerita untuk pengajaran,bukan semata mata nak mengutuk individu yg terlibat. Cerita ini pula disampaikan sendiri oleh empunya badan bernama "Zed"ini,bukan dari gossip mossip mak jemah. 

 "Zed dan Ina mempunyai dua org anak.Yg sulung umur 3 tahun,yg kedua dlm 1 thn lebih.Lately,Zed dan Ina ada berselisih faham,biasalah,masalah suami isteri ni macam macam.Zed kemudiannya dtg mengadu pada emaknya tentang perilaku isterinya dan paling mengejutkan,Zed berkata yg Ina skang tak suka menjaga anak sulung mereka sbb terlampau lasak dan nakal.Jadi,terpaksalah Zed membawa anak kecilnya bersama itu tatkala keluar bekerja (Zed kerja sendiri)walhal Ina pula bukannya bekerja,hanya surirumah tapi asyik mengadu stress dan penat utk menangani kerenah anak sulung mereka.Ina hanya nak menjaga anak bongsu mereka yg menurutnya tak banyak kerenah.Pasangan ni sebenarnya tinggal berdekatan dengan rumah ibubapa Ina tapi ibubapa Ina sendiri juga tak sanggup hendak menjaga cucu mereka dengan alasan mereka dah jemu membesarkan berbelas2 anak sebelum ni.Zed pula,sejak berkahwin,amat jarang pulang ke kampung menjenguk emaknya.Dalam setahun,dia hanya balik pada hariraya,itupun paling lama 3 hari.Sekarang,bila rumahtangganya dah bermasalah,barulah dia teringat hendak mengadu pada si emak.."

Amacam novel aku? Macam haram bukan? Ni kalau aku terbit cerita ni,mau kena maki jer ngan pembaca...hahahahahahahaa...

Okey,dah habis  gelak ( gelak sorg2 padahal haram tak kelakar pun),time to membebel now...

Aku sebenarnya kalau jalan cerita kat atas ni takde kena mengena ngan kehidupan aku,aku tak amik port sgt.Lantaklah,rumahtangga ko,pandailah nak settlekan.Rumahtangga aku sendiri pun belum tentu sempurna lagi.Tapi,lambat laun benda ni kalau tak disettlekan,maybe sikit sebanyak kitorg dapat tempias jugak,jadi aku nak bebel awal2.Simpan dlm hati,menanah plak rasanya...

Aku sebenarnya tak percayakan sgt cerita ni 100% sebab dengar sebelah pihak jer.Nak elok lagi,baik dengar penjelasan belah satu lagi.Aku bukan apa,mcm tak percaya ada wujudnya emak yg sebegini.Gila babi punya pilih kasih kut...

Macam kartun plak jalan cerita,kau beranak lepas tu bila anak dah besar,dah nakal..terus taknak jaga.Agak-agak,ada ke mak yg mcm ni? Lagipun,anak tu nakal atas didikan siapa? Apa kau buat selama ni? Kau biarkan dia membesar sendiri? 

Selama aku kenal kedua dua pasangan ini,walaupun jarang berjumpa,aku ada perhatikan jugak telatah anak sulung mereka ni.Aku tak rasa anak diorg hyperaktif tapi memang agak lasak...dan cerdik sebenarnya.Keletah dan percakapan dia mcm org dewasa.Tapi,sepanjang yg aku lihat,tiapkali dia buat sesuatu yg nakal,emaknya diam dan buat tak tahu ajer.Anak nak tunggang terbalik ker,jatuh tertomoih ker,pukul anak org ker,dia tengok ajer.Menegur tidak,marah pun tidak.Kalaupun yg bising cuma ayahnya.Itu yg aku tengoklah.Tak bolehlah nak judge org lebih lebih sementelah aku pun jarang jumpa diorg.

Aku tak faham kenapa anak tu tak ditegur? Memanglah dia kecik lagi,tegur pun tak paham,tapi kalau berulangkali kita cakap dan explain kat dia yg bende ni tak elok tak betul,rasa aku budak-budak akan faham jugak.Lagi pulak,budak tu bijak.Bercakap petah.Jadi,kalau ko tak guide dia,mana dia nak tahu yg mana satu betul mana satu tidak? Budak-budak..dah nature dia suka explore segala..memanglah sumer bende dia nak cuba.Tapi,bukankah dah tugas kita sebagai mak bapak utk ajar diorg yg mana diorg patut ikut dan yg mana tidak.

Takkan kau dah nak berputus asa dengan anak yg baru berumur 3 tahun kut? Belum lagi budak tu cacat...dia cuma lasak.Bukan anak tiri,tapi anak kandung.Boleh plak kau main pilih pilih nak jaga yg senang ajer.Bila dah tak larat,senang hati nak transfer liabiliti kat org lain.Nasib baik dia transfer kat laki dia....kalau kat org lain? Dan lagi plak,kau adalah stay at home mother,bukan bekerja...masalahnya,laki kau tu nak keluar cari nafkah..berpanas berhujan membanting tulang,boleh plak kau biarkan anak kecik kau ikut ayahnya.

Nature anak kecik,sepatutnya dunia dia kat rumah,bukan kat dalam kereta,berpanas ke hulu ke hilir.Dunia dia sepatutnya bermain jer,bukan bekerja.Aku pun kalau boleh,anak-anak aku,ke sekolah pun aku tanak hantar sebab nak anak-anak aku bermain sepuas puas hati diorg...sementara diorg masih kanak-kanak.Tapi,yerlah,pendidikan awal tu pun penting jugak,bukan sekadar nak bermain semata-mata.

Aku pun malas nak komen panjang lebar sgt..tak kena lubang idung sendiri,senanglah cakap.Tapi,aku harap,pepandailah Zed selesaikan sendiri masalah bininya tu.Aku harap masalah ni tak berpanjangan..bukan apa,aku risau masa depan budak tu terjejas dek masalah ibubapak dia.

Aku memang simpati dan risau dengan future budak tu.Kalau nak diikutkan,terlintas jugak nak offer diri nak bela budak tu.Tapi...fikir balik.Budak tu bukannya mati mak...dan emaknya bukannya kurang upaya bagai.Sihat walafiat malah lagi bergaya dari aku.Jadi...naper plak nak berkorban untuk seseorg yg malas nak menjaga anak? Nanti tanggungjawab bagi kat org lain...pastu beranak lagi...pastu kau pilih yg baik baik jer utk stay ngan kau.Ewah...banyak cantik...

Tapi...yerlah.Aku takut bende ni pun Zed tokok tambah utk sedapkan cerita jer.Nak bagi org kesian lebih kat dia.Mana tahu kan? Ataupun,Ina bersikap demikian sebab nak lepas marah kat laki dia ke..Sebab,bagi aku,senakal mana pun seorg anak,tak mungkin seorg mak akan berputus asa pada darah daging dia sendiri.Aku penah baca paper,kisah seorg emak yg ada 7 org anak penagih dadah.Tapi,tak pernah jemu dia bawak anaknya berubat.Biar org caci dan hina dia,tak pernah dia sisihkan anak-anak dia.

Tapi..kalau betullah dia berperangai sebegitu...nah amik kata-kata marah aku yg kat atas tu....

Tapi,apapun...berdoa agar mereka semua baik baik saja lebih bagus.Harap-harap cepatlah selesai konflik diorg ni,semoga masa depan anak-anak diorg tak terjejas.Amin...



Monday, 8 October 2012

Telur Rebus HelloKitty

Orang Jepun memang suka bende bende yg comel kan? Hatta haritu aku baca kat Blogserius, orang orangan kat sawah pun diorg pakai patung Ultraman lah,hapa lah.

Macam tu jugak makanan.Diorg suka lah hiaskan bento diorg dengan makanan cute cute...

So,hari tu,aku pergi kedai 100Yen kat Kota Kemuning tu.Serius boleh leka jap ngan barang2 kat dalam tu especially kat bahagian perkakas dapur ( mak orang la katakan),macam2 alat untuk buat makanan cute cute kat dalam kedai tu.Jenuh membelek,last last aku beli ni jer sebab takdop pitih,hahahahaha.Padahal harga murah jer,tapi sebab aku gatal gi beli barang HelloKitty pulok doh,terpaksalah limitkan beli yg lain.
Takpe,lenkali pi lagi...bukan jauh pun...

Egg mould..ada bentuk bintang,love & hellokitty
Sebenarnya nak beli satu lagi,bentuk beruang,tapi harganya sama plak ngan Hellokitty..( mahal sket,dlm RM20-30 camtu,lupa plak aku harganya) so aku pilih Hellokitty sbb lebih cute.Yg lagi dua tu murah jer,baru RM6.50 jer setiap satu.

Esok,pagi-pagi,terus rebus telur utk anak-anak breakfast...

Amani ngan Rafhanah memang teruja...siap wow..Hakim mcm biasa,takde perasaan.Hakim ni memang kureng sket dgn hiasan2 makanan.Makanan dia,jgn dihiaskan,nanti dia tanak makan.Dia suka yg plain,original sahaja.Unsur2 tambahan memang dia reject.Dgn dia,mood kreatif memang terbantut.
 

HelloKitty jadi ketua...

Hidangan yg simple jer,tapi kejap jer diselesaikan oleh Amani dan Rafhanah

Seronok tengok Amani yg excited.Kejap-kejap dia datang amik dan makan telur tu sampai habis.Rafhanah ratah carrot tu.Dia memang suka carrot rebus nih.Sumer licin dia sorg jer yg makan.Hakim tanak telur bentuk ni,terpaksalah masak roti telur biasa tu jer utk dia.

Lain kali nak pergi lagi kat kedai tu..haritu ada nampak acuan nasi bentuk bear dan vege cutter yg cute cute...hehehehe.Excited mak plak dari anak...

Friday, 5 October 2012

MARI MASAK PAI DAGING

Lama giler ah tak update blog...sangat malas.Nak merepek apa pun tak tahu...jadi,marilah layan aktiviti masak memasak aku ajerlah.

Hari tu aku buat pai daging...
Bagi org lain,takde heran lah buat pai daging,tapi untuk aku,setaraf pencapaian Pendelela Rinong tau..hahahahahhaha.Jom layan ajerlah gambar gambar penyediaan pai ni.Resepi boleh google kat mana-mana yer sebab aku mcm biasa lah,resepi sumer cilok kat internet jer..lepas tu pepandailah adjust ikut kesesuaian tekak sendiri.

Hari tu,chef dibantu oleh 3 org pembantu kecik...kecik2 aku dah latih dorg jadi chef.Besor sok,harap-harap bulih jadi chef terkenal...Amin...


Memula prepare inti dulu.Aku buat ala-ala inti karipap...

Bahan-bahan utk doh

Tada..tetiba jadi tapak pai dah.Aku pakai magic Harry Potter...

Masukkan inti ye puan puan...
Lihatlah tangan anak aku tuh..suke benor aku bagi can dia masukkan inti kat dalam acuan pai ni.

Dah tu,tutup belah atas dengan doh lagi satu..kasi cucuk sama dia pakai garfu ke pisau ke pembukak botol ke,apa-apa jerlah 


Sementara tunggu pai masak,aku bagi diorg main tepung...buat play doh

Dah siap.....
Agak rentung sket kat bahagian tertentu.Sebenarnya,masa oven dah panas,aku dah hampir masukkan pai ni dah dlm oven,baru aku teringat,aku belum sapu telur lagi kat permukaan dia.So,dah kelam kelibut,ada bahagian yg tak rata.Gasaklah...

Siap di hidang..

Ni lah hasil kat dalam

Pai dah ilang satu keping...
Dah ler susah payah nak buat,aku boleh tak check setting kat oven.Aku dah nak hidang bila aku tengok belah bawah pai tak masak.Mulalah gabra...apsal tak masak ni?? Adakah setting suhu tak betul?? Sekali tergerak nak check setting kat oven,rupanya setting api dia tu,aku pi buh belah atas ajer.Belah atas ajerlah yg masak.Semangat dah berkobar kobar nak makan nih...terpaksa masukkan balik dlm oven.Setting api bukak belah bawah ajer ler,kut tak rentunglah plak belah atas dibakar dua kali...huhuhuhuhu.

Apa-apapun,kira berjaya lah pada aku utk percubaan pertama.Tapi,mcm biasalah,komen juri tetap adalah,katanya daging tu aku tak cincang lumat.Hoh,baik aku blender jer daging tu tadi...ehehehehehe.Maksud laki aku tu,daging tu aku potong besar sgt.Takpelah,next time yer.Yang lain-lain dah okey.Cuma,aku rasa pastri aku tu tak berapa rangup,kalau canai nipis sket,lagi okey kut.

Itu sajalah hidangan MasterChef untuk hari ni yer...selamat menjamu selera mata...